Pages

Sunday, November 28, 2010

Amerika berlatih perang dengan Korea selatan


AMERIKA Syarikat (AS) dan Korea Selatan hari ini mula menjalankan latihan besar-besaran tentera laut bersama di Laut Kuning bagi memberi amaran terhadap serangan Korea Utara ke atas pulau Korea Selatan, minggu lalu. Latihan bersama empat hari itu membabitkan kapal induk pengangkut yang bermula jam 8 pagi waktu tempatan. - Foto Reuters

  . 

AS, Korea Selatan mula latihan tentera bersama


2010/11/28

SEOUL: Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan hari ini mula menjalankan latihan besar-besaran tentera laut bersama di Laut Kuning bagi memberi amaran terhadap serangan Korea Utara ke atas pulau Korea Selatan, minggu lalu. 

Latihan bersama empat hari itu membabitkan kapal induk pengangkut yang bermula jam 8 pagi waktu tempatan.
Ia dilancarkan selepas lima hari Korea Utara melancarkan serangan meriam dan roket ke atas sempadan pulau Korea Selatan yang mengorbankan dua tentera marin dan dua orang awam Korea Selatan.
Kapal induk George Washington seberat 97,000 tan itu mampu membawa 75 pesawat pejuang di atas dek kapal seluas 1.8 hektar dengan diperkuatkan oleh 5,500 anggota tentera. 

Turut serta dalam latihan bersama itu ialah kapal perang pengiring, USS Cowpens, Lassen, Stethem and Fitzgerald. 

Korea Selatan pula membawa enam kapal perang termasuk kapal pemusnah Aegis seberat 7,600 tan, kapal friget dan pesawat anti kapal selam. - AFP

SAJA-SAJA MEMUJUK DIRI APABILA TIMBUL RASA TIDAK PUAS HATI PADA NIKMAT ALLAH


 AL-bUKHARI ( no 6847 )  dan Muslim ( no 1500 ) meriwayatkan daripada abu Hurairah r.a bhw seorang lelaki telah datang bertemu dengan RasululLah lantas berkata : " Isteriku telah melahirkan seorang bayi yang berkulit hitam ! ( Lelaki ini seolah2 meragui kesetiaan isterinya , atau tidak mahu mengakui anaknya keran tidak menyerupai ayah & ibunya ) Nabi saw bertanya kepadanya : Apakah engkau mempunyai unta ? Jawapannya : Ya ,ada !nabi saw bertanya kepadanya : Apakah warnanya ? jawapannya Merah ! nabi saw bertanya lagi : "Apakah terdapat warna hitam padanya ? Lelaki itu mnjawab : Ya ada! Nabi saw bertanya lagi : Dari manakah datangnya warna itu ? Lelaki itu mengatakan : Boleh jadi kerana datuk neneknya mempunyai warna seperti itu . Nabi saw akhirnya menjelaskan : " Begitulah juga anak ini, ia barangkali menyerupai datuk nenek moyang kamu !

Jangan Kasar Pada Anak Anda, Atau IQ nya Akan Menurun



 

Dalam kehidupan sehari-hari, orang tua sebagai manusia kadang lupa mengontrol emosi. Berbagai masalah yang dihadapi dan belum lagi energi yang habis ketika mengurus rumah tangga seringkali membuat orang tua lupa menjaga kendali.

Pukulan ringan atau kekerasan kerap terjadi ketika orang tua emosional. Walau begitu, tidak sedikit orang tua yang langsung merasa menyesal ketika telah melakukannya.

Universitas Tulane, Los Angeles melakukan penelitian terhadap kekerasan anak. Hasilnya, anak berusia tiga tahun yang sering mendapatkan kekerasan fisik dari orang tua, cenderung bersikap lebih agresif saat berusia lima tahun. Makin sering kekerasan yang didapatkan, makin agresif pula perilakunya.

Studi lain yang dilakukan oleh Universitas Duke, North Carolina menyatakan bahwa balita yang mengalami kekerasan berdampak memiliki 'Intelligence Quotient' atau IQ yang rendah. Kekerasan terhadap bayi saat masih berumur satu tahun, akan membuat anak tersebut mempunyai nilai kognitif yang lebih rendah saat mereka di usia tiga tahun dibandingkan dengan balita yang tidak mendapatkan kekerasan dari orang tuanya.

Tapi khilaf memang tidak bisa dihindari. Jika terlanjur melakukan kekerasan, maka orang tua bisa meminta maaf kepada  anak.

"Jika pemukulan terjadi secara spontan, orang tua harus menjelaskan secara spesifik dan dengan lembut mengapa mereka melakukan hal tersebut. Mereka juga harus meminta maaf kepada anak mereka karena telah kehilangan kendali," menurut American Academy of Pediatrics, seperti yang dikutip dari sheknows. (sydh/dtc)
sumber http://darulkautsar.net

Buah dada punca wanita kena periksa





2010/11/28

MARYLAND: Seorang wanita menuduh dua pekerja lelaki Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) memandang ke arah buah dadanya sebelum mereka mengarahkannya menjalani pemeriksaan badan di Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando. 

“Perkara itu amat jelas. Seorang daripada lelaki terbabit merenung saya atas dan bawah serta orang yang mengarahkan saya ke tepi. Saya rasa sungguh tidak selesa,” kata Eliana Sutherland kepada stesen televisyen Florida, Click Orlando.
Dakwaan itu dibuat selepas semakin ramai orang membuat laporan terhadap kakitangan TSA yang dituduh melakukan pencabulan ketika melakukan pemeriksaan badan.
Seorang daripadanya termasuk John Tyner dari California, yang merakamkan melalui video pengalaman beliau dan kedengaran beliau memberitahu seorang pegawai TSA: “Jika anda sentuh kemaluan, saya akan pastikan anda ditahan.” 

Ada juga yang marah selepas tersiarnya video kanak-kanak turut menjalani pemeriksaan penuh badan dan apabila Thomas Sawyer, seorang pesakit kanser pundi kencing memberitahu ceritanya mengenai seorang pegawai TSA yang tidak mengendahkan keadaan kesihatannya, mencabut penutup beg buangan menyebabkan beliau dibasahi air kencing. – Agensi

AS panik pendedahan 2.7 juta dokumen sulit





2010/11/28

Julian Assange
Julian Assange
Diplomat Amerika seluruh dunia berdepan diusir gara-gara WikiLeaks

WASHINGTON: Amerika Syarikat berada dalam keadaan kelam kabut bagi menghadapi pendedahan terbaru WikiLeaks mengenai dasarnya dalam hal ehwal antarabangsa termasuk siapa ahli politiknya termasuk di negara sahabat, terbabit dalam amalan rasuah dan salah laku.
Pendedahan lain yang mencetuskan suasana panik itu termasuk penilaian Amerika terhadap bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown; peluang pemimpin Konservatif, David Cameron dalam pilihan raya; rundingan sulit membenarkan warga Libya yang dituduh meletupkan bom dalam pesawat di Lockerbie, pulang ke negaranya serta dakwaan tertentu termasuk sokongan Amerika kepada gerila Kurdis.
WikiLeaks yang diasaskan oleh Julian Assange sebelum ini mendedahkan butir-butir rahsia operasi tentera Amerika dan sekutunya di Iraq dan Afghanistan.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika, P J Crowley berkata. “Pendedahan itu akan mencetuskan ketegangan hubungan kami dengan sahabat di seluruh dunia.”

Pendedahan terbaru dilapor membabitkan 2.7 juta mesej sulit di antara kerajaan Amerika dan kedutaannya di seluruh dunia, dijangkakan minggu depan, lapor akhbar Britain, Daily Mail, semalam.

Selain Britain, Amerika sudah mengambil langkah memberi amaran mengenai pendedahan itu kepada kerajaan Australia, Kanada, Denmark, Norway dan Israel serta mengaku bimbang dengan kemungkinan diplomatnya di seluruh dunia akan diusir di negara tertentu. 
Akhbar The Washington Post melaporkan, pendedahan membabitkan dakwaan Amerika menyokong PKK, sebuah pertubuhan Kurdis yang melancarkan perang terhadap Turki sejak 1984.

Fail dokumen itu hampir dua gigabait dan tujuan utama pendedahannya ialah memalukan kerajaan Barat selain menjejaskan hubungan dengan Amerika.

Amerika mengakui tahu bahawa WikiLeaks memiliki butir-butir komunikasi diplomatiknya dan mengesyaki seorang prebet, Bradley Manning, atas kesalahan memberi maklumat itu.

Selain Britain, Amerika juga memaklumkan sekutunya termasuk Britain, Itali, Israel, Kanada dan Norway mengenai dokumen berkenan.

Jurucakap Cameron, Steve Field, berkata mereka sudah dimaklumkan mengenai pendedahan dokumen itu oleh duta Amerika, Louis Susman. Field enggan mengulas apakah yang diberitahu oleh Amerika kepada Britain dalam perkara itu.

Menteri Luar Itali, Franco Frattini, pula diberitahu Jabatan Negara Amerika bahawa ada kemungkinan dokumen di antara dua negara akan dibocorkan tetapi ‘butir-butirnya tidak diketahui.’ – Agensi

Suspek masuk perangkap ‘bom’ FBI





2010/11/28

MOHAMED OSMAN ditahan atas tuduhan cubaan meletupkan bom kereta di Portland, kelmarin.
MOHAMED OSMAN ditahan atas tuduhan cubaan meletupkan bom kereta di Portland, kelmarin.
SAN FRANCISCO: Anggota keselamatan Amerika Syarikat menghalang satu cubaan meletupkan bom kereta pada satu majlis tahunan menyalakan pokok Krismas di Portland, Oregon. 

Jabatan Kehakiman mengenal pasti suspek utama sebagai Mohamed Osman Mohamud, 19, dari bandar Corvallis, mengatakan bahawa dia adalah rakyat Amerika berasal dari Somalia.
Berdasarkan aduan jenayah, Mohamed Osman ditahan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan polis Portland pada 5.40 petang semalam selepas cuba meletupkan sebuah van yang sarat dengan bahan letupan.
Kenderaan terbabit diletakkan berhampiran majlis menyalakan pokok krismas di Dataran Pioneer Courthouse, Portland. 

Tetapi, peralatan letupan sebenarnya palsu dan diberi oleh FBI, kata ejen biro itu, Arthur Balizan yang menegaskan suspek benar-benar memberi ancaman kerana komited untuk melakukan serangan. 

Dokumen menunjukkan pada Ogos 2009, Mohamed Osman menghubungi beberapa orang di luar negara dipercayai terbabit dalam keganasan, melalui emel. 

Pada Disember 2009, mereka membincangkan kemungkinan Mohamed pergi ke Pakistan untuk melakukan jihad. – AFP

Gunung Bromo terus muntah asap hitam

PROBOLINGGO: Gunung Bromo dilaporkan meletup lagi tengah hari, semalam memuntahkan kepulan asap hitam menghala ke arah barat-daya atau daerah Malang.
Menurut ketua petugas penyelamat Pusat Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Gede Suantika, letusan kali ini mengeluarkan asap hitam pekat menghala ke daerah Malang.

“Kami menyarankan supaya semua penduduk khususnya di Malang menggunakan topeng muka,” ujar Gede.

Sebelum itu, pada awal pagi, semalam kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan, Gunung Bromo juga sudah meletup. Namun, letupan yang berskala kecil itu hanya menumpahkan asap tebal kehitaman dengan tekanan ketinggian 600 hingga 700 meter.

Sementara itu, ketua daerah Malang, Rendra Kresna menyuarakan kebimbangan kerana menurutnya aktiviti Gunung Semeru lebih aktif berbanding Gunung Bromo pada waktu ini. Keadaan tahap bersiap-sedia sudah dipertingkatkan kepada tahap amaran atau tahap 4. “Semua pihak sudah bersedia dan dalam keadaan berjaga-jaga di sini tetapi yang patut kita bimbangkan sekarang ialah aktiviti Gunung Semeru yang dilihat semakin mengancam,” jelas Rendra. - Agensi

Bilionair India perkenal rumah termahal



GAMBAR fail pada 19 Oktober 2010 menunjukkan rumah baru 27 tingkat milik bilionair, Mukesh Ambani di Mumbai, India.


MUMBAI - Bilionair India, Mukesh Ambani mengadakan parti mewah bagi memperkenalkan rumah barunya di atas sebuah bukit di sini yang dibina dengan kos AS$2 bilion (RM6.3 bilion) sekali gus kediaman persendirian termahal di dunia.
Akhbar Times of India melaporkan sekitar 80 individu berpengaruh dan selebriti Bollywood termasuk Preity Zinta dan Aamir Khan menghadiri parti tersebut pada malam kelmarin di kediaman 27 tingkat itu yang dinamakan Antilia.
Digelar Taj Mahal kurun ke-21, Antilia adalah setinggi 174 meter dengan ruang dalaman seluas 37,161 meter persegi dan dilengkapi ruang parkir enam tingkat, beberapa kolam renang dan sebuah panggung wayang.
“Satu kelegaan dapat menghirup udara segar di tempat tinggi dan meninggalkan pencemaran bandar Mumbai di bawah sana,” kata seorang tetamu parti itu.
Menurut akhbar berkenaan, Ambani memerlukan kira-kira 600 kakitangan bagi menyelenggara kediaman barunya itu
Ambani, 53, merupakan lelaki terkaya di India dengan anggaran kekayaan mencecah AS$27 bilion (RM85.1 bilion). – AFP

Penumpang diraba kerana pelapik seluar dalam



SEORANG wanita menjalani pemeriksaan badan di sebuah lapangan terbang di AS.


NEW YORK – Seorang penumpang wanita mendakwa dia trauma selepas tangan-tangan kasar beberapa pegawai Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) meraba bahagian sulitnya ketika menjalani pemeriksaan badan di sebuah lapangan terbang di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.
Peraturan di AS yang dikuatkuasakan oleh TSA mewajibkan setiap penumpang menjalani pemeriksaan mesin imbasan sinar-X yang ‘membogelkan’ mereka bagi mengesan senjata dan bahan letupan tersembunyi sebelum dibenarkan menaiki pesawat.
Wanita itu yang enggan identitinya didedahkan memberitahu, dia diarah menjalani pemeriksaan badan setelah mesin pengimbas sinar-X di lapangan terbang berkenaan mengesan pelapik seluar dalam yang dipakainya sebagai mencurigakan baru-baru ini.
“Saya menangis selepas itu kerana ia mengembalikan memori tragis serangan seks yang berlaku ke atas diri saya beberapa tahun lalu,” katan wanita itu. – Agensi

Banduan lolos dari celah lokap




RUANG di celah jeriji besi di penjara Tennessee yang cuma selebar 10 sentimeter.


BROWNSVILLE – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bingung bagaimana seorang banduan kurus, Kristopher Allen White (gambar kecil) meloloskan diri melalui celah jeriji besi tingkap sebuah penjara di sini, negeri Tennessee.
Sebuah akhbar melaporkan, White, 23, meloloskan diri melalui ruang kecil selebar 10 sentimeter dalam aksi yang dianggap luar biasa dan setanding dengan kehebatan ahli magis legenda, Harry Houdini pada Isnin lepas.
Banduan seberat 74.8 kilogram dengan tinggi 180.3 sentimeter itu ditangkap semula 14 jam kemudian dan dihantar kembali ke penjara Daerah Haywood, di sini.
“Sehingga kini, saya tidak dapat membayangkan bagaimana dia melakukannya,” kata Sherif Daerah Haywood, Melvin Bond.
Menurut satu lagi sumber, banduan itu melicinkan badannya dengan minyak masak dan dia dibantu oleh seorang lagi banduan yang menghuni bilik penjara bersamanya.
Dia ditahan di penjara itu selepas ditangkap kerana memecah masuk ke dalam beberapa buah gereja di Daerah Haywood pada awal tahun ini.
Selepas keluar dari lokap, White memanjat tembok penjara dan melapik pagar berdurinya dengan beberapa helai selimut penjara dan terjun keluar. - Agensi

Komputer bank rosak, berjuta rakyat tiada wang



SYDNEY 27 Nov. - Kegagalan komputer di bank terbesar Australia, menyebabkan mesin-mesin pengeluaran wang tunai (ATM) tidak berfungsi dan mengakibatkan berjuta-juta penduduk negara ini tidak dapat mengeluarkan wang.
Bank Negara Australia (NAB) berkata, satu fail yang rosak memusnahkan sebahagian besar transaksi termasuk pembayaran gaji dan pemindahan wang serta merosakkan mesin ATM sehingga menyebabkan ramai pengguna marah kerana mereka tidak mempunyai wang pada hujung minggu ini.
Jurucakap bank itu Meaghan Telford berkata, NAB membuka cawangan-cawangannya hari ini dan esok serta membawa lebih ramai kakitangan pusat panggilan ketika juruteknik berusaha memulihkan masalah yang timbul.
"Kami meminta maaf. Kami sedar masalah ini menyebabkan kesulitan ramai. Kami sedang berusaha memulihkannya," katanya kepada AFP.
Telford berkata, fail bermasalah itu menghentikan semua transaksi pada Rabu lalu, termasuk deposit gaji, pembayaran bil dan pemindahan wang antara akaun.
Menurutnya, oleh kerana sistem elektronik terganggu, sebahagian besar mesin ATM turut rosak. Beliau tidak mendedahkan jumlah sebenarnya.
Pelanggan yang menggunakan laman web Twitter melaporkan masalah yang berlaku pada akaun bank mereka, antaranya baki wang yang adakalanya boleh dilihat dan tidak, sekali gus menyebabkan ramai di kalangan mereka tidak dapat mengeluarkan wang. - AFP
Telford berkata, NAB telah menyelesaikan sebahagian besar transaksi yang tertangguh tetapi tidak dapat meramalkan bilakah sistem itu akan kembali beroperasi seperti biasa.
Beliau juga tidak menyatakan berapa ramaikah daripada 11.5 juta pengguna NAB yang terjejas akibat masalah tersebut.
Menurut agensi berita kebangsaan AAP, transaksi bank besar antarabangsa HSBC ke bank lain, deposit senarai gaji dan debit secara terus turut terjejas, kerana NAB turut menjelaskan bayaran untuk HSBC di Australia.
NAB turut mengeluarkan pemberitahuan dalam laman webnya yang menyatakan perbankan Internet sangat perlahan kerana berjuta-juta pelanggan memeriksa akaun mereka.

Amaran Komander Korea Selatan



POLIS rusuhan bergelut dengan bekas anggota pasukan Underwater-Demolition Team semasa perhimpunan antikerajaan di Seoul, Korea Selatan, semalam. – Agensi


SEOUL 27 Nov. - Komander Tentera Marin Korea Selatan, Leftenan Jeneral Yoo Nak Joon berikrar akan membalas dendam 'beribu-ribu kali ganda' atas serangan Korea Utara yang meragut dua anggotanya ketika penunjuk perasaan menuntut kerajaan bertindak lebih keras terhadap negara jirannya itu.
Dua anggota marin yang maut hari ini diberi penghormatan dengan tembakan meriam ketika keranda mereka diarak sambil diiringi kaum keluarga dan para pegawai memberikan tabik hormat semasa perarakan, beberapa hari selepas Korea Utara melancarkan tembakan meriam ke sebuah pulau kecil dalam satu serangan paling buruk sejak perang sivil 1950-1953.
"Semua anggota marin termasuk yang sedang berkhidmat atau dalam pasukan simpanan akan menuntut bela di atas kematian mereka dalam apa juga cara kerana kemarahan dan permusuhan ini tidak akan kami lupakan.
"Kami juga akan serapkan rasa marah ke tulang kami untuk membalas dendam terhadap Korea Utara," katanya di hadapan kereta mayat yang dilitupi sedikit salji.
Dua anggota marin dan dua penduduk awam maut dalam serangan ke atas Pulau Yeonpyeong di sempadan yang menjadi rebutan Korea Utara.
Tiga tunjuk perasaan turut diadakan di ibu negara selepas majlis pengkebumian, ketika kapal induk pesawat pengangkut Amerika Syarikat (AS) tiba bagi menyertai latihan tentera bersama Korea Selatan esok, yang mendatangkan amaran dari satu-satu sekutunya, China.
"Masanya sudah tiba untuk kita bertindak. Kita perlu serang istana Presiden di Pyongyang," laung kira-kira 1,000 veteran marin di pusat bandar raya Seoul sambil membakar gambar pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il dan anaknya, Kim Jung-un.
Di lokasi lain, anggota-anggota pasukan Underwater-Demolition Team turut membantah Korea Utara dan kerajaan kerana mengabaikan pengorbanan mereka dalam misi risikan. Penunjuk perasaan terpaksa bersurai selepas polis menggunakan pemadam api.
Agensi berita Yonhap dalam pada itu melaporkan, Presiden Lee Myung-bak mengadakan satu mesyuarat dengan pegawai keselamatan.
Media tempatan menyatakan, Menteri Pertahanan Korea Selatan yang baru, Kim Kwan-jin meminta supaya tindakan lebih tegas diambil selain rancangan kerajaan untuk menaikkan peruntukan pertahanan tahun depan.
"Kita perlu bertindak balas terhadap provokasi Korea Utara dengan tegas. Kita juga perlu melancarkan serangan balas dengan lebih teruk," katanya. - Reuters

Tatkala Keringnya Tasik Galilee,Turunlah Nabi Isa ke Bumi


Adakah anda ingat saya berjenaka dengan anda?Adakah anda ingat saya hanya menipu anda?Adakah anda ingat dunia ini milik anda?TIDAK...TIDAK...TIDAK...

Masihkah anda ingat nota saya yang dahulu saya letakkan pada akaun asal,kemudian saya alihkan pada page 'Zameer Fisabilillah',kemudian saya buat page baru setelah page lama di hack oleh yahudi.Ada THE HIDDEN HAND dari golongan Iluminati dan Freemanson sedang melihat pergerakan saya di alam maya.Mereka ini memilik teknologi 30 tahun ke hadapan yang lebih maju. Mereka memiliki satu alat translate yang apabila mesin pengimbas itu diletakkan di laptop,dia akan translate secara automatik bahasa yang anda gunakan di dunia ini,beratus-ratus bahasa.Inilah page baru saya,"Brigade Zameer Fisabilillah".
Hari ini,saya ingin highlight kan kepada anda semua bahawa Tasik Galilie semakin mengering. Tahukah anda?Lihatlah,di negara Malaysia contohnya,banjir kerap berlaku kemudian kita masih lagi tidak sedar.Sehingga ada yang berkata selepas berlaku banjir,"YA ALLAH,HANCUR TV PLASMA AKU BELI RM5,000 3 BULAN LEPAS"
"YA ALLAH, HABIS KERETA MEWAH AKU TENGGELAM "
Mengapa anda terlalu berfikiran cetek???Tahukah anda bahawa tidak lama lagi teknologi bakal tiada lagi?
Bersyukurlah anda apabila dikurniakan hujan...
Anda tahu apa yang sedang berlaku di Israel kini?
Di Israel,ada satu tasik yang bernama tasik Galilie,ianya semakin mengering...
Inilah hukum alam,yang Allah s.w.t tetapkan dengan kekuasaannya. Bayangkanlah,bongkah ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan semakin mencair dan mengakibatkan banjir dan dijangka kebanyakan tempat di dunia ini akan tenggelam tidak lama lagi...Masihkah anda ingat hadis Rasulullah s.a.w yang menyeru kita belajar berenang,menunggang kuda dan memanah?Mengapa anda masih tidak memahirkan lagi 3 perkara itu?Carilah hadis itu,bila anda jumpa baru anda sedar bahawa seruan itu telah pun disebutkan 1400 tahun lalu. Kemudian saya hadir hari ini kepada anda untuk menyedarkan anda.

Apakah yang saya maksudkan dengan ayat,"TERBUKTI HARI INI"
Anda semua jangan salah faham,apa yang saya cakapkan terbukti hari ini ialah berkaitan akhbar kosmo hari ini,27.11.2010 menceritakan berkaitan "Pemimpin agama Israel minta hujan".Sedikit tatapan umum berkaitan akhbar tersebut,
BEBERAPA lelaki Yahudi meniup alat muzik shofar sebelum majlis penyembahan meminta hujan diadakan di atas bot di laut Galilee, utara Israel pada Rabu lalu.
GAMBAR menunjukkan seorang pemimpin agama Yahudi (berjanggut) menaiki belon udara panas untuk meminta hujan dekat Kibbutz Ruhama di Negev kelmarin.
TEL AVIV - Sejumlah pemimpin agama Israel melakukan upacara ritual bagi meminta hujan turun selepas pegawai-pegawai ramalan kaji cuaca meramalkan musim tanpa hujan akan berterusan sehingga bulan depan.
Dua pemimpin agama Yahudi, Yona Metzger dan Shlomo Amar turut mengisytiharkan hari istimewa untuk berpuasa dan berdoa ekoran kemarau yang melanda Israel.
Puasa itu dilakukan kelmarin dan ia akan sekali lagi dilakukan pada Isnin ini. Kelmarin, kedua-dua mereka pergi ke Taman Honi Hame'agel di tepi Laut Galilee untuk berdoa supaya hujan turun.
Dua pemimpin agama Yahudi turut menaiki belon panas dekat Kibbutz Ruhama di Negev bagi melakukan upacara ritual itu semasa berada di udara untuk meminta hujan turun kelmarin.
Pada Isnin ini, mereka meminta semua penduduk Yahudi sama ada di dalam Israel atau di luar negara supaya mengadakan sesi khas selain berpuasa untuk meminta hujan.
Tidak ada hujan yang turun sepanjang bulan ini.Ramai pegawai ramalan kaji cuaca menyatakan musim tanpa hujan akan berterusan sehingga permulaan Disember.Dua minggu lalu, pemimpin agama Yahudi, Kristian dan Islam turut mengendalikan majlis doa untuk meminta hujan di kampung Wallaja. - Agensi

Jika anda berkata saya menipu,anda semua boleh beli akhbar kosmo pada hari ini,dan carilah tajuk itu.Lihatlah akhbar itu dan bandingkan dengan nota yang saya tuliskan ini,ianya saling berkaitan cuma nota yang bawah ini tidak dinyatakan di dalam akhbar itu.


Di bawah ini adalah nota saya yang lalu,anda boleh baca sekali lagi untuk menambahkan ilmu pengetahuan anda.


Tatkala Keringnya Tasik Galilee,Turunlah Nabi Isa ke Bumi (benarkah bakal berlaku 40 tahun lagi???AL-QURAN&HADIS membuktikannya)

Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah.....

Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat ini menerusi alam maya.Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat.
Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada semua pembaca mengenai Tasik Galilee,sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika ini.Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias

Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini,hadis itu memberitahu saya dan anda semua,bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar.Carilah hadis sahih ini sampai dapat,dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini,pada ketika anda tahu itu,anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat.Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu...

Saudara serumpunku,anda semua harus beringat,bila tasik ini kering,maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahadi,memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi.

Saya ingatkan lagi,hadis ini amatlah sahih,sedangkan tiada satu pun ulamak di Tanah Melayu berani membongkar hadis sahih ini,dengan kata lain,mereka tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas,Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya,dan mengikut kajian sains,tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasar permukaan bawahnya,dan ketika itulah Nabi Isa turun.
dan anda semua perlu faham,sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi asbabperlunya baginda turun,asbab itu mestilah terjadi, Ini bermakna wahai saudaraku sekalian,proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:
- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...
- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita,benarkan???
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yang dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....
- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita,samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-Ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak bukan, ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak,
dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang hal ini, namun anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu...
-dan kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai saudara-saudaraku,rakan-rakan,semua hamba Allah dan ramai dari mereka sebelum saat itu tiba,menjelma tanpa kita duga...

Ingatlah saudara-saudara ku... Mereka bertiga akan muncul selang silih berganti sahaja,dan mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama,mereka bertiga adalah manusia belaka,Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang,sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek tetapi dapat memimpin dunia.

Ketahuilah mereka bertiga ialah:
- Al Masih Imam Mahadi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa

Ingatlah kawan-kawan... sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini), percayalah,dalam tempoh 50 tahun ini sahaja,semua tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di zaman anda,samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu.Ketahuilah,Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi,dan proses pengeringan ini amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah pun berlalu,ada baki lagi 40 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi,dan anda harus ingat!!!


Sekali lagi saya ingatkan anda,bila Nibiru melalui nanti (diteorikan),2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki),iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi),dan teori 2 gerhana pada tahun 80-an "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012,dan sekiranya teori ini benar-benar berlaku, maka sahlah dan lengkaplah semua tanda-tanda kecil,dan kehadiran tanda-tanda besar pasti berlaku tanpa anda jangka.
Planet Nibiru(Planet-X) adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah ﷺ sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi.Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan menjahanamkan semua PANCARAN API yang terdapat pada bumi. TANDA-TANDA BESAR KIAMAT?OBJEK MERAH KELIHATAN DI LANGIT.Planet ini hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. Sekiranya kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Ini bermakna,apa sahaja jentera langit dan bumi,asalkan yang mempunyai saluran elektrik,akan dengan sendirinya tidak berfungsi,satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop,tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi,dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik.Itu pun sekiranya anda masih hidup hasil dari peristiwa ini, kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap pada 2012 hasil dari tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X.
Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno,menunggang kuda sebagai satu medium pengangkutan...bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR......

KAJIAN SAINS: Setelah saya membuat kajian,sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api.Anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Ini pesanan saya lagi...

Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan

Sekiranya kajian saya di atas berpandukan hadis,maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden hari ini,persenjataan tercanggih,akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia ini... Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku,adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik,manusia akan kembali kepada fitrah semula,dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar,adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki itu sedang tenggelam,kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti banyak yang ada di Tanah Melayu...

Saya berpesan kepada anda sekali lagi,gunakan duit anda untuk:
-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di kawasan pedalaman
-menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung
-membeli kuda seorang dua ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik MEMANAH
-dan kembali mengajar anak-anak anda semua berenang

Ketahuilah, kita ada tak sampai 40 tahun sahaja lagi sebelum Tasik Galileekering sepenuhnya, kita ada hanya purata 40 tahun sahaja lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan anda kena faham lagi sekali,sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi,dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di sekeliling kita menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, ya kawan-kawan... dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa,dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan,sekali lagi saya ingatkan,anda hanya ada 40 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar,bila satu tanda besar keluar,perhatikan sekeliling anda,semua tanda-tanda kecil sudah lengkap kan?bila satu tanda besar keluar,akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa ragu-ragu...

Dan ingatlah wahai Muslimin,doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman,dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad,dari susurgalur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"), yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi,percayalah bahawa di dalam darahnya ada kombinasi DNANabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad,kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, sedangkan Mahadi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat,carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Al-quran) dan kerana itulah,Solat 5 Waktu di tahiyat akhir,kita akan selalu bacakan nama 2 Nabi itu.

Pesanan Terakhir,langsaikan hutang secepat mungkin,tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman,kumpulkan kain-kain yang tahan lama,ternak dan gembala kambing,ajar anak-anak menunggang kuda,simpan cermin mata anda sebaik mungkin,banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah,latihkan anak-anak Melayu kita dengan kemahiran memanah,banyakkan berenang di waktu petang,minta maaf pada saudara-saudara terdekat dan saudara-saudara jauh,kita kena cepat minta maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajjal menguasai hari ini)

Jika perlu,sila sebar-sebarkan nasihat di atas kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa Melayu.
Peristiwa Tamim ad-Dari disebutkan dalam Sahih Muslim:


Telah menyampaikan kepada kami Ibnu Buraidah dari Amir bin syurahbil asy-Sya, kabilah Hamdan, bahawa ia pernah bertanya kepada Fatimah binti Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama. Amir berkata:" Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah s.a.w yg tidak engkau sandarkan kepada sesiapapun selain beliau." Fatimah berkata:" jika engkau mahu, nescaya aku lakukan." Amir berkata: Tentu, sampaikanlah kepadaku."

Fatimah berkata: Setelah menyelesaikan solatnya, Rasulullah s.a.w duduk dimimbar. Sambil tersenyum, beliau bersabda:" Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya." Selanjutnya beliau bersabda:" apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?" mereka menjawab: " Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui."

Beliau bersabda: "Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan, aku mengumpulkan kamu semua adalah kerana Tamim ad-Dari, yg dulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai'at masuk Islam. Ia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah disampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Ia menceritakan kepadaku bahawa ia mengenderai sebuah perahu bersama tiga puluh orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka di buai ombak selama sebulan di laut. Lantas mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk-duduk di pantai dekat perahu. Lalu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi oleh seekor binatang yang banyak bulunya, yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.

Mereka berkata:' Celaka kamu, apakah kamu ini?' Binatang itu menjawab:'Aku adalah Jassasah (mata-mata)' mereka bertanya:'Mata-mata apa?' Ia menjawab:'Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana ia merindukan berita dari kamu.'


Tamim ad-Dari berkata: 'Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin ia adalah syaitan perempuan.'


'Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi diantara hingga kedua mata kakinya. Kami katakan:

'Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini? Ia menjawab: 'Kamu semua telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini?' Mereka menjawab: ' Kami adalah adalah manusia dari Arab. Kami belayar perahu lalu dipukul gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan'. Maka kami duduk-duduk di pantai dekat perahu lalu memasuki pulau ini. Kami didatangi oleh seekor binatang yang berbulu lebat sehinnga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya.

Kami bertanya: ' Celaka kamu, apakah kamu ini?' Binatang itu menjawab: 'Aku adalah mata-mata' 'Mata-mata apa?' 'Pergilah kepada orang yang ada di dalam gua ini, kerana ia sangat merindukan berita dari kamu semua.' 'Maka kami pun segera menjumpaimu. Kami takut pada binatang itu, dan kami tidak tenang jangan-jangan syaitan betina. Orang itu berkata:' Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!' [Nota:Baisan sebuah daerah berada dekat Syam lama dan merupakan salah satu kota di Palestin]. 'Tentang apakah yang kamu tanyakan?' 'aku bertanya kepadamu, apakah pohon kurma itu hampir berbuah?' 'ya' 'Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak berbuah' Lalu ia berkata lagi:' Beritahukan kepadaku tentang tasik Tabariyyah!' 'Tentang apakah yang kamu tanyakan?' 'apakah tasik itu masih berair?' [Nota:Tasik ini besar, luasnya 10x6 batu2 . Airnya makin berkurang. Jarak Tasik Tabariyyah dgn Bait al-Muqaddis sekitar 100 batu] 'Ya, tasik itu masih banyak airnya' 'Sesungguhnya air tasik itu hampir habis' Ia berkata:' Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!' 'Mengenai apakah yang kamu tanyakan?' 'Apakah mata air itu masih memancarkan airnya dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dari mata air itu?' [Nota:Melimpahnya air dari mata air Zughar terjadi sekali lagi adalah isyarat dekatnya keluar Dajjal silaknat] 'Ya, mata air itu masih memancarkan banyak air, dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.' 'Terangkan padaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang yang buta huruf, apa yang dilakukannya?' 'Ia telah keluar dari Makkah menuju Yathrib' 'Apakah orang Arab memeranginya?' 'Ya' ' Bagaimana caranya memperlakukan mereka?' 'Ia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya' 'Apakah demikian?' 'Ya', 'Lebih baik dari mereka untuk mengikutinya. Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku adalah al-Masih Dajjal. Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melewatkan suatu kampung melainkan aku akan tinggal di situ selama empat puluh malam kecuali kota Makkah dan Taibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap kali aku akan memasuki salah satu kota itu, aku akan dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalkan kepalaku. Di setiap celah kedua-dua kota itu dijaga oleh para malaikat.' Fatimah berkata:

"Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar Rasulullah s.a.w bersabda:

Ini adalah Taibah(kota Madinah), Ingatlah apakah hal itu telah aku sampaikan pada kamu semua?" Orang-orang menjawab:" Benar" Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Makkah dan Madinah. Ketahuilah Dajjal itu berada di laut Syam atau dilaut Yaman, bukan dari timur, bukan dari timur, bukan dari timur,sambil mengisyaratkan tangannya kearah timur" (Lihat Sahih Muslim dengan syarah Imam an-Nawawi, Matba'ah al-Misriyyah, XVIII, hlmn 78-73)


Saya ada jumpa isian hadis ini yang lebih panjang lagi,insyaAllah saya akan bukukan segala hasil penulisan saya melalui buku itu yang akan dipasarkan di seluruh Malaysia pada pertengahan bulan depan.Untuk makluman lajut,bolehlah lihat pada nota saya BERTAJUK" INFO SEMASA BERKAITAN Brigade Zameer Fisabilillah"

UNTUK MAKLUMAN ANDA SEMUA,saya akan edit nota ini untuk tatapan bacaan anda kali kedua,mohon kerjasama anda melihat nota ini 7 hari akan datang lagi sekali kerana ada info tambahan pada nota ini yang lebih menarik.
INGATLAH!!!HARI INI TASIK GALILIE MAKIN MENGERING...
MAKIN MENGERING
MAKIN MENGERING....
BELUM LAGI MENGERING SEPENUHNYA LAGI....
INGATLAH! Tidak perlu online selalu, PERSIAPKAN KEKUATAN ZAHIR DAN BATIN ANDA UNTUK BERJIHAD NANTI kerana saya khuatir nanti anda terlupa!
PERSIAPKAN KEKUATAN LUARAN DAN DALAMAN ANDA UNTUK BERJIHAD NANTI kerana saya khuatir nanti anda terlupa!Jangan online terlalu lama kerana mengakibatkan mata anda rosak sekali gus menjejaskan mata anda untuk berfikir pada akhir zaman ini siapakah pengikut NABI PALSU(DAJJAL) dan pengikut NABI YANG BENAR(NABI ISA).


PERHATIKAN UPDATE NOTA "INFO SEMASA " YANG AKAN DATANG PADA SETIAP MINGGU(HARI SABTU atau AHAD)
Jika page ini dibanned,saya akan maklumkan pada nota ini dengan edit yang terbaru,Anda semua boleh baca sekali lagi pada masa akan datang...Harap Maklum


Selepas anda membaca nota ini, anda berhak memilih anda golongan yang mana seperti tertera di bawah.
Tiga golongan manusia selepas membaca artikel ini:

1) golongan yang suka share nota ini kepada semua MANUSIA
Sila klik button share di bawah nota ini. Segala kandungan bermanfaat boleh diambil untuk sebaran umum,simpanan, dan sebagainya.Sekiranya anda ingin menyebarkan nota ini ke halaman website lain, SILA LETAKKAN pautan link pada blog anda atau pada artikel yang diambil sebagai kredit kepada penulis...Jazakumullah..Awas!!!Jangan sesekali kerana anda ingin mengejar populariti sehingga suka copy paste dan letakkannya sbg nota hasil penulisan anda sedangkan bukannya anda yang menulis dan mengkaji dengan lebih mendalam nota ini.Ingatlah,ALLAH memerhati segala yang anda lakukan dan Allah mengetahui niat tersembunyi anda itu.
Contohnya,SILA LETAKKAN AYAT INI, 
Anda umpama tanah. Walaupun hujan hanya turun seketika,anda telah memanfaatkannya sebaik mungkiin. Contohnya, tanah ini akan cepat-cepat mengambil manfaat dari air hujan yang turun sebentar tadi lalu menumbuhkan buah-buahan yang segar untuk kebaikan manusia sejagat.

2) golongan yang suka membantah ayat Al-Quran dan As-Sunnah
Golongan ini suka membantah sesuka hati seolah-olah dia sahaja yang betul. Padahal tanpa dia sedari, kadangkala dia bercakap secara membantah.Ingatlah,perselisihan itu akhirnya akan membawa kecelakaan kepada diri anda sendiri. Apa yang pasti,JANGAN SESEKALI MENOLAK AL-QURAN AS-SUNNAH DALAM KEHIDUPANMU, rajinkanlah dirimu mendekatinya sebelum kamu diiringi ke pusara....JANGAN SESEKALI MENOLAK AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DALAM KEHIDUPANMU...(hendak baca huraian lebih lanjut,sila baca sepenuhnya info pada page ini)
Anda seumpama batu-batuan dan pasir.Walaupun hujan selalu turun, namun tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku. Batuan tadi tetap kekal sebagai batuan serta tidak menumbuhkan sesuatu yang bermanafaat seperti buah dan sebagainya.

3)golongan yang masuk telinga kanan,keluar telinga kiri
Golongan ini akan memudaratkan dirinya sendiri tanpa dia sedari. Golongan ini walaupun tidak menentang Dakwah Islamiyyah itu contohnya, namun kehadiran mereka juga seolah-olah tidak dirasai oleh masyarakat, kerana mereka menjadi golongan yang tidak ada sensitiviti dan kesedaran untuk membangunkan ummah dengan wasilah Islam yang syumul.Ingatlah,anda boleh komen setiap statement dan nota saya,asalkan komen anda adalah komen motivasi bukannya komen yang bersifat membantah atau komen yang dikategorikan lari dari topik seperti yang telah berlaku sebelum ini.
Anda di ibaratkan seperti air kolam yang bertakung. Keadaan air ini tetap kekal sebagai air dan tidak membuahkan apa-apa hasil yang lain. Apabila hujan turun, air tadi hanyalah akan bertambah, namun tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku.
NANTIKAN UPDATE TAMBAHAN PADA NOTA INI SETIAP MINGGU PADA HARI JUMAAT.........
Awas!!!Jangan sesekali kerana anda ingin mengejar populariti sehingga suka copy paste dan letakkannya sbg nota hasil penulisan anda sedangkan bukannya anda yang menulis dan mengkaji dengan lebih mendalam nota ini.Ingatlah,ALLAH memerhati segala yang anda lakukan dan Allah mengetahui niat tersembunyi anda itu.
Share