Pages

Saturday, October 9, 2010

78 pasangan pilih 10.10.10 naik pelamin


MENUNGGU HARI ISTIMEWA: Cik Shahidah bersama bakal suaminya, Encik Mohd Shaffiq, sibuk menyiapkan barang hantaran mereka bagi melangsungkan hari perkahwinan mereka pada 10.10.10. - Foto KHALID BABA


DENGAN tarikh yang menarik dan mudah diingati seperti 10.10.10, siapa yang tidak mahu mengambil kesempatan memilih esok bagi melangsungkan majlis masing-masing, terutama majlis perkahwinan.


Tidak mengejutkan jika seramai 78 pasangan Islam mendaftar untuk bernikah pada tarikh istimewa itu esok.Naib Kadi, Ustaz Firdaus Yahya, berkata pada Ahad biasanya sekitar 40 pasangan melangsungkan perkahwinan tetapi pada 10.10.10 jumlahnya meningkat.Naib Kadi, Ustaz Hassan Salim, berkata beliau akan menikahkan empat pasangan pada tarikh itu berbanding hanya satu atau dua pada Ahad biasa.'Kadang-kadang tiada pasangan yang saya nikahkan pada Ahad sebelumnya,


' ujarnya.Naib Kadi Syakir Pasuni pula menyatakan bahawa dalam Islam tiada hari-hari tertentu yang dilarang melangsungkan pernikahan.'Pasangan bebas memilih tarikh perkahwinan. Islam menggalakkan perkahwinan dan yang penting ia membawa berkat,


' ujar Ustaz Syakir.Malah para naib kadi juga menjangkakan tarikh 1.1.11 dan 11.11.11 bakal menjadi rebutan pasangan pada tahun depan.Seorang ibu pengantin, Cik Eton Sirin, 50 tahun, yang bakal melangsungkan perkahwinan anaknya, Cik Wahidah Jumrin, 26 tahun, esok, berkata:


'Tarikh 10.10 dipilih oleh anak saya kerana itu adalah tarikh lahirnya.'Anak saya memilih tarikh itu sejak menengah empat dan berangan-angan tarikh kahwinnya jatuh pada 10.10.10.'Kini impiannya terkabul.'


Bagi pasangan pengantin Encik Mohd Shaffiq Mohd Ilias, 27 tahun, dan Cik Shahidah Hamidi, 21 tahun, pula mereka memilih tarikh ini secara kebetulan.'Kami merancang berkahwin tahun depan. Tetapi setelah berbincang untuk mempercepatkannya pada tahun ini adalah baik kami memilih tarikh yang cantik ini,


' ujar Encik Mohd Shaffiq.Namun bagi satu lagi pasangan pengantin, Encik Ali Sadikin, 31 tahun dan Cik Noraisyah Muda, 25 tahun, memilih tarikh tersebut untuk mudah mengingati tarikh perkahwinan


.'Saya teringat nasihat rakan sekerja saya yang telah berkahwin lebih 15 tahun supaya pilih tarikh yang senang diingat kerana beliau sering lupa tarikh pernikahannya


.'Ini akan menimbulkan masalah antara pasangan yang lupa tarikh penting dalam hidup mereka,


' ujar Encik Ali.Para pasangan ini juga mendapati sukar untuk mendapatkan tempahan katering dan deejay pada tarikh tersebut.Seorang katerer, Encik Mushrir Ayob, berkata:'Saya menerima tempahan seawal dua tahun lalu bagi tarikh ini. Lepas bertunang mereka terus membuat tempahan kerana tahu tarikh yang istimewa ini.





'Jurucakap syarikat ZY Soundbites pula berkata: 'Mereka meminta kami lakukan yang istimewa dalam persembahan kami pada tarikh istimewa ini. Kami memikirkan sesuatu yang kreatif untuk pelanggan kami.'














Pengasas Facebook puas hati filem tentang dirinya

LOS ANGELES - Pengasas laman rangkaian sosial Facebook, Mark Zuckerberg yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan tidak akan menonton filem The Social Network (2010) ternyata tidak dapat mengelak tarikan filem itu.

Jurucakap Facebook mengesahkan Zuckerberg dan sekumpulan kakitangan syarikat itu telah menonton filem berkenaan di pawagam baru-baru ini.

"Selepas penat bekerja, kami memutuskan untuk ke pawagam. Kami rasa, filem mana lagi yang lebih sesuai ditonton berbanding filem mengenai kelahiran Facebook," kata jurucakap itu kepada wakil media.

Filem The Social Network ditayangkan mulai 1 Oktober lalu dan semasa muncul dalam rancangan The Oprah Winfrey Show pada 24 September lalu, Zuckerberg memberi komen bahawa filem itu ternyata menyeronokkan.

Zuckerberg yang lahir pada 14 Mei 1984 menjadi terkenal apabila dia bersama-sama rakan sekuliahnya di Universiti Harvard – Dustin Moskovitz, Eduardo Saverin dan Chris Hughes – melancarkan Facebook pada 4 Februari 2004.

Filem The Social Network yang diarahkan oleh David Fincher dibuat berdasarkan buku The Accidental Billionaires (2009) tulisan Ben Mezrich.

Lelaki Kenya miliki 100 isteri meninggal dunia

NAIROBI - Seorang lelaki Kenya yang terkenal kerana mempunyai 100 isteri meninggal dunia akibat komplikasi selepas mengalami tekanan darah tinggi, minggu ini. 

Ancentus Akuku, yang digelar 'Danger' (bahaya), berumur lebih 90 tahun semasa kematiannya dan meninggalkan antara 160 dan 200 orang anak. 

Dalam temuramah dengan stesen televisyen Barat sebelum ini, Akuku berkata dia digelar 'Danger' kerana berjaya menewaskan ramai lelaki disebabkan kekacakannya. 

Menurut media Kenya, Akuku mempunyai keluarga yang terlalu besar sehingga beliau membina sekolah dan gereja bagi kegunaan keluarganya yang tinggal di bandar Kisumu, barat Kenya. 

Akuku pernah mengakui saiz keluarganya yang besar menyebabkan hampir mustahil baginya untuk memantau mereka. 

Lelaki tinggi lampai itu berkahwin kali pertama pada 1939 dan kali terakhir pada 1992 iaitu semasa poligami dianggap perkara biasa di negara Afrika Timur itu.

Buku terbesar di dunia dijual pada harga RM310,000

FRANKFURT - Sebuah buku bergambar yang didakwa sebagai terbesar di dunia diterbitkan oleh syarikat penerbitan Australia.

Buku bersaiz 54 kaki persegi bertajuk 'Earth, Platinum Edition' itu akan dijual pada harga AS$100,000 (RM310,000).

Gordon Cheers, pengarah urusan Millennium House yang menerbitkan buku itu berkata, hanya 31 salinan buku itu - yang mengandungi peta dunia dan gambar beberapa lokasi popular - akan dicetak.

"Kini, semuanya bersifat digital dan hilang sekelip mata. Namun buku ini masih akan wujud walaupun selepas 500 tahun," katanya.

Buku itu dipamerkan buat kali pertama di Pesta Buku Frankfurt di Jerman, yang merupakan pesta buku terbesar di dunia, Rabu lalu.

Bagaimanapun, Guinness World Records masih belum membuat pengesahan rasmi sama ada buku itu adalah yang terbesar di dunia.

Zoo mini Anson Wong kena serbu

KAKITANGAN Perhilitan membawa keluar salah seekor daripada
 dua ekor harimau benggala dari sebuah dusun buah-buahan di Teluk Bahang, Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN - Sebanyak 120 ekor haiwan yang terdiri daripada pelbagai jenis dirampas oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di sebuah dusun buah-buahan di Teluk Bahang dan sebuah premis di Jalan Jones di sini, dalam operasi selama dua hari sejak kelmarin.
Dalam operasi membabitkan 20 pegawai Perhilitan di dusun milik keluarga penyeludup haiwan antarabangsa, Anson Wong Keng Liang (gambar), 52, atau turut dikenali sebagai ‘Raja Cicak’ semalam, sebanyak dua ekor harimau benggala, empat ekor kucing hutan, seekor buaya dan tiga ekor ular sawa dirampas.
Operasi yang turut disertai kakitangan Zoo Melaka itu mendapati, kesemua haiwan tersebut disimpan oleh Anson Wong dan isterinya, Cheah Bing Shee dalam dusun berkenaan yang seakan-akan zoo mini yang terletak kira-kira 50 meter dari Jalan Teluk Bahang-Balik Pulau berhampiran Sungai Pinang.
Dusun buah-buahan keluarga Anson Wong yang terletak berhampiran Pusat Rekreasi Air Terjun Titi Kerawang itu dipercayai dijadikan tempat dia menyimpan pelbagai spesies haiwan yang dilindungi sejak beberapa tahun lalu.
Terdahulu dalam operasi kira-kira pukul 8 malam kelmarin, pihak Perhilitan telah merampas sebanyak 50 ekor haiwan yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu biawak, ular, kura-kura serta pelbagai jenis ular sawa dan ular berbisa.
Turut dirampas pada hari yang sama ialah 60 ekor haiwan lain yang kebanyakan terdiri daripada pelbagai spesies unggas liar yang disimpan Anson Wong di sebuah premis di Jalan Jones di sini.KOSMO

Pendaki rakam imej menyeramkan

Gambar menunjukkan imej menyeramkan seperti hantu (dalam bulatan)
yang telah dirakamkan oleh seorang pendaki di lereng gunung Tatra, Zakopane, Poland.

ZAKOPANE, Poland - Seorang pendaki di Poland merakamkan gambar satu lembaga menyeramkan yang muncul dari dalam kabus di lereng gunung Tatra di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Lembaga seperti hantu yang dirakamkan menerusi kamera itu baru-baru ini dipercayai berpunca daripada ilusi optik yang dikenali sebagai Hantu Brocken.
Fenomena itu sering berlaku apabila matahari menyinar di belakang seseorang yang melihat ke dalam kabus di lereng gunung dengan bayangnya berada di hadapan.
Kepala lembaga itu pula kelihatan timbul dan dikelilingi beberapa lingkaran cahaya disebabkan oleh biasan.
Ilusi tersebut sering kali berlaku di lereng gunung berkabus atau pemandangan berkabus dari dalam pesawat.
Bayangan tersebut diberi nama Hantu Brocken kerana bayangan seumpama itu ditemui pada 1780 oleh seorang saintis, Johann Silberschlag di Brocken yang merupakan puncak tertinggi pergunungan Harz, di Jerman.
Pendaki-pendaki gunung sebelum ini memiliki kepercayaan karut bahawa sesiapa yang melihat Hantu Brocken akan mati pada keesokan harinya. - Agensi, KOSMO

Budak 6 tahun betulkan kesilapan amaran jalan

GAMBAR menunjukkan papan tanda yang menunjukkan papan tanda jalan yang betul
selepas papan tanda asal ditanggalkan di sebuah lebuh raya di daerah St. Louis, Amerika Syarikat.

MANCHESTER, Amerika Syarikat (AS) - Pegawai-pegawai pihak berkuasa lebuh raya Daerah St. Louis mengucapkan terima kasih kepada seorang budak lelaki berusia enam tahun kerana membantu mereka membetulkan kesilapan beberapa papan tanda amaran jalan yang berliku.
Stesen televisyen KTVI-TV di AS melaporkan baru-baru ini, kanak-kanak itu, David Hindes menyedari terdapat kesilapan gambar jalan pada satu papan tanda keselamatan jalan raya di sini.
Papan tanda yang silap itu memberitahu para pemandu bahawa cuma terdapat satu selekoh di hadapan berbanding keadaan jalan sebenar yang berliku-liku.
Akur dengan cadangan bapanya, dia menulis surat berhubung kelemahan itu kepada pentadbir lebuh raya tersebut.
Dalam surat itu, dia melukiskan gambar jalan yang silap dan gambar jalan yang betul.
Pegawai pihak berkuasa lebuh raya itu kemudian menelefon budak tersebut untuk memberitahu bahawa pandangannya mengenai gambar jalan itu sememangnya betul.
"Saya gemar mereka dan melukis papan tanda jalan raya. Papan tanda itu sepatutnya mempunyai banyak selekoh kerana ia jalan yang berliku," katanya.
Papan tanda yang silap itu kemudian ditukar manakala sebagai ganjaran kerana kepekaannya, Hindes dibawa melawat kilang membuat papan tanda dan dia turut dijanjikan pekerjaan dengan jabatan lebuh raya apabila dewasa kelak. - Agensi, KOSMO

Papan iklan unik di London

DUA pejalan kaki melihat tiga wanita yang menyamar sebagai patung di papan iklan
Johnson & Johnson di pusat beli-belah Westfield, London baru-baru ini.

LONDON - Para pengunjung sebuah pusat beli-belah di Britain kelmarin terkejut apabila melihat beberapa wanita menjadi model hidup di sebuah papan iklan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebuah akhbar melaporkan, papan iklan berkonsepkan seni timbul di pusat beli-belah Westfield, di sini menampilkan tiga model seksi yang menyamar menjadi patung, baru-baru ini.
Seorang model berambut perang duduk dalam keadaan separuh bogel di belakang segumpal awan dengan model kedua bergaya di belakang sebatang pokok.
Model ketiga yang berpakaian singkat duduk di atas buaian di tengah papan iklan tersebut. Mereka akan mengejutkan orang ramai dengan menggerakkan jari-jari kaki.
Trio berkenaan membantu kempen promosi losyen pelembap 24 jam Johnson & Johnson. - Agensi, KOSMO

Pekerja wanita dipecat kerana bergambar bogel

GAMBAR yang disiarkan akhbar Kompas.com semalam menunjukkan
 imej dua orang gadis Sumatera Selatan yang berbogel
sehingga mencetuskan perbualan di kalangan penduduk.

EMPATLAWANG - Agensi Pengurusan Kewangan dan Aset Daerah (DPPKAD) Empatlawang di sini, Sumatera Selatan, Indonesia, memecat seorang pekerja wanitanya selepas gambar bogelnya disiarkan media, lapor sebuah akhbar semalam.
Gadis cantik itu dipecat setelah pihak atasan mendapat tahu dia bergambar bogel bersama rakannya di tandas pejabat.
Ketua DPPKAD, Amin Daoed dalam kenyataannya kelmarin, mengakui bahawa wanita tersebut adalah orang bawahannya.
"Memang benar gadis itu pekerja sukarela kami, tetapi dia sudah kami berhentikan pada Selasa lepas selepas perbuatannya terbongkar," kata Amin.
Beliau turut kecewa kerana penyebaran gambar itu telah mencemarkan nama Daerah Empatlawang.
Gambar bogel kedua-dua gadis itu menjadi perbualan hangat di kalangan kakitangan pejabat daerah itu sebelum ini.
Dua gadis itu mengakui bahawa gambar-gambar tersebut adalah asli.
Namun, kata mereka, gambar itu dirakamkan untuk tujuan simpanan peribadi tetapi ada individu yang mencuri fail dalam telefon bimbit yang merakamkan gambar tersebut sebelum menyebarkannya.
Menurut seorang daripada gadis itu, salah seorang rakan karib mereka mungkin mencuri fail gambar tersebut kerana telefon yang merakamkan gambar itu mempunyai kata laluan. - Agensi, KOSMO

Perisik seksi muncul di Kazakhstan

ANNA CHAPMAN (kiri) dikawal oleh seorang lelaki di sebuah
 pusat pelancaran roket Rusia di Kazakhstan kelmarin.

BAIKONUR - Pengintip seksi Rusia, Anna Chapman membuat kemunculan mengejut di selatan Kazakhstan apabila dia melambaikan tangan sebagai tanda untuk mengucapkan selamat jalan kepada tiga angkasawan yang berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
Chapman yang memakai kot merah menghadiri majlis ucap selamat jalan kepada angkasawan AS, Scott Kelly dan dua angkasawan Rusia di sebuah balai berlepas di sini kelmarin.
Kumpulan angkasawan itu berlepas dengan menaiki roket Soyuz TMA01M dari sebuah pusat pelancaran di sini.
Angkasawan itu akan berada di ISS selama lima bulan.
Chapman, 28, memberitahu seorang wartawan bahawa dia baru tiba di ISS semasa ditanya mengenai kehadirannya tanpa mengulas lanjut.
Diiringi seorang lelaki sasa yang menghalang kumpulan wartawan daripada menghampirinya, dia kemudian menuju ke sebuah rumah tetamu yang dikawal rapi berhampiran pelantar pelancaran.
Wanita cantik berambut merah itu adalah antara 10 ejen Rusia yang diusir dari AS pada 10 Julai lepas kerana kesalahan mengintip.
Gambar-gambar seksinya yang terpapar di beberapa laman jaringan sosial menyebabkan Chapman menjadi popular di Barat. - AP, KOSMO

Banduan dari China dianugerah Hadiah Nobel Keamanan

GAMBAR yang disiarkan agensi berita Reuters semalam menunjukkan
Liu Xiaobo (kanan) bersama isterinya, Liu Xia.

OSLO, Norway - Seorang banduan China, Liu Xiaobo, 54, semalam dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan atas usahanya memperjuangkan hak-hak asasi manusia, kata Jawatankuasa Nobel di Norway.
"Beliau dihargai atas usaha kerasnya yang tidak melibatkan keganasan untuk memartabatkan hak-hak asasi manusia di China.
"Jawatankuasa Nobel di Norway sudah lama percaya bahawa wujud hubungan yang rapat antara hak asasi dan keamanan," kata Presiden Jawatankuasa Nobel, Thorbjoern Jagland.
Xiaobo yang berusia 54 tahun telah dipenjarakan pada 2008 kerana membantu menganjurkan protes dan menulis satu dokumen dikenali sebagai Charter 08.
Dokumen tersebut menyeru pembaharuan politik di China.
Antara desakan Xiaobo ialah kebebasan untuk berhimpun, meluahkan ekspresi dan beragama.
Isteri banduan itu, Liu Xia berasa sangat teruja ekoran penganugerahan yang diberikan ke atas suaminya.
Xia menuntut suaminya dibebaskan dan mengucapkan terima kasih kepada semua para penyokongnya ekoran penghargaan tersebut.
"Saya mahu berterima kasih kepada jawatankuasa Nobel, Vaclav Havel, Dalai Lama (pemimpin Tibet dalam buangan) dan semua yang menyokong Xiaobo," katanya.
Xiaobo yang merupakan bekas pensyarah kesusasteraan Universiti Beijing Normal pernah ditahan selama hampir dua tahun kerana mempertahankan para pelajar yang menyertai protes prodemokrasi di Tiananmen pada tahun 1989.
Pada Disember lalu, dia dihukum penjara 11 tahun lagi atas tuduhan subversi.
Hukuman itu mendapat kutukan masyarakat antarabangsa.
Sementara itu, pemerintah China menyifatkan jawatankuasa Hadiah Nobel Norway telah merosakkan tujuan asal pemberian anugerah tersebut selain memberi amaran hubungan China dengan Norway mungkin akan terjejas ekoran penganugerahan tersebut.
"Hadiah Nobel Keamanan sepatutnya diberikan kepada mereka yang mempromosikan keharmonian etnik, hubungan antarabangsa, pelucutan senjata atau menganjurkan mesyuarat mengenai keamanan," kata jurucakap Kementerian Luar China, Ma Zhaoxu. - Agensi, KOSMO