Pages

Tuesday, August 19, 2014

Pesawat China Eastern tidak jadi mendarat kerana pengawal trafik udara tertidur

SELASA, 19 OGOS 2014 @ 5:43 PM

China Eastern Airlines
 
BEIJING: Sebuah pesawat penumpang China Eastern Airlines yang mula terbang rendah ketika menuju ke Lapangan Terbang Wuhan pada waktu malam Julai lalu terpaksa membatalkan pendaratan kerana pengawal trafik udara tertidur.

Kejadian itu yang berlaku pada 8 Julai adalah kejadian tidak diingini ketiga dalam tempoh dua bulan membabitkan pesawat China.

Transkrip rakaman penerbangan yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China hari ini menyatakan anggota kru penerbangan China Eastern melakukan beberapa cubaan untuk meghubungi pengawal penerbangan yang bertugas di Lapangan Terbang Tianhe Wuhan - dua kali dalam bahasa Inggeris dan sekali dalam bahasa Cina. Perhubungan yang dilakukan bagaimanapun tidak dijawab.

Pesawat itu terpaksa naik semula ke ketinggian 900 meter dan mengelilingi lapangan terbang selama kira-kira 10 minit sebelum mendarat, kata laporan itu. Kejadian berkenaan berlaku antara jam 2 hingga 3 pagi.

China Eastern juga berjaya mengelakkan kejadian lain dalam tempoh beberapa minggu. Pada 17 Julai lalu, pesawat China Eastern tersasar daripada landasan ketika mendarat di Nanning.

Tiga hari kemudian, sebuah lagi pesawat China Eastern tersasar daripada landasan sejurus selepas mendarat di Lapangan Terbang Changzhi di wilayah Shanxi ketika hujan lebat, menyebabkan penutupan sementara lapangan terbang itu. Tiada kecederaan dilaporkan. - Reuters

Sukarelawan Indonesia kahwini gadis Gaza


HARAKAHDAILY | .

Setelah sempat tertunda, akhirnya seorang sukarelawan Indonesia dari pesantren Al-Fatah yang tergabung dalam Medical Emergency Rescue Committee (MER-C) berhasil melangsungkan akad nikahnya pada Ahad (17/8) di Semenanjung Gaza, di masa perang masih berlangsung sejak awal Julai lalu.

Muhammad Husein Aji Muslim meminang seorang muslimah yang berasal dari Khan Younis, selatan Gaza yang bernama Jinan Ar-Raqb (18)  kurang dari sebulan sebelumnya, di mana pernikahan itu sempat tertunda menyusul perang yang masih berkecamuk di Gaza awal Ogos lalu, lapor Muslimdaily.net.

Majlis akad nikah pada masa gencatan senjata pihak Palestin dan Israel ini berlangsung sederhana di Pejabat Urusan Agama Kota Gaza dan dihadiri oleh ayah pengantin wanita sedangkan Muhammad Husein didampingi para relawan MER-C di antaranya ketua MER-C cabang Gaza, Muqarrabin Al-Fikri, Reza Ardila, Lutfhi, dan Nur Ikhwan Abadi.

Akad langsung dipimpin ayah pengantin wanita Fauzi Ar-Raqb, di mana suasana khidmat dan khusuk nampak terlihat terlepas masih dalam suasana belum berakhirnya peperangan antara pejuang Palestin dan penjajah zionis Israel.

Muhammad Husein sendiri mengaku bahagia dapat melangsungkan pernikahannya dengan muslimah di Gaza.

“Alhamdulillah impian saya menjadi nyata, dan ini merupakan berkat dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, saya dapat menikahi muslimah dari Gaza,” katanya, Ahad (17/8). Seperti diberitakan Mi’raj Islamic News Agency (MINA)

“Semoga ini menjadi perekat ukhuwah Islamiyah antara muslimin di Indonesia dan muslimin di Gaza,” kata Husein penuh bahagia.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dan mendukung saya, baik dengan moral atau pun material hingga terlaksananya pernikahan ini, serta mohon doa dari semua untuk keberkahan pernikahan kami,” tambahnya mengucap syukur.

Sementara itu, Jinan Ar-Raqb isteri dari Muhammad Husein juga menyatakan kebahagiaanya atas keberlangsungan pernikahan yang sempat tertunda itu.

“Saya sangat bahagia atas pernikahan ini, dan semoga Allah memberkati kami berdua. Semoga pernikahan kami menjadi awal kemenangan Palestin dari penjajahan Israel,” ujar Jinan yang sudah menulis 20 novel karangannya sendiri.

Anak kelima dari keluarga Fauzi Ar-Raqb itu juga mendoakan semoga akan banyak lagi pemuda-pemuda dari Indonesia yang menikahi muslimah di Gaza atau pun sebaliknya agar ukhuwah atau jalinan persaudaraan antara kedua negeri ini boleh terjalin erat.

Muhammad Husein masuk ke jalur yang di blokade itu sejak awal 2011 melalui kafilah Asia Caravan to Gaza. Kemudian mendapatkan beasiswa untuk kuliah di Islamic University of Gaza (IUG) jurusan Syari’ah Islamiyah dan sekarang memasuki tahun terakhir.

Sementara Jinan, muslimah Gaza yang disebut ibunya sebagai “wanita spesial” itu lahir pada 11 Mei 1996. Ia menyelesaikan hafalan al-Quran 30 juz pada program tahfidzul Qur’an rutin di Gaza Taaj al-Waqar pada 2010. Ia juga juara ujian menghafal 300 hadits Nabawi pada 2012.

Perkenalan Husein dengan keluarga pengantin wanita terjadi pada 2011 ketika hendak mendaftar sebagai calon mahasiswa di IUG. Ayah Jinan merupakan seorang staf pentadbran di kampus tersebut. Perkenalan berlanjut hingga Muhammad Husein diundang secara khusus oleh Fauzi ke kediaman mereka di daerah Bany Suhaila Khan Younis.

Terjadilah perkenalan antara Husein dan Jinan dan berselang waktu, keduanya direstui oleh keluarga untuk melangsungkan pernikahan, namun harus menunggu selesainya Jinan di masa sekolah pendidikan menengah atas terlebih dahulu.

Setelah menunggu sekitar 2.5 tahun akhirnya Husein dan Jinan melangsungkan pernikahannya tepat pada hari kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-69.    

Tembak ibu bapa kerana dikongkong

Ryan dan Maria
Ryan dan Maria
Tembak ibu bapa kerana dikongkong

Tembak ibu bapa kerana dikongkong

GARA - gara dikatakan terlalu bertegas dengan anak-anaknya, Ryan dan Maria Elena Callens, masing-masing berumur 48 dan 49 tahun ditembak mati oleh anak lelakinya selepas tidak tahan hidup dikongkong.

Suspek, 16, yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik didakwa membunuh kedua ibu bapanya menggunakan senapang pada awal pagi semasa mereka sedang tidur di rumahnya di Texas, Amerika Syarikat.

Selepas mendapat panggilan kecemasan pada jam 2 pagi (waktu tempatan), polis tiba di tempat kejadian dan menemui mayat Ryan berbaring di lantai dengan beberapa kesan tembakan di badan tidak jauh daripada senapang yang dilekat dengan lampu suluh.

Manakala ibunya ditemui di dalam bilik tidur utama dengan kesan tembakan di kepala dan lengan.

Difahamkan, menurut laporan Mail Online, suspek dilarang minum minuman keras, segala aktivitinya dipantau termasuk ketika melayari internet dan hanya dibenarkan menonton filem yang tidak mengandungi unsur ganas serta kandungan dewasa lain.

Menurut jiran yang telah lapan tahun tinggal di kejiranan sama, suspek hanya dibenarkan ke sekolah rendah dan menengah sahaja. Untuk sekolah tinggi, dia terpaksa bersekolah di rumah.

“Ibu bapanya sangat tegas. Jika melanggar peraturan, dia akan dihukum. Bagaimanapun, daripada apa yang kami lihat, dia sebenarnya seorang anak yang baik dan mesra dengan jiran,” katanya.

Sultan, astronaut keturunan diraja pertama


Sultan bersama kru ketika mengikuti misi STS-51-G Discovery pada 1985.
Sultan bersama kru ketika mengikuti misi STS-51-G Discovery pada 1985
Bertindak sebagai pakai muatan merupakan cabaran paling besar buat dirinya sepanjang misi itu.
Bertindak sebagai pakai muatan merupakan cabaran paling besar buat dirinya sepanjang misi itu.
SULTAN bin Salman dilahirkan pada 27 Jun 1956 di Riyadh, Arab Saudi. Beliau merupakan bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Arab. Beliau muncul sebagai astronut keturunan diraja pertama mengikuti misi angkasa lepas dengan kapal STS-51-G Space Shuttle yang bertindak sebagai pakar muatan. Difahamkan beliau juga dipercayai orang Islam pertama dari Arab Saudi mengikuti misi angkasa lepas terbabit pada 17 Jun hingga 24 Jun 1985.

Penglibatan awal dunia angkasawan

Sultan memulakan kerjayanya pada 1982 sebagai seorang penyelidik di jabatan komunikasi antarabangsa di Kementerian Penerangan di Arab Saudi sehingga 1984. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Jawatankuasa Media Saudi bagi atlet Arab yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Setahun kemudian beliau bertugas di bahagian jabatan pengiklanan TV di Kementerian Penerangan dan telah dilantik sebagai pemangku pengarah.

Pada Jun 1985 beliau berpeluang mengikuti misi STS pada-51-G Discovery sebagai pakar muatan.

Misi itu turut disertai tujuh lagi anak kapal termasuk angkasawan AS dan Perancis di mana beliau mewakili Pertubuhan Satelit Komunikasi (ARABSAT) Arab Saudi dalam menggerakkan satelit ARABSAT-1B.

Bukan itu sahaja beliau juga memegang rekod angkasawan termuda yang terbang di Shuttle, pada usia 28 tahun.

Kejayaan beliau ke angkasa lepas berjaya hingga beliau mewujudkan Persatuan Space Explorers iaitu sebuah organisasi antarabangsa terdiri daripada bekas angkasawan dan kosmonaut.

Persatuan yang mempunyai 33 ahli itu turut disertai angkasawan terkemuka seperti Caesar Chavez, Coretta Scott King, Carl Sagan, Jesse Jackson dan Peter Ueberroth.

Beliau kemudiannya berkhidmat dalam Tentera Udara Diraja Saudi dan memegang pangkat Leftenan Colonel dan bersara daripada angkatan tentera udara pada 1996.

Kerjaya lain

Selepas bersara dari dunia ketenteraan beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Suruhanjaya Pelancongan dan Antikuiti (SCTA) pada 2000.

Tempoh perkhidmatan beliau kemudiannya dilanjutkan selama empat tahun lagi hingga Februari 2008.

Sepanjang berkhidmat sebagai setiausaha, beliau menyumbang ke arah peningkatan jumlah pelancongan ke Arab Saudi sekali gus dianggap sebagai menteri pelancongan Arab Saudi.

Kehidupan peribadi

Sultan berkahwin dengan anak perempuan Menteri Hal Ehwal Luar Saudi, Saud bin Faisal, bernama Haifa dan mempunyai tiga cahaya mata. Anak kepada Sultana Bint Al Sudiari dan Salman bin Abdulaziz Al Saud ini dikurniakan tiga cahaya mata Salma,

Sahar dan Hala. Anak sulungnya Salman, 24, kini mengikuti pengajian di Universiti St Andrew di Scotland.

Ketika masa terluang beliau mengembari sukan meluncur dan mempunyai sebuah ladang di Diriyah iaitu ladang yang dibina untuk diwarisi keluarga Al Saud.

Pendidikan

Sultan menamatkan pendidikan sekolah rendah dan menengah di Riyadh. Beliau adalah graduan Ijazah Komunikasi Massa dari Universiti Denver dan pemegang Ijazah Sarjana Sains Sosial Politik dari Universiti Syracuse pada 1999.

Anugerah
-Pada 2012, Sultan dianugerahkan Pingat Canselor oleh Syracuse University.
- Presiden Kehormat bagi Persatuan Arab Pengajian Arkeologi, University King Saud.
- Naib Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Jeddah Bersejarah (Unesco).
- Pengasas Jawatankuasa Penasihat bagi Kolej Universiti King Saud Pelancongan dan Antikuiti.
- Pengerusi Lembaga Pengarah, Kanak-kanak Kurang Upaya Persatuan (DCA).
- Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Putera Salman.
- Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pengarah Penerbangan Saudi.
- Pengerusi Lembaga, Putera Salman Sains Oasis.
- Pengasas Ahli dan Ahli Lembaga Pengarah, The Society of Model Institut Sekolah Modal, Riyadh.
- Ahli Jawatankuasa Pusat Sejarah Makkah, Yayasan King Abdulaziz.
- Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Kebajikan Puteri Hassa Al Sudairi.

Perkosa 100 mayat

Cincinnati (Amerika Syarikat): Seorang pekerja rumah mayat mengaku dia mungkin melakukan hubungan seks dengan lebih 100 mayat wanita dan terus melakukan perbuatan itu walaupun setelah isterinya mendedahkan perbuatannya kepada majikannya.

Pekerja rumah mayat daerah Hamilton Kenneth Douglas yang masih dalam penjara selepas didapati bersalah memperkosa tiga mayat, mengaku perbuatan kejinya itu dalam satu wawancara audio.
“Saya akan naik ke atas mayat dan menanggalkan seluar saya sebelum merogol mereka,” katanya.

Bercakap mengenai mayat seorang mangsanya, Charlene Appling, Douglas berkata: “Saya masih ingat pergi ke tempat simpanan mayat, menarik mayatnya keluar ke bilik belakang dan mengadakan seks dengannya.”
Foto
DOUGLAS
Foto
MANGSA (dari kiri) Charlene, April dan Karen.

Mengenai jumlah mayat, Douglas berkata: “Mungkin sehingga seratus.”

Menurut lelaki itu, tabiat buruknya itu berpunca daripada arak dan dadah.

“Jika saya tidak minum atau mengambil dadah ketika pergi kerja, ia tidak akan terjadi. Saya akan melakukannya apabila saya mengambil dadah atau minum arak,” katanya.

Isterinya, dalam keterangannya kepada penyiasat pula berkata, dia cuba mendedahkan mengenai tabiat suaminya kepada seseorang, tetapi tindakannya itu menyebabkan dia dipecat.

Menurut laporan stesen televisyen tempatan, WCPO, Douglas mengaku mengadakan seks dengan mayat April Hicks, Karen Range and Charlene Appling. 

Charlene dan Karen adalah mangsa pembunuhan.

Pada 2008, ujian DNA mengesahkan air mani Douglas ditemui dalam mayat Karen dan dia dikenakan hukuman tiga tahun penjara selepas mengaku bersalah.

Pada 2012, Douglas sekali lagi mengaku bersalah, kali ini atas tuduhan memperkosa mayat April dan Charlene. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/19

Lelaki lumpuh buat terjunan base



Agensi
BISSONNETTE membuat terjunan base dari sebuah jambatan di West Virginia, AS baru-baru ini.


ONTARIO, Kanada - Seorang lelaki yang berkerusi roda akibat lumpuh masih meneruskan minatnya dalam sukan terjunan base dengan terjun dari bangunan tinggi, jambatan atau gunung, lapor akhbar The Huffington Post kelmarin.
Lelaki tersebut, Lonnie Bissonnette, 49, aktif dalam sukan terjunan base sejak 20 tahun lalu sebelum dia terlibat dalam satu kemalangan 10 tahun lalu yang menyebabkan dia lumpuh.
Kemalangan tersebut berlaku pada 19 Julai 2004 ketika Bissonnette membuat terjunan kali ke-1,100 dari sebuah jambatan di Twin Falls, Idaho, Amerika Syarikat.
Dalam kejadian tersebut payung terjun yang dipakainya gagal berfungsi dan melilit badannya menyebabkan dia jatuh ke dalam sungai.
"Pada hari pertama kemalangan saya memberitahu semua orang bahawa saya akan kembali semula ke jambatan dan membuat terjunan lagi," katanya.
Menurutnya, dia telah mengubah suai kerusi roda yang digunakan untuk membuat terjunan base supaya tidak bergerak dan tahan ketika membuat pendaratan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0819&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3AmvpZGEo 
Hakcipta terpelihara 

Buaya 458kg berjaya ditangkap


Keluarga Stokes berjaya menangkap seekor buaya gergasi seberat 458 kilogram berhampiran Thomaston, Alabama, Sabtu lalu. - AGENSI
ALABAMA 18 Ogos - Sebuah keluarga di sini berjaya menangkap seekor buaya gergasi dan direkodkan sebagai tangkapan buaya terbesar di negeri ini, kelmarin.
Portal Mail Online melaporkan, reptilia yang berukuran 457 sentimeter panjang dan seberat 458 kilogram itu berjaya ditangkap oleh keluarga Stokes berhampiran Thomaston, di sini.
Mandy Stokes berkata, dia bersama ahli keluarga termasuk suaminya, John, abang iparnya, Kevin Jenskins dan dua anaknya, Savanah dan Parker mengambil masa selama 10 jam untuk menangkap buaya gergasi itu.
Mereka sebelum itu, mula memburu buaya tersebut sejak malam Jumaat sehingga berlarutan keesokan paginya.
Mandy berkata, mereka sekeluarga melalui pelbagai rintangan untuk menangkap buaya itu, sebelum bertarung dengan haiwan ganas tersebut dan membuat keputusan membunuhnya.
"Pada awalnya, keadaan adalah tenang tetapi selepas menariknya ke darat, buaya itu mula mengamuk," ujar Mandy.
Binatang tersebut akhirnya terpaksa diangkat menggunakan jentolak dan ditimbang.
Buaya tersebut kini secara rasmi dinamakan sebagai buaya yang paling besar di Alabama, yang membenarkan penangkapan buaya, sekali gus mencatatkan rekod baharu.
Jun lalu, Safari Club International mengumumkan seekor buaya seberat 390 kilogram dan sepanjang 426 sentimeter panjang dibunuh di Chalk Creek berhampiran Lufkin, Texas oleh Justin Well dari Bossier City.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140819/lu_12/Buaya-458kg-berjaya-ditangkap#ixzz3AmpyQypH
© Utusan Melayu (M) Bhd