BENTIU - Sudan Selatan, yang merdeka tahun lalu, mendakwa jirannya Sudan mengebom askarnya ketika pihaknya sedang menarik diri dari wilayah minyak, Heglig yang menjadi pertikaian, semalam dan awal hari ini.
Perkembangan terbaru itu dikhuatiri akan menjejaskan peluang untuk mendamaikan kedua-dua negara Afrika itu.
"Tentera Sudan mengebom kedudukan kami malam tadi, dan pagi ini," kata jurucakap tentera Sudan Selatan, Philip Aguer dipetik laporan Reuters.
Sudan Selatan menawan Heglig minggu lalu, sekali gus mencetuskan kebimbangan kemungkinan perang dengan Sudan.
Sudan Selatan menarik balik tenteranya berkuat kuasa kelmarin ekoran kecaman Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon.
Laporan BBC pula menyebut setakat ini Sudan belum memberi reaksi berhubung dakwaan Sudan Selatan itu.
Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menggesa kedua-dua negara mengadakan perundingan bagi menyelesaikan pertikaian mereka.
Malaysia juga membuat seruan sedemikian minggu lalu.
Sudan Selatan lahir ekoran perjanjian damai 2005 yang mengakhiri perang saudara dua dekad yang telah mengorbankan lebih 1.5 juta orang.