Pages

Tuesday, December 14, 2010

Bertaqwa dan Akhlak Yang Baik Adalah Ciri-ciri Penghuni Syurga.

by Abu Basyer 


Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., baginda bersabda maksudnya : "Syurga dan Neraka bertengkar di hadapan Tuhan. Syurga berkata : 'Wahai Tuhan, gerangan apakah yang masuk Syurga hanya orang-orang yang lemah dan orang-orang bawahan ?'

Neraka berkata : 'Saya diutamakan dengan orang-orang yang sombong'.

Allah Yang Maha Tinggi berfirman kepada Syurga: 'Kamu adalah rahmat Ku', dan berfirman kepada Neraka : 'Kamu adalah adzab Ku, denganmu Aku menimpakan orang yang Aku kehendaki, masing-masing dari kamu berdua sampai penuh'. 

Rasulullah bersabda maksudnya : “Adapun Syurga, maka sesungguhnya Allah tidak menzalimi makhluk-Nya seorangpun, dan sesungguhnya Allah menciptakan Neraka untuk orang yang dike­hendakiNya, kemudian mereka dilemparkan padanya (Neraka), maka Neraka berkata : “Masihkah ada tambahan ?” sampai tiga kali, sehingga Tuhan meletakkan kedua telapak kaki-Nya di Neraka, maka Neraka itu penuh dan seba­hagiannya ditolakkan kepada sebahagian yang lain”. Lalu Neraka berkata : “Sudah, sudah, sudah”. 
(Hadis Riwayat Muslim).

Dari Anas bin Malik ra. dari Nabi s.a.w. bahawasanya baginda bersabda maksudnya : “Jahannam senantiasa menjadi tempat pelem­paran, lalu dia berkata : “Apakah masih ada tambahan ?”. Sehingga Tuhan Yang Maha Mulia meletakkan kedua telapak kaki-Nya, lalu sebahagiannya berkumpul dengan sebahagian yang lain dan Neraka berkata : “Sudah, sudah; demi Kemulian Mu dan Kehormatan Mu”. Di Syurga senantiasa ada tambahan, sehingga Allah menciptakan makhluk untuknya; lalu mereka ditempatkan oleh Allah sebagai tambahan penghuni Syurga. 
(Hadis Riwayat Muslim).

Rasulullah s.a.w. berwasiat kepada Sayyidina Ali k.w.
"Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu Syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut)."

Wahai Ali ! Ketika Allah mencipta Syurga, maka Syurga bertanya kepada Allah :'Ya Tuhanku, untuk apakah Engkau menciptakan aku?'

'Untuk setiap orang yang bermurah hati dan orang-orang yang bertaqwa,' jawab Allah s.w.t.

'Kalau begitu saya senang sekali.' ucap Syurga.

Kemudian Neraka pun bertanya kepada Allah ketika ia diciptakan :'Ya Tuhanku, untuk apakah Engkau menciptakan aku?'

'Untuk setiap orang yang bakhil (kedekut) dan sombong.'

'Ooh.....,baiklah saya untuk mereka,' ucap Neraka.

Wahai Ali ! Barangsiapa menentang hawa nafsunya, Syurgalah tempat ia kembali. Dan barangsiapa yang menuruti hawa nafsunya, Neraka Jahannamlah tempatnya.

Wahai Ali ! Barangsiapa diberi nikmat oleh Allah lalu bersyukur, dan kalau diuji-Nya lalu bersabar, dan jika berbuat salah lalu memohon ampun, maka ia masuk Syurga dari pintu mana saja dikehendaki."

Firman Allah s.w.t.  dalam hadis qudsi yang bermaksud : “Ku siapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh (di dalam Syurga), iaitu apa yang tak pernah dilihat mata, tak pernah didengar telinga, dan tak pernah terlintas dalam hati semua manusia”, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Bacalah jika kalian mau, ‘Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang’ (Surah As-Sajdah : 17)”.

Sahabat yang dimuliakan,
Sifat-sifat penghuni Syurga dan sifat-sifat penghuni Neraka boleh dilihat di dunia ini lagi. Walaupun seseorang itu tidak pasti sepenuhnya kemana arah kehidupannya nanti selepas kematiaan samaada ke Syurga atau ke Neraka tetapi ciri-cirinya telah dijelaskan dengan terang dan nyata oleh Allah s.w.t di dalam al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi s.a.w.

Dari hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. ditanya tentang (amalan) yang paling banyak memasukkan orang ke dalam Syurga. Baginda menjawab, 'Taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik (husnul khuluq).' Baginda ditanya tentang hal yang banyak memasukkan orang ke Neraka. Baginda menjawab, 'Mulut dan kemaluan'." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Dari hadis diatas telah jelas kepada kita bahawa orang yang bertaqwa (muttaqiin) dan akhlak yang baik adalah ciri utama yang boleh membawa jalan ke Syurga. Orang muttaqiin adalah mereka yang mempunyai kedudukan yang tinggi disisi Allah s.w.t. Apakah sifat-sifat orang muttaqiin yang mempunyai kedudukan yang mulia disisi Allah s.w.t? 
Sifat-sifatnya adalah seperti berikut :
1. Merasa takut kepada Allah s.w.t dalam keadaan sembunyi-sembunyi atau terang-terangan. Sentiasa berhati-hati didalam kehidupan ini, takut kalau-kalau ada perkataan atau perbuatannya yang menyebabkan kemurkaan Allah s.w.t. Model kehidupannya adalah bersumberkan Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

2. Mempunyai perasaan malu kepada Allah s.w.t. dan pada makhluk untuk melakukan maksiat.

3. Jika ia terlanjur berbuat maksiat kerana lupa atau jahil, tubuhnya bergoncang, yang kegoncangannya itu boleh dirasakan benar oleh manisnya bertaqarrub kepada Allah, lantas mengucapkan 'Astaghfirullah...astaghfirullah'. akhirnya ia berdo'a , 'Hamba mohon ampun, hamba bertaubat kepada-Mu, wahai Dzat Yang Paling Penyayang. Hamba menyesal. Hamba berhasrat tidak kembali pada kemaksiatan lagi untuk kedua kalinya.'

4. Sentiasa jujur dalam perkataan, selalu ikhlas dalam amalannya. Jika hendak tidur, ia berzikir kepada Allah, sehingga nilai tidurnya mengharap redha Allah. Jika bangun, ia juga berzikir kepada-Nya sehingga bangunnya diselimuti oleh rahmat dan pertolongan Allah.

5. Para muttaqin adalah bersifat ihsan, kebaikan, cergas dan mempunyai perasaan belas kasihan. Ia tahu, mendengar dan sentiasa beramal dengan ketaatan dan aqidahnya sentiasa murni tidak syirik dan riak, hatinya sentiasa takut dan mencintai Allah.

6. Hatinya luhur, jiwanya murni dan kasih dan sayang sesama Mukmin dan tidak mementingkan dirinya sendiri. Sentiasa mencari redha Allah dan menjauhi kemurkaan Allah .

Sahabat,
Oleh itu marilah kita sentiasa meningati Allah s.w.t semasa seorang diri, bersama keluarga atau dengan orang lain. Yakinlah dengan janji-janji Allah bahawa Dia tidak akan sia-siakan amal soleh dan amal kebaikan yang kita lakukan kerana-Nya. Pepatah ada mengatakan "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali, jika terlanjur baliklah kepangkal jalan dengan bertaubat dan beristighfar"
Share

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.

By: Othman Tahir

  Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1)   Jujur dalam berkata-kata.
2)   Menjauhi segala yg haram.
3)   Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1)    Merahsiakan ibadahnya
2)    Merahsiakan sedekahnya.
3)    Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1)    Takut berlaku dusta dan keji.
2)    Menjauhi kejahatan.
3)    Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1)     Mengawasi dirinya.
2)     Menghisab dirinya.
3)     Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.  45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.  Semua insan ingin memasuki syurga  tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana  untukmemasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan  'surat   berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan   dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.............

 salam mujahadah..(^^,


Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil Datukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH'

Anakku Sazali meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Artis veteran yang terkenal dengan watak Sazali ketika kecil dalam filem Anakku Sazali, Tony Castello, 60-an, meninggal dunia di Hospital Changi, Singapura, selepas waktu Zuhur, semalam, kerana menghidap barah paru-paru.
Menurut sahabat karib Allahyarham, Salleh Sam, 45, dia menghidap penyakit itu sejak beberapa tahun lalu dan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, di Jurong, pagi esok.

“Jenazah tidak boleh dikebumikan lebih awal kerana terpaksa menunggu kedatangan isteri dan saudara-maranya dari Filipina,” katanya. Tony atau nama Islamnya, Mohd Nor Abdullah berasal dari Filipina. Bagaimanapun dia, ibu bapa, adik-beradik serta isterinya memeluk Islam.

Bagaimanapun, jelas Salleh, dia tidak begitu tahu mengenai keluarga Allahyarham kerana dia sangat berahsia orangnya. “Dia seorang peramah tetapi tidak suka bercakap mengenai keluarganya. Namun, setahu saya dia tinggal di sini bersama anaknya, manakala isterinya menetap di Filipina,” katanya. Sementara itu Datin Rosnani Jamil (Mak Nani), yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam filem Anakku Sazali dan Masyarakat Pincang, berkata ketika dia berlakon dan menetap di Jalan Boon Teck, Singapura, Tony dan seorang lagi pelakon, Rahmat Ali suka datang ke rumahnya.

“Jika tiada kerja, mereka berdua suka melepak di rumah saya dan saya sudah menganggap mereka adik angkat saya. “Pada zaman kegemilangan filem Melayu di Singapura, bapanya peniup trompet terkenal. Dalam filem Ibu yang membabitkan adegan Allahyarham Tan Sri P Ramlee meniup trompet, ia sebenarnya ditiup bapa Tony. “Ibunya pula guru tari di Jalan Ampas. Semua pelakon atau penari yang akan menari dalam filem, belajar menari dengannya. Tony sangat baik dan pernah serta selalu berangan-angan hendak jadi Elvis Presley. “Dia budak pandai. Selain berbakat dalam bidang lakonan dia juga boleh menyanyi dengan baik dan mewarisi kehandalan bapanya bermain trompet. Kali terakhir saya berjumpa Tony ketika dia dan Hashimah Yon datang pada pelancaran buku Pak Jamil (Datuk Jamil Sulung), Ogos lalu di Kuala Lumpur,” katanya.

Tambah Mak Nani, dia dapat tahu berita kematian Allahyarham lewat petang dan tidak sempat untuk melawat Allahyarham. “Pak Jamil tak sihat, jadi saya tidak boleh pergi begitu saja meninggalkannya tanpa jagaan sesiapa. Insya-Allah, apabila saya balik Singapura nanti, saya akan pergi menjenguk pusara dan kaum keluarganya yang masih ada di Singapura. “Walaupun dia saudara baru tetapi kalau diajak bercakap mengenai agama, dia memang bijak dan ilmu pengetahuannya sangat tinggi. Saya doakan semoga rohnya dicucuri rahmat,” katanya. Menerusi keberkesanan lakonan Tony membawakan watak Sazali ketika kecil, dia menang Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik ke-4, 1957 (Tokyo). Manakala P Ramlee mendapat Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.

Resort terbang untuk pelancong tahun 2030


IMEJ komputer menunjukkan sebuah resort terbang di udara pada 2030.


LONDON - Menjelang 2030, pelancong mungkin menaiki sebuah resort yang boleh terbang bersama keluarga untuk bercuti, lapor sebuah akhbar semalam.
Resort itu seperti sebuah kapal persiaran yang mengandungi restoran, bar, apartmen dan taman mengandungi pokok buah-buahan.
Idea itu dikemukakan oleh firma Thomas Holidays yang membincangkan cara melancong pada masa depan.
Resort tersebut yang menggunakan tenaga mesra alam akan berhenti di lokasi destinasi percutian yang mempunyai kemudahan untuk menerima 'pendaratan' resort unik itu. - Agensi

Telefon bimbit paling lasak



WALAUPUN dilanggar tayar kereta, telefon bimbit JCB Toughphone Sitemaster masih boleh digunakan.


LONDON - Pengeluar barangan pembinaan dan kejuruteraan, JCB, mencipta telefon bimbit paling lasak di dunia dikenali sebagai JCB Toughphone Sitemaster, lapor sebuah akhbar semalam.
Syarikat berkenaan mendakwa gajet itu tidak rosak walaupun ia direndam di dalam air selama lapan jam, tahan cuaca panas pada suhu 75 Celsius dan suhu beku -30 Celsius di bawah paras beku selain kalis gegaran dan tekanan melebihi satu tan.
Berbeza dengan telefon bimbit pintar iPhone keluaran Apple yang perlu dijaga rapi, ciri-ciri lasak JCB Toughphone amat sesuai bagi mereka yang bekerja di tapak bangunan atau ladang.
Walaupun lasak, JCB tidak melupakan fungsi terkini pada telefon keluarannya itu seperti perkhidmatan Bluetooth dan perisian untuk memainkan muzik serta klip video.
JCB Toughphone juga boleh disambung pada komputer dan mempunyai radio FM tetapi ia didatangkan tanpa kamera.
Telefon bimbit itu dilindungi kerangka plastik dan getah berwarna kuning cerah dan hitam yang tahan lasak manakala beratnya pula 130 gram.
Ia lebih tebal berbanding kebanyakan telefon bimbit lain tetapi jauh lebih lasak. - Agensi

Pesawat nyaris ditelan awan ribut



SEBUAH pesawat (dalam bulatan) hampir ditelan awan ribut di Billings, Amerika Syarikat baru-baru ini.


BILLINGS - Satu klip video yang dirakamkan seorang jurugambar di Amerika Syarikat (AS), Doug Roane, menunjukkan detik-detik cemas sebuah pesawat penumpang cuba mengelak dari awam ribut gergasi yang sedang menuju ke arahnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Pesawat itu kelihatan hampir ditelan awan ribut berkenaan yang menyelubungi langit di Montana baru-baru ini.
"Pesawat itu berada beberapa kilometer dari lapangan terbang di sini tetapi ia cuba mengelak daripada memasuki awan ribut itu," kata Roane, 46. - Agensi

Anak kerbau dibaham buaya di Malamala



SEEKOR buaya membahan anak kerbau di hutan simpan Malamala di Johannesburg, Afrika Selatan baru-baru ini.


JOHANNESBURG - Aksi seekor buaya besar yang membaham seekor anak kerbau di hadapan ibunya sempat dirakamkan di laluan berbasikal di hutan simpan Malamala di Johannesburg, Afrika Selatan, lapor sebuah akhbar semalam.
Imej-imej dramatik itu dirakamkan oleh seorang pelancong Britain ketika sekumpulan kerbau melintasi kawasan berair tersebut baru-baru ini.
Semasa kumpulan kerbau itu berhenti untuk minum air, seekor buaya muncul secara tiba-tiba.
Malangnya, kerbau-kerbau yang pada kebiasaannya bersifat proaktif hanya membiarkan anak kerbau malang itu dibaham buaya. Selepas bergelut selama hampir dua jam, anak lembu yang kepenatan itu diseret masuk ke dalam air. - Agensi

Misteri huruf pada mata Mona Lisa


TERDAPAT huruf L dan V pada mata kanan potret Mona Lisa.


MILAN - Potret Mona Lisa yang dilukis oleh Leonardo da Vinci pada tahun 1504 menimbulkan satu lagi misteri apabila sekumpulan pakar sejarah dan penyiasat seni di Itali menemui nombor-nombor serta huruf kecil pada bahagian matanya, lapor sebuah akhbar semalam.
Nombor dan huruf kecil yang tersembunyi dalam cat hitam itu hanya disedari baru-baru ini menerusi penggunaan teknik pembesaran canggih mikroskop.
Mata Mona Lisa dikatakan mengandungi huruf L dan V, yang merupakan nama pendek Leonardo manakala simbol pada mata kirinya kurang jelas.
Ia juga mewakili kod Da Vinci yang sebenar.
Presiden Jawatankuasa Kebangsaan Itali mengenai Warisan Budaya, Silvano Vinceti yang menjumpai simbol tersebut menyatakan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun, ia boleh dilihat dengan jelas apabila menggunakan kanta.
"Ia (simbol di mata kiri) mungkin kelihatan seperti huruf CE atau huruf B. Pada latarnya, tertulis nombor 72 yang mungkin juga bermaksud huruf L dan nombor 2. Harus ingat bahawa potret ini sudah berusia hampir 500 tahun. Berdasarkan kepada siasatan awal, kami yakin ia bukan satu kesilapan dan memang ditulis oleh artisnya," kata Vinceti. - Agensi

Bumbung stadium runtuh akibat salji



TIMBUNAN salji terdapat di padang selepas sebahagian bumbung stadium Metrodome runtuh kelmarin.


MINNEAPOLIS, Amerika Syarikat (AS) - Bumbung stadium sukan Metrodome di sini runtuh kelmarin selepas hujan salji yang menyebabkan banyak kawasan dilanda salji setebal 53 sentimeter.
Tiada mangsa yang cedera tetapi kejadian itu menyebabkan Liga Bola Sepak Kebangsaan Amerika menukar lokasi perlawanan antara pasukan Minnesota Vikings dengan New York Giants ke stadium Ford Field di Detroit.
Bumbung Stadium Metrodome itu seluas empat hektar dan ia diperbuat daripada gentian kaca yang dilitupi bahan kimia telefon dengan dilengkapi 20 kipas angin.
Berat bumbung itu kira-kira 263,0000 kilogram. Pengerusi Suruhanjaya Sukan Metropolitan, Roy Terwilliger berkata, beliau optimis bumbung itu akan siap dibaiki menjelang perlawanan di antara pasukan Vikings menentang Chicago Bears pada Isnin 20 Disember ini.
Sementara itu, seorang pegawai kaji cuaca, James McQuirter berkata, insiden bumbung runtuh itu berlaku selepas ribut salji yang membawa 43.4 sentimeter salji turun di bandar itu bermula pada malam Jumaat lalu dan berakhir pada malam Sabtu lepas.
Stadium Metropolitan boleh memuatkan seramai 64,000 penonton. - AP

New Zealand tingkat eksport produk daging halal



Perjanjian yang dimeterai dijangka akan meningkatkan jumlah eksport daging dan produk tenusu halal dari New Zealand ke Malaysia. - Gambar hiasan


PUTRAJAYA - Malaysia dan New Zealand semalam mencapai persetujuan bagi pelaksanaan piawaian Notis 2010 Keperluan Halal Daging dan Produk Berasaskan Daging Malaysia (Pemberitahuan Akses Pasaran Seberang Laut) ke atas produk pengeluaran ladang ternakan di New Zealand untuk tujuan pengeksportan ke Malaysia.
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr. Abd. Aziz Jamaluddin berkata, penggunaan piawaian itu dijangka bermula pada bulan Januari tahun hadapan dan jika usaha itu berjaya, ia akan dikembangkan ke negara lain termasuk Eropah, Amerika Latin dan Amerika Syarikat.
"Melalui persetujuan ini, rakyat Malaysia tidak perlu lagi merasa ragu dengan hasil ternakan dan tenusu dari New Zealand yang dijual di dalam negara.
"Selain itu, pihak berkuasa New Zealand akan dapat meningkatkan penglibatan mereka untuk memantau loji-loji ternakan yang ingin mengeksport produk mereka ke Malaysia dengan mengguna pakai piawaian halal dan keselamatan makanan dari Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian itu di sini.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Pengarah Perbadanan Keselamatan Makanan New Zealand, Wayne MacNee; Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, David Kersey dan Pengarah Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zainal Abidin Jaffar.
Abd. Aziz berkata, persetujuan tersebuat bakal meningkatkan jumlah eksport daging dan produk tenusu New Zealand ke Malaysia yang turut dapat menampung keperluan rakyat di negara ini.
Beliau memaklumkan, sebelum ini 16 daripada 30 ladang New Zealand yang membekalkan produk ke Malaysia dihentikan pengeksportan mereka kerana tidak memenuhi syarat halal yang ditetapkan, menyebabkan jumlah nilai pengeksportan ke Malaysia berkurangan kepada RM130 juta setahun berbanding jumlah yang lebih besar sebelum ini. - Bernama

Menyewa Pembaca Al-Qur’an untuk Orang Mati


Soal:

Seorang pembaca Al-Qur’an Al-Karim disewa oleh seseorang untuk membacakan Al-Qur’an sempurna (30 juz, penj.) dan menghadiahkan pahalanya untuk (keluarganya) yang telah meninggal dengan imbalan jasa insentif setiap bulan. Maka orang tersebut membaca surat Al-Ikhlas tiga kali dan menampakkan kepada yang menyewanya kalau dia telah menamatkan Al-Qur’an, kemudian yang menyewa memberi imbalan jasa sejumlah uang sesuai dengan kesepakatan. Dan hal itu berlanjut setiap bulan sampai beberapa waktu bahkan bertahun-tahun, apa hukum perbuatan itu, dan apa yang mesti dilakukan?

Jawab:

Yang pertama: Menyewa orang untuk membaca Al-Qur’an bagi orang yang mati adalah bid’ah yang Allah tidak pernah menurunkan hujjah tentangnya, dan termasuk makan harta orang dengan cara yang batil. Karena seorang qari’ (pembaca Al-Qur’an) ketika membaca Al-Qur’an dengan maksud mengambil upah, maka perbuatannya adalah batil. Karena maksud dari amalnya adalah untuk mendapatkan harta dan kehidupan dunia, sedang Allah Ta’ala berfirman:

مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْحَيَوةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوّفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لاَ يُبْخَسُونَ أُولَئِكَ الَّذِيْنَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الأَخِرَةِ إِلاَّ النَّارُ ۖ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.” (Hud: 15-16)

Masalah ibadah termasuk membaca Al-Qur’an, tidak boleh dilakukan karena ketamakan dunia, dan untuk mendapatkan harta. Namun dilakukan karena taqarrub kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dan seorang qari’ ketika membaca Al-Qur’an hanya karena ingin mendapatkan upah, maka dia tidak mendapatkan pahala dan juga tidak sesuatu pun yang akan sampai kepada si mayit, bahkan hartanya adalah sia-sia. Kalau seandainya harta tersebut disodaqahkan untuk si mayit maka hal inilah yang disyari’atkan lagi bermanfaat bagi si mayyit daripada digunakan untuk menyewa seorang qari’.

Dan yang wajib terhadap para qari’ tersebut, hendaknya dia mengembalikan harta yang telah diambilnya sebagai upah dari membaca Al-Qur’an untuk si mayit. Karena hal ini termasuk memakan harta orang lain dengan cara batil. Wajib bagi mereka bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan mencari rizki tidak dengan cara yang diharamkan ini.

Dan wajib bagi setiap muslim untuk tidak makan harta orang dengan cara-cara yang tidak disyariatkan seperti ini. Benar, bahwa membaca Al-Qur’an termasuk amalan yang paling utama. Barangsiapa yang membacanya satu huruf adalah satu kebaikan dan satu kebaikan akan dilipat gandakan menjadi sepuluh kali lipat. Tapi hal ini bagi yang niatnya benar mengharapkan wajah Allah, dan bukan tamak kepada dunia.

Menyewa para qari’ untuk membaca Al-Qur’an untuk orang mati:

1. Merupakan bid’ah, karena tidak pernah para salaf shalih melakukannya.
2. Termasuk makan harta orang dengan cara batil, karena amalan qurbah dan ketaatan tidak boleh mengambil upah

padanya dan Allahlah Yang Memberi taufiq. Dan membaca surat Al Ikhlas tiga kali tidak mencukupkan untuk dikatakan membaca Al-Qur’an seluruhnya.[1]

Oleh: Asy-Syaikh Shalih bin ‘Abdillah bin Fauzan Al-Fauzan

Footnote:
[1] Majalah Ad-Dakwah, no. 2087, 17 Rabi’ Awal 1428H.

WAHAI SAUDARIKU MUSLIMAH SELAMATKAN DIRIMU DARI SIKSAAN NERAKA

Nabi Shalallahu ‘alahi wa sallam bersabda : 

قُمْتُ عَلَى بَابِ الْجَنَّةِ فَكَانَ عَامَّةُ مَنْ دَخَلَهَا الْمَسَاكِينَ وَأَصْحَابُ الْجَدِّ مَحْبُوسُونَ غَيْرَ أَنَّ أَصْحَابَ النَّارِ قَدْ أُمِرَ بِهِمْ إِلَى النَّارِ وَقُمْتُ عَلَى بَابِ النَّارِ فَإِذَا عَامَّةُ مَنْ دَخَلَهَا النِّسَاءُ

" Aku pernah berdiri di pintu syurga , maka kebanyakan orang yang memasukinya adalah orang-orang yang miskin , dan orang-orang yang berharta tertahan ( untuk di hisab ) kecuali yang menjadi penduduk neraka , mereka diperintahkan memasuki neraka , dan aku pernah berdiri di pintu neraka , ternyata kebanyakan orang yang memasukinya adalah kaum wanita " . (1)

Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa sallam bersabda :

اطَّلَعْتُ فِي الْجَنَّةِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا الْفُقَرَاءَ وَاطَّلَعْتُ فِي النَّارِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ " Aku pernah memperhatikan syurga , maka aku lihat kebanyakan penduduknya adalah kaum fakir , dan aku pernah memperhatikan neraka , maka aku lihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita " . (2)

كَانَ لِمُطَرِّفِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ امْرَأَتَانِ فَجَاءَ مِنْ عِنْدِ إِحْدَاهُمَا فَقَالَتْ الْأُخْرَى جِئْتَ مِنْ عِنْدِ فُلَانَةَ فَقَالَ جِئْتُ مِنْ عِنْدِ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ فَحَدَّثَنَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَقَلَّ سَاكِنِي الْجَنَّةِ النِّسَاءُ 

Bahwasanya Mutharrif bin Abdullah memiliki dua istri , ketika dia datang dari sisi salah satu dari keduanya , maka istri yang lain berkata ; engkau datang dari sisi Fulanah , maka dia berkata ; saya datang dari sisi Imron bin Husain , dia telah mengabarkan kepada kami bahwasanya rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda ; " Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita " .(3)

Kaum wanita menjadi majoriti penduduk neraka hanyalah disebabkan perbuatan-perbuatan mereka .

وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا 

Artinya : " Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun". (QS Al Kahfi : 49) 

Al Imam Al Qurthubi berkata : " Sesungguhnya kaum wanita sebagai minoriti penduduk syurga kerana dikuasai oleh hawa nafsu , cenderung kepada perhiasan dunia yang sementara , dan berpaling dari akhirat disebabkan kurangnya akal mereka serta cepat tertipu " .

Beliau Shalallahu ‘alahi wa sallam bersabda :

يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ فَإِنِّي أُرِيتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ , فَقُلْنَ : وَبِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ , وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ , مَا رَأَيْتُ مِنْ نَاقِصَاتِ عَقْلٍ وَدِينٍ أَذْهَبَ لِلُبِّ الرَّجُلِ الْحَازِمِ مِنْ إِحْدَاكُنَّ , قُلْنَ : وَمَا نُقْصَانُ دِينِنَا وَعَقْلِنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : أَلَيْسَ شَهَادَةُ الْمَرْأَةِ مِثْلَ نِصْفِ شَهَادَةِ الرَّجُلِ ؟ قُلْنَ : بَلَى . قَالَ : فَذَلِكِ مِنْ نُقْصَانِ عَقْلِهَا. أَلَيْسَ إِذَا حَاضَتْ لَمْ تُصَلِّ وَلَمْ تَصُمْ ؟ قُلْنَ : بَلَى . قَالَ : فَذَلِكِ مِنْ نُقْصَانِ دِينِهَا. 

" Wahai kaum wanita bersedekahlah kalian , sesungguhnya telah diperlihatkan kepadaku bahwa kalian sebagai majoriti penduduk neraka . Maka mereka ( kaum wanita ) berkata : Disebabkan apa wahai rasulullah ? Beliau berkata : Kalian banyak melaknat , mengingkari kebaikan keluarga ( suami ) , aku tidaklah melihat kaum yang kurang akal dan agamanya, yang dapat menghilangkan akal seorang laki-laki yang kukuh hatinya, selain salah seorang dari kalian . Mereka berkata : apa yang dimaksud dengan kurang agama dan akalnya wahai rasulullah ? Beliau berkata : Bukankah persaksian seorang wanita seperti setengah persaksian seorang laki-laki ? Mereka berkata : benar , maka beliau katakan ; Demikianlah yang menunjukkan kekurangan akalnya . Bukankah jika dia haidh tidak sholat dan tidak puasa ? Mereka berkata ; benar . Beliau berkata : Demikianlah yang menunjukkan kekurangan agamanya ". (4)

Di dalam hadis ini beliau shalallahu alaihi wasallam memberitakan kepada kita tentang beberapa perbuatan kaum wanita yang menyebabkan mereka menjadi majoriti penduduk neraka , yaitu :

- Banyak berkata dengan perkataan yang jelek seperti melaknat dan mencela , dan ini tergolong perbuatan dosa besar .- Mengingkari kebaikan-kebaikan yang diberikan oleh suami kepadanya yang berarti dia telah kufur nikmat, dan mengkufuri nikmat adalah diharamkan .- Menjadikan hilangnya akal seorang laki-laki sehingga dia berkata dan berbuat yang tidak pantas untuk menyenangkannya, maka wanita tersebut ikut mendapatkan dosanya .

Beberapa perbuatan dosa yang lain yang dilakukan banyak kaum wanita di masa kini , diantaranya :

- Menyerupai kaum laki-laki dalam berpakaian dan berhias , dan ini adalah perbuatan dosa besar karena rasulullah shalallahu alaihi wasallam telah melaknat kaum wanita yang menyerupai kaum laki-laki dan sebaliknya ;

Beliau Shalallahu ‘alahi wa sallam bersabda :

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنْ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنْ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ

Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa sallam melaknat laki-laki yang menyerupai kaum wanita dan wanita yang menyerupai kaum laki-laki (5)

- Memakai parfum , kemudian melewati majlis kaum laki-laki , sehingga membangkitkan syahwat kaum laki-laki untuk menzina-inya ;Beliau Shalallahu ‘alahi wa sallam bersabda :

كُلُّ عَيْنٍ زَانِيَةٌ وَالْمَرْأَةُ إِذَا اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ بِالْمَجْلِسِ فَهِيَ كَذَا وَكَذَا يَعْنِي زَانِيَةً " Setiap mata itu berzina , seorang perempuan yang memakai parfum lalu dia melewati majlis ( laki-laki ) maka dia demikian dan demikian yaitu wanita yang berzina " .(6)

- Sombong kerana fizikalnya terlihat indah dan cantik ketika memakai pakaian yang mewah ;

Nabi Shalallahu ‘alahi wa sallam bersabda :

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ " Tidaklah masuk sorga seseorang yang di dalam hatinya ada sifat kesombongan sebesar biji sawi " .

- Suka menggibahi saudaranya yang lain , ini termasuk perbuatan dosa besar , sebagaimana yang Allah Ta'ala firmankan :- وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ 

" Dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang " . (QS Al Hujurat : 12)

- Talawwun ( bermuka dua ) yaitu mendatangi satu kelompok manusia dengan menunjukkan bahwa dirinya bersama mereka dan menyelisihi lawan mereka , dengan maksud membuat kerusakan di antara mereka dan meraih kuntungan untuk dirinya sendiri; lalu mendatangi kelompok yang lain dan menunjukan bahwa dirinya bersama mereka dengan maksud yang sama.

Nabi Shalallahu ‘alahi wa sallam bersabda :

إِنَّ شَرَّ النَّاسِ ذُو الْوَجْهَيْنِ الَّذِي يَأْتِي هَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ وَهَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ

" Sesungguhnya manusia yang paling jahat adalah seseorang yang memiliki dua muka , yaitu yang mendatangi mereka dengan satu muka dan mendatangi yang lain dengan muka ( yang lain ) " .(7)

- Bepergian ( safar ) tanpa mahrom , dengan safar demikian ini dirinya tidak aman dari fitnah .Beliau Shalallahu ‘alahi wa sallam bersabda :

لَا تُسَافِرْ الْمَرْأَةُ إِلَّا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ , وَلَا يَدْخُلُ عَلَيْهَا رَجُلٌ إِلَّا وَمَعَهَا مَحْرَمٌ , فَقَالَ رَجُلٌ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أَخْرُجَ فِي جَيْشِ كَذَا وَكَذَا وَامْرَأَتِي تُرِيدُ الْحَجَّ , فَقَالَ : اخْرُجْ مَعَهَا.

" Janganlah seorang wanita bepergian kecuali bersama mahromnya , maka ada seorang laki-laki berkata : Wahai rasulullah sesungguhnya saya ingin keluar bergabung dengan tentara ini dan itu , sedangkan isteri saya hendak menunaikan haji , maka beliau katakan : " Keluarlah kamu bersamanya (isteri)" .

- Sering masuk ke pasar-pasar padahal tidak ada keperluan ( hajat ) yang mendesak , lalu dia banyak bicara dengan para penjual dan selainnya dari kaum laki-laki sehingga terjadilah fitnah ;Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa sallam bersabda :


الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإِذَا خَرَجَتْ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ

" Wanita adalah aurat , maka jika dia keluar ( dari rumahnya ) syaitan menampakkannya indah ( di hadapan laki-laki ) " . (8)

- Berbaur dengan laki-laki yang bukan mahromnya ( ikhtilath ) dalam suatu ruangan , demikian ini mendatangkan fitnah dan kebinasaan dalam agamanya .Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa sallam bersabda :

إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَرَأَيْتَ الْحَمْوَ قَالَ الْحَمْوُ الْمَوْتُ

" Hati-hatilah kalian dari memasuki kaum wanita , ada seorang laki-laki dari kaum Anshar berkata ; Wahai rasulullah bagaimana pendapat anda tentang ipar . Maka beliau berabda : " Ipar adalah membinasakan " . 

Masih banyak kemungkaran yang lain yang dilakukan oleh kebanyakan kaum wanita yang menyebabkan mereka terjerumus ke dalam neraka. Maka kaum wanita yang menghendaki keselamatan dari adzab Allah Ta'ala, hendaklah menyerahkan diri mereka kepada syariat-Nya , janganlah ikut melakukan kebodohan meskipun banyak wanita yang melakukannya , janganlah ikut melakukan kemaksiatan meskipun banyak kaum wanita berbuat maksiat , janganlah tertipu dengan kebanyakan kaum wanita yang melanggar syariat Allah Subhanahu wa Ta’ala.Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

Artinya :" Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah) " . (QS Al An'am : 116).

وَمَا أَكْثَرُ النَّاسِ وَلَوْ حَرَصْتَ بِمُؤْمِنِينَ (103) 

Artinya :" Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman - walaupun kamu sangat menginginkannya- " (QS Yusuf : 103 )

وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ 

Artinya :" Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih".(QS Saba : 13) .

Jika engkau ( wahai wanita muslimah ) menginginkan kemuliaan di dunia dan di akhirat , yakni keberuntungan dengan meraih surga dan jauh dari adzab neraka , maka laksanakanlah perintah-perintah Allah , jauhilah larangan-larangannya , dan pegangilah Al Kitab dan As Sunnah di atas pemahaman salaf ( pendahulu kita ) yang shalih .

Dia, Allah Ta'ala berfirman :

وَمَنْ يَعْتَصِمْ بِاللَّهِ فَقَدْ هُدِيَ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ 

Artinya :" Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, Maka Sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus " . (QS Ali Imron : 101 .)وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ (52) 

Artinya : " Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, Maka mereka adalah orang- orang yang mendapat kemenangan " . (QS An Nur : 52)

وَالَّذِينَ يُمَسِّكُونَ بِالْكِتَابِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ الْمُصْلِحِينَ (170) 

Artinya :" Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Al kitab ( Al Qur'an ) serta mendirikan shalat, (akan diberi pahala) karena Sesungguhnya Kami tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengadakan perbaikan " . (QS Al A'raf : 170 )

Allah Ta'ala berfirman :

فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ 

Artinya :"Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih " . (QS An Nur : 63 )

Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa sallam bersabda :

كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى قَالَ مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى

" Setiap umatku akan masuk sorga kecuali yang enggan memasukinya. Mereka ( para sahabat ) berkata : Wahai rasulullah siapa yang enggan memasukinya ? Beliau berkata : Siapa yang mentaatiku maka dia masuk sorga , dan siapa yang bermaksiat kepadaku berarti dia enggan memasukinya " .(9)

مَثَلِي وَمَثَلُكُمْ كَمَثَلِ رَجُلٍ أَوْقَدَ نَارًا فَجَعَلَ الْجَنَادِبُ وَالْفَرَاشُ يَقَعْنَ فِيهَا وَهُوَ يَذُبُّهُنَّ عَنْهَا وَأَنَا آخِذٌ بِحُجَزِكُمْ عَنْ النَّارِ وَأَنْتُمْ تَفَلَّتُونَ مِنْ يَدِي

" Perumpamaan aku dan kalian seperti seseorang yang menyalakan api , lalu belalang-belalang akan jatuh di dalamnya dan dia berupaya menolaknya dari api ( agar tidak terjatuh ke dalamnya ) . Sementara aku memegangi pinggang kalian dari api neraka ( agar tidak terjatuh ke dalamnya ) , sedangkan kalian terlepas dari pegangan tanganku " .(10)

وَأَنَا تَارِكٌ فِيكُمْ ثَقَلَيْنِ أَوَّلُهُمَا كِتَابُ اللَّهِ فِيهِ الْهُدَى وَالنُّورُ فَخُذُوا بِكِتَابِ اللَّهِ وَاسْتَمْسِكُوا بِهِ 

“Saya tinggalkan dua perkara yang berat(11) kepada kalian, yang pertama dari keduanya adalah Kitab Allah yang mengandung petunjuk dan cahaya, maka ambillah kitab Allah dan pegangilah ia…"(12)

وَإِنِّي تَارِكٌ فِيكُمْ ثَقَلَيْنِ أَحَدُهُمَا كِتَابُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ هُوَ حَبْلُ اللَّهِ مَنْ اتَّبَعَهُ كَانَ عَلَى الْهُدَى وَمَنْ تَرَكَهُ كَانَ عَلَى ضَلَالَةٍ 

“Ingat dan sesungguhnya saya meninggalkan kepada kalian dua perkara yang berat, yang salah satunya adalah Kitab Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang mana ia adalah tali Allah, barangsiapa yang mengikutinya maka dia di atas petunjuk, dan barangsiapa yang meninggalkannya maka dia di atas kesesatan”.

Saya memohon kepada Allah agar nasihat ini berguna bagi setiap yang membacanya , sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Mulia .Shalawat dan salam yang banyak semoga tetap tercurah atas nabi kita Muhamad , atas keluarganya dan sahabatnya .

سبحانك اللهم وبحمدك , لا إله إلا أنت , أستغفرك و أتوب إليك .


Footnote :

1 Dikeluarkan oleh Bukhori dan Muslim di dalam " Shahih Keduanya " dari sahabat Utsamah bin Zaid .

2 Dikeluarkan oleh Bukhori dan Muslim di dalam " Shahih Keduanya " dari sahabat Ibnu Abbas .

3 Dikeluarkan oleh Muslim di dalam " Shohihnya "

4 Dikeluarkan oleh Bukhori di dalam " Shohihnya " dari sahabat Abu Sa'id Al Khudri rodhiyallahu anhu , dan Muslim di dalam " Shohihnya " dari sahabat Abdullah bin Umar .

5Dikeluarkan oleh Bukhori di dalam " Shohihnya " dari Ibnu Abbas rodhiyallahu anhuma .

6 Diriwayatkan oleh Al Imam Ahmad , Tirmidzi , Nasai dan Abu Dawud dari sahabat Abu Musa Al Asy'ari , dan Tirmidzi mengatakan hadis hasan sohih dan disohihkan juga oleh Al Imam Ibnu Hibban dan Hakim .

7 Dkeluarkan oleh Bukhori dan Muslim di dalam " Shohih Keduanya " dari sahabat Abu Hurhairoh radhiyallahu anhu.

8 Diriwayatkan oleh Tirmidzi di dalam " Sunannya " , dan dia mengatakan hadis hasan yang asing , dan dishohihkan oleh Ibnu Hibban dan Ibnu Huzaimah , dan di dalam lafadz keduanya terdapat tambahan pada akhirnya ; " Dan dirinya sangat dekat dengan Wajah Tuhannya ketika di dalam rumahnya " .

9 Dikeluarkan oleh Bukhori dan Muslim di dalam " Shohih Keduanya " dari sahabat Abu Hurhairoh rhadhiyallahu anhu dengan lafadz yang sedikit berbeda .

10 Dikeluarkan oleh Muslim di dalam " Shahihnya " , dan Al Imam Ahmad di dalam " Musnadnya " dari sahabat Jabir bin Abdullah radhiyallahu anhuma .

1 Kedua perkara ini dinamakan sesuatu yang berat kerana agung dan besarnya perkara keduanya atau kerana beratnya pengamalan keduanya, Syarah Shohih Muslim An Nawawi.

2 Dikeluarkan oleh Muslim di dalam " Shahihnya " dari sahabat Zaid bin Arqam rodhiyallahu anhu .

RUJUKAN :

1- Al Qur'an Al Karim2- Shohih Bukhori dengan syarahnya Fathul Bari3- Shohih Muslim dengan syarahnya An Nawawi4- Sunan Tirmidzi dengan syarahnya Tuhfatul Ahfadzi5- Sunan Abu Dawud dengan syarahnya Aunul Ma'bud6- Sunan Nasai7- Musnad Al Imam Ahmad8- Shohih Ibnu Hibban9- Shohih Ibnu Huzaimah10- Nasihati Linnisa karya Umu Abdillah Al Wadi'iyyah11- Sab'un Mukholafatan Taqa'u fihan Nisa.

 Penulis: Al Ustadz Muhaimin

Sumber Buletin Al Hikmah, Semarang No. 12/I/1428H