Pages

Thursday, May 16, 2013

kisah seorang Mualaf

Mualaf, "saya mengucapkan kalimah syahadah melalui MSN Messenger"

Nama saya Greg Sowden. Saya memeluk agama Islam pada tarikh 15 Disember 2001. Sebelumnya saya adalah penganut Kristian katolik. Setelah memeluk Islam di usia 16 tahun saya memilih nama Ali Mahdi. Saya lahir pada tahun 1985. Saya belajar di Universiti Wilfrid Laurier di Waterloo, Ontario, Canada dalam bidang sejarah. Kampung halaman saya ialah Port Dover, Ontario, Canada dan dibesarkan di ladang ayam dan lembu yang berjumlah kira-kira 400 ekar.

Saya menganggap diri seorang Kristian Katolik yang patuh. Setiap Ahad, saya ke gereja dan tidak pernah mempersoalkan kepercayaan saya. Setiap kali saya mendengar seseorang berkata tidak baik tentang agama Katolik, saya akan berusaha keras untuk membuktikan mereka salah. Walaupun kini saya sedar betapa masa itu pengetahuan sangat minimum.

Ibu amat bimbang dengan diri saya. Dia merasakan saya telah menyimpang. Saya melihatnya seprti dia merasa kehilangan saya. Kerana saya tidak lagi pergi ke gereja bersama ahli keluarga yang lain. Dia terus mengulangi betapa saya dulu gembira dengan agama saya. Jadi kini dia hairan mengapa saya perlu menukar agama.

Saya tidak bermaksud untuk menukar agama. Ketika membuat penelitian saya membaca tentang Islam kerana minat pada Islam. Sejak usia muda memang saya minat untuk belajar tentang agama dan budaya bangsa lain. Datuk saya dari ayah mempunyai koleksi majalah National Geographic. Koleksi dari tahun 1930-an. Saya banyak mencari isu-isu tentang Islam di sana. Hal itu benar-benar sangat menarik perhatian saya. Tinggal di sebuah bandar kecil membuat saya tidak mengenali orang yang mempunyai latar belakang bukan Kristian. Akhirnya saya ingin tahu ingin tahu tentang dunia luar.

Pada tahun 2000, saya mula mencari orang dari pelbagai negara untuk berkomunikasi dalam talian. Hal itu saya lakukan untuk belajar lebih banyak mengenai orang lain. Di laman Penpal saya bertemu dengan Yahya, seorang anak muda dari Kuwait. Saya mula bertanya padanya tentang banyak hal berkaitan agamanya. Kerana saya memang tidak tahu berkaitan Islam. Tidak terlintas juga dalam fikiran saya untuk memeluk agama Islam kerana saya memang merasa puas hati dengan agama saya. Ketika saya mula mengambil kursus bertajuk "Agama Dunia" di sekolah tinggi, minat saya bertambah.

Dalam buku teks saya disebutkan kedudukan Nabi Isa al-Masih dalam Islam dari segi perspektif Quran. Saya tahu bahawa Nabi Isa as adalah seorang nabi dalam Islam, tetapi saya tidak tahu betapa pentingnya dia. Saya juga tidak tahu bahawa ibunya adalah Maryam yang dianggap sebagai salah seorang daripada empat wanita agung dalam Islam!

Selepas sekolah, saya pulang ke rumah mencari peranan Nabi Isa dalam Islam di internet. Hebat Nabi Isa as membuka fikiran saya berkaitan dengan perkara yang tidak pernah terlintas di benak saya tentang Kristian dan Nabi Isa secara menyeluruh.

Semakin saya mendalami tentang Nabi Isa dan keyakinan Islam semakin saya ingin memeluk agama Islam. Maklumat yang saya dapati memberi keyakinan kepada saya bahawa agama Islam adalah agama yang benar. Argumentasinya masuk akal dan malah ada bukti Muhammad dan Islam dalam Injil!

Semakin saya belajar dan menjadi tertarik dengan Islam. Saya menghantar e-mel dengan rakan Kuwait saya dan memberitahu apa yang saya dapatkan. "Mungkin saya perlu memeluk agama Islam setelah mengetahui lebih jauh mengenai Islam," tulis saya kepadanya.

Saya tidak bercadang untuk memeluk Islam cepat kerana itu merupakan satu perkara yang sukar untuk saya lakukan tanpa wujud komuniti Islam di tempat saya tinggal. Saya fikir hal itu akan lakukan selepas memasuki Universiti. Kerana saya tidak boleh ke masjid. Saya memberitahu kawan Kuwait saya, dan ia kata saya boleh saja mengucapkan kalimah syahadah kepadanya.

Pada tarikh 15 desember 2001 bertepatan 29 Ramadhan 1422, saya mengucapkan kalimah syahadah melalui MSN Messenger. Dengan kalimah indah tersebut saya menjadi seorang muslim!! Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah!!

Musim menipiskan bulu alpaka



SEEKOR alpaka yang sudah dinipiskan bulunya di sebuah ladang di Obertum, Salzburg kelmarin.


VIENNA, Austria - Bulu sejumlah alpaka dinipiskan baru-baru ini di sebuah ladang haiwan itu di Obertum, wilayah Salzburg ekoran musim panas.
Para pekerja ladang menipiskan bulu alpaka itu bagi membolehkan haiwan tersebut selesa dengan cuaca musim panas.
Menipiskan bulu haiwan itu dilakukan pada setiap tahun.
Alpaka diternak bagi tujuan untuk mendapatkan bulunya yang mempunyai harga yang tinggi di pasaran kerana ia digunakan sebagai bahan untuk membuat pakaian. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0516&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2TOtmJcd1 
Hakcipta terpelihara 

Bayi berkepala besar dibedah



GAMBAR fail menunjukkan Fatima mencium anaknya yang mempunyai saiz kepala tidak normal di rumah mereka di Jirania pada 13 April lalu.- AfP


NEW DELHI – Sekumpulan doktor semalam berjaya melakukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawa seorang bayi berusia 15 bulan yang menghidap penyakit kepala membesar.
Seorang doktor, Sandeep Vaishya berkata, pembedahan itu berjalan dengan sempurna di sebuah hospital swasta di pinggir New Delhi.
Bayi itu, Roona Begum dilahirkan dengan menghidap penyakit peningkatan cecair dalam kepala yang dikenali sebagai hidrosefalus. Kepalanya membesar dua kali ganda daripada normal.
Kisah bayi itu diketahui pada bulan lalu di Kampung Jirania di negeri Tripura, India.
Ibu bapanya hidup dalam kemiskinan. Semasa Roona dilahirkan, bapanya, Abdul Rahman yang bekerja sebagai buruh dengan pendapatan sebanyak AS$2.75 (RM8.25) sehari diberitahu supaya membawa anaknya ke sebuah hospital swasta.
Bagaimanapun, kos perubatan untuk ditanggung Abdul Rahman yang berusia 18 tahun itu adalah tinggi.
Sebuah hospital yang dikendalikan Kumpulan Fortis Healthcare di pinggir New Delhi kemudian merawat Roona dengan percuma.
Doktor-doktor di hospital itu menggunakan peralatan pembedahan untuk menebuk tengkorak Roona untuk mengalirkan cecair daripada kepalanya.
Ukur lilit kepala bayi itu sebelum pembedahan ialah 94 sentimeter (sm).
Selepas pembedahan, ukur lilit kepalanya ialah 60sm.
Pembedahan itu mengambil masa selama lebih sejam.
Bagaimanapun, Vaishya berkata, bayi itu memerlukan satu lagi pembedahan untuk mengurangkan saiz kepalanya.
Ibu bapa bayi itu menyatakan perasaan gembira ekoran kejayaan pembedahan itu.
Roona kembali sedar selepas pembedahan itu dilakukan.
Balutan di kepala Roona menyebabkan ibunya, Fatema Khatun yang berusia 25 tahun menangis.
Namun, tangisannya terhenti selepas Vaishya menyatakan, pembedahan ke atas anaknya telah berjaya dilakukan.
Dua pelajar kolej dari Norway, Jonas Borchgrevink dan Nathalie Krantz yang menyaksikan gambar-gambar Begum telah memulakan kempen di internet untuk mengutip wang sebanyak AS$52,000 (RM156,181) bagi membantu keluarga Begum dan rawatan selepas pembedahan.
– Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0516&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2TOtXpiiX 
Hakcipta terpelihara