Pages

Wednesday, December 3, 2014

Seni akrobatik di awangan

2 Disember 2014
Aksi dilakukan dengan penuh berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
Aksi dilakukan dengan penuh berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kemalangan
Aksi dilakukan dengan penuh berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
Aksi dilakukan dengan penuh berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
SEORANG guru tarian dan model, Agathe Petrini dari Chamonix, Perancis sanggup melakukan beberapa aksi luar biasa seperti melompat merentasi gunung dan digantung terbalik untuk menentang graviti bagi menghasilkan gambar yang menakjubkan.

Potret indah yang diambil di pergunungan Chamonix, Perancis itu dipatrikan jurugambar Alex Buisse, 29, dan mengambil masa lima jam untuk disiapkan.

Dengan satu kaki berada di tebing, Agathe menyahut cabaran melakukan pelbagai regangan akrobatik yang hanya boleh dilakukan penari berani.

Pesakit kanser otak genggam ijazah


Hannah Jones berjaya menggenggam segulung Ijazah Kepujian dalam Pendidikan. Gambar kanan: Kepala Jones ketika dibotakkan.
Hannah Jones berjaya menggenggam segulung Ijazah Kepujian dalam Pendidikan. Gambar kanan: Kepala Jones ketika dibotakkan.
ENAM tahun lalu, doktor menemui kira-kira empat sentimeter ketumbuhan dalam otak Hannah Jones, 22.

Bagi membuang ketumbuhan itu, Jones terpaksa menjalani dua pembedahan berisiko yang dilakukan pakar bedah otak Conor Mallucci.

Bagaimanapun, dua pembedahan tersebut tidak berjaya membuang sepenuhnya sel kanser dan doktor mencadangkan supaya pembedahan ketiga dilakukan meskipun dia mungkin berdepan risiko hilang keupayaan selama-lamanya.

Jones membuat keputusan berani dan meneruskan pembedahan ketiga pada Ogos 2009. Akibatnya, wanita muda ini mengalami strok dan terpaksa belajar membaca, berjalan, bercakap dan melakukan kerja seharian seperti kanak-kanak.

Walaupun doktor pernah meramalkan tahap kecerdasan dan kepintarannya mungkin berkurang, namun Jones membuktikan sangkaan itu meleset apabila dia berjaya menamatkan pengajian di University of Chester dan menggenggam segulung Ijazah Kepujian dalam Pendidikan.

“Pernah satu ketika saya hampir berputus asa, tetapi sokongan keluarga dan pensyarah buat saya kuat. Sejak dulu, saya ingin belajar di universiti dan jadi seorang guru, tetapi pakar bedah beritahu pembedahan untuk menyelamatkan nyawa saya ini mungkin menjadikan impian itu mustahil.

“Semasa sakit, saya ingin menjadi guru di sekolah khas kerana saya memahami apa yang mereka lalui. Kini, saya baru diterima bekerja sebagai pembantu pengajar di sebuah sekolah pendidikan khas dan gembira dengan kehidupan yang dilalui hari ini,”katanya, laporan dipetik dari Mail Online.

Remaja ketagih makan span


Skinner ketagih makan span.
Skinner ketagih makan span.
REMAJA berusia 19 tahun ini sememangnya mempunyai tabiat yang pelik kerana dia ketagih memakan span.

Rosie Skinner dari Epsom, England mampu menghabiskan span bersaiz besar dalam tempoh seminggu.

“Ketagihan pelik ini bermula sejak berumur lima tahun kerana saya sangat suka dengan bau span basah,” katanya.

Tabiat pelik itu juga telah membawa padah kepada dirinya hingga menyebabkan dia dimasukkan ke hospital sewaktu berusia 13 tahun.

Ketika itu, dia terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan span sebesar saiz bola daripada perutnya.

Menurut doktor, laporan dipetik dari Daily Mail, Skinner menderita sindrom Pica yang menyebabkan penghidapnya mempunyai keinginan menjamah objek bukan makanan dan ia sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi serius.

Sleeping Beauty moden


Waterson menderita Sindrom Kleine-Levin yang turut dihidapi 1,000 pesakit lain di seluruh dunia.
Waterson menderita Sindrom Kleine-Levin yang turut dihidapi 1,000 pesakit lain di seluruh dunia.
WANITA dari South Wales, England ini layak digelar sebagai Sleeping Beauty moden kerana penyakit yang dialaminya telah menyebabkannya tidur sehingga 21 jam sehari.

Helen Waterson, 36, menderita Sindrom Kleine-Levin yang turut dihidapi 1,000 pesakit lain di seluruh dunia.

"Saya terlepas banyak detik-detik penting dalam hidup kerana tidak dapat bersosial atau bercinta seperti orang lain," katanya.

Menurut Waterson, dia boleh berjaga selama tiga jam hanya jika mengambil sejenis ubat yang memberi kesan sampingan kepadanya dan penyakit jarang berlaku itu turut menjejaskan memori jangka panjangnya.

Keadaan itu menyebabkan wanita tersebut terpaksa berhenti kerja kerana dia perlu 'tidur' sepanjang hari di rumah.

Walaupun mengalami masalah tersebut, Waterson tetap berjaya menamatkan pengajian di universiti dan mendapat kerja yang baik sebagai pengurus gadai janji, laporan dipetik dari The Mirror.

Hutan 'berhantu' lokasi popular bunuh diri


Hutan Aokigahara yang terletak di Jepun ini dikatakan punyai rekod dan sejarahnya yang tersendiri. Hutan Aokigahara yang terletak di Jepun ini dikatakan punyai rekod dan sejarahnya yang tersendiri.
Hutan Aokigahara yang terletak di Jepun ini dikatakan punyai rekod dan sejarahnya yang tersendiri.
FUJI - JEPUN. Tidak seperti hutan biasa, Hutan Aokigahara yang terletak di Jepun ini dikatakan punyai rekod dan sejarahnya yang tersendiri.

Menurut sumber daripada penduduk tempatan, hutan tersebut dijadikan lokasi terkenal bagi individu yang ingin membunuh diri.

Ia terjadi selepas penerbitan novel Kuroi Jukai pada tahun 1960 iaitu novel percintaan yang mengisahkan sepasang kekasih membunuh diri di hutan tersebut, menjadikan lokasi tersebut popular bagi individu yang mempunyai tujuan yang sama.

Dilaporkan lebih kurang 50 hingga 100 orang membunuh diri dalam setahun dengan menggunakan pelbagai cara di hutan tersebut.

Hutan tersebut dikatakan ‘menyimpan’ begitu banyak mayat atau rangka manusia.

Keadaan itu bagaikan memberi peluang kepada kumpulan kongsi gelap Yakuza.

Kumpulan ini akan mengupah pengemis atau gelandangan masuk ke hutan untuk mengambil barangan berharga yang ada pada individu yang mati di situ.

Selain menerima kunjungan daripada individu yang bertujuan membunuh diri, hutan yang terkenal ini turut menerima kehadiran pelawat atau pengembara yang ingin merasai dan mengetahui misteri yang menyelubungi hutan tersebut.

Lebih dari itu, antara objek lain yang ditemui adalah nota-nota ucapan selamat tinggal atau surat terakhir, menerangkan punca mereka mengambil jalan mengakhiri nyawa masing-masing.

Antara yang pernah dijumpai pengunjung yang memasuki hutan tersebut termasuklah mayat tergantung pada dahan atau batang pokok, tersepit di celah pokok atau rangka manusia di lantai hutan.

Memetik sumber dari pada Wikipedia, hutan Aokigahara terletak di bahagian barat laut Pergunungan Fiji dengan keluasan 35 kilometer persegi.

Keadaan hutannya begitu tebal sehingga mampu menyekat laluan angin, menjadikan suasana hutan tenang dan sepi.

Tiada pemantauan ketat dilakukan untuk menghalang mana-mana individu masuk ke hutan tersebut bagi membunuh diri.

Ia kerana lokasinya yang agak jauh daripada petempatan dan keadaan hutannya yang begitu tebal, gelap licin dan menakutkan, sekali gus menjadikan kawalan hutan adalah sesuatu yang mustahil dilakukan!

Pada kebiasaannya pihak berkuasa akan melakukan ‘pembersihan’ mayat sekurang-kurangnya sekali pada setiap tahun.

Sehingga kini, hutan tersebut masih kekal terpelihara kehijauannya dan masih ada individu memasuki hutan tersebut untuk tujuan membunuh diri.

Antara nama lain hutan Aokigahara adalah Suicide Forest atau ‘Hutan Berhantu’.

Makan dari mulut suami

Zhuozhou (China): Seorang suami, Zhang Changsan, 79, menghabiskan masa sejak 11 tahun lalu memberi isterinya makan dari mulut ke mulut.

Zhang berbuat demikian sejak isterinya lumpuh selepas diserang angin ahmar pada 2003.
Bercakap kepada wartawan, Zhang berkata, seorang doktor ketika itu memberitahunya, isterinya hanya boleh hidup sebulan saja lagi selepas diserang penyakit itu.
Bagaimanapun, Zhang yang tidak berputus asa, membawa isterinya pulang dan mengurutnya setiap hari dengan teknik tradisional Cina. Hasilnya, isterinya hidup hingga ke hari ini. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Disember 2014 @ 7:33 AM
Zhang menyuapkan makanan yang dikunyah ke mulut isterinya.

Nenek 77 tahun muncul juara angkat berat


Agensi - AKSI Murphy ketika menjalani satu latihan angkat berat.


NEW YORK – Seorang nenek berusia 77 tahun muncul juara satu pertandingan angkat berat selepas berjaya mengangkat bebanan seberat 97 kilogram pada bulan lalu.
Nenek tersebut, Willie Murphy muncul juara kategori wanita dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Persekutuan Angkat Berat Dunia di Riverdale di Georgia, Amerika Syarikat.
Selain kemampuan mengangkat bebanan, Murphy juga mampu melakukan senaman dengan sebelah tangan seperti tekan tubi dan senaman tangan yang lain.
Murphy yang mempunyai berat badan 47 kilogram berkata, dia mula menceburi sukan angkat berat selepas melihat satu iklan pertandingan angkat berat amatur beberapa tahun lalu.
“Saya bertanya kepada penganjur adakah wanita seperti saya boleh memasuki pertandingan ini dan mereka berkata tiada masalah jika saya mampu melakukannya.
“Sejak itu saya mula berlatih mengangkat berat dan saya gembira kerana ramai golongan muda mendapat inspirasi daripada kejayaan saya,” katanya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz3KmqoyRgR 
Hakcipta terpelihara