Pages

Tuesday, May 21, 2013

Stesen kereta api termewah



Foto
REKA bentuk stesen itu akan membenarkan kemasukan sinaran matahari, tetapi penghawa dingin membolehkan pengguna merasa sejuk.
Foto
RUANG pejalan kaki yang bermarmar membenarkan pengguna bergerak dengan selesa.
Riyadh: Pengguna kereta api bawah tanah London sudah pasti cemburu dengan gambar ini yang tidak lama lagi akan menjadi sistem kereta api antara bandar paling mewah di dunia.

Kelihatan lebih seperti berada di dalam hotel lima bintang, rangkaian yang dicadangkan di Riyadh, Arab Saudi itu akan mempunyai rekaan zaman angkasa dengan tempat laluan bermarmar, dinding bersalut emas dan berhawa dingin sepenuhnya.

Kawasan berkenaan akan direka untuk membolehkan cahaya memasukinya tetapi pada masa sama menghalang haba panas dari pancaran matahari.

Dalam pada itu, keseluruhan reka bentuknya bertujuan untuk mengingatkan mengenai bukit pasir yang membentuk muka bumi negara itu.



Lebih mengagumkan, rangkaian enam landasan berkenaan diarah untuk disiapkan oleh Raja Abdullah dalam masa hanya empat tahun.


Tempoh itu sama dengan masa yang diambil untuk mengubah suai hanya sebuah stesen di New York.

Apa yang akan lebih mengecewakan pengguna kereta api di London ialah ciri utama sistem baru, sebuah persimpangan bertingkat tiga hala di stesen paling sibuk di Riyadh itu direka oleh arkitek warga Britain, Zaha Hadid yang menjadi tunggak di sebalik perkembangan projek pembangunan di seluruh dunia.

Pereka yang berpangkalan di London itu dan mempunyai darah keturunan Iraq adalah orang bertanggung jawab di sebalik pembangunan di Dataran Hoxton dan Eaton Place, di London selain projek antarabangsa lain, termasuk di bandar raya New York, Singapura dan Dubai. - AP

Jejambat diruntuhkan guna bahan letupan di China




CAHAYA letupan dapat dilihat semasa jejambat sepanjang lebih 3,000 meter diruntuhkan dengan menggunakan bahan letupan di Wuhan, China pada Sabtu lalu.


WUHAN - Sebuah jejambat di Lebuh Raya Dunyang di sini diruntuhkan dengan menggunakan sejumlah bahan letupan di bandar ini pada Sabtu lalu.
Jejambat yang sepanjang lebih 3,000 meter itu diruntuhkan untuk memberi laluan kepada pembinaan sebuah lebuh raya baharu.
Menurut laporan media, ia merupakan letupan jejambat paling panjang dengan menggunakan bahan letupan pernah dilakukan di dunia.
Letupan itu digunakan dengan menggunakan alat kawalan jauh. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2TsWmRBnP 
Hakcipta terpelihara 

Pemuda 26 tahun dari New York jadi bilionair




GAMBAR fail menunjukkan Karp (kanan) bersama Presiden Media Kabel Warner, Joan Gilman.- AP


NEW YORK - Seorang pemuda berusia 26 tahun, David Karp bakal menjadi bilionair apabila syarikat Yahoo! bersetuju untuk membeli laman rangkaian sosial ciptaannya, Tumblr pada harga AS$1.1 bilion (RM3.31 bilion).
Karp yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tumblr dijangka mengekalkan sebahagian besar kawalannya ke atas syarikatnya itu selepas penjualan tersebut berlaku.
Pemuda yang berasal dari New York itu sebelum ini merupakan pelajar sekolah tinggi yang tercicir.
Karp mula mempelajari kod komputer semasa dia berumur 11 tahun.
Dia mencipta laman tersebut di sebuah unit apartmen kecil milik ibunya pada tahun 2007.
Sebelum ini, laman tersebut dianggarkan bernilai AS$800 juta (RM2.4 bilion).
Karp tinggal di sebuah apartmen yang sederhana bersama kekasihnya, Rachel Eakley yang merupakan seorang lulusan universiti dan chef.
Dia kemudian berpindah ke sebuah apartmen mewah bernilai AS$1.6 juta (RM4.82 juta) di Williamsburg, Brooklyn.
Syarikat Yahoo! turut mendedahkan tentang urus niaga itu menerusi ketuanya, Marrisa Mayer semalam.
Pada minggu lalu, kedua-dua buah syarikat itu mengesahkan spekulasi berhubung wujudnya perikatan melibatkan kedua-dua syarikat berkenaan.
Bagaimanapun, Tumblr dibenarkan untuk beroperasi sebagai sebuah syarikat yang bebas selepas penjualan tersebut.
"Tumblr merupakan rangkaian media yang berkembang dengan pesat di dunia.
"Ia memberikan sesuatu yang bermakna kepada para pengguna Yahoo!," kata Mayer. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2TsVC64RM 
Hakcipta terpelihara