Pages

Sunday, June 3, 2012

Hadiah istimewa

myMetroHadiah istimewa:

RINDU... Voon (tengah) mendakap ibunya, Siti Abdullah sambil diperhatikan abangnya, Mohd Salleh Mohammad.
RINDU... Voon (tengah) mendakap ibunya, Siti Abdullah sambil diperhatikan abangnya, Mohd Salleh Mohammad.
KUCHING: “Inilah hadiah paling bermakna dalam hidup saya. Saya bersyukur dapat menatap wajah dan mencium pipi anak saya walaupun terpaksa menunggu 60 tahun selepas kami berpisah,” kata Siti Abdullah sebaik dipertemukan dengan anak lelakinya, Voon Kow Mung, 60, di Kampung Rampangi, semalam.
Pertemuan penuh linangan air mata itu berlangsung sebaik Voon berjaya mengesan adik beradiknya di Kuching selepas dia dibawa ke China oleh keluarga angkatnya.

“Banyak usaha dan ikhtiar dilakukan bagi membolehkan anak saya dipertemukan, tapi gagal. Kehidupan kami ketika itu sukar, malah tiada wang untuk mencarinya di China.
“Kami hanya mengetahui Voon berada di China tapi lokasi tidak diketahui. Namun, kami terus berusaha dan berkat kesabaran, akhirnya bertemu dan disatukan dalam majlis penuh kesyukuran.

“Saya terpaksa menyerahkan Voon kepada keluarga angkat ketika menetap di Miri. Ketika itu, dia baru berusia dua bulan dan diserang demam berpanjangan, tetapi apabila berada dengan pasangan suami isteri berketurunan Cina itu, kesihatannya kembali baik.

“Oleh itu, keluarga kami membuat keputusan menyerahkan anak saya untuk dijaga keluarga Cina berkenaan, tetapi tidak lama kemudian keluarga angkatnya membawa anak saya pulang ke negara asal dan sejak itu hubungan kami terputus,” katanya.
Menurutnya, sejak berpisah dengan Voon, dia sering menangis pada waktu malam kerana mengenangkan anak keempat daripada 11 beradik itu.

“Setiap malam apabila menatap gambarnya, saya menangis kerana memikirkan adakah saya akan berjumpa dengannya satu hari nanti,” katanya.
Sementara itu, Voon berkata, sebaik dimaklumkan ibunya masih hidup, dia terus membeli tiket kapal terbang untuk pulang ke kampung di Kuching.

“Dalam fikiran, saya menyangka emak sudah uzur tapi sebaliknya dia kelihatan masih sihat dan mampu berjalan walaupun sudah berusia.

“Saya pernah berusaha menjejak emak dengan bantuan media di China tapi usaha itu tidak berhasil hinggalah saya menemui seorang rakyat Malaysia berasal dari Sarawak ketika berada di Australia sebelum dia memberitahu mengenali ayah menerusi gambar ditunjukkan kepadanya.

Voon yang mempunyai anak perempuan tunggal, Bi Ting wen, 31, serta dua cucu masing-masing berusia 11 bulan dan tiga tahun berkata, dia mengetahui ibu kandungnya masih hidup dan berada di Malaysia selepas dimaklumkan oleh kakak angkat.

“Ibu angkat meninggal dunia pada 1976 dan sebelum pemergiannya, dia tidak pernah memberitahu saya ada keluarga kandung di Sarawak hinggalah kakak angkat memberitahu cerita sebenar selepas kematian ibu.

“Dari situ, saya nekad mencari ibu kandung yang terpisah sejak sekian lama,” katanya.

Dia yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching 9 pagi semalam sambil ditemani Bi Teng, sebelum itu dibawa bertemu semua adik-beradiknya di sebuah rumah di Kampung Kudei, Jalan Nenas Barat.

Sebaik selesai, Voon dibawa ke Kampung Rampangi bertemu ibunya yang menetap bersama kakaknya, dan dari situlah, drama air mata bermula.

'via Blog this'

Pelik Akar Herba Yang Menyerupai Budak

VARIASI- Pelik Akar Herba Yang Menyerupai Budak - bobo online:


05/20/2012
Picture

Seorang petani dari China telah menemukan salah satu daripada tanamannya yang pelik apabila pokok herba yang di tanamnya mempunyai akar herba yang menyerupai seorang budak kecil seperti di dalam gambar. 

Para saintis berusaha untuk memahami proses penghasilan pelik akar herba yang telah digali keluar dari tanah oleh seorang petani di China itu.

Petani itu, Zheng Dexun, 63 menunjukkan heshouwu iaitu herba china atau sejenis ubi yang berupa manusia, di Langzhong, Barat Daya Wilayah Sichuan, China. Ubi ini seberat 5.8 kilogram dan berdiri 62 sentimeter tinggi, menyerupai kanak-kanak yang telanjang.
Uniknya, di bahagian ‘kepala’ ubi terdapat mata dan hidung yang menonjol. Sebagaimana bentuk tubuh manusia, ubi tersebut juga dilengkapi dengan lengan, kaki.

Ini bukan kali pertama penemuan ubi pelik. Penemuan yang hampir serupa oleh seorang petani turut menggemparkan dunia dimana ubi berjantina.

Sumber: Zerotional untuk Portal Berita Pelik

'via Blog this'

Mubarak dipenjara seumur hidup

Mubarak dipenjara seumur hidup:


Hosni Mubarak duduk di dalam sangkar di mahkamah mendengar keputusan hakim menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atasnya di Kaherah, semalam. - AFP
KAHERAH 2 Jun - Mahkamah Mesir, hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas Presiden Hosni Mubarak, selepas dia didapati bersalah terlibat dengan pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat di negara ini, yang membawa kepada penggulingannya pada tahun lalu.
Bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly turut dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan sama, manakala enam lagi bekas komander polis dibebaskan.
Tuduhan rasuah ke atas anak-anak Mubarak, Alaa dan Gamal, bagaimanapun digugurkan ekoran status tamat tempoh.
Tuduhan rasuah terhadap bekas Presiden itu turut digugurkan.
Sementara itu, kekecohan berlaku sejurus selepas keputusan mahkamah itu dibacakan dengan orang ramai berteriak 'Tidak sah' tidak sah' dan 'Kami mahu badan kehakiman disingkirkan'.
Peguam turut berang dengan keputusan mahkamah membebaskan Alaa dan Gamal dan memberitahu AFP mereka bimbang Mubarak dan Adly mungkin didapati tidak bersalah jika rayuan dibuat.
Bekas Presiden itu yang dilihat memakai kaca mata hitam tidak menunjukkan sebarang emosi ketika Hakim Ahmed Refaat membacakan hukuman itu.
Alaa dan Gamal yang dilihat letih dengan lingkaran hitam di bawah mata mereka pula, hampir-hampir menitiskan air mata selepas mengetahui mereka dibebaskan.
Pertempuran turut tercetus di luar mahkamah dan polis menggunakan bom yang mengeluarkan bunyi kuat untuk mengawal keadaan.
Mubarak dan bekas Menteri Dalam Negeri, Adly dan enam lagi bekas komander polis dibicarakan berhubung penglibatan mereka dengan pembunuhan kira-kira 850 penduduk ketika kebangkitan rakyat di Mesir pada tahun lalu. - AFP

'via Blog this'

Perkahwinan 2 warga jadi kenyataan

Perkahwinan 2 warga jadi kenyataan:

Abdul Rahman Abu Talib (kiri) dan isterinya, Roslinda Cheng (dua dari kiri) bersanding serentak dengan kembarnya, Abdul Rahim serta pasangannya, Normaheran M. Nor di Jasin, Melaka, semalam.
JASIN 2 Jun - Hasrat seorang lelaki tempatan, Abdul Rahman Abu Talib, 25, untuk bernikah dengan seorang warganegara China yang terhalang kerana masalah birokrasi Kedutaan Besar China di Jalan Ampang, Kuala Lumpur Ogos lalu akhirnya menjadi kenyataan.
Abdul Rahman dan pasangannya Zheng Xian atau nama Islamnya, Roslinda Cheng, 26, melangsungkan perkahwinan di rumah pengantin lelaki di Kampung Parit Penghulu, di sini hari ini.
Lebih manis, ibu bapa, datuk dan adik lelaki tunggal Roslinda yang berasal dari Wilayah Fujian, China hadir menyaksikan perkahwinan anak sulungnya itu.
Biarpun berbeza pegangan agama apabila Roslinda memeluk Islam, kedua-dua ibu bapanya ternyata merestui perkahwinan anaknya itu serta hasratnya untuk terus menetap di negara ini.

'via Blog this'

Kubur besar di Syria

Kubur besar di Syria:

Laman web kerajaan Amerika Syarikat menunjukkan gambar-gambar sebagai bukti tentang kewujudan kubur besar di Syria.
WASHINGTON 2 Jun - Satu laman web kerajaan Amerika Syarikat (AS), semalam menyiarkan gambar-gambar kewujudan kubur besar di Syria dan membuktikan bahawa tentera kerajaan negara itu melancarkan serangan ke atas penempatan penduduk.
Menurut Biro Jabatan Negara yang mengendalikan laman web itu, gambar-gambar tersebut diambil awal minggu ini oleh satelit komersial dan menunjukkan penemuan sebuah kubur besar selepas insiden pembunuhan beramai-ramai di bandar Houla.
Mereka turut menunjukkan gambar-gambar kawah besar kesan daripada bedilan meriam di kawasan penempatan penduduk di bandar Atarib.
Terdapat juga gambar-gambar yang menunjukkan meriam-meriam tentera ditempatkan di tiga bandar berhampiran, selain helikopter gempur berhampiran bandar Shayrat dan Homs.

'via Blog this'

Muslim Brotherhood mahu buat protes jalanan.

Muslim Brotherhood mahu buat protes jalanan.: "KAHERAH 3 Jun - Muslim Brotherhood semalam, mengutuk tindakan mahkamah dan menyatakan hasrat untuk mengadakan bantahan beramai-ramai ekoran keputusan mahkamah yang membebaskan enam komander polis yang terlibat dengan pembunuhan penunjuk perasaan tahun lalu.

Menurut pegawai kanan Brotherhood, Mahmud Ghozlan, pihaknya akan mengadakan bantahan di seluruh jalanan di Kaherah ekoran keputusan mahkamah berkenaan.

Dalam keputusan tersebut, bekas Presiden Hosni Mubarak dan bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly dikenakan hukuman penjara seumur hidup, manakala enam lagi komander yang terlibat dilepaskan. - AFP"

'via Blog this'

Tujuh terkorban dalam pertempuran di Tripoli

Tujuh terkorban dalam pertempuran di Tripoli: "TRIPOLI 3 Jun - Seramai tujuh orang terkorban termasuk seorang kanak-kanak yang berusia sembilan tahun, manakala 30 lagi cedera dalam kejadian pertempuran antara penyokong dan penentang President Bashar al-Assad di bandar Pelabuhan Tripoli.

Dalam kejadian tersebut, beberapa penduduk yang berdekatan cuba menyelamatkan keadaan tetapi kejadian semalam mencatatkan angka korban yang paling tinggi di Tripoli dan menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk di kawasan setempat.

Sementara itu, pegawai Keselamatan Dalam Negeri, Brig. Jeneral Bassam Ayyoubi, yang mempengerusikan mesyuarat keselamatan di bandar itu, mengumumkan pasukan polis akan masuk ke dalam zon konflik dan membanteras kejadian berkenaan. - REUTERS"

'via Blog this'

7 rakyat Palestin cedera serangan udara Israel di Gaza

Berita Harian Online | 7 rakyat Palestin cedera serangan udara Israel di Gaza: "GAZA CITY: Tujuh rakyat Palestin dilaporkan cedera dalam serangan udara terbaru tentera Israel di Semenanjung Gaza awal pagi tadi, dua hari selepas berbalas tembakan yang menyebabkan korban nyawa kedua-dua pihak.

Menurut anggota perubatan di Gaza, tujuh yang cedera itu selepas empat serangan udara dengan dua daripada serangan mensasarkan kawasan timur Khan Yunis di selatan Palestin.
Dua lagi serangan udara membabitkan Beit Layiha di utara semenanjung itu.
Tentera Israel mengesahkan serangan udara itu dengan mendakwa ia bertujuan membanteras kebangkitan anggota militan Palestin. - AFP"

'via Blog this'

10 PERMINTAAN SYAITAN.

10 PERMINTAAN SYAITAN.


Ceritanya Rasulullah sedang berbicara kepada iblis dan bertanya apa saja permintaan iblis yang sampai saat ini dikabulkan Allah SWT. Ada 10 permintaan iblis yang dikabulkan Allah .. Apa saja?

Nabi Muhammad : Berapa hal yang kau pinta dari Tuhanmu?
Syetan : 10 macam
Nabi muhammad : Apa saja?

Syaitan :

1. Aku minta agar Allah membiarkan aku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. 
Allah berfirman : “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. dan janjikanlah mereka”, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan.” (QS Al-Isra :64)
Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

2. Aku minta agar Allah membiarkan aku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

3. Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

4. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.

5. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

6. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Al Qur’anku.

7. Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

8. Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.
Allah swt berfirman, “Orang-orang boros adalah saudara-saudara syaitan.” (QS Al-Isra : 27).

9. Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku.

10. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, “silakan”, dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.”

Iblis berkata : “Wahai muhammad, aku tak bisa menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikkan dan menggoda. Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa walau seorang pun…!!!
Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberikan hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara hidupnya. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.”

Rasulullah SAW lalu membaca ayat :
“Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” (QS Hud :118 – 119)
“Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata:
“Wahai Muhammad Rasulullah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu dan aku tak berbohong.”

Wajah manusia pada batang pokok

Wajah manusia pada batang pokok - Nasional - Sinar Harian:

Wajah manusia pada batang pokok
Batang pokok tembesu yang ditebang menyerupai seraut wajah lengkap dengan sepasang mata, hidung dan mulut berdekatan rumah keluarga Mat Dang di Kijing, Marang.
MARANG - Alangkah terkejutnya dua rakan apabila seraut wajah manusia yang lengkap dengan mata, hidung dan mulut tiba-tiba muncul pada batang pokok tembesu yang ditebang mereka di Kijing di sini, semalam.

Seorang daripada mereka, Mohammad Sulaiman, 61, berkata selama ini dia tidak pernah terperasan akan wajah manusia pada batang pokok tembesu di tepi rumahnya itu.

"Saya ajak rakan, Zakaria Ismail, 48, tebang pokok ini untuk membersihkan kawasan bagi membina rumah baru. Kami tidak sedar pun perkara itu hingga diberitahu anak saya," katanya.

Pada mulanya, kata Mohammad, dia tidak dapat melihat 'wajah' itu.

"Tapi apabila saya menjauhkan diri dalam jarak 10 meter dari batang pokok itu, baru saya dapat lihat, ia seperti manusia yang sedang memandang sesuatu," katanya.

Mohammad berkata, selama ini kawasan di sekitar pokok tembesu itu menjadi lokasi permainan kanak-kanak hampir setiap petang.

Rakannya, Zakaria pula berkata, dia pada mulanya tidak berani mendekati pokok tembesu apabila ditunjukkan keanehan itu oleh Mohammad kerana bimbang ia ada kaitan dengan perkara yang tidak baik.

"Namun apabila dikatakan ia berwajah manusia, saya akuinya kerana saya sudah tengok. Bagi saya, ia sangat unik," kata Zakaria yang tidak kisah untuk terus membantu rakannya membersihkan tempat itu.

'via Blog this'

Marah keputusan kes Mubarak, rakyat demo

Marah keputusan kes Mubarak, rakyat demo - Global - Sinar Harian:

Marah keputusan kes Mubarak, rakyat demo
Ribuan rakyat Mesir berhimpun di Dataran Tahrir membantah keputusan mahkamah khas dalam kes melibatkan Hosni Mubarak. - Foto ihsan Al-Jazeera
KAHERAH - Rakyat Mesir yang marah mula berhimpun di Dataran Tahrir di sini sejak malam tadi (waktu Malaysia) - beberapa jam selepas mahkamah khas menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas Presiden Hosni Mubarak berhubung tindakannya berkonspirasi dalam pembunuhan lebih 800 penunjuk perasaan yang memprotes kepimpinan beliau tahun lalu.

Mereka turut marah dengan keputusan mahkamah membebaskan dua pegawai keselamatan yang turut dibicarakan.

Selain Hosni, hanya bekas Menteri Dalam Negeri dihukum penjara seumur hidup.

Hosni, dua anak lelakinya dan seorang ahli perniagan juga bebas tuduhan rasuah dan mengumpulkan kekayaan.
Berdasarkan keputusan mahkamah, empat pegawai Kementerian Dalam Negeri dan dua ketua keselamatan tempatan bebas daripada tuduhan bertanggungjawab atas kematian penunjuk-penunjuk perasaan.

Selain di Dataran Tahrir, perarakan protes juga diadakan di Iskandariah, Suez dan Mansoura.

Dataran Tahrir adalah lokasi utama demonstrasi awal tahun lalu yang membawa kepada kejatuhan Hosni, yang memerintah Mesir selama 30 tahun
Penunjuk perasaan melaungkan slogan, "jahanam pemerintahan tentera" ketika mengadakan perhimpunan duduk bantah.
Keputusan mahkamah dan susulan tindakan memprotes ini dijangka akan memberi kesan ke atas pusingan kedua pemilihan jawatan Presiden Mesir bulan ini.
Dalam menjatuhkan hukuman ke atas Hosni dan bekas Menteri Dalam Negeri, Habib El-Adluy semalam, Hakim Ahmed Refaat berkata, perbicaraan selama 10 bulan berjalan dengan adil.
Dalam kata-kata pembukaan, Ahmed berkata, era Hosni memimpin Mesir adalah satu tempoh 30 tahun yang "gelap" sambil menyifatkan mereka yang mengadakan demonstrasi tahun lalu sebagai hero negara.
Sebaik sahaja hakim membacakan keputusan pergelutan dan protes tercetus dalam mahkamah sehingga sesi prosiding ditangguhkan.

INTIPATI KEPUTUSAN MAHKAMAH SEMALAM:
Hosni Mubarak:
 Bersalah konspirasi membunuh penunjuk perasaan - hukuman penjara seumur hidup. Tidak bersalah tuduhan rasuah
Alaa dan Gamal Mubarak: Tidak bersalah tuduhan rasuah
Bekas Menteri Dalam Negeri,  Habib El-Adly: Bersalah konspirasi membunuh penunjuk perasaan - hukuman penjara seumur hidup
Empat pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri - Abd El Rahman, Adli Fayed, Ahmed Ramzy, Ismail al-Shaer: Tidak bersalah bersubahat, menghasut dan membantu perbuatan membunuh dan cubaan membunuh penunjuk perasaan
Hussein Salem, ahli perniagaan: Tidak bersalah atas tuduhan rasuah
Dua pengarah keselamatan  Greater Cairo, Osama al-Marassy dan Omar Faramawy: Tidak bersalah menyebabkan kerosakan ke atas harta benda Mesir dan ekonomi

'via Blog this'

Tujuh petunjuk kebahagian umat Islam di dunia

Berita Harian Online | Tujuh petunjuk kebahagian umat Islam di dunia:
Bersyukur mendapat nikmat, mencari rezeki dari sumber halal antara dituntut agama

IBNU Abbas salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang diberi gelaran Turjumanul Quran yang bermaksud ahli yang pakar dalam menterjemah dan mentafsirkan al-Quran.


Dia sangat tekun menjaga dan melayani Rasulullah SAW sehingga pernah didoakan secara khusus oleh Rasulullah SAW supaya dikurniakan kefahaman mendalam dalam agama dan ilmu takwil al-Quran.



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kamu berdoa dengan doa yang amat baik, namun makanan, minuman, dan pakaian serta tempat tinggalnya diperoleh dari sumber haram, maka bagaimana mungkin doanya akan dimakbulkan Allah SWT?”

Pada usia sembilan tahun, Ibnu Abbas menghafal al-Quran dan menjadi imam di masjid. Sejak kecil, Ibnu Abbas sudah menunjukkan kecerdasan luar biasa dan semangat yang tinggi dalam menuntut ilmu. 

Pelbagai gelaran diberikan kepada Ibnu Abbas antaranya Faqih al-Ashr (ahli fekah pada zamannya), Imam al-Mufassirin (penghulu ahli tafsir), dan al-Bahr (lautan ilmu).

Pada suatu hari, Ibnu Abbas ditanya oleh seorang tabiin mengenai petunjuk kebahagiaan dunia yang dinikmati oleh Muslim. Lantas, Ibnu Abbas menjawab, terdapat tujuh petunjuk kebahagiaan dunia. 

Pertama, hati yang selalu bersyukur dan menerima segala nikmat dengan penuh keikhlasan. Setiap Muslim wajib bersyukur ke atas pelbagai nikmat dikurniakan Allah SWT, baik kecil mahupun besar. Bersyukur dan mengingati Allah akan memudahkan semua amalan serta kegiatan. 
Kedua, pasangan hidup yang salih akan mewujudkan suasana rumah tangga serta keluarga yang salih pula. Pada hari akhirat kelak, seorang suami yang juga imam dalam lingkungan keluarganya, akan diminta pertanggungjawaban mengajak isteri dan anaknya ke arah kehidupan salih. 

Selanjutnya, isteri solihah akan memiliki kesabaran dan keikhlasan luar biasa dalam melayani kerenah suami dan pelbagai ragam tabiat anak-anaknya.

Ketiga, anak yang salih. Anak sebenarnya amanah dan ujian daripada Allah kepada setiap ibu bapa. Firman Allah yang bermaksud: “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar.” (Surah al-Anfal, ayat 28) 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang anak Adam meninggal, maka terputuslah pahala seluruh amalannya kecuali pahala daripada tiga perkara; iaitu amalan sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak salih yang selalu mendoakan untuk kesejahteraan kedua orang tuanya.” (Hadis riwayat Muslim) 

Imam al-Ghazali ada menegaskan: “Kanak-kanak adalah amanah Allah kepada ibu bapa. Hatinya yang masih bersih adalah mutiara berharga yang sedia menerima untuk dibentuk dan digilap.”

Pernah satu ketika, Rasulullah SAW menjawab pertanyaan seorang anak muda yang selalu menggendong ibunya yang uzur. “Ya Rasulullah, apakah aku termasuk 
berbakti kepada orang tua?” Rasulullah SAW menjawab, “Sesungguhnya Allah SWT amat reda kepadamu, kamu adalah anak yang salih dan berbakti kepada dua orang tua, akan tetapi wahai anakku, ketahuilah bahawa cinta orang tuamu itu tidak akan terbalaskan olehmu sampai bila-bila.”

Keempat, persekitaran yang kondusif untuk iman kita. Sehubungan itu, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama orang yang benar.” (Surah al-Taubah, ayat 119)

Justeru, Rasulullah SAW berpesan kepada umatnya supaya bersahabat dengan orang yang dapat memberi kebaikan dan sering menasihati kepada perkara makruf. 

Kelima, harta yang halal. Islam mengutamakan kualiti harta, bukannya kuantiti. Diriwayatkan Imam Muslim, Rasulullah SAW pernah bertemu seorang sahabat yang mengangkat tangan lalu berdoa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kamu berdoa dengan doa yang amat baik, namun makanan, minuman, dan pakaian serta tempat tinggalnya diperoleh dari sumber haram, maka bagaimana mungkin doanya akan dimakbulkan Allah SWT?”

Keenam, semangat memahami dan mendalami ilmu agama. Semakin lama, mendalam dia belajar dan menuntut ilmu agama, maka semakin tinggi serta mendalam cintanya kepada agama, semakin menebal pula cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya. 

Cinta inilah yang akan memberi cahaya bagi hatinya, kerana semangat memahami dan mendalami ilmu agama akan menghidupkan hatinya. 

Justeru, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Kelebihan seorang berilmu berbanding dengan seorang abid adalah ibarat kelebihan bulan purnama yang terang benderang di sisi gugusan bintang bergemerlapan dan cakerawala yang lain.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Ketujuh, umur yang diberkati Allah SWT. Semakin tua seseorang itu, maka dia menjadi semakin salih seperti resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Oleh itu, setiap detik dan saat yang dilaluinya, akan diisi dengan amal ibadah.

Benarlah apabila seorang ahli sufi terkenal berkata: “Wahai anak cucu Adam! Hidup kamu hanyalah himpunan hari-hari yang dapat dihitung. Bila berlalunya satu hari bererti hilanglah sebahagian darimu. Dan jika hilang sebahagian darimu, maka bertambah dekatlah masa matimu. Sekiranya kamu mengetahui dan menginsafi hal ini, hendaklah kamu beramal salih.”
'via Blog this'

Mubarak dipenjara seumur hidup

Berita Harian Online | Mubarak dipenjara seumur hidup:
BEKAS Presiden Mesir, Hosni Mubarak tidak memberi reaksi kepada keputusan mahkamah.



BEKAS Presiden Mesir, Hosni Mubarak tidak memberi reaksi kepada keputusan mahkamah.



  • Bertanggungjawab atas kematian 900 penunjuk perasaan


  • Jual gas asli kepada Israel pada harga lebih rendah


    KAHERAH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, 84, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup semalam, selepas didapati bersalah terhadap kematian 900 penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat Februari lalu.


  • 'via Blog this'

    Tentera Sudan tembak mati 45 pemberontak di Darfur

    Berita Harian Online | Tentera Sudan tembak mati 45 pemberontak di Darfur: "KHARTOUM: Tentera Sudan hari ini berkata pihaknya menambak mati 45 anggota pemberontak di timur Darfur namun pemberontak sebaliknya menafikan dan mendakwa pihaknya berjaya menawan satu markas tentera kerajaan.

    Jurucakap tentera Sudan, Sawarmi Khaled Saad, berkata sepasukan tentera yang besar dikenali Gerakan Keadilan dan Kesaksamaan (JEM) menyerang sebuah pusat perdagangan di timur Darfur, semalam.
    “Mereka menyerbu pasar berkenaan dan pihak tentera membalas serangan itu. Kami membunuh 45 pemberontak dan memusnahkan 16 kenderaan JEM," katanya.
    “Selepas itu mereka melarikan diri ke barat dan kami masih mengekori dan memburu mereka," katanya.

    Awal semalam, jurucakap JEM, Gibril Adam Bilal memberitahu bahawa kumpulan pemberontak berjaya menawan sebuah markas tentera di timur negeri El Fasher.

    "Anggota pasukan kami masih berada di dalam markas tentera kerajaan itu," katanya dengan mengesahkan JEM turut membunuh beberapa askar kerajaan dan merampas 16 kenderaan mereka. - AFP "

    'via Blog this'

    Mubarak dipenjara seumur hidup

    Foto
    GAMBAR diambil dari TV Mesir menunjukkan pergaduhan antara
    penyokong dan penentang Mubarak di dalam mahkamah.
    Berita Harian Online | Mubarak dipenjara seumur hidup:
    Foto
    SEBAHAGIAN penduduk Mesir bersorak selepas mahkamah
    menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada Mubarak.
    Dua anak bekas Presiden Mesir dibebas daripada tuduhan rasuah 

    KAHERAH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, 84, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup semalam, selepas didapati bersalah terhadap kematian 900 penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat Februari lalu.
    Selain itu, beliau juga didapati bersalah kerana menjual gas asli kepada Israel pada harga lebih rendah daripada pasaran.
    Mereka (rakyat Mesir) menuntut demokrasi secara aman daripada pemerintah yang bersikap kuku besi dan enggan menyerahkan kuasa. - Hakim Ahmed Refaat
    Bekas Menteri Dalam Negeri Habib el-Adly, 74, juga dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas turut didapati bersalah atas kematian penunjuk perasaan, manakala enam pegawai keselamatan lain dibebaskan.

    Dua anak lelaki Mubarak, Gamal, 49, dan Alaa, 50, dibebaskan daripada dakwaan rasuah tetapi masih berdepan perbicaraan berasingan dengan tuduhan menjalankan perniagaan secara tidak sah.

    Mubarak yang dibawa dengan helikopter tiba memakai kaca mata hitam dan baju trek coklat muda, tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika Hakim Ahmed Refaat (gambar kanan), membacakan keputusan selepas mengeluarkan beberapa kenyataan keras terhadapnya.

    Refaat dalam penghakimannya, menyifatkan tempoh pemerintahan Mubarak sebagai 30 tahun dalam kegelapan dan sebuah mimpi ngeri yang hanya berakhir dengan kebangkitan rakyat Mesir menuntut perubahan. 
    “Mereka (rakyat Mesir) menuntut demokrasi secara aman daripada pemerintah yang bersikap kuku besi dan enggan menyerahkan kuasa,” katanya.

    Refaat yang akan bersara selepas perbicaraan Mubarak dan kedua-dua anaknya selesai, berkata el-Adly turut bertanggungjawab kerana tidak mengambil tindakan menghentikan pembunuhan penunjuk perasaan yang tidak bersenjata oleh pasukan keselamatan.

    Lebih 900 penunjuk perasaan terkorban, kebanyakannya ditembak di Kaherah dan bandar lain di Mesir sepanjang tempoh kebangkitan rakyat selama 18 hari itu.

    Hukuman ke atas Mubarak yang mentadbir Mesir seperti harta peribadi selama tiga dekad, dilihat bertujuan meredakan ketegangan menjelang pusingan kedua pilihan raya presiden yang bakal menyaksikan persaingan sengit antara bekas perdana menteri Ahmed Shafiq, dengan calon Ikhwanul Muslimin Mohamed Mursi.

    Mubarak, pemimpin Arab pertama yang dibicarakan di negaranya sendiri, hanya mendiamkan diri di kamar mahkamah manakala kedua-dua anak lelakinya jelas gementar. Anak sulung beliau dilihat membaca ayat suci al-Quran dengan perlahan.

    Sementara itu, pergaduhan tercetus antara penyokong dan penentang Mubarak di dalam dan di luar kamar mahkamah sejurus keputusan dibacakan, memberi isyarat keadaan tegang berterusan sejak Mubarak digulingkan.

    Sebilangan mereka mengibarkan bendera Mesir sambil melaungkan kata-kata mendesak hukuman segera dilaksanakan, manakala yang lain mengoyak gambar Mubarak.

    Beribu-ribu anggota polis mengawal kawasan sekitar bangunan akademi, bagi menghalang penunjuk perasaan dan sanak-saudara mereka yang terbunuh ketika kebangkitan daripada menghampirinya.

    Mubarak ditempatkan di hospital di bandar peranginan Sharm el-Sheikh sejak penahanannya tahun lalu, selepas tentera tunduk kepada desakan penunjuk perasaan supaya beliau dibicarakan.

    Tentera, bagaimanapun, bertegas bahawa siasatan dan tuduhan yang difailkan pendakwa ke atas Mubarak dilakukan secara bebas dan mereka tidak terbabit dalam perkara itu. – AP/AFP
    'via Blog this'

    Ramal letusan luar biasa gunung berapi

    Berita Harian Online | Ramal letusan luar biasa gunung berapi:
    GAMBAR yang diambil Institut Perlombongan dan Geologi Colombia menunjukkan gunung Nevado Del Ruiz di Bogota semakin aktif memuntahkan awan debu, manakala penduduk sekitar diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

    GAMBAR yang diambil Institut Perlombongan dan Geologi Colombia menunjukkan gunung Nevado Del Ruiz di Bogota semakin aktif memuntahkan awan debu, manakala penduduk sekitar diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
    Saintis jangka bunyinya akan dapat didengar di seluruh dunia 

    WASHINGTON: Letusan luar biasa gunung berapi dengan kuasa pemusnah kehidupan mungkin berlaku lebih awal daripada yang dijangka, lapor satu kajian saintis.
    Saintis berkata, gunung berapi mega adalah fenomena alam semula jadi yang kurang difahami dan cuma menunggu masa untuk berlaku.
    Sedikit saja gunung berapa seumpama itu wujud dalam dunia tetapi jika satu daripadanya meletus, kesannya amat dahsyat. 

    Adalah dijangkakan bunyi letusan luar biasa itu akan kedengaran di seluruh dunia, hujan hitam akan turun dan langit berubah menjadi gelap. 

    Keadaan dahsyat itu cuma sedikit kurang daripada impak asteroid khususnya daripada segi kemusnahan yang berlaku jika ia menghempas bumi. 

    Gunung berapi besar dipenuhi kolam magma mega yang terbina jauh di dasar bumi. Pada awalnya ia dijangka mengambil masa 100,000 hingga 200,000 tahun untuk membina tekanan mencukupi untuk letusan besar berlaku. 
    Bagaimanapun, penyelidikan yang disiarkan dalam jurnal online, Public Library of Science ONE, kini menunjukkan proses itu cuma mengambil masa beberapa ribu tahun atau mungkin juga beberapa ratus tahun saja. 

    Penyelidikan mendapati kolam magma besar mungkin sebenarnya wujud untuk beberapa ribu tahun atau beberapa ratus tahun sebelum ia meletup. 

    Penemuan baru itu dapat membuktikan berita amat buruk kepada Taman Negara Yellowstone di Amerika Syarikat yang memiliki kolam tadahan magma 9.6 kilometer di bawahnya. Takungan di kolam tadahan itu semakin meningkat sejak tahun 2004. 

    Taman di Wyoming itu berada betul-betul di atas sekumpulan besar batu lebur kira-kira 480 kilometer sepanjang puncak tertinggi 48 kilometer di dasar bumi. – Agensi
    'via Blog this'

    Obama arah serangan siber terhadap Iran

    myMetroObama arah serangan siber terhadap Iran:

    WASHINGTON: Sebuah akhbar Amerika Syarikat semalam mendedahkan, Presiden Barack Obama secara senyap mengarahkan serangan siber dengan menggunakan virus komputer Stuxnet terhadap Iran untuk mensabotaj program nuklear negara itu.
    “Presiden Obama secara senyap mengarahkan serangan yang semakin canggih terhadap sistem komputer yang menjalankan aktiviti pengayaan uranium di Iran,” lapor akhbar New York Times. 
    Menurut laporan itu, tindakan itu adalah sebahagian daripada serangan digital Amerika Syarikat terhadap Iran yang bermula sejak pentadbiran George Bush dengan nama kod ‘Olympic Games.’

    Akhbar itu juga menegaskan, virus Stuxnet dicipta oleh pakar di Amerika Syarikat dengan bantuan unit perisikan Israel.

    Serangan siber itu bertujuan menghalang Iran daripada menghasilkan senjata nuklear.

    Bagaimapun, virus itu ‘terlepas’ dari loji nuklear Iran di Natanz dan muncul dalam sistem komputer di beberapa negara, kata akhbar itu, mendorong pegawai kanan Amerika menimbang untuk menghentikannya.

    Pendedahan akhbar itu dibuat beberapa hari selepas pakar di Makmal Kaspersky, syarikat perisian antivirus terkenal yang berpusat di Russia menemui virus ‘Flame’ yang beberapa kali lebih besar daripada Stuxnet dan juga disasar terhadap Iran. - Agensi 

    'via Blog this'

    Budak tinggal dengan kambing

    myMetroBudak tinggal dengan kambing:
    [Image: Shasa-T-dibesarkan-oleh-kambing-300x224.jpg]
    SHAKHTI (Russia): Pekerja kebajikan masyarakat terkejut apabila menemui kanak-kanak berusia dua tahun tinggal dalam bilik yang penuh dengan kambing.
    Kanak-kanak liar itu yang dikenali sebagai Sasha T, dibiarkan tinggal bersama-sama haiwan itu oleh ibunya.

    Menurut sumber, dia bermain dan tidur dengan kambing berkenaan, tidak pandai bercakap atau makan seperti manusia,.
    Timbalan Ketua Kebajikan Masyarakat di Rostov, sebuah wilayah di Russia berkata: “Ketika kami tiba, Sa- sha duduk di bilik yang sejuk itu, tanpa pakaian. Ibunya tiada di rumah. “Dia sentiasa berdepan dengan maut. Rumah itu terlalu kotor dan busuk. Kami mengambil kanak-kanak itu dan membawanya ke hospital.

    “Doktor berkata, kerana cara hidupnya itu menyebabkan otaknya tidak berkembang.” Doktor Natalya Simonina berkata: “Sasha enggan tidur di atas katil. Dia cuba tidur di bawahnya. Dia terlalu takut dengan orang ramai.

    “Dia cuba memecahkan apa saja yang dilihatnya. Dia tidak boleh bercakap atau memegang sudu.” - Agensi

    'via Blog this'

    Kanibal gay diburu di Eropah

    myMetroKanibal gay diburu di Eropah:

    MAGNOTTA...diburu.
    MAGNOTTA...diburu.
    MANGSA...Lin.
    MANGSA...Lin.
    LONDON: Seorang lelaki yang merakam gambarnya ketika memotong mayat kekasih sebelum menghantar bahagian tubuh mangsa kepada ahli politik di Kanada, kini diburu di seluruh Eropah.
    Luke Magnotta yang disyaki melakukan kanibalism, berlepas dari Kanada ke Perancis selepas memuatnaikkan rakaman pembunuhan itu di Internet.
    Polis Britain bimbang bintang porno berkenaan kini berada di negara itu.

    Enam bulan lalu, dia menginap di sebuah bilik di Fusilier Inn, Wembley, di London Utara, ketika datang untuk bersiar-siar ke negara itu.

    Ketika di Britain, dia disoal oleh wartawan selepas memuatnaikkan filem dalam Internet yang menunjukkan seekor ular diberi makan seekor anak kucing.

    Dalam e-mel kepada akhbar The Sun pada Disember lalu, dia berkata: “Anda akan mendengar lebih banyak lagi daripada saya. Selepas ini, mangsa bukanlah haiwan yang kecil.”

    Dia juga memberi amaran serupa kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

    Semalam, ketika 190 negara menyertai operasi memburu Magnotta, polis Kanada mengenal pasti mangsa sebagai Lin Jun, pelajar China yang belajar di Montreal.

    Polis berkata, Lin, 33, menjalinkan hubungan dengan Magnotta, 29.

    Penyiasat di Perancis memberitahu akhbar The Mail, Magnotta berlepas dengan pesawat dari Kanada ke Paris Sabtu lalu.

    Pembunuhan dipercayai berlaku sehari sebelum itu.

    Kaki mangsa dilapor sampai di ibu pejabat Parti Konservatif di Ottawa pada Selasa dan tangan dihantar ke pejabat Parti Liberal negara itu.

    Seorang penyiasat Perancis berkata: “Magnotta taksub dengan Menara Eiffel dan Moulin Rouge dan yakin dia boleh bersembunyi di negara yang disukainya.”

    Ketua Polis Montreal, Ian Lafreniere berkata, pihaknya kini menyiasat dengan melayari Internet memandangkan Magnotta menggunakan beberapa laman sosial untuk meluahkan rasa bangga kerana dapat melarikan diri.

    Lafreniere juga memberi amaran, lelaki itu bijak menyamar diri, termasuk menyerupai wanita dengan memakai rambut palsu.

    Polis berkata, Lin tiba di Montreal Julai lalu dan belajar di Universiti Concordia.

    Keluarganya terputus hubungan dengannya sejak 24 Mei.

    Beberapa hari kemudian, pekerja menemui sebahagian mayat dalam beg pakaian berhampiran apartmen Magnotta dan beberapa lagi dalam flat lelaki itu.

    Video pembunuhan itu berdjudul ‘1 Lunatic 1 Ice Pick’ menunjukkan seorang lelaki diikat pada katil, ditikam dan dipotong dengan pisau dan pemecah ais. - DM

    'via Blog this'

    Bekas diktator terima pembalasan

    Kosmo! Online - Dunia:


    SUASANA di dalam mahkamah ketika keputusan perbicaraan ke atas Hosni Mubarak di Kaherah diumumkan semalam.


    KAHERAH – Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dijatuhi hukuman penjara seumur hidup semalam kerana peranannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat pada tahun lalu.
    Turut menerima nasib sama ialah bekas Menteri Dalam Negeri, Habib Al-Adly manakala enam bekas komander polis Mubarak didapati tidak bersalah.
    Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan nasib memalukan menimpa seorang pemimpin kuku besi yang pernah mentadbir Mesir selama hampir tiga dekad.
    Hukuman berat ke atas bekas pemimpin Mesir berkenaan antara lain, bertujuan untuk meredakan ketegangan menjelang pusingan penentuan pilihan raya Presiden yang dijadualkan pada bulan ini.
    Mubarak, 84, merupakan pemimpin Arab pertama yang dibicarakan di negara sendiri.
    Pada masa yang sama, tuduhan rasuah ke atas dua anak lelaki diktator itu, Alaa dan Gamal digugurkan kerana kes mereka sudah lama berlaku dan melebihi tempoh boleh dakwa.
    Namun, kedua-duanya masih berdepan dakwaan melakukan perdagangan orang dalam melibatkan urusniaga saham.
    Ketika keputusan dibacakan, Mubarak tidak menunjukkan sebarang reaksi manakala dua anak lelakinya kelihatan gementar.
    Terdahulu, Hakim Ahmed Rifaat menyifatkan era pemerintahan Mubarak sebagai “30 tahun yang penuh dengan kegelapan.”
    Menurutnya, Mubarak dan Habib langsung tidak bertindak menghentikan pembunuhan orang awam semasa kebangkitan rakyat selama 18 hari awal tahun lalu.
    Lebih 850 penunjuk perasaan dibunuh dengan kebanyakan mereka ditembak mati di sini dan beberapa bandar raya utama lain sepanjang gelombang kebangkitan rakyat tercetus di Mesir awal tahun lalu.
    Selepas keputusan kes berkenaan diumumkan, Mubarak dibawa menaiki sebuah helikopter untuk menjalani hukuman di Penjara Tora, pinggir bandar raya ini.
    Setibanya di lokasi, Mubarak tiba-tiba menangis dan hanya turun dari helikopter selepas dipujuk oleh beberapa anggota polis.
    Perbicaraan bekas pemimpin kuku besi itu berlangsung di sebuah akademi polis yang digunakan sebagai mahkamah di sini.
    Sementara itu, seorang peguam Mubarak, Yasser Bahr berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan ke mahkamah lebih tinggi tidak lama lagi.
    “Keputusan kes ini memiliki kecacatan dari setiap sudut,” katanya.
    Dalam perkembangan berkaitan, beberapa pergelutan antara penyokong dan penentang Mubarak berlaku di dalam dan di luar mahkamah selepas keputusan kes tersebut dibacakan.
    Pergaduhan berlaku selepas kumpulan penentang Mubarak tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah.
    “Saya tidak mahu hukuman lain melainkan hukuman mati ke atas Mubarak,” kata seorang lelaki, Hanafi El-Sayed.
    Mubarak meletak jawatan pada 11 Februari 2011 selepas memerintah Mesir selama hampir 30 tahun bermula 14 Oktober 1981.
    – Agensi

    'via Blog this'