Pages

Wednesday, July 30, 2014

Lelaki China beli motosikal Tron



XIAU Yu telah menghabiskan wang simpanannya sebanyak AS$55,000 untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi Tron walaupun dia tidakdibenarkan menunggang kenderaan itu di jalan raya.


NANJING - Seorang lelaki China menghabiskan wang simpanannya untuk memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi sama seperti yang digunakan dalam filem sains fiksyen Tron:Legacy.
Lelaki itu, Xiau Yu yang menetap di sini dilaporkan telah membelanjakan wang sebanyak AS$55,000 (RM174,597) untuk memiliki motosikal idamannya.
Walaupun dia kini pemilik motosikal tersebut, Yu berasa kecewa apabila penguat kuasa tempatan melarangnya menunggang kenderaan dua roda itu di jalan raya.
Ia berikutan pihak berkuasa enggan mendaftarkan motosikal itu kerana tidak dibuat oleh pengeluar motosikal yang diiktiraf oleh pihak pemerintah.
"Saya mungkin akan sewakan motosikal ini di pameran-pameran dan pertunjukan automobil untuk mendapatkan semula wang saya," kata Yu.
Bagaimanapun, Yu tetap berbangga kerana dapat memiliki satu daripada lima buah motosikal berkuasa tinggi itu yang mampu mencapai kelajuan 193 kilometer sejam.
"Daripada lima buah motosikal tersebut yang telah dibina, tiga daripadanya rosak semasa penggambaran filem Tron dan sebuah lagi diberikan kepada teman wanita pengarah filem itu," kata Yu. -Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz38u7ucHyB 
Hakcipta terpelihara 

Ramai gemar makan daging kucing di Vietnam


MEMAKAN daging kucing menjadi tabiat rakyat Vietnam ketika negara itu dilanda kemiskinan sewaktu era peperangan suatu masa dahulu. - Gambar hiasan


HANOI - Populariti daging kucing di Vietnam menyebabkan ramai pemilik kucing bimbang haiwan peliharaan mereka itu menjadi sasaran pencuri haiwan.
Daging kucing menjadi makanan kegemaran ramai terutamanya dalam kalangan warga kota raya ini walaupun hidangan itu telah diharamkan oleh pemerintah.
Sebuah restoran di sini menyiapkan hidangan daging kucing dengan terlebih dulu melemaskannya sebelum dibakar supaya bulu haiwan itu mudah untuk dibuang.
Kucing tersebut kemudian dipotong dan digoreng bersama bawang putih.
"Ramai orang makan daging kucing. Ia hidangan istimewa dan mereka mahu mencubanya," kata pengurus restoran tersebut, To Van Dung.
Pemerintah Vietnam mengharamkan pengambilan daging kucing dalam usaha menggalakkan orang ramai membelanya dan mengawal populasi tikus di bandar raya ini.
Namun, banyak restoran di sini masih menghidangkan hidangan eksotik itu
Situasi tersebut menyebabkan ramai memelihara kucing mereka di dalam kediaman masing-masing dan tidak membiarkan haiwan mereka berkeliaran.
Permintaan yang semakin meningkat juga menyebabkan banyak haiwan itu diseludup dari Thailand dan Laos bagi memenuhi bekalan restoran-restoran tersebut.
Pada hari yang sibuk, sebuah restoran berkenaan boleh menjual 100 hidangan daging kucing.
"Saya sedar di Amerika Syarikat dan Britain, rakyatnya tidak memakan kucing tetapi di sini adalah sebaliknya," kata seorang lelaki, Nguyen Dinh Tue, 44, sambil menikmati hidangan daging kucing.
"Saya tidak membunuh kucing tetapi restoran ini menjual daging kucing justeru saya ingin mencubanya," kata lelaki berusia 44 tahun itu.
Menurutnya, Vietnam pernah miskin dan menghadapi era peperangan yang lama.
"Maka, kami makan apa sahaja untuk terus hidup seperti serangga, anjing kucing malah tikus juga," ujarnya.
"Kini ia menjadi tabiat," tambah Dinh Tue.
Seekor kucing boleh dijual pada harga antara AS$50 (158) hingga AS$70 (RM220) bergantung kepada saiz dan jenis hidangan yang disediakan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz38u5h2tzM 
Hakcipta terpelihara 

Jadi cantik pun susah!


Malah jurulatih pasukan bola tampar kebangsaan Kazakhstan, Nurlan Sadikov juga berpendapat kecantikan Sabina Altynbekova, 17, mengganggu fokus pertandingan.
Sabina mula mendapat perhatian dunia maya sejak gambarnya beraksi dalam Kejohanan Bola Tampar Wanita Bawah 19 Tahun Asia 2014 di Taiwan tersiar di Internet baru-baru ini.

Namun kecantikan yang dimiliki Sabina turut membawa impak negatif kepada pasukannya.
Foto
SABINA

Menurut Nurlan, pasukan bola tampar wanita Kazakhstan sukar beraksi cemerlang dalam keadaan begitu.

“Reaksi penonton seolah-olah hanya ada seorang pemain dalam pasukan dan kejohanan ini,” katanya.

Akhbar di Kazakhstan juga melaporkan penonton hadir ke sesuatu perlawanan hanya untuk melihat Sabina dan tidak menghiraukan tentang perjalanan pertandingan.

Sabina bagaimanapun berharap, segala populariti dan perhatian yang diterimanya tidak mengganggu fokusnya sebagai seorang atlet bola tampar.

“Pada mulanya saya gembira dan rasa dihargai tetapi lama-kelamaan ia mula melampaui batas.

“Saya mahu fokus kepada karier dan mahu dikenali sebagai seorang atlet bola tampar, bukan kerana paras rupa,” katanya.

Populariti Sabina mula berkembang di laman sosial apabila berita mengenainya mula tersebar luas di Internet menyebabkannya tidak menang tangan menjawab semua pertanyaan peminatnya di seluruh dunia 

Mengaku beragama Islam, Sabina turut menunjukkan keprihatinannya kepada isu Gaza. “Sayangi Palestin, Tuhan bersama kalian,” katanya melalui Twitter. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/30

Tuah Norris


Norris mengalami kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya ketika berusia 22 tahun apabila tertembak muka sendiri ketika mengalihkan selaras senapang yang diletakkan di almari.
Secara tidak sengaja senapang itu meletup dan hampir memusnahkan sama sekali mukanya.

Norris, 39, kemudian menjalani pelbagai pembedahan rumit, termasuk menggunakan organ orang lain bagi memulihkan kecacatan itu.
Foto
WAJAH Norris sebelum dan selepas menjalani pembedahan.
Foto
WAJAH Norris pada muka depan majalah GQ.

Hasilnya Norris kelihatan lebih muda dan tampan seperti bintang filem.
Lebih mengagumkan, dia menerima ribuan surat daripada peminat setiap tahun.

Kecuali matanya, setiap bahagian muka Norris diganti dengan organ penderma, termasuk lidah, dalam pembedahan yang diketuai seorang pakar pembedahan plastik di Baltimore, Dr Eduardo Rodriguez pada Mac 2012.

Walaupun pembedahan itu berjaya, Norris perlu mengambil pil setiap hari dan harus berhati-hati menjaga kesihatannya.

Dia tidak boleh berjemur, terlalu sejuk, meminum alkohol atau terjatuh kerana sedikit luka mampu memberi impak buruk kepada wajahnya.

Namun bagi Norris yang berasal dari Hillsville, Virginia, dia yakin kisahnya memberi inspirasi kepada ribuan orang lain yang memerlukan pembedahan plastik. 

“Harapan bakal menghidupkan peluang namun keyakinan memberikan perubahan besar dalam kehidupan,” katanya.

Dia dipilih untuk pemindahan wajah itu selepas beberapa kali melakukan pembedahan bagi mengembalikan fungsi mulutnya.

“Pemindahan muka adalah antara beberapa pilihan yang tinggal,” katanya.

Pembedahan yang memakan masa selama satu setengah hari itu membabitkan lebih 150 doktor, jururawat dan kakitangan Pusat Perubatan Universiti Maryland.

Menurut Rodriguez kejayaan pembedahan itu adalah sesuatu yang menakjubkan.

“Sebelum ini ramai yang memandang Norris kerana dia memakai topeng dan mahu melihat wajah sebenarnya. 

“Kini mereka mempunyai sebab lain untuk merenung wajahnya,” katanya.

Pegawai perubatan hospital berkenaan berdepan cabaran baru untuk mengajar Norris ‘menggunakan’ wajah barunya selepas 15 tahun tidak bercakap dan makan secara normal.

Selain itu Norris juga perlu melalui beberapa lagi pembedahan kecil memperbaiki tisu lembut di wajahnya seperti kelopak mata.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/30

Manusia punca haiwan pupus


Haiwan bersaiz besar seperti gajah boleh pupus akibat kerakusan manusia. - AGENSI
CALIFORNIA 29 Julai - Saintis mendakwa, gelombang baharu kepupusan spesies haiwan melibatkan gajah, beruang kutub dan badak sumbu, telah pun berlaku dan tingkah laku manusia dilaporkan menjadi punca kepada keadaan itu.
Menurut ketua penyelidik dari Universiti Stanford, Rodolfo Dirzo dalam jurnal Science, berbanding dengan lima kepupusan sebelum ini akibat bencana alam dan asteroid yang memusnahkan spesies seperti dinosaur, kepupusan keenam ini membabitkan aktiviti manusia seperti peperangan, pencemaran, pertanian dan pemburuan.
Jelas Dirzo, keadaan itu disebabkan haiwan besar atau mega fauna mencatat kadar kelahiran yang rendah dan menghasilkan jumlah anak yang sedikit.
Saiznya yang besar pula, membuatkan haiwan-haiwan itu terdedah kepada aktiviti pemburuan.
"Kepupusan haiwan-haiwan yang dinyatakan boleh memberi kesan negatif kepada spesies lain dan kesihatan manusia," katanya seperti laporan Mail Online.
Dirzo yang juga seorang pensyarah biologi berkata, satu penyelidikan dijalankan di Kenya di mana saintis memerhatikan sebuah kawasan tanpa kehadiran haiwan-haiwan besar seperti kuda belang, zirafah dan gajah.
Dalam kajian itu, kumpulannya mendapati, lokasi tersebut kemudian ditumbuhi belukar dan rumput sekali gus menjadi kawasan pembiakan tikus selain kepadatan tanah menjadi kurang.
"Bilangan tikus yang banyak meningkatkan risiko penyakit bawaan haiwan itu. Kitaran ini agak membimbangkan sekiranya benar-benar berlaku," katanya.
Dirzo berkata, keadaan itu diburukkan lagi dengan populasi manusia yang semakin bertambah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140730/lu_04/Manusia-punca-haiwan-pupus#ixzz38tjGFSB6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sambutan Aidilfitri dunia dibayangi pergolakan, penindasan


Konflik perang saudara di Syria mengakibatkan sambutan Hari Raya Aidilfitri kurang meriah apabila kanak-kanak meraikan lebaran dengan suasana bangunan runtuh serta kereta yang berlubang akibat peluru di Douma, berhampiran Damsyik, semalam. - REUTERS
MANILA 29 Julai - Ketibaan bulan Syawal sepatutnya disambut dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan oleh berbilion penduduk Islam di seluruh dunia sebagai menandakan kemenangan melawan nafsu sepanjang bulan Ramadan.
Namun, pergolakan di beberapa negara termasuk negara Islam sendiri menyaksikan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dibayangi keganasan apabila masyarakat Islam di Filipina, Syria, Iraq, rantau Afrika dan Myanmar terjejas teruk akibat pergolakan perang saudara, penindasan dan pemberontakan.
Di Filipina, sekumpulan 50 lelaki bersenjata dipercayai militan Abu Sayyaf menyerang sekumpulan umat Islam yang dalam perjalanan ke kampung menaiki dua buah van untuk menyambut Aidilfitri, menyebabkan 21 orang terbunuh termasuk enam kanak-kanak dan 11 lagi cedera dalam kejadian yang berlaku di pekan Talipao di wilayah Sulu.
Sementara itu di Syria, lebih sejuta pelarian rakyat negara itu yang berlindung di Lebanon turut meluahkan rasa kurang gembira kerana tidak dapat menyambut Syawal di rumah mereka akibat perang saudara antara kumpulan penentang dan kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad yang telah berlanjutan lebih tiga tahun.
Konflik serangan militan Kumpulan Negara Islam (IS) di Iraq juga mencemari ketibaan Aidilfitri apabila letupan bom kereta di lokasi tumpuan termasuk ibu negara, Baghdad membayangi penduduk Islam negara ini terhadap tahap keselamatan yang rapuh untuk menangkis ancaman luar.
Di Afrika Barat, umat Islam meratapi kematian lebih 670 orang akibat penyebaran wabak maut, Ebola dan tragedi pesawat Air Algerie terhempas yang membunuh kesemua 118 penumpang serta krew.
Kemelut rusuhan agama di Republik Afrika Tengah turut mencacatkan sambutan Syawal ekoran ancaman kumpulan militan Kristian menjadikan penduduk Islam sebagai sasaran walaupun gencatan senjata antara anti-Balaka dan kumpulan Seleka dipersetujui pada bulan lalu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140730/lu_02/Sambutan-Aidilfitri-dunia-dibayangi-pergolakan-penindasan#ixzz38tiJ6Xt7
© Utusan Melayu (M) Bhd