Pages

Monday, October 13, 2014

Datuk 81 Tahun Tukar Jantina

Diterbitkan: Ahad, 12 Oktober 2014 4:46 PM
Ruth Rose kini bukan lagi James pada usia 81 tahun.

BEKAS pemandu arah pesawat Tentera Udara Diraja British menjadi individu paling tua di negara itu yang menjalani pembedahan tukar jantina pada usia 81 tahun.

Pembedahan bagi menukar penampilan James kepada Ruth Rose itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai kritikan kerana usia lanjutnya.

Bagaimanapun, wanita itu berkata: "Saya sentiasa tahu saya berada dalam tubuh yang salah."

Ruth mengakui dia hanya ada satu kekesalan ketika melakukan pembedahan itu iaitu mengimpikan untuk memiliki payu dara yang lebih besar.

Tetapi, dia gembira kerana penantian sejak berusia lapan tahun untuk menjadi seorang wanita itu akhirnya menjadi kenyataan baru-baru ini.

Dahulu dia dikenali sebagai James, seorang duda beranak tiga dan juga datuk kepada empat cucu.

Dia kemudiannya mula menjalani kehidupan sebagai Ruth empat tahun lalu dan mula menerima terapi hormon wanita sebelum menjalani transfomasi dirinya menerusi pembedahan.

Pada Julai lalu, Ruth yang bertugas sebagai petugas kebajikan menjalani pembedahan untuk membuang organ seks lelaki.

"Saya merasakan diri ini lebih sempurna sekarang," katanya dengan Sunday People dalam temubual baru-baru ini.

Ruth yang mendapat sokongan doktonya berkata, setiap saat kini akan dinikmati sebagai seorang wanita, seperti mana yang diimpikan selama ini.

Berasal dari Newhaven, East Sussex, Ruth yang aktif dalam kegiatan kebajikan bercerai 11 tahun lalu.

"Ketika berkahwin, hidup saya di rumah sebagai seorang lelaki dan ketika keluar untuk bersama rakan, saya akan berpakaian seperti wanita," katanya.

Prosedua dan rawatan yang dijalani Ruth mencecah £4,000 dan dia adalah individu paling tua untuk melalui proses rumit itu.

"Pakar bedah memberitahu, melalui pembedahan seumpama itu mereka dapat menyelamatkan ratusan nyawa daripada membunuh diri," katanya.

Prosedur dan rawatan yang dijalani Ruth mencecah £4,000 dan dia adalah individu paling tua untuk melalui proses rumit itu.

"Pakar bedah memberitahu, melalui pembedahan seumpama itu mereka dapat menyelamatkan ratusan nyawa daripada membunuh diri," katanya.

Kuda 'ceroboh' ibu pejabat polis di Britain

SEORANG anggota polis cuba menghalau seekor anak kuda yang masuk ke sebuah ibu pejabat polis di Cheshire, Britain baru-baru ini. - YouTube

WINSFORD, Britain – Beberapa anggota polis di ibu pejabat polis di Cheshire di sini terkejut selepas seekor anak kuda tiba-tiba menceroboh bangunan berkenaan, lapor Mirror Online kelmarin.
Sebuah kemera keselamatan merakamkan aksi seekor kuda itu yang masuk ke bangunan berkenaan melalui pintu hadapan.
Seorang anggota polis yang menyedari kejadian tersebut cuba menghalau kuda berkenaan tetapi haiwan itu terus berkeliaran di dalam bangunan.
Bagaimanapun, seorang lagi anggota polis kemudiannya datang membantu dan berjaya membawa kuda tersebut keluar.
Seorang anggota polis yang memuat naik video berkenaan di internet memberitahu bahawa kuda itu berkeliaran selepas terlepas dari jagaan pemiliknya.
Haiwan itu akhirnya berjaya diserahkan kepada pemiliknya yang berada berhampiran banggunan berkenaan. – Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1013&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3FzZBwXOx 
Hakcipta terpelihara 

Ratu cantik biri-biri di Taif

SEEKOR biri-biri yang yang menyertai pertandingan ratu cantik di Taif, semalam.

Taif: Penternak dan ahli perniagaan Arab Saudi serta dari beberapa negara Arab lain semalam berkumpul di bandar ini untuk menghadiri acara terbesar ratu cantik biri-biri di rantau itu.

Acara itu hanya membabitkan biri-biri jantan dan betina paling cantik dan baka yang jarang ditemui.
Akhbar Ajel memetik penganjur acara itu, Mashaal Al Zahrani sebagai berkata, ia juga menjadi acara lelongan biri-biri terbesar pernah di adakan di Asia Barat.
Dia menjangka sejumlah besar wang akan terbabit dalam urusan jual beli sementara seekor biri-biri mungkin dijual dengan harga terendah SR410,000 (RM356,000). - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Oktober 2014 @ 5:09 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1455#sthash.YdhLkiji.dpuf

Kasih sejati bawa ke mati

Italvino (kiri) dan Diva, meninggal dunia selang 40 minit. 

Brasilia: Selepas berkahwin selama 65 tahun, ikatan cinta sepasang suami isteri ini begitu kukuh hingga mereka meninggal dunia hampir serentak.
Italvino dan Diva Poss meninggal dunia di bilik sebuah hospital yang sama, selang 40 minit antara satu sama lain.
Italvino, 89, dirawat di hospital itu kerana menghidap leukemia sejak Ogos lalu.
Manakala Diva menjalani kemoterapi kerana ketumbuhan.
Minggu lalu, Diva meminta anggota keluarganya berkumpul selepas menyedari dia tidak akan hidup lebih lama.
"Dia berasa masanya sudah sampai dan mahu berjumpa dengan semua ahli keluarga.
"Datuk saya menerima rawatan di bilik sama. Mereka berbual kali terakhir dan kelihatan tenang," kata cucu mereka, Rafael Max.
Menurut laporan media, jururawat memindahkan Italvino ke katil kosong bersebelahan Diva dan mendekatkan katil berkenaan supaya mereka boleh berpegang tangan.
Italvino mati terlebih dulu.
"Selepas datuk meninggal dunia, emak saudara saya berbisik kepada nenek, mengatakan datuk pergi dengan tenang. Ketika itu nenek juga nampak lebih aman seolah-olah datuk sudah membuka pintu untuknya pergi bersama," kata Max.
Empat puluh minit kemudian, Diva pula meninggal dunia.
Pasangan berkenaan berkenalan di satu majlis tarian pada 1948.
"Datuk sentiasa berkata mereka sudah berkahwin lebih setahun sebelum itu kerana menganggap perkahwinan mereka terjalin dari hari pertama ketika mereka bertemu," kata Max lagi. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Oktober 2014 @ 5:09 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1460#sthash.z4nRPhrf.dpuf