Pages

Thursday, October 9, 2014

Menara Eiffel Perkenal Lantai Kaca


Lantai kaca di aras satu di Menara Eiffel di Paris. Foto www.dezeen.com

PARIS: Menara Eiffel memperkenalkan lantai kacanya yang baharu pada Isnin, dijangka menarik lebih ramai pelawat.
Lokasi tumpuan terkenal Paris itu dikunjungi jutaan pelancong setiap tahun.
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo pada Isnin merasmikan aras pertama monumen yang paling ramai dikunjungi di dunia, yang mana ia telah pun beroperasi pada bulan lepas.
Kerja-kerja pengubahsuaian dijalankan di platform pandangan di menara setinggi 325 meter itu.
Dari ketinggian 57 meter, para pelawat dapat melihat pemandangan bawah menerusi kaca yang keras, dan boleh berjalan di atasnya seolah-olah 'berjalan di atas udara'.
Gentian kaca itu dilengkapi dengan penghadang keselamatan di sekelilingnya.
Projek pengubahsuaian ini menelan belanja 30 juta euro, dan mengambil masa selama dua tahun. Selain lantai kaca, pengubahsuaian itu turut melibatkan satu paparan visual dengan tujuh skrin mengenai menara berusia 125 tahun itu dan sebuah bilik persidangan. - AFP

Jurugambar Dedah Rahsia Disebalik Bangunan Ikonik Di England



Bilik selamat yang mempunyai 3,800 kotak penyimpanan di Bank Of England. Pintu bilik tersebut adalah seberat 25 tan metrik.

SEORANG jurugambar di England Peter Dazeley berpeluang merakam gambar di dalam bangunan seperti Bank Of England dan Stesen Janakuasa Battersea yang tidak pernah didedahkan kepada orang ramai sebelum ini.
Bukan setakat pertama kali didedahkan tetapi gambar tersebut menarik perhatian kerana ciri klasik pada subjek yang dirakam.
Selain itu, Dazeley turut mendedahkan gambar lain seperti di Sekolah Harrow, Penjara Wandsworth, Big Ben, Studio Jalan Abbey dan Whitechapel Bell Foundry dan bilik bawah tanah yang menyimpan wain milik King Henry VIII, yang dibina pada 1516.
Beriukut adalah gambar yang dikongsi Dazeley:-
Control Room A: Battersea Power Station's control desk, marble walls, elaborate ceiling and wooden floor. Some instrumentation is housed in wall-mounted displays
Plain: Stainless steel consoles and pedestals in Control Room B of Battersea Power Station, built in a utilitarian style. The building has been non-operational since 1983
Stesen janakuasa Battersea.

Underground: The book also takes a look at King Henry VIII's wine cellar, built in 1516, which is now under the Ministry of Defence building in Whitehall
Bilik bawah tanah penyimpanan wine King Henry VIII yang kini menjadi sebahagian daripada pejabat Kementerian Pertahanan negara itu.

The Speech Room: Harrow School, a boys' independent public school in north-west London, where former students include Benedict Cumberbatch and Winston Churchill
Bilik Ucapan Sekolah Harrow di barat London.

Jail time: The hexagonal central hall of Wandsworth Prison in south-west London, which dates back more than 150 years and is one of the biggest prisons in Europe
Pusat hexagon penjara Wandsworth.

 Big Ben showing crack and holes
Pandangan dalam jam di Menara Elizabeth, Big Ben dan gambar loceng yang dibina pada 1859.
mstar

Hotel NY Paling Mewah Dibeli Firma China Pada Harga Rekod Dunia


Diterbitkan: Rabu, 8 Oktober 2014 3:00 AM
The Waldorf-Astoria New York merupakan hotel paling mewah di dunia kini dijual kepada sebuah firma China dengan harga rekod dunia. Foto: The New York Post.

NEW YORK: Hotel paling terkemuka di dunia, The Waldorf-Astoria di sini kini dijual kepada sebuah firma dari China pada harga rekod dunia AS$1.95 bilion.

Akhbar The New York Post  melaporkan, Anbang Insurance Group yang berpusat di Beijing adalah pemilik baharu hotel yang sebelum ini dimiliki  kumpulan Hilton Worldwide Holdings itu.
Jumlah yang dibayar oleh Anbang untuk memiliki hotel yang mempunyai 1,232 bilik itu adalah bersamaan dengan AS$1.3 juta sebilik.
Waldorf-Astoria yang terletak di tengah bandar raya ini adalah lambang kemewahan New York.
Setiap presiden Amerika Syarikat sejak 1931 ketika melawat New York akan menginap di Waldorf-Astoria.
Harga semalam untuk presiden Amerika menginap di Presidential Suite Waldorf-Astoria adalah AS$10,000.
Penjualan hotel mewah itu kepada Anbang bagaimanapun tidak termasuk kasinonya.
Kumpulan Hilton Worldwide Holdings akan diminta untuk terus menguruskan hotel tersebut untuk tempoh 100 tahun lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif LW Hospitality Advisors iaitu firma perunding hospitaliti, Daniel Lesser mengesahkan kepada The New York Post bahawa penjualan tersebut adalah satu rekod dunia untuk urusniaga sebuah hotel.
Sebuah lagi hotel ikon di bandar raya ini iaitu The Plaza, dijual pada harga AS$570 juta dua tahun yang lalu.
Menurut Hilton Worldwide, dengan pengambilalihan ini, The Waldorf akan menjalani proses pengubahsuaian dalam tempoh terdekat.
Pengasas rangkaian hotel Hilton, Conrad Hilton membeli The Waldorf-Astoria pada 1949.
Tidak ada presiden Amerika yang tidak pernah bermalam di hotel ini sejak 1931.

Wanita Ditemui Selamat Selepas 17 Hari Hilang Dalam Hutan


Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 10:59 AM
Shannon Fraser. Foto au.news.yahoo.com

SYDNEY: Seorang wanita yang hilang selama lebih dua minggu di hutan hujan Australia ditemui selamat, dengan meminum air sungai dan makan ikan kecil untuk terus hidup, kata pegawai pada Khamis.
Shannon Fraser, 30, dilaporkan hilang pada 21 September lalu dekat Air terjun Josephine di Queensland selepas sesat di dalam hutan.
Akhbar Brisbane Courier-Mail melaporkan, Fraser ditemui oleh seorang pemilik kebun pisan pada Rabu.
"Dia susut berat badan, dan mempunyai kesan calar, tetapi dia bersemangat kuat," kata abangnya Dylan Fraser kepada akhbar itu.
Polis mengesahkan ibu kepada tiga anak yang ditemui itu selamat dan sihat.
Abangnya Dyland memberitahu stesen radio bahawa adiknya menangis seorang diri setiap kali hendak tidur, selama 16 malam berada di dalam hutan.
Bagaimanapun adiknya itu bersemangat kuat untuk meneruskan hidup dengan selamat apabila memikirkan anak-anaknya yang disayanginya.
"Dia begitu cekal, dan dia berjaya melakukannya," katanya sambil menambah bahawa adiknya itu susut berat badan hampir 17 kilogram. - AFP

Pengemis untung besar


Makkah: Peminta sedekah meraih keuntungan besar sepanjang musim haji baru-baru ini sehingga ada yang mengaku memperoleh kira-kira SR4,000 (RM3,490) sehari.

Seorang pengemis wanita yang menamakan dirinya Sadiya Nor berkata, dia datang ke tanah suci untuk mengemis kerana yakin jemaah akan bersikap lebih pemurah sepanjang musim haji.


“Keluarga saya miskin dan wang tidak cukup untuk membayar sewa atau membeli makanan.

“Ibu bapa saya menggalakkan kami adik beradik mengemis kerana yakin jumlah yang akan diperoleh amat lumayan. Saya saja boleh mendapat sehingga SR4,000 sehari,” kata Sadiya.


Seorang wanita berusia 50 tahun berkata, ini kali pertama dia menunaikan rukun Islam kelima itu.


“Saya lihat ramai kanak-kanak, lelaki dan wanita mengemis. Saya turut melakukannya sepanjang beberapa hari lalu, termasuk di Masjidil Haram dan Mina. Saya memperoleh kira-kira SR1,200, (RM1,050) cukup untuk membeli hadiah untuk cucu dan menjelaskan bayaran lain.

Mengemis, terutamanya di sekitar Mina dan perjalanan menuju ke kawasan melontar serta kawasan suci lain adalah perkara biasa ketika musim haji. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

Tapak kaki wanita hadap ke belakang


Walaupun dilahirkan dengan tangan dan kaki menghadap ke belakang, Wang Fang, berjaya menjalani kehidupan normal.
Doktor mulanya bimbang Wang tidak akan dapat berjalan dengan baik kerana keadaan kakinya itu.

Bagaimanapun, pelayan restoran yang kini berusia 30-an berkata, dia tidak melihat dirinya cacat.
Foto
WANG menunjukkan kakinya yang menghadap ke belakang.

“Saya boleh berlari lebih laju berbanding rakan saya dan mempunyai kerja tetap sebagai pelayan di restoran milik keluarga. Tiada alasan untuk menganggap saya cacat,” katanya.

Dia yang mempunyai anak dengan kaki yang normal berkata: “Saya boleh berjalan seperti orang lain. Saya sama seperti orang lain, kecuali terpaksa memakai kasut terbalik.

Wang bukan satu-satunya orang yang yang berjaya mengatasi kecacatan ganjil.

Sebelum ini, Claudio Vieira de Oliveira dari Brazil berjaya menjadi penceramah umum walaupun dilahirkan dengan kepalanya terbalik. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/08

Makanan percuma untuk pelanggan tidak mampu



Riyadh: Sebuah restoran makanan laut menawarkan makanan percuma untuk mereka yang tidak mampu membayarnya.

Laman berita Sabq melaporkan, papan tanda yang digantung di depan restoran itu memberitahu pengunjungnya: “Jika kamu tiada duit untuk makan, buat saja pesanan di sini secara percuma.”


Pekerja restoran yang enggan dikenali berkata, pemiliknya memutuskan berbuat demikian sebagai tanda syukur selepas restoran itu terselamat daripada satu kebakaran.

“Mujur kebakaran itu tidak menyebabkan kerosakan atau kehilangan nyawa.

Foto
POSTER yang menawarkan makanan percuma untuk golongan tidak mampu digantung di depan kedai.


“Kami diarah memberi makanan secara percuma tanpa soal jika ada yang memintanya. Mereka cuma perlu memberitahu mereka tiada wang dan makanan akan diberikan tanpa sebarang bayaran.


“Ada juga orang muda yang datang mendakwa tiada wang tetapi selepas membuat pesanan dan mendapat apa diminta mereka membayarnya. Mereka hanya mahu menguji dasar keikhlasan restoran ini,” katanya.

Menurutnya, restoran itu kerap didatangi orang berkeluarga yang meminta makanan percuma.

“Sudah tentu kami memberinya,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

Cengkerik hidup dalam telinga


Doktor di Pusat Kajian Villupram, Tamil Nadu mengeluarkan serangga berukuran dua inci dari telinga lelaki yang dirahsiakan namanya menggunakan penyepit. 
Sebaik doktor memasukkan penyepit di dalam telinga, cengkerik itu cuba merangkak lebih dalam, tetapi doktor berjaya menariknya keluar dan pesakit berkenaan dilapor selamat. 

Menurut doktor, serangga berkenaan tidak boleh menyengat bahagian dalaman telinga tetapi ia boleh mengakibatkan masalah pendengaran dan keseimbangan badan. - Agensi
Foto
CENGKERIK yang dirakam di dalam telinga seorang lelaki di India sebelum ia dikeluarkan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

Ketumbuhan sebesar bola sepak dibuang


WAJAH Grace sebelum (kiri) dan selepas (kanan) menjalani pembedahan membuang ketumbuhan yang membesar pada rahangnya. - AGENSI
KINSHASA 8 Okt. - Seorang gadis dari Republik Demokratik Congo yang menderita tumor pada rahangnya, terselamat daripada maut selepas dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan itu yang membesar sehingga saiz sebiji bola sepak.
Remaja itu yang hanya dikenali sebagai Grace, 17, selamat menjalani pembedahan membuang tumor itu di sebuah hospital kebajikan Mercy Ships, hospital kapal terbesar di dunia, baru-baru ini.
Grace boleh meninggal dunia sekiranya tulang tumor yang terbentuk daripada sel-sel yang biasanya membentuk enamel gigi itu, terus membesar pada tulang rahangnya.
Walaupun ketumbuhannya mula membesar ketika usianya 10 tahun, Grace masih mampu bercakap dan makan namun dia membuat keputusan untuk berhenti sekolah selepas menyedari penyakitnya itu.
Selepas hospital tempatan gagal menolong Grace, Mercy Ships tampil membantu remaja itu menjalani pembedahan membuang ketumbuhannya termasuk merendahkan rahang dan giginya.
Doktor bedah, DR Gary Parker berkata, Grace boleh mati sekiranya tidak menjalani pembedahan itu.
"Untuk membuang tumor itu, kami terpaksa membedah lehernya dan memisahkan ketumbuhan tersebut daripada rahang asal," katanya sebagaimana lapor Mirror Online.
Tambahnya, selepas membuang tumor bersaiz bola sepak itu, mereka menggantikan rahang yang dibuang dengan plat logam diperbuat daripada titanium.
"Dia boleh menggunakan gigi palsu sekiranya dia mahu nanti,'' katanya.
Kehidupan Grace kini berubah selepas pembedahan itu yang menjadikannya lebih gembira dan yakin, malah remaja itu kini mahu meneruskan pembelajarannya dalam bidang kejururawatan bagi membantu orang lain.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141009/lu_12/Ketumbuhan-sebesar-bola-sepak-dibuang#ixzz3FcmgdCfs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pelagak ngeri paling muda dari Jerman


LUISA mempamerkan aksi berani apabila melepaskan tangannya ketika meluncur udara bersama ayahnya di selatan Jerman, baru-baru ini. - AGENSI
BERLIN 8 Okt. - Seorang kanak-kanak perempuan Jerman berusia tiga tahun, menjadi pelagak ngeri paling muda di dunia apabila melakukan aksi luncur udara pertama pada ketinggian 1,981 meter, baru-baru ini.
Kanak-kanak tersebut, Luisa Broschart seperti yang dilaporkan portal berita Mail Online, melakukan aksi tersebut bersama bapanya, Mik, di kawasan berbukit Lenggries di selatan negara ini lebih daripada 20 minit.
Mik, 49, berkata, anaknya itu terlalu gembira melakukan aksi berbahaya tersebut dan meminta satu lagi penerbangan sebaik-baik sahaja mereka mendarat.
Jelasnya, Luisa mula menunjukkan minat terhadap sukan ekstrem itu sejak boleh mula bercakap, tetapi tidak dibenarkan atas faktor keselamatan.
"Selepas lebih dua tahun menunggu, anak saya berjaya mencapai impiannya untuk terbang bersama saya, lebih-lebih lagi apabila melihat kakaknya, Emelia yang berusia lima tahun melakukan aksi itu secara bersendirian.
"Saya tidak pernah memaksa Luisa untuk terbang bersama, tetapi dia sendiri yang mahu melakukan aksi tersebut," katanya.
Kini Luisa telah merasai pengalaman pertamanya dalam sukan luncur udara dan masih belum boleh terbang bersendirian kerana masih belum cukup tinggi seperti kakaknya.
"Emelia sering terbang bersama saya sejak dua tahun lalu dan saya pasti Luisa tidak mahu ketinggalan untuk terbang secara solo," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141009/lu_13/Pelagak-ngeri-paling-muda-dari-Jerman#ixzz3FcmEtTC9
© Utusan Melayu (M) Bhd