Pages

Saturday, June 25, 2011

Kisah benar....

Kisah2 ini benar2 berlaku di Perak, di sebuah kampung.....

This story is about a man and his wife. He is retired and in his late 50's.

He has a van and drives school children to school. He has a bungalow yg cantik dan sungguh besar. He has a mercedes. And a proton car. Dia juga ader motor jaguh. Dia ader kebun yg di usahakan atas tanah pusaka. Punya seorang isteri and 6 orang anak.

Perfect life, right? Guess again...

Kalau pegi rumah dia masa raya, isteri dia akan cuma berkain batik dan bert'shirt buruk lusuh. Kalau di rumah org lain ada sajian ketupat rendang, sedara mara yg berkunjung cuma dpt dihidangkan dgn sayur dan ikan kering sahaja. Sedara mara yg datang tu pun belah si suami, bukan org lain.

Masa isteri dia ikut serta naik van ke Kelantan menghantar pengantin [si suami tak bother pun nak ikut serta] t'shirt buruk lusuh itu lah yg dia pakai. Kenapa? Kerana si isteri benar2 tidak ada pakaian yg lebih elok lagi. Dan masa itu si isteri berbekalkan cuma RM20.00 yg itu pun diminta dari anak perempuan mereka.

Kenapa? Kerana si suami tak pernah bagi si isteri duit.

Wait, it gets worst....

Si isteri duduk dalam rumah besar jadi orang lain ingat hidup senang. Tapi untuk dapatkan duit belanja harian, si isteri menjual ais krim. Si isteri menanam pokok pisang dan buat kerepek pisang dan dijual. Kalau ader ubi kayu, si isteri akan jual juga. Dari sedikit duit yg didapati, si isteri gunakan duit itu untuk beli barang dapur. Masaklah si isteri makanan [dari hasil pencarian si isteri] bagi si suami makan. Tentu la si suami tahu mana si isteri dapat duit beli ikan dan sayur. Ada si suami kisah? Ada si suami bagi duit? Langsung tidak ada.

You think that's worst?

Si suami telah pun pergi mengerjakan haji. Cuba teka, ada dia bawak si isteri sekali? Tidak. Nak tau yg lagi teruk? Si suami pergi ke Mekah tanpa meninggalkan walau sesen duit pun dan tiada juga sebijik beras pun untuk si isteri.

[Bayangkan ya, yg si isteri itu sebaya emak anda. Seorang wanita yg bergelar ibu dan sudah pun berusia. Actually mak cik itu sudah pun mempunyai cucu]

Flash back lebih kurang 15 tahun. Si isteri tgh mengandung dan merasa penat setelah membersihkan rumah yg sungguh besar itu. Makanya dia terlambat masak. Si suami terus mengherdik, 'Apa gunanya awak ??!! Berambus dari rumah ni !!'. Langsung si suami melontar kain baju si isteri menghalau si isteri keluar rumah. Dgn tangisan air mata berderai si isteri kutip pakaian2 dia dan pergi ke rumah sedara. Begitu dahsyatnya marah si suami, si isteri terpaksa duduk menumpang di rumah sedara dia selama sebulan lebih.

Si isteri kalau pergi menolong orang buat kerja kenduri, kadang kala akan bertanya dgn sungguh merasa segan jika ada makanan lebih yg boleh dibawa balik. 'Tak pe la, kalau kuah aje pun boleh' sambil tersenyum malu dan rendah diri. Tapi dia cuma bertanya sedemikian pada sedara yg kenal rapat sahaja. Sedara2 dia yg dah tahu sgt perangai si suami tentu saja membungkuskan makanan yg ada. Bila pulang ke rumah, si suami boleh bertanya, 'Eh.... pergi kenduri tak kan dia org tak bagi nasi lauk'. Mendidih betul darah aku bila dengar cerita ni. Dah la kenduri keluarga sendiri tak nak pergi, boleh nak tanya ada lauk untuk dia !!!!

Masa rombongan kawin balik dari Kelantan, van yg dinaiki berhenti lah di Cameron Highland. Maka dgn gembiralah mak cik2 yg lain berbelanja beli sayur2 segar dan pelbagai barangan lain. Si mak cik tadi hanya mampu melihat2 dan tampak jelas kesedihan atau lebih tepat merasa terkilan tak dapat membeli apa2 sedangkan kawan2 dia yg lain tgh seronok membeli. Dgn hanya RM20.00 apa lah yg dia dapat beli. Kawan2 dia yg lain yg begitu memahami terus saja membelikan sedikit sayuran dan buah tangan untuk dia. Orang yg menceritakan kisah ini pada aku rasa sebak sebab dia ternampak air mata mak cik tu mengalir bila disedekahkan sayuran. Aku juga jadi sebak....

Di awal entry ni ada aku cerita yg si suami ada kebun diusahakan atas tanah pusaka. Makanya bila mak dan ayah si suami dah meninggal, tanah itu mesti di bahagi sama rata. Sebahagian tanah yg besar itu sepatutnya diserahkan pada adik si suami itu. Tapi adik si suami itu telah pun meninggal dunia. Isteri si adik itu juga telah meninggal dan mereka punya 4 org anak. Tanah dah dipecah2kan dan geran telah ada. Tapi geran tidak diserahkan kepada 4 org anak tadi. Tanah terus digunakan oleh si suami. Bila si isteri bertanya, 'Abg ader ke bagi hasil kebun tu kepada mereka 4 empat beradik tu?' Si suami membentak, 'Ahhh.... diam la kau!! Kau perempuan apa tahu !!!'.

Hmmm.... kau makan harta anak yatim piatu ya.....

Oh... did I mention that si suami adalah the imam kat surau kampung dia
?
Agar aku tidak lupa: Kisah benar....

1001 RAHSIA Tersirat Pada TIDUR dan SOLAT TAHAJUD

SOLAT Tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sebagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

1)TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.

Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selama tiga jam. Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.

Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.

2)Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya.Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Tunaikan solat Isyak sebelum tidur.

3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.

5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga/empat jam sahaja.

Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.

Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam. Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhn mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )

3)IBADAH TENGAH MALAM DAN AWAL PAGI DALAM AGAMA LAIN

Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru dan ketua agama yang bukan Islam seperti Buddha, Kristian, Tao, Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti ‘berzikir’ dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian, Tao, Confusius dan Sikh.

4)PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.

Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : “The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep.”

Maksudnya “Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur.”

“The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night.” - Longfellow

Maksudnya “Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur.”

Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

5)Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.

Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.

Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasai nikmat oksigen segar ini.

6)RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.

Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.

Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.

Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.

Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi.

Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.

Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.

Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.

Mencari Kebahagiaan Hidup: 1001 RAHSIA Tersirat Pada TIDUR dan SOLAT TAHAJUD

Kelebihan zikir ‘Laailaha illallah’

Di mana sahaja dan pada apa sahaja masa hendaklah baca zikir ‘Laailaha illallah’ denan banyaknya

Kelebihan:

1. Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah‘Laailaha illallah’. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.

2. Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.

3. Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang membaca ‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan dri api Neraka Jahanam.

4. Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)

5. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.

6. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ‘Laailaha illallah’sampai kepada Allah

7. Hadis lain: Zikir ‘Laailaha illallah’ tidak akan meninggalkan satu dosa pun di belakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.

8. Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah‘Laailaha illallah’ diletakkan di atas dacing yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.

9. Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.

Mencari Kebahagiaan Hidup: Kelebihan zikir ‘Laailaha illallah’

Satu Kisah Benar Mimpi mati Hidup Semula

satu kisah benar seorang perempuan yang bermimpi mengenai mati dan diazab di dalam kubur.... dan skrg telah mendapat petunjuk dari Allah.

satu malam aku tidur dan bermimpi sudah menjadi mayat...masa sakaratul maut memang menyakitkan dan roh ku tetap berdiri disebelah jasad dan menangis mengenangkan nasib dah menjadi mayat menyesal dan takut.....aku melihat jasad ku dimandikan dan dikapankan.....dan dihantar untuk disolatkan selepas aku sudah tiada disitu sampai dikebumikan.... aku mendengar talkin dibacakan....dan selepas 7 langkah terakhir suami ku meninggalkan kubur ku....lalu datanglah malaikat (tapi aku tak nampak malaikat tu tapi hanya dengar suaranya je) menyoalku dengan baik dalam bahasa arab aku faham soalan yang diajukan....(dialam kubur... Allah akan memberi kefahaman untuk memahami bahasa arab yang disoal malaikat) tapi tak tau apa nak dijawab mulut ku pula tertutup rapat seperti digam dan aku sebenarnya nak bagi tau yang aku tak tau jawapannya....masa tu aku dipukul dengan tali yang daripada petir dan kilat....aku dipukul sampai hancur dan jatuh daging dari jasad dan terbenam dalam tanah tempat ku duduk (masa malaikat soal aku sedang duduk bukan baring) lalu malaikat menarik rambut ku keluarkan dari dalam tanah yang terbenam dan tercantum semula daging yang hancur tadi tapi sakit dan perit sekali memang tak dapat dilupakan.....aku nangis menjerit kesakitan sambil menyebut Allah hu akbar sakitnya kenapa aku siksa macam ni sedangkan semasa aku hidup aku taat pada perintah allah dan suami (masa itu tiba-tiba mulut ku boleh berkata).......Pada masa tulah aku dengar suara malaikat yang menakutkan itu bagi tau kamu memang taat pada suami.....dan kamu memang solat adakah solat kamu benar2 ikhlas dengan Allah...dan kamu tak pernah dakwah dengan jiran2 ,sedara2,adik beradik walaupun kamu tahu mereka buat dosa dan mereka tidak menutup aurat dengan sempurna....dan lalai dari mengingati allah....(barulah aku sedar dengan dosa yang aku lakukan..... (dan teringat pula di dunia masa aku tengok tv dan bila mendengar azan aku fikir solat boleh qadak kerana cerita di tv belum habis nanti tak tau pula kesudahannya....dan terkadang aku fikir baru je solat nak solat lagi....dan rajin dengar radio mencari hiburan didunia yang melalaikan).....pada masa diazab aku merayu untuk dihidupkan kembali dan aku memanggil ya Allah ampunkan dosa ku aku tak tau pasal tu semua, kalau aku tau aku tak buat.....ya Allah hidupkanlah aku 1 kali je lagi aku janji takkan lalai lagi....dan aku dipukul untuk kali ke2 dengan soalan yang sama dan aku tetap merayu tanpa jemu kerana tak tahan dengan siksaan kubur ku....malaikat berkata dengan suara yang menakutkan semua ahli neraka minta perkara yang sama iaitu minta dihidupkan semula tetapi tidak akan dilayan kerana didunialah tempat menentukan segalanya....aku tetap merayu....selepas itu aku terdengar satu suara beritahu bagi kesempatan sekali lagi untuknya....dan ketika itu malaikat memukul ku lalu aku tercampak dari kubur ku yang meletup dengan kain kapan yang masih berdarah......aku tersentak bangun dari tempat tidur dan aku terasa tubuh ku seperti baru di tuang air panas dasyat sekali walaupun mimpi tetapi terasa seperti benar2 terjadi....aku menangis tanpa henti2...dan memohon keampunan dari allah keatas dosa yang telah aku lakukan..... selepas tu aku mejalani kehidupan seperti biasa tanpa rasa apa lagi iaitu masih tengok tv dan dengar radio...masa aku sedang tengok tv satu suara tanya dengan ku dimana janji kamu aku tersentak dan terus matikan tv dan beristifar.....malam tu aku bermimpi suara tu suruh aku tepati janji ku masa dialam barzakh.... Tidak lama selepas mimpi itu saya kini dapat mendengar suara malaikat yang akan menegur saya jika membuat salah dan akan menasihati saya bila ada kemuskilan.. sebagai contoh, saya lengahkan solat, suara tu akan ingatkan balik janji dari dalam kubur, jika lalai dan lagha, suara tu akan sound supaya tidak lagha.., bila di tanya suara siapakah ini?, maka suara itu mengaku bahawa dia adalah malaikat dari alam hakikat dan dipesan supaya jangan lalai.. maksud lalai aku dilarang tengok tv dan dengar radio kerna itu hiburan dunia yang kita asyik sekali sampai lupa Allah....esoknya radio aku didapur aku buang dan hifi aku pula tiba2 tak boleh mendengar siaran radio(Allah sentiasa kasihkan hambanya supaya tidak lalai mendengar radio) cuma boleh mainkan cd je hifi tu,dan lepas itu aku menggunakan hifi itu untuk mendengar nasyid...kerana aku fikir takpelah boleh dengar nasyid dan suara tu tetap ingatkan ku… boleh dengar nasyid yang memuji Allah dan zikir....lebih eloknya zikir sendiri bukan dengar radio ikut zikir....dan disuruh menutup yang sebenar2 aurat dengan sempurna dan disuruh membaca tafsir alquran sebenar2 firman allah dan hadith rasullullah untuk berdakwah bukan main ikut suka hati nak berdakwah ikut hadith yang tak sahih...

Antaranya:-

- saya bukan di utus untuk berdakwah(diutus hanya untuk para nabi dan rasul), tapi di perintah oleh Allah untuk berdakwah dan dipesan kepada saya bahawa dosa saya tetap akan dihisab dan saya hanyalah sebagai manusia biasa yang diberi peringatan oleh Allah untuk khabarkan apa yang diperlihatkan oleh Allah kepada saya untuk disampaikan kepada ummat Muhammad sebelum terlambat.

- kita semua juga disuruh berdakwah antara satu sama lain dan disuruh menyayangi umat Nabi Muhammad seperti Nabi Muhammad menyayangi umatnya.

- Alif Lam Min bermaksud, Alif untuk Allah, Lam untuk Jibrail, Mim untuk Muhammad.bermaksud kitab ini daripada Allah diturunkan kepada jibril dan diwahyukan kepada nabi muhammad s.a.w. kitab ini alquran tidak ada keraguan padanya jadi petunjuk bagi orang2 yang bertakwa.

- Alif Lam Raa bermaksud, Alif untuk Allah, Lam untuk Jibrail, Raa untuk Rasulullah.bermaksud kitab ini daripada Allah diturunkan kepada jibril dan diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. Itulah ayat ayat kitab yang terang. Sesungguhnya telah kami turunkan quran dalam bahasa arab, mudah mudahan kamu memikirkannya.

- Alif Lam Min Raa bermaksud, Alif untuk Allah, Lam untuk Jibrail, Mim untuk Muhammad, Raa untuk Rasulullah bermaksud kitab ini daripada Allah diturunkan kepada jibril dan diwahyukan kepada Muhammad Rasulullah s.a.w. Itulah ayat ayat kitab apa apa yang diturunkan kepada engkau (Muhammad s.a.w) dari tuhanmu adalah benar. Tetapi kebanyakkan manusia tiada mahu beriman.

- Doakan orang islam yang telah meninggal dunia didalam kubur supaya di ampunkan oleh Allah, termasuk dosa syirik.(dosa syirik yang dimaksudkan adalah syirik kecil yang tak disengajakan seperti pantang-pantang yang dicipta manusia(contoh org mengandung tak boleh duduk depan pintu,makan ubat... dan percaya ubat boleh baikkan sakit - dan semua yang mengenai bid`ah dan syirik kerana mereka tidak yakin pada Allah iaitu qadaq dan qadar Allah... pasal syirik dan bid`ah ni siksaan tentang ini amat pedih) dan disuruh minta ampun pada Allah atas dosa syirik kecil untuk org yang meninggal dunia adalah kerana mereka telah meninggal dunia dan tidak akan dapat kembali lagi kedunia untuk bertaubat... oleh itu kita disuruh beramai ramai mendoakan atas kesalahan yang tidak disengajakan itu.... dan diberi peringatan bahawa tugas kita hanyalah mendoakan sahaja dengan ikhlas dan tidak boleh berharap dan tugas Allah yang mengampuni semua dosa tak tersengaja oleh ahli kubur islam itu....Dosa yang menyekutukan Allah (syirik yang besar) Allah memang tak akan ampunkan.... (contoh... seperti yang semua sedia maklum yang sudah diketahui oleh semua org) Seksaan Allah amat pedih bagi yang engkar dengan perintah Allah.

- Dan disuruh mengikut sebenar benar cara Rasulullah s.a.w buat.... dan diperingatkan bahawa umat akhir zaman ini belum tentu dapat masuk syurga kerana manusia skrg ini dah semakin jauh dari ajaran islam yang dibawa Rasulullah s.a.w dan terlalu ke arah hiburan yang melalaikan dari mengingati Allah dan tidak sama dengan apa yang diajarkan Nabi Muhammad s.a.w....(maksudnya disuruh mengikuti sunnah rasulullah 100% dengan banyak berzikir dan mengingati Allah setiap masa untuk mencapai kejayaan di akhirat tanpa hiburan yang melalaikan dan melekakan daripada mengingati Allah)

- Tidak boleh bunuh orang kapir sewenang-wenang.

- Banyakkan baca Tafsir Al-Quran(maksudnya membaca quran sambil mengetahui maksudnya), dan berhati hati merujuk hadith.

- Kerahmatan Allah mendahului Kemurkaan Allah.dan kiranya sesiapa bertanya tentang ku (Allah) katakanlah aku terlalu hampir dengan mereka.

- Disuruh mendidik anak dengan islam yang sebenarnya bermula dari kecil dan disuruh mengajar anak tentang kasih sayang Allah terhadap hambanya.

- setiap kali kita berdoa haruslah ditambah "Dengan Rahmat Allah" (seperti contoh... Ya Allah ampunkanlah dosaku dengan rahmatmu Ya allah....)

- Sekira kamu ditimpa musibah dan sakit berdoalah kepada Allah supaya diampunkan dosa kamu... bukan diminta "baikkan" sakit atau mengeluh.... kerana dengan rahmat Allah.... setiap sakit dan musibah itu adalah satu penghapus dosa didunia untuk hamba2nya...

- Seorang manusia yang melalaikan manusia yang lain daripada mengingati Allah akan di azab dengan teruk. siksaan Allah amatlah pedih sekali. dengan kehendak Allah juga saya juga telah diperlihatkan tentang siksaan azab kubur melalui mimpi bagi orang yang melalaikan org lain daripada mengingati Allah.... yang mana kubur mereka amat sedih sekali saya melihat siksaan kuburnya yang terbakar dengan api yang membakar dan dipukul dengan azabnya sehingga berdarah darah.... sebagai peringatan untuk tidak melalaikan manusia lain daripada mengingati Allah... seperti contoh untuk tidak mengaibkan nama sesiapa cukuplah saya memberitahu ianya adalah pelakon, penyanyi, dj yang telah meninggal dunia tanpa sempat bertaubat kepada Allah dan semua manusia yang melalaikan manusia lain dari mengingati Allah... saya amat kasihan sekali melihat mereka kerana mereka bermohon kepada Allah agar diampunkan dosanya dengan kata kata "Ya Allah ampunilah aku, kembalikan lah aku kedunia agar aku dapat bertaubat,ampunkan dosa aku kerana aku telah melalaikan ramai manusia daripada mengingatimu Ya Allah kerana aku tidak tahu dan aku fikir itu hanyalah sekadar hiburan dan bukanlah dosa besar" bagi yang telah membaca kisah ini... saya merayu kepada semua untuk mendoakan mereka semua dengan ikhlas kepada Allah agar dengan rahmat Allah mereka semua diampunkan dosa dosa kecilnya bagi meringankan azab kubur mereka.(cuba bayangkan diri saudara dan saudari sekalian berada ditempat mereka skrg ini… kasihanilah mereka dengan mendoakannya)

- Dan diberitahu kepada saya juga... bagi pelakon, penyanyi atau seperti contoh diatas yang telah meninggal dunia... selagi manusia skrg ini menonton filemnya selagi itulah mereka kena azab dan dosanya semakin banyak seramai manusia yang menontonnya atau menyanyikan nya... ( saya juga merayu kepada semua org.... jangan lah melihat cerita pelakon dan penyanyi terbabit yang telah meninggal dunia...(kasihanilah mereka diazab oleh Allah... mereka telah meninggal dunia dan tidak dapat kembali ke dunia... doakan lah mereka dengan ikhlas kepada Allah)

- Apa yang Allah diperlihat kan kepada saya semua ini adalah sebagai tanda peringatan kepada saya, keluarga saya dan semua manusia. dan saya tetap manusia biasa dan dipesan kepada saya juga dosa saya juga tetap akan dihisab dan saya hanya disuruh menyampaikan sahaja kepada semua hambanya apa yang disuruh malaikat atas perintah Allah s.w.t seperti Firman Allah ini :

Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): Tidak datang kepada kami seorang pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami). Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (surah maidah ayat 19)

- Disuruh meyampaikan kepada semua wanita termasuk saya sendiri bahawa tidak boleh menggunakan tudung bentuk v kerana boleh menampakkan perhiasan dada wanita dari tepi (maksudnya apa sahaja tudung yang nipis atau selendang) dan disuruh memakai tudung bulat hingga menutupi semua bentuk perhiasan dada wanita dan wajib taat pada perintah Allah agar berjaya diakhirat.

- Tidak boleh melengahkan solat dan disuruh menyuruh hambanya agar menjaga solatnya.(maksudnya hendak atau tidak disuruh juga solat kerana Allah akan membayar segalanya pada akhirat nanti)

- Kasih Sayang Allah amat besar mengatasi kemurkaannya.

- Allah akan tujuki Kepada sesiapa yang Allah kehendaki(bermaksud Allah lebih mengetahui isi hati manusia apakah mereka ikhlas kepada Allah dan cintakan Allah) dan Allah tak pernah pilih kasih terhadap hambanya.

- Jangan berdakwah tentang ancaman semata mata.katakan Allah maha pengasih dan pengampun.

- Khabarkan kepada pendosa bahawa tiada dosa yang tidak dapat Allah ampunkan, sesungguhnya Allah Maha pengampun ,maha penyayang lagi maha mengasihani hambanya asal kamu bertaubat.(seperti PERUMPAMAAN bukan PERSAMAAN ... jika kamu mempunyai anak dan kamu kasihkan anak kamu... tidakkah kamu terfikir bahawa Allah yang menciptakan kita dan Allah lebih menyayangi hambanya melebihi 70 kali ganda dari seorang ibu atau bapa menyayangi anaknya. (seperti dalam satu hadis rasulullah s.a.w ada menyatakan tentang 70 kali ganda kasihnya Allah terhadap hambanya)

- Janganlah riak dengan amalan kita dan disuruh membimbing kepada yang lain. .....dan disuruh rujuk surah albaqarah ayat 137,153,156,157,159,168,186

,208,224,225,257,269,272, surah al maaidah ayat 16,48,al an'aam ayat 9,16 semua surah ali imran ,surah yusuf ayat105,106,107 surah ar ra'ad ayat 2,11,15,19,20,21,25,26,28,31,37,40, dan banyak lagi surah sebenarnya tapi tak pelah ini yang memang penting dikongsi bersama....

- Semasa berita nurin disiarkan suami aku tak kasi anak-anak ku gi kedai aku pulak memang malas nak keluar....tengah aku susah hati malaikat tu datang bagitau tak payah susah hati boleh suruh anak kamu gi kedai pastu berdoalah kat Allah ya Allah aku serahkan anak2 ku dibawah lindungan mu ya Allah selamatkanlah anak2 ku dengan rahmat mu ya Allah dan suruh anak2 kamu baca suruh surah an nas dan falaq pergi dan balik tanpa ragu dan yakin dengan Allah.

- Dan satu lagi pesan rasulullah dalam mimpi saya (ya ini dari Allah juga )kalau nak berjaya diakhirat ikutlah petunjuk alquran dan sunnah ku sunnah Rasulullah......

- Semua petunjuk yang diberikan adalah untuk menyuruh manusia lain dan saya sendiri agar mengikuti ajaran islam yang sebenarnya agar mencapai kejayaan akhirat dan agar tidak menangis di akhirat. Dan Saya juga berharap agar supaya tidak mempercayai saya kerana mahluk yang diciptakan Allah memang tiada kuasa langsung tetapi percayalah pada Allah yang membuat semua ini. Dan semua yang berlaku pada saya hanyalah kehendak Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Dan mereka pula bersumpah dengan nama Allah, dengan menegaskan sumpah mereka bersungguh-sungguh, bahawa sesungguhnya jika datang kepada mereka sesuatu mukjizat (sebagaimana yang mereka minta itu), tentulah mereka akan beriman kepadanya. Katakanlah (wahai Muhammad): Bahawa soal mendatangkan mukjizat-mukjizat itu hanyalah Allah yang menentukannya dan kamu tidak menyedari (wahai orang-orang Islam), bahawa apabila mukjizat-mukjizat (yang mereka minta) itu datang, mereka juga tidak akan beriman. (Surah Al-An`am : Ayat 109)

Dan kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka sebagaimana mereka telah tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami ketika datang kepada mereka) pada awal mulanya dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung. (Surah Al-An`am : Ayat 110)

Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka dan orang-orang yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka dan Kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar). (Surah Al-An`am: Ayat 111)

Ps: segala bentuk penulisan diambil secara langsung dari kata katanya… harap diampunkan saya jika tersilap menaip disini dan pada Allah saya memohon ampun jika saya tersilap.

dan jika dilihat orangnya... dia teramat mencintai Allah dan Rasulnya... (macam rabiatul adawiyah pula)... maka tidak mustahil bagi Allah mengurniakan nikmatnya untuk hamba hamba yang taat padanya.

insya Allah... jika diizinkan suaminya nanti aku ambik videonya untuk dimasukkan ke sini... kerana skrg ni kalau dia menceritakan azab yang menimpanya pasti dia akan menangis... atas sebab itu aku delaykan dulu sesi pengambarannya....

untuk tidak mengelirukan mana mana pihak.... disini tidak dinyatakan tentang malaikat itu... mungkin kerana terlupa menaipnya... sehingga banyak orang menyangka ini adalah jin islam atau sebagainya yang boleh menyebabkan syirik dan khurafat kerna yakin selain dari Allah. Perempuan tersebut mendengar suara malaikat adalah melalui suara hati pada bulan puasa dan selebihnya selepas bulan puasa banyak daripada mimpi dan tidaklah nampak wajah malaikat cuma suaranya sahaja dan beliau menyatakan beliau tidak pernah mendengar melalui telinga. Perlu difikirkan juga bahawa azab kubur adalah rahsia... walaupun jin sekalipun tetap tidak boleh melihat apatah lagi membayangkan... tidak terfikirkah kamu kenapa perempuan itu dapat melihat azab kubur.... bukankah itu semua atas kehendak Allah yang maha kuasa. dan tidak perlu percaya jika tidak peraya kerna semua ini akan terjawab apabila semua orang dihimpunkan diakhirat kelak cuma yang penting fahami maksud yang hendak disampaikan dan percayalah pada ayat ayat Allah.

sebenarnya perempuan itu tidaklah berdamping dengan malaikat tetapi pada sebelum ramadhan dan pada bulan ramadhan yang lalu dapat maklumat sebegitu untuk disampaikan kepada semua orang... perempuan itu tidaklah melihat rupa malaikat tersebebut... dan dia juga telah ditunjukkan oleh Allah untuk mendapat malam lailatul qadar... dia juga mendapat nama Allah yang keseratus pada bulan ramadhan... semua ini berlaku kerana kehendak Allah dan malaikat tidak akan sekali kali melakukan tugas sukarela tanpa arahan dari yang maha kuasa iaitu Allah yang maha kuasa, pencipta, pemelihara dan penguasa pada setiap mahluknya.

dan perempuan itu juga mengajar cara untuk mencari keredhaan Allah adalah dengan ikhlas... dan tidak boleh sesekali berharap dengan harapan yang tinggi untuk urusan duniawi pada Allah. (itulah ikhlas... kerna jika mereka2 yang berharap pada urusan duniawi yang mana Allah tidak makbulkan doa mereka2 semua... pasti mereka mencari jalan lain yang boleh menyebabkan syirik contoh berjumpa bomoh dan sebagainya).. maka disini diajarkan... berharaplah dengan harapan yang tinggi menggunung untuk urusan akhirat iaitu agar diampunkan dosa, agar dijauhkan siksa kubur, agar jauhkan api neraka, agar dimasukkan ke syurga, agar diterima amalan.. dan lain lain lagi urusan akhirat dengan berdoa yang sungguh sungguh.dan dia mengajar supaya buatlah segalanya dengan niat ikhlas dan hanya kerana Allah ta`ala sahaja.

ini semua bukan direka untuk mencari publisiti atau pun sebagainya....

ini kerana dunia sudah nak akhir zaman... macam macam yang pelik pelik berlaku.....

apapun perempuan tu sendiri dah bagi tau jangan percayakan dia tapi percaya lah semua tu berlaku atas kehendak Allah dan percaya pada Allah....

untuk tidak mengelirukankan pendapat dari mana mana pihak yang mengatakan ajaran sesat.... sila search kat google... ada dua orang kisah budak ajaib... yang mana budak ini lahir dari perut orang kristian....

tetapi... apabila berumur satu tahun setengah dia berkata dengan kata kata ajaib kepada ibu bapanya iaitu " APABILA KAMU BERIMAN KAMU AKAN DITERIMA OLEH ALLAH' dan menyuruh mengikut cara islam yang disampaikan rasulullah s.a.w

dan satu lagi kisah budak ajaib... berumur 4 tahun mendapat semua maklumat dari seorang lelaki didalam mimpinya menyeru semua manusia mengikut syariat rasulullah s.a.w

Inilah Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam.

Imam Syafie - Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

Imam Maliki- Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Imam Hambali- Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

Sufyan Ath-Thauri- Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said bin Jubair- Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al Bustami- Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

Abul Husin An Nuri- Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi- Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

dan yang paling sedih kisah Nabi Muhammad s.a.w yang mulia dibaling batu dan dihina di taif dan Nabi pun berdoa :

“Ya Allah, kepadaMu aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia..”

“Ya Allah, Tuhan orang yang di tindas, kepada siapa Engkau menyerahkan diriku ini? Kepada orang asing yang akan menyerang aku? Atau kepada musuh yang menguasai aku?”

“Sekiranya Engkau tidak Murka kepadaku, maka aku tidak peduli, namun Afiatmu sudah cukup buatku...”

“Samaada Engkau turunkan KemarahanMu kepadaku atau Engkau Murka kepadaku, kepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau redha.”

“Tiada sebarang daya untuk melakukan kebaikkan dan tiada upaya untuk meninggalkan kejahatan kecuali dengan (kehendak) MU..”

jika masih ragu ragu atas semua info ini.... satu sahaja jalannya iaitu sembahyang dan minta petunjuk dari Allah tentang semua ini apakah benar atau sebaliknya. sesungguhnya hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

dan satu lagi bila berdoa... berdoalah dari hati kita terus kepada Allah dalam redha, tawadduk dan ikhlas kepada Allah kerna tiada satu mahluk pun dapat mengetahui isi hati melainkan hanyalah Allah sahaja. dan jika berdoa menggunakan suara maka syaitan dan jinlah yang akan membuat pelbagai soalan sehingga menuju kearah kesesatan yang nyata.INGATLAH HANYA ALLAH SAHAJA YANG MAHA BERKUASA TERHADAP SEGALA SESUATU.

dan telah kita ketahui.... sabda rasulullah bahawa.... dalam 73 puak hanya satu yang sampai....

bermakna dalam anggaran 1000 orang hanya satu manusia yang berjaya masuk ke syurga...

Mencari Kebahagiaan Hidup: Satu Kisah Benar Mimpi mati Hidup Semula

Kisah Benar Gadis Terlampau!!

assalamu'alaikum shbt2...


dah lama sgt dh tak menconteng dalam blog ni..:-( ni ada kesempatan curi masa waktu anak2 dh tdo.. 2pn nk share something yang di copy dari blog sahabat.. moga ada yang kita sama2 boleh ambil iktibar..

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. ‘Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki……’ nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. ‘Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?’ Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. ‘Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,’ katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri… Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis… Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama-samalah kita memohon agar Allah swt sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

http://muhasabahhatiku.blogspot.com/

Qurrotul Ain: Kisah Benar Gadis Terlampau!!

Askar Syria serbu zon sempadan


TEGANG Di SEMPADAN: Askar Syria memantau keadaan dari atas sebuah bukit berdekatan sempadan negara itu dengan Turkey, kelmarin. -- Foto AP

Ratusan pelarian yang berkumpul larikan diri ke Turkey


GUVECCI (Turkey): Askar Syria yang diiringi kereta kebal memasuki zon sempadan dan menyebabkan ratusan penduduk melarikan diri ke Turkey, kelmarin.
Ini mendorong Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Cik Hillary Clinton, mengeluarkan amaran bahawa konflik di negara itu mungkin akan bertambah runcing.Menurut Cik Clinton, kehadiran askar itu 'membimbangkan' kerana ia menambah risiko berlakunya pertempuran di kawasan sempadan.Ini akan memburukkan lagi keadaan penduduk Syria yang telah berkumpul di situ melarikan diri daripada tunjuk perasaan yang telah memasuki hari ke-101 semalam, kata Cik Clinton.Beribu-ribu rakyat Syria telah berkumpul di kawasan sempadan tetapi masih teragak-agak untuk memasuki Turkey kerana bimbang meninggalkan harta benda mereka bagi tempoh yang lama, selain dan keberatan tinggal di khemah pelarian.Menurut saksi, askar Syria telah menyerbu kampung Khirbet al-Joz, yang terletak berdekatan dengan sempadan Turkey, kelmarin.Ekoran serbuan itu, sekitar 600 penduduk Syria memotong pagar dawai untuk melarikan diri ke Turkey.Pihak berkuasa Turkey kemudian menghantar bas mini membawa pelarian ini ke khemah-khemah yang disediakan oleh Bulan Sabit Merah Turkey di wilayah Hatay.Para saksi berkata kereta kebal Syria kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di kampung Khirbet al-Joz.'Kami sangat prihatin dengan laporan bahawa tentera Syria telah mengepung dan menyasarkan kampung Khirbet al-Joz, yang terletak sekitar 500 meter dari sempadan Turkey.'Jika perkara ini benar, tindakan agresif ini hanya akan memburukkan lagi keadaan pelarian di Syria. Apa yang jelas sekarang ialah kecuali pasukan keselamatan Syria segera menghentikan serangan dan provokasi yang bukan saja menjejas rakyat mereka sendiri malah mungkin mencetuskan pertempuran di sempadan, kami akan melihat konflik di kawasan itu bertambah runcing,' kata Cik Clinton kepada wartawan di Washington.Cik Clinton berkata apa yang berlaku ialah satu 'perkembangan yang sangat membimbangkan.'Sejak bantahan tercetus ke atas pemerintahan Presiden Bashar al-Assad pada 15 Mac lalu, lebih 1,300 orang awam telah terkorban dan 10,000 lagi ditahan pihak berkuasa.Ketua Bulan Sabit Merah Turkey, Encik Tekin Kucukali, berkata buat masa ini, sekitar 12,000 rakyat Syria yang telah melarikan diri ke Turkey.Menteri Luar Turkey, Encik Ahmet Davutoglu, dilaporkan telah berbincang dengan rakan sejawatannya dari Syria, Encik Walid Muallem, berkaitan keadaan di sempadan. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

Tentera Syria lepas tembakan ke arah penunjuk perasaan

DAMSYIK 25 Jun – Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh selepas tentera keselamatan Syria melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan antikerajaan yang berhimpun bagi menuntut peletakan jawatan Presiden Bashar al-Assad, semalam.

Seramai berpuluh-puluh ribu orang menyertai protes yang diadakan selepas solat Jumaat itu sebagai menyahut seruan satu kumpulan di Facebook, Syrian Revolution 2011.

``Tentera pada awalnya menggunakan gas pemedih mata untuk cuba menyuraikan tunjuk perasaan sebelum mereka melepaskan tembakan,” kata seorang aktivis di Damsyik. – AFP

Utusan Malaysia Online - Terkini

6 maut letupan di bazar

KABUL 25 Jun – Seramai enam orang terbunuh dan 22 lagi cedera dalam letupan di sebuah bazar di wilayah Kunduz, Afghanistan semalam.
Jurucakap polis wilayah, Sarwar Hussaini berkata, mangsa yang terbunuh terdiri daripada lima orang awam dan seorang anggota polis, manakala mangsa yang cedera termasuklah kanak-kanak dan wanita.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seramai 2,777 orang telah terkorban akibat perang di Afghanistan yang kebanyakannya orang awam. – AFP
Utusan Malaysia Online - Terkini

Bekas diplomat, ketua pramugari ditangkap khalwat

SHAH ALAM 24 Jun - Seorang pegawai kanan di sebuah kementerian ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Seksyen 2 di sini awal pagi ini.

Beliau berusia 39 tahun, sebelum ini pernah menjadi diplomat di sebuah negara di Eropah.

Lelaki itu bersama pasangannya, pramugari sebuah syarikat penerbangan berusia 36 tahun, ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 4.30 pagi, hasil maklumat orang awam.

Difahamkan, pegawai kanan itu sudah berkahwin sementara pasangannya berstatus janda.

Pegawai penguat kuasa JAIS kemudian membawa pasangan berkenaan ke Balai Polis Seksyen 6 di sini untuk membuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat JAIS untuk disoal siasat.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin ketika dihubungi Utusan Malaysia enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Pengusaha hotel parah kena tetak



ZAKIYAH Yusof menunjukkan tangan suaminya, Abdul Aziz Dollah yang cedera akibat ditetak oleh empat lelaki tidak dikenali di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 24 Jun - Seorang pengusaha hotel bajet cedera parah selepas ditetak empat lelaki tidak dikenali di premisnya di Jalan Sri Cemerlang di sini baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang Ahad lalu, mangsa, Abdul Aziz Dollah, 47, cedera kedua-dua tangan, kepala, dada kiri dan paha kanan.

Kejadian berlaku ketika mangsa menonton televisyen di lobi hotel apabila empat lelaki, masing-masing membawa parang menyerbu masuk ke dalam hotel lalu menyerangnya.

Abdul Aziz ketika ditemui berkata, sepanjang diserang dalam tempoh 10 minit, dia terpaksa menepis tetakan parang itu dengan tangan selepas meja kecil yang digunakannya untuk mempertahankan diri itu patah.

"Kesemua mereka menaiki kereta Proton Wira berhenti di depan hotel lalu menyerbu masuk dengan parang panjang di tangan masing-masing untuk menyerang saya.

"Mereka terus menetak saya bertalu-talu menyebabkan kedua-dua tapak tangan saya cedera parah sehingga ke tulang dan beberapa bahagian badan termasuk kepala turut ditetak," katanya.

Menurut Abdul Aziz, dia tidak mengenali kesemua penyerangnya itu bagaimanapun dapat mengecam wajah seorang daripada suspek.

Kejadian tersebut disedari oleh isteri mangsa, Zakiyah Yusof, 48, yang ketika itu tidur di sebuah bilik bersebelahan apabila terdengar bunyi bising dan jeritan suaminya.

Menurut Zakiyah, sebaik sahaja keluar untuk melihat apa yang berlaku, dia melihat suaminya terbaring berlumuran darah di pintu masuk hotel dan pada masa sama melihat beberapa lelaki bergegas masuk ke dalam kereta dan segera melarikan diri.

Katanya, sebilah parang panjang berukuran 55 sentimeter milik suspek turut ditemui di luar hotel dan telah diserahkan kepada polis ketika membuat laporan mengenai serangan tersebut.

"Saya kemudian segera menghantar suami ke HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) sebelum membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu," katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan pihaknya sedang memburu keempat-empat suspek.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Perahu firaun Raja Khufu ditemui



Pekerja Mesir mengangkat batu besar dari kawasan perkuburan Raja Khufu, yang merupakan firaun kedua daripada dinasti keempat Kerajaan Purba Mesir bagi membawa keluar perahu milik raja itu yang tertimbus lebih 4,500 tahun lalu di pinggir Kaherah, semalam. - AFP


KAHERAH 24 Jun - Ahli arkeologi Mesir dan Jepun semalam mula menggali sebuah perahu milik Raja Khufu, yang tertanam berhampiran piramid Giza lebih dari 4,500 tahun lalu.

Misi yang dikendalikan oleh Universiti Waseda, Jepun; Institut Perahu Solar Jepun dan Kementerian Antikuiti Mesir telah membuat persediaan untuk mengeluarkan perahu tersebut dari lubang yang telah digali sejak dua tahun lalu.

Projek tersebut merupakan satu daripada projek penting dalam bidang arkeologi, kata Menteri Antikuiti, Zahi Hawass.

Perahu itu merupakan satu daripada dua perahu milik Raja Khufu atau dikenali sebagai Cheops, pemerintah dinasti keempat yang membina Piramid Terhebat Giza.

Perahu solar yang ditanam bersama Firaun dipercayai mampu membawa mereka kepada kehidupan lain selepas mati.

Perahu pertama yang ditemui pada 1987 dalam sebuah lubang tanah besar yang ditutupi dengan 41 blok batu kapur, yang beratnya 16 tan setiap satu.

Semalam, saintis mengeluarkan kepingan batu yang pertama dan menjangkakan untuk mengeluarkan bahagian perahu yang diperbuat daripada kayu itu untuk menjalani proses baikpulih dan pencantuman semula. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

AS sedia bekal senjata moden kepada Filipina



Clinton (kanan) dan Albert del Rosario semasa menghadiri sidang media bersama di Jabatan Negara AS di Washington, DC, semalam. - AFP


WASHINGTON 24 Jun - Amerika Syarikat (AS) semalam menyatakan kesediaan untuk membekalkan kelengkapan moden tentera kepada Filipina, yang berikrar akan membalas sebarang tindakan agresif China berhubung ketegangan di Laut China Selatan.

Setiausaha Luar Albert del Rosario dalam satu kunjungan ke Washington berkata, Filipina berhasrat untuk menaik taraf kapal perangnya yang telah lama serta memperbaharui hubungan dengan AS di tengah-tengah perselisihan dengan China.

"Kami sangat komited untuk menyokong pertahanan Filipina," kata Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton dalam satu sidang media bersama ketika ditanya berhubung harapan Filipina itu.

Jelas Clinton, kedua-dua negara sedang mengenal pasti aset tambahan yang diperlukan Filipina serta cara untuk membekalkannya.

Katanya, del Rosario akan bertemu Setiausaha Pertahanan, Robert Gates dan pegawai-pegawai lain berhubung perkara itu.

Sementara itu, perang mulut antara Vietnam dan China berhubung perebutan wilayah maritim di Laut China Selatan berterusan hari ini apabila akhbar-akhbar utama Vietnam menyiarkan laporan menyelar negara kuasa besar itu kerana mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara.

Akhbar Thanh Nien melaporkan 'Media China memutarbelit maklumat, mengancam rakyat Vietnam', sementara akhbar Saigon Giai Phong menyiarkan laporan berbunyi 'Akhbar-akhbar China mengubah kebenaran, menakut-nakutkan Vietnam'. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Komander AS tidak puas hati cadangan Obama

WASHINGTON 24 Jun - Beberapa komander tentera Amerika Syarikat (AS) menyatakan rasa tidak puas hati terhadap cadangan Presiden Barack Obama untuk memanggil pulang tentera negara ini dari Afghanistan dan memberi amaran tindakan itu hanya membuka peluang untuk berperang.

Jeneral David Petraeus (gambar) dan Ketua Turus tentera AS, Laksamana Mike Mullen berkata, cadangan Obama untuk memanggil pulang seramai 33,000 anggota tentera dari Afghanistan pada September tahun depan merupakan tindakan agresif yang pernah dicadangkan.

"Saya tidak fikir cadangan itu merupakan satu idea yang bagus melainkan anda berada dalam keadaan terdesak.

"Ia merupakan keputusan yang penting dan merupakan satu pendekatan agresif," kata Petraeus.

Mullen pula berkata, cadangan Obama dianggap berbahaya dan boleh mewujudkan pelbagai risiko daripada apa yang difikirkannya.

Setiausaha Pertahanan, Robert Gates dalam temubual bersama AFP mengesahkan cadangan tersebut dan mengakui usaha untuk mendapatkan sokongan politik merupakan faktor penting dalam membuat keputusan itu.

"Beberapa perkara baik dan buruk telah dibahaskan dalam tiga mesyuarat oleh White House bukan sahaja mengenai situasi di Afghanistan, tetapi juga keadaan politik di sini (AS)," katanya.

Sementara itu, rakyat AS semakin bosan dengan perang yang berlaku hampir sedekad dan menerusi undian oleh Pusat Kajian Pew, sebanyak 56 peratus koresponden menyatakan tentera AS perlu dibawa pulang secepat mungkin. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

23 maut, 107 cedera



Penduduk mengangkat keranda seorang mangsa yang terbunuh dalam kejadian letupan bom ke atas sebuah bas mini untuk dibawa ke tanah perkuburan di daerah Al-Shurta al-Rabaa di Baghdad, semalam. – Reuters


BAGHDAD 24 Jun – Sekurang-kurangnya 23 maut apabila tiga bom meletup berhampiran sebuah pasar dan pusat ibadat di kawasan utama puak Syiah di barat daya Baghdad, semalam.

Letupan pertama berlaku di daerah al-Shurta al-Rabaa dan seterusnya di Husseiniya, sebuah tempat ibadat bagi puak Syiah.

Tidak lama kemudian, satu lagi letupan berlaku di daerah Abu Dsheer, di selatan ibu kota Iraq ini menyebabkan dua terbunuh dan 10 cedera.

Kementerian Dalam Negeri meletakkan jumlah kematian seramai 23 orang dan 107 yang lain cedera, namun sumber perubatan menyatakan 35 terbunuh, manakala 80 cedera.

Kementerian berkenaan menjelaskan bahawa penyerang meletupkan bom ketika waktu puncak menggunakan kereta kayu yang selalunya digunakan untuk membawa bahan letupan.

Seorang penduduk, Ali al-Haidari yang cedera terkena serpihan bom berkata, dia cuba menyelamatkan dua kanak-kanak ketika kejadian.

“Ia merupakan letupan yang kuat dan tidak lama kemudian, letupan kedua kedengaran dan mayat bergelimpangan di merata tempat,” katanya.

Keganasan di Iraq mula reda selepas perbalahan antara mazhab mengenai isu penyembelihan pada 2006-2007 selesai, namun kumpulan Sunni yang dipercayai menyertai rangkaian al-Qaeda masih melancarkan serangan.

Sementara itu, seramai empat terbunuh dan berpuluh-puluh cedera kelmarin dalam siri serangan terhadap polis di Baghdad dan utara bandar Mosul. – Reuters

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Ibu rela dinoda demi anak

PETALING JAYA: Pilihan setan. Itu situasi getir terpaksa dipilih seorang wanita berusia 40 tahun sama ada mahu dirinya atau anak perempuannya berusia lapan tahun dirogol dalam kejadian pecah rumah di Kampung Subang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa dan anaknya tidur dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki berusia 30-an yang pada mulanya mahu merompak.


Demi menjaga kesucian anaknya, si ibu dirogol suspek sambil detik hitam terbabit disaksikan kanak-kanak itu. Difahamkan, ketika kejadian suami mangsa keluar bekerja.

Sumber polis berkata, mangsa dan anaknya yang tidur nyenyak di rumah berkenaan dikejutkan seorang lelaki tidak dikenali.


“Tersentak dengan itu, mangsa merayu dikasihani selain memberitahu akan menyerahkan semua barangan berharga miliknya kepada suspek asalkan dia dan anaknya tidak disentuh,” katanya.


Bagaimanapun, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

“Terkejut dengan itu, mangsa merayu dan berusaha mempertahankan dirinya. Namun, wanita itu mengalah apabila suspek mengugut untuk menodai anak perempuannya jika melawan.


“Selepas dirogol, suspek mengambil beberapa barangan berharga seperti telefon bimbit dan wang tunai dianggarkan bernilai RM500 sebelum melarikan diri,” katanya.

Mangsa menghubungi polis sebelum sepasukan anggota polis dihantar ke tempat kejadian.


Katanya, selepas mangsa memberi keterangan, dia dan anaknya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, untuk pemeriksaan dan rawatan.


Difahamkan, sehingga kini suspek belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan insiden itu.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 376 Kanun Keseksaan (KK).

myMetro | Ibu rela dinoda demi anak

Britain belanja RM1.3 bilion misi di Libya

LONDON: Operasi ketenteraan Briatin di Libya memakan kos hampir RM1.3 bilion dengan perbelanjaan peluru merangkumi lebih separuh daripadanya.

Setiausaha Pertahanan Britain, Liam Fox, berkata kos operasi dianggarkan kira-kira RM584 juta.


“Kos untuk menggantikan peluru yang digunakan ke atas Libya sebanyak RM681 juta,” katanya dalam kenyataan bertulis kepada Parlimen, semalam.

Britain terbabit dalam operasi Nato mengenakan sekatan udara ke atas Libya sejak Mac lalu.


Pada awalnya, kerajaan menganggarkan kos operasi itu hanya beberapa ratus juta ringgit, tetapi minggu lalu, Setiausaha Perbendaharaan, Danny Alexander, berkata ia mungkin meningkat berkali ganda.


Pegawai kanan tentera Britain memang merungut kerana berdepan tekanan, manakala bajet untuk mereka dipotong. - Reuters

myMetro | Britain belanja RM1.3 bilion misi di Libya

Ramal gempa di Taiwan: Cikgu Wang didenda RM4,200

TAIPEI: Seorang lelaki mendakwa ‘utusan tuhan’ semalam didapati bersalah menyebarkan khabar angin mendakwa gempa bumi kuat akan memusnahkan Taiwan bulan lalu.

Pegawai mahkamah berkata, Wang Chao-hung turut didenda RM4,200 atas kesalahan itu.


Dikenali sebagai Cikgu Wang, dia mencetuskan kegemparan apabila ‘meramalkan’ satu gempa bumi kuat dan tsunami bakal melanda Taiwan pada 11 Mei.

Wang mendakwa kenyataannya disalah tafsir oleh wartawan apabila bencana itu tidak berlaku. - AFP

myMetro | Ramal gempa di Taiwan: Cikgu Wang didenda RM4,200

Kulit putih dijangka jadi minoriti di AS

WASHINGTON: Untuk pertama kali dalam sejarah Amerika Syarikat, lebih separuh daripada budak berusia di bawah dua tahun di negara itu terdiri daripada kaum minoriti.

Keadaan itu berlaku ketika nisbah kumpulan warna kulit berubah dan perbezaan usia meningkat di antara kebanyakan penduduk kulit putih, warga emas dan pertambahan pantas populasi etnik lebih muda.


Ia dilihat bakal mencorakkan semula dasar kerajaan di AS.

Bancian itu juga menunjukkan peratusan keluarga Afrika - Amerika dipimpin wanita - kebanyakannya ibu tunggal - kini mengatasi keluarga Afrika - Amerika berpasangan.


Keadaan itu membayangkan kecenderungan warga AS untuk tidak berkahwin.


Pengkaji berkata, maklumat itu mengesahkan perubahan pola sosial semasa apabila etnik minoriti akan menjadi majoriti di AS menjelang pertengahan abad ini. - AP

myMetro | Kulit putih dijangka jadi minoriti di AS

Wanita mati selepas tersedar di majlis pengebumian sendiri


FAGILI (kanan) bersama isterinya ketika masih hidup.
FAGILI (kanan) bersama isterinya ketika masih hidup.


KAZAN (Russia): Seorang wanita mati akibat serangan sakit jantung berpunca daripada kejutan besar dialami apabila tersedar di majlis pengkebumian yang diadakan untuknya.
Fagilyu Mukhametzyanov bagaimanapun tersedar ketika anggota keluarganya menangis di sekitar kerandanya yang terbuka.

Wanita berusia 49 tahun itu menjerit apabila menyedari mereka bersiap sedia untuk mengebumikannya.

Dia dikejarkan ke hospital. Doktor kemudian mengisytiharkan dia mati akibat sakit jantung.

Suaminya, Fagili, 51, berkata: “Matanya berkedip-kedip dan kami serta-merta menghantarnya ke hospital.


“Bagaimanapun, dia hanya hidup untuk 12 minit lagi sebelum mati semula. Kali ini, dia pergi selama-lamanya.” Fagili berhasrat menyaman hospital berkenaan.

“Saya sungguh marah dan mahukan jawapan. Isteri saya ketika kali pertama dibawa ke hospital tidak mati tetapi mereka berkata dia mati.

Mereka sepatutnya boleh menyelamatkannya,” kata Fagili.
Jurucakap hospital berkata: “Kami sudah memulakan siasatan.” - AP
myMetro | Wanita mati selepas tersedar di majlis pengebumian sendiri

Gaddafi bakal lari

ROME: Bekas Menteri Luar Libya yang berpaling tadah menyokong pemberontak, Abdurrahaman Shalgam, menjangkakan Muammar Gaddafi akan mengalah dan bakal meninggalkan negara itu beberapa minggu lagi.

Kata Abdurrahaman, lambat-laun Gaddafi akan sedar dia tidak lagi mampu terus memimpin Libya.


Bercakap kepada stesen televisyen Corriere della Sera semalam, Abdurrahaman berkata, dia yakin Gaddafi kini berunding dengan negara lain di Afrika atau Belarus bagi mendapatkan perlindungan.

“Ketika ini Gaddafi sedang memastikan tiga perkara - meninggalkan Libya, memiliki wang dan terhindar daripada tindakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa,” katanya.


Abdurrahaman pernah berkhidmat sebagai menteri dan dianggap seorang daripada pegawai kanan Libya yang berpaling tadah.


Ketika ini Abdurrahaman masih bertindak sebagai Duta Libya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kata Abdurrahaman, Gaddafi mungkin memilih negara di Afrika atau Belarus kerana pemimpin di negara terbabit adalah rakannya.


“Saya yakin paling lewat dua atau tiga minggu lagi Gaddafi akan meninggalkan Libya,” katanya. - Reuters

myMetro | Gaddafi bakal lari

Amerika sekat operasi Iran Air

WASHINGTON: Amerika Syarikat semalam mengenakan sekatan ke atas syarikat penerbangan antarabangsa milik Iran, Iran Air, daripada mengadakan sebarang urusan dengan negara itu.

Kenyataan Jabatan Perbendaharaan AS berkata, syarikat penerbangan itu digunakan pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran untuk mengangkut peralatan berkaitan tentera sejak 2006.


“Roket atau misil dibawa menggunakan pesawat penumpang Iran Air, manakala pegawai Pengawal Revolusi kadang-kadang mengambil alih penerbangan syarikat itu bagi mengangkut kargo mereka,” kata kenyataan itu.

Tidak cukup dengan itu, AS juga percaya penerbangan Iran Air juga digunakan mengangkut misil atau komponen roket ke Syria.


Ketika ini Iran Air menawarkan perkhidmatan penerbangan ke 35 destinasi antarabangsa di Asia dan Eropah. - AFP

myMetro | Amerika sekat operasi Iran Air

Jakarta didesak henti khatan bayi perempuan

JAKARTA: Kumpulan hak asasi manusia termasuk Amnesty International mendesak pihak berkuasa Indonesia membatalkan dikri yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan yang membenarkan anggota profesional perubatan mengkhatan bayi perempuan.

“Kami sungguh kecewa dengan keputusan Menteri berkenaan.

“Perkhatanan adalah satu bentuk pencabulan terhadap wanita,” kata Aditiana Dewi Eridani dari Pusat Penerangan Hak Asasi Islam dan Wanita.

“Ia adalah langkah ke belakang bagi perlindungan hak asasi wanita di negara ini,” katanya.


Amnesty berkata, dikri itu melanggar beberapa undang-undang terhadap hak asasi manusia, perlindungan kanak-kanak dan penindasan terhadap wanita. - Reuters

myMetro | Jakarta didesak henti khatan bayi perempuan

Doktor dajal

GEORGETOWN (Delaware): Seorang doktor kanak-kanak didapati bersalah atas semua tuduhan dikenakan terhadapnya, semalam, merogol pesakit kebanyakannya baru berusia tiga tahun.

Hakim William Carpenter mendapati Dr Earl Bradley dari Lewes, Delaware, dibuktikan bersalah atas 24 tuduhan merogol, melakukan serangan seksual dan eksploitasi seksual dalam perbicaraan di Sussex.


Bradley dituduh mengeksploitasi berpuluh-puluh pesakitnya di antara 1998 dan 2009.

Kecuali seorang, semua mangsa Bradley terdiri daripada budak perempuan.


Penyiasat berkata, Bradley, 58, merakamkan eksploitasi itu dalam 86 pita video melalui penggunaan kamera tersembunyi.


Bradley tidak memberikan sebarang reaksi emosi ketika Carpenter membacakan penghakimannya.

Ruang mahkamah pula dipenuhi wartawan dan orang awam - sesetengahnya kelihatan teresak-esak menangis mendengar keputusan hakim.

Mahkamah juga dikawal ketat oleh lebih 20 anggota keselamatan bersenjata.

Polis yang menjadi saksi berkata, Bradley lebih gemar memilih mangsa yang tidak boleh bercakap lancar dan usia purata mereka hanya tiga tahun.


Bradley juga sering menghadiahkan mangsa ais krim berwarna-warni untuk dihisap bagi melindungi kesan lebam serta darah akibat paksaan dilakukannya pada mulut mangsa.


Dalam perbicaraan sehari pada 7 Jun lalu, pendakwa mengemukakan dua polis sebagai saksi, sementara peguam bela tidak mencabarnya. - Reuters

myMetro | Doktor dajal

Lari pegang lengan putus


PERUMAL...tersilap orang
PERUMAL...tersilap orang


ALOR GAJAH: Seorang lelaki terpaksa berlari menyelamatkan diri dalam keadaan berlumuran darah dan menahan kesakitan sambil memegang lengan kanannya yang putus akibat ditetak tiga lelaki bertopeng di Taman Bukit Tampin, Pulau Sebang, di sini, malam kelmarin.
Bagaimanapun, lelaki berusia 35 tahun itu tidak dapat berlari jauh akibat kecederaannya yang parah sebelum jatuh tidak jauh dari tempat dia diserang.

Rakan mangsa yang berusia 36 tahun turut cedera parah akibat ditetak di belakang badan manakala seorang lagi mangsa, sempat lari menyelamatkan diri.

Dalam kejadian 9 malam itu, tiga sahabat berkenaan dikatakan berbual di depan rumah apabila Proton Wira berhenti di depan mereka dan tiga lelaki bersenjatakan parang keluar daripada kereta lalu menyerang mereka.


Menurut abang mangsa kedua yang ditetak di belakang badan, M Perumal, 48, dia dimaklumkan tiga lelaki itu tiba-tiba menyerang adik iparnya bersama dua rakan.

“Adik ipar saya dan seorang rakannya gagal melarikan diri dan mereka ditetak kumpulan lelaki terbabit menyebabkan cedera parah.

“Mereka cedera di tangan dan belakang badan, cuba melarikan diri tetapi hanya dapat berlari sejauh beberapa meter sebelum rebah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, seorang lagi rakan mereka yang berusia lingkungan 20-an, sempat lari ke belakang rumah bagi menyelamatkan diri.

Katanya, adik ipar dan rakannya yang cedera parah itu kemudian dikejarkan ke Hospital Tampin untuk rawatan manakala tiga penyerang itu melarikan diri.

“Saya tidak mengetahui motif serangan itu tetapi tidak menolak kemungkinan mereka tersilap sasaran kerana setahu saya, adik ipar saya tidak mempunyai musuh. Bagaimanapun, saya serahkan kepada polis untuk menyiasat,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada dendam atau tidak puas hati antara penyerang dengan seorang daripada mangsa.

“Bagaimanapun polis masih menjalankan siasatan lanjut dan meminta kerjasama saksi tampil membantu siasatan,” katanya.

Tinjauan mendapati Unit Forensik polis berada di tempat kejadian bagi penyiasatan.

Sementara itu, jurucakap Hospital Tampin berkata, kedua-dua mangsa yang kehilangan banyak darah dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.
myMetro | Lari pegang lengan putus

13 tahun tahan gelora


KESAL..Zaimah menceritakan kisah malangnya kepada wartawan.
KESAL..Zaimah menceritakan kisah malangnya kepada wartawan.


KUALA LUMPUR: Bukan saja diabaikan sebagai isteri, malah wanita ini ibarat digantung tanpa tali oleh suaminya sejak 13 tahun dulu gara-gara disihir dan ‘diikat’ seorang wanita lain.
Sejak itu juga, Zaimah, 53, sering tertekan dan terpaksa menguruskan segala keperluan rumah dan menjaga tujuh anaknya seorang diri. Malah, suaminya juga tidak mempedulikan keluarganya selain mengabaikan nafkah zahir dan batin.

Menurut Zaimah, ketika mula berkahwin dengan suaminya 33 tahun dulu, lelaki itu seorang yang penyayang walaupun panas baran.

Perubahan sikap suaminya dipercayai berpunca daripada perbuatan seorang wanita yang menjalin hubungan dengan suaminya menggunakan ilmu sihir bagi ‘mengikat’ nafsu suaminya.


“Sudah 13 tahun saya tidak dilayan seperti isteri. Macam-macam alasan diberi suami. Ketika berada di rumah, dia sering mengabaikan tanggungjawabnya dan tidak mahu bersama saya kerana alasan kononnya dia mati pucuk.

“Alasan itu tidak munasabah. Selepas beberapa bulan saya diberitahu mengenai masalah itu, dia pernah kembali bersama saya dan tiada sebarang perubahan pada nafsu seksnya.

“Saya yakin nafsunya diikat wanita itu selepas beberapa pengamal perubatan yang saya temui memberikan jawapan sama,” katanya.

Bukan setakat itu, suaminya juga dipercayai berkahwin dengan wanita terbabit di negara jiran tanpa pengetahuannya.

“Seorang rakan memberitahu dia terserempak suami saya yang ketika itu membawa seorang wanita dan seorang anak kecil yang diperkenalkan sebagai keluarga barunya.

“Hati isteri mana tidak terguris selepas mengetahui suaminya berkahwin tanpa pengetahuannya. Bagaimanapun, selepas didesak pelbagai soalan dia masih mengunci mulut dan tidak mengaku sudah berkahwin.

“Saya tidak kisah jika dia mahu bermadu, tetapi jangan sampai melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami. Ini tidak, sudahlah nafkah batin tidak diberi, dia turut melupakan nafkah zahir.

“Akhirnya, saya terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan demi menanggung keperluan seharian sambil membesarkan anak,” katanya.

Menurut Zaimah, pengamal perubatan yang ditemui memberitahu suaminya disihir seseorang sehingga menjadikannya lupa kepada isteri, keluarga dan anak.

“Saya diberitahu suami mungkin diberi makanan seperti nasi kangkang dan kotoran wanita (haid) oleh perempuan itu. Sebab itu dia lupa tanggungjawabnya dan kini terikat dengan wanita tidak berhati perut terbabit.

“Saya sedih. Jika benar wanita itu ingin memiliki suami saya, biar dengan cara betul. Jangan menyeksa saya dan keluarga dengan ‘mainan’ kotor.

“Begitupun, kini saya reda dengan ketentuan Ilahi. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil. Saya yakin, dia (wanita) tidak akan bahagia dengan caranya. Saya bertekad tidak memaafkan mereka,” katanya.

Lebih malang, sejak bertahun hidup terseksa kerana ditinggalkan suami, Zaimah kini diceraikan ketika cuba meminta penjelasan mengenai perubahan sikap suaminya itu yang jarang pulang ke rumah.

“Sejak 13 tahun dulu, dia jarang pulang ke rumah. Kebiasaannya, dia akan balik rumah seminggu sekali. Begitupun, dia hanya pulang dua minggu sekali dan kemudian sebulan sekali.

“Kini, saya langsung tidak berjumpanya. Anak-anak juga mengalami nasib sama apabila tidak berjumpa ayah mereka. Kami seakan-akan sudah tawar hati. Selepas berjumpa puluhan pengamal perubatan, ustaz dan bomoh, sihir itu masih tidak terlerai dan sikapnya masih sama.

“Pernah sekali saya bertanya mengenai masalah ini dengannya, namun dia naik angin dan melafazkan cerai kepada saya menerusi SMS pada Mei lalu.

“Tidak cukup dengan itu, dia menelefon serta memaki-hamun saya sebelum melafazkan cerai buat kali kedua. Saya yakin suami berada di bawah pengaruh wanita itu dan saya tidak akan sesekali memaafkannya,” katanya.

Bertahun-tahun hidup merana, Zaimah sudah membawa perkara ini ke mahkamah syariah berikutan suaminya sudah melafazkan cerai selain tidak sanggup menerima pelbagai tekanan.

“Sudah berkali-kali kes kami disebut di mahkamah, tetapi suami tetap tidak muncul ketika prosiding. Begitupun, jika dia tidak muncul untuk kali terakhir, saya akan mendapatkan tuntutan fasakh daripada mahkamah.

“Selain itu, saya akan menyiasat sama ada benar dia sudah berkahwin dengan wanita terbabit ataupun hanya bersekedudukan dengannya. Selepas itu, saya akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.
myMetro | 13 tahun tahan gelora

Meari bawa banjir kilat, ombak besar




SEBAHAGIAN pokok besar tumbang selepas dibadai Meari di bahagian tengah Manila, semalam.
SEBAHAGIAN pokok besar tumbang selepas dibadai Meari di bahagian tengah Manila, semalam.

11 orang dilapor hilang, lebih 50,000 mangsa diarah pindah

MANILA: Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan hilang dan hampir 50,000 penduduk terpaksa berpindah ke pusat perlindungan sementara selepas ribut tropika Meari menyebabkan banjir kilat dan ombak besar semalam.

Pengarah Eksekutif Majlis Pengurusan dan Pengurangan Bencana Alam Kebangsaan, Benito Ramos, berkata antara yang hilang termasuk 10 nelayan di dalam tiga bot di perairan pantai di wilayah Catanduanes di timur negara itu, manakala seorang wanita dihanyutkan air sungai yang deras di wilayah Albay.
Hujan yang turun berterusan selama hampir seminggu semakin lebat kelmarin memaksa penduduk meninggalkan rumah berikutan bimbang kemungkinan banjir besar dan tanah runtuh
Beliau berkata, lebih 5,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka di Manila saja selepas ribu yang diburukkan lagi dengan hujan monsun, menyebabkan banjir besar di bandar raya itu, manakala hampir semua pengangkutan awam terkandas.

Keadaan itu juga menyebabkan pejabat kerajaan dan sekolah terpaksa ditutup manakala berpuluh-puluh penerbangan dibatalkan.

“Tindakan pantas memindahkan penduduk Manila ketika air semakin naik sepanjang malam, berjaya mengelak kematian. Kami sudah menyediakan bot getah di semua lokasi strategik untuk memindahkan penduduk dengan segera,” katanya.

Ramos berkata, jabatan kaji cuaca kini memantau paras air di empangan dan membuka kunci air di lokasi kritikal.
Sementara itu pengarah jabatan kaji cuaca Nathaniel Servando berkata, Meari kini membadai daerah Basco, 330 kilometer ke utara wilayah Batanes dan sedang menghala ke Jepun.

Ia bergerak pada kelajuan 85 kilometer sejam dan sedang meningkat kepada 100 kilometer sejam.

Beliau berkata hujan dijangka terus turun di Manila dan wilayah berhampiran sehingga hari ini apabila Meari berada kira-kira 500 kilometer dari Basco dan menghala keluar dari negara itu. – AFP
Berita Harian Online | Meari bawa banjir kilat, ombak besar