Pages

Saturday, January 9, 2016

Idea dari Korea

Melaka: Minat yang mendalam terhadap seni lukisan mendorong seorang arkitek menghasilkan lebih 500 lukisan lima dimensi (5D) sejak 27 tahun lalu yang kemudian dikongsi dengan orang ramai di Muzium 5D Art Melaka di Lorong Bukit Cina, di sini.
Sunny Goh berkata, dia mula menyedari memiliki bakat itu apabila secara spontan melukis gambar botol tiga dimensi (3D) pada kaki lima jalan yang dilaluinya ketika melancong di Korea Selatan pada 1989.
Katanya, tiga hari sebelum pulang ke Malaysia, dia berasa amat teruja apabila melihat laporan berita mengenai orang ramai di negara itu yang tertarik dengan lukisan botol 3D dihasilkannya.
“Memang teruja kerana itu adalah lukisan saya, namun saya hanya mendiamkan diri kerana perbuatan itu sebenarnya menjadi satu kesalahan di negara berkenaan.
“Sejak itu saya terus menghasilkan lukisan 3D di jalanan di negara yang dilawati untuk mendapatkan kepuasan dan berkongsi hasil seni itu dengan masyarakat tempatan.
“Saya memberanikan diri dengan meninggalkan maklumat mengenai butiran diri pada lukisan dan mendapat maklum balas luar jangkaan apabila dihubungi individu yang tertarik bagi mendapatkan khidmat saya menghasilkan lukisan berdimensi.
“Antara pihak yang menghubungi saya termasuklah dari Jepun, Australia, Kemboja, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Taiwan dan China,” katanya..
Goh berkata, dia kemudian berbincang dengan rakan kongsinya untuk membuka syarikat Star 5D Art Studio bagi mengembangkan lagi bakatnya dan membuka muzium lukisan berdimensi pertama mereka, 3D Art Exhibition di Ipoh, Perak.
Menurutnya, muzium 3D itu mendapat sambutan yang luar biasa daripada pengunjung membuatkan mereka bersetuju untuk membuka cawangan kedua iaitu muzium 5D Art Paradise di Taiping, Perak, sebelum Melaka.
Arkitek itu berkata, lukisan berdimensi dipamerkan bukan saja menarik malah memberikan peluang kepada pengunjung untuk berimaginasi dan mengambil gambar mengikut sudut yang menarik.
“5D Art Melaka adalah bangunan rumah kedai dua tingkat yang mempunyai 44 ruang, menempatkan 77 lukisan berdimensi bagi membolehkan pengunjung berimaginasi umpama sebahagian daripada lukisan.
“Semua lukisan ini berbeza dan dihasilkan saya sendiri yang dibantu 10 pekerja yang mempunyai kemahiran melukis.
“Kami mengambil masa empat bulan untuk menyiapkan lukisan kerana ia memerlukan ketelitian dan kesabaran bagi mendapatkan kualiti terbaik.
“Kami menyasarkan seramai 100,000 pengunjung singgah ke muzium ini bagi tempoh enam bulan pertama ia dibuka kerana Melaka adalah destinasi percutian pilihan pelancong tempatan dan luar negara,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 January 2016 @ 5:09 AM

GOH bersama rakannya Catrin Hoo (kanan) mempromosikan Muzium 5D Melaka di Bukit Cina.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/105897#foto

'Nenek' berusia tiga tahun

Gambar kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang kelihatan seperti nenek ini mendapat perhatian puluhan ribu pengikut Twitter apabila ia ditweet semula 27,000 kali serta mendapat 36,000 ‘like’.
Rupa Roey, 3, dari Ohio, selepas dimekap ibu saudaranya yyang mendapat perhatian ramai di Twitter. - Foto Twitter
Kanak-kanak ini yang muncul di Twitter dengan nama Roey di Ohio, Amerika Syarikat, disolek ibu saudaranya, Samantha Parsons, yang kemudian memuat naik gambar ini ke Twitter, Selasa lalu.


Gambar Roey ditweet semula 27,000 kali serta mendapat 36,000 ‘like’. - Foto Twitter 
Samantha sedang menjaga Roey apabila kanak-kanak itu melihat dia memakai maskara yang kemudian meminta dia juga disolek. - Daily Mail
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2016 @ 7:46 PM

Samantha Parsons dari Ohio, Amerika, yang menyolek anak saudaranya berusia tiga tahun hingga kelihatan seperti wanita tua. - Foto Twitter
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/105759#foto

Kura-kura gergasi didakwa berusia 183 tahun



JOE Hollins mengakui sejak Jonathan mengamalkan corak pemakanan yang sihat, kesihatannya semakin bertambah baik. - AGENSI


SAINT HELENA, Lautan Atlantik – Seekor kura-kura jantan yang dipelihara di sebuah rumah ladang milik Gabenor Saint Helena, Spencer Davis di kepulauan Saint Helena di sini didakwa telah berusia 183 tahun.
Kura-kura bernama Jonathan itu berasal dari Kepulauan Seychelles, Victoria dan didakwa berada di pulau tersebut sejak akhir abad ke-19.
Menurut Davis, kura-kura itu diserahkan oleh gabenor kepulauan Seychelles bersama tiga ekor kura-kura lain kepada keluarganya sebelum beliau sendiri memelihara haiwan berkenaan.


JONATHAN kini diberi pelbagai jenis sayur yang mengandungi kalori tinggi.- AGENSI


Berikutan faktor usia, kesihatan haiwan gergasi itu bagaimanapun didapati semakin merosot kerana kehilangan deria penglihatan akibat penyakit katarak dan masalah deria bau.
Reptilia itu kini dijaga oleh seorang doktor haiwan, Joe Hollins yang memberikan diet berkhasiat seperti epal, timun, salad, lobak merah, pisang dan jambu.
“Saya terpaksa mengubah corak pemakanannya dengan memberikannya pelbagai buah dan sayur yang mengandungi kalori tinggi.
“Saya melihat berat badannya kini semakin bertambah selain mampu bergerak dengan baik sejak mengamalkan diet yang sihat,” katanya.
Dia berkata, lazimnya jangka hayat seekor kura-kura gergasi mampu mencecah 150 tahun.
- AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3wgzYWNK8 
Hakcipta terpelihara