Pages

Thursday, December 4, 2014

Penyelidik temui iblis laut

Penyelidik temui iblis laut

SPESIS ikan ‘the Black Seadevil’ atau iblis laut merupakan hidupan laut yang hidup di laut dalam di Lautan Hindi, Pasifik dan Atlantik.
Namun penemuannya yang sangat jarang dilaporkan menimbulkan keraguan terhadap kewujudan spesies ini.
Menerusi sebuah laporan berita SFGate, Institut Kajian Akuaria Teluk Monterey (MBARI) melaporkan menemui spesies ini yang sepanjang lapan sentimeter  pada November lalu.
Malah, kumpulan penyelidik institusi berkenaan turut merakamkan video berdurasi lebih 10 saat untuk mendedahkan hidupan tersebut kepada orang ramai.
Sementara itu, Ketua kumpulan penyelidik, Bruce Robinson berkata, penemuan tersebut dilakukan pada kedalaman 1,900 kaki daripada permukaan laut.
“Ia merupakan kali pertama pihak kami berjaya merakamkan hidupan tersebut di habitatnya, spesies ini adalah antara yang paling jarang ditemui  di semua kawasan laut dalam,” katanya.
Iblis laut pada kebiasaannya hidup di laut dalam dan tidak pernah mendedahkan dirinya di permukaan laut seperti hidupan laut yang lain.
Ikan ini dikatakan mempunyai daya penglihatan sangat tajam dan boleh memakan mangsa yang lebih besar daripada saiz badannya berikutan tahap fleksibiliti yang tinggi pada bahagian perut.
Iblis laut ini dikatakan tergolong antara lima spesies dalam keluarga Melanocetus.
Untuk rekod, Iblis laut ini pernah menjadi watak di dalam filem animasi Finding Nemo yang ditayangkan pada tahun 2003.

Restoran paling mahal di dunia


Restoran paling mahal di dunia

PARIS - PERANCIS. Alain Ducasse at Plaza Athénée, yang bertapak di Hotel Plaza Athenee, Perancis mungkin merupakan restoran paling mahal di dunia.

Dibuka pada tahun 2000, restoran yang memiliki sentuhan lima bintang ini akan memberi pelbagai kejutan kepada pelanggan yang mengunjungi restoran ini.

Istimewanya restoran ini dek keunikan susun atur dan ukiran perabotnya yang dicipta khas untuk memberi kelainan kepada pengunjung restoran.

Selain itu, Alain Ducasse at Plaza Athénée turut menawarkan menyajikan masakan Perancis kontemporari yang terbaik kepada pelanggannya.

Pelanggan yang datang ke restoran tersebut boleh memesan makanan dengan harga minima RM1,063.07 bagi hidangan ala carte.

Sedikit informasi mengenai Hotel Plaza Athenee, hotel ini merupakan hotel bertaraf lima bintang yang dibuka sejak tahun 1911.

Hotel yang berdekatan dengan Menara Paris ini mempunyai 154 bilik dan 54 suites.

Hotel Plaza Athenee pernah diubahsuai pada tahun 2013 dan kos membaik pulih hotel penuh sejarah ini dikatakan memakan kos sehingga 2 bilion Euro.