Pages

Tuesday, August 2, 2011

Dua gempa landa Jepun, tiada ancaman tsunami

TOKYO 2 Ogos - Gempa bumi sekuat 6.1 skala Richter menggegarkan timur Jepun hari ini, kata Agensi Meteorologi Jepun.
Gegaran gempa tersebut yang berlaku pada jam 11.58 malam (10.58 malam waktu Malaysia), turut dirasai di Tokyo.
Satu lagi gegaran sederhana berukuran 5.9 skala Richter dikesan ahli geologi Amerika Syarikat, berlaku di pulau Honsu, sebelum tengah malam semalam.
Gegaran kedua itu berlaku di kawasan seluas 22 kilometer di 34 kilometer selatan Shizuoka, terletak kira-kira 162 kilometer di selatan Tokyo.
Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan ekoran kedua-dua gempa tersebut. - REUTERS/AFP
http://www.utusan.com.my

Bas dan kereta bertembung



KARAI – Tiga penumpang dan seorang pemandu sebuah bas berhadapan detik cemas apabila pengangkutan awam itu bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Kancil berhampiran simpang Karai, di sini, semalam.

Bas berkenaan dikatakan sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar menuju ke Ipoh ketka kejadian berlaku pada jam lebih kurang 2.15 petang.

Seorang penumpang bas, Fiona Mohd Ariffin, 36 berkata, dalam kejadian berkenaan, kereta kancil itu dilihat seperti hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebelah kiri bahagian hadapan bas berkenaan.

“Sebelum kereta itu bertembung dengan bas yang kami naiki, saya nampak ia berada dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum masuk ke laluan bas.

“Saya terkejut ketika itu lantas menjerit sekuat hati, sementara pemandu bas berusaha sedaya upaya untuk mengelak daripada bertembung dengan kereta itu, tetapi gagal,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam,

Mengaku takut dan cemas, Fiona berkata, seluruh badannya menggeletar saat berhadapan dengan situasi berkenaan.

Menurutnya, selepas berlaku pelanggaran berkenaan, bas yang mereka naiki telah tersadai di sebelah kanan jalan, manakala kereta berkenaan di sebelah kiri.

“Ada lima orang penumpang berada dalam bas ketika itu termasuk kelendan serta pemandu bas, dan kami bersyukur kerana terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Semantara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Mohamad Idris berkata, bomba menerima panggilan pada jam 2.36 petang dan seramai tujuh ang�gota� bersama dua buah jentera bergegas ke tempat kejadian.

“Sampai di tempat kejadian kami dapati pemandu kereta kancil terbabit tersepit dalam kenderaan dan kami mengambil masa lima minit untuk mengeluarkannya dengan selamat sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dirawat.

“Punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan dan berkemungkinan pemandu bas telah cuba mengelak kereta kancil yang dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun itu,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/sh/perak/content/story9393992.asp

PBB gesa Syria henti ganas ke atas rakyat

Pemimpin dunia kutuk kekerasan terbaru tentera yang akibatkan 140 orang awam mati
NEW YORK: Ketua Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki-Moon, semalam meminta Presiden Syria, Encik Bashar al-Assad, menghentikan keganasan terbaru tentera negara itu, yang menyebabkan kematian hampir 140 orang awam.
Jurucakap PBB berkata Encik Ban mengutuk keras tindakan Presiden Assad enggan melaksana cadangan Encik Ban yang disuarakan beberapa minggu lalu.'Setiausaha Agung amat mengambil berat laporan di Syria bahawa ratusan penunjuk perasaan terbunuh dan cedera di Hama dan bandar lain serta bandar raya seluruh negara itu.'Beliau mengutuk kekerasan yang dilakukan terhadap orang awam dan meminta pemerintah Syria menghentikan segera tindakan ganas itu,' kata jurucakap tersebut.Kelmarin kereta kebal Syria melepaskan tembakan meriam dan mesingan ketika menggempur bandar Hama, menyebabkan sekitar 100 orang awam terbunuh, menurut aktivis hak asasi manusia.Seramai 36 lagi orang awam terbunuh dalam pertempuran serupa di beberapa bandar lain.Serangan ke atas Hama, medan pembunuhan beramai-ramai pada 1982 semasa bapa Presiden Assad menghancurkan kebangkitan gerakan Islam, bermula pada subuh menjelang Ramadan selepas pihak tentera mengepungnya hampir sebulan.Penduduk Hama berkata kereta kebal dan penembak tepat melepaskan tembakan ke arah kawasan perumahan tempat orang ramai mendirikan sekatan bagi menyekat kemaraan tentera.Agensi berita Syria melaporkan pihak tentera memasuki Hama bagi mengusir kumpulan bersenjata 'yang mengganas terhadap rakyat'.Seorang pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Damsyik menyifatkan kenyataan rasmi itu sebagai 'mengarut'.Antara pemimpin dunia yang mengutuk keganasan terbaru itu ialah Presiden Amerika, Encik Barack Obama, yang 'terkejut akan tindakan pemerintah Syria menggunakan kekerasan dan kekejaman ke atas rakyatnya sendiri'.'Dalam beberapa hari mendatang Amerika Syarikat akan meningkatkan tekanan ke atas rejim Syria dan bekerja dengan negara lain di dunia bagi mengasingkan pemerintahan Assad dan berdiri bersama rakyat Syria,' kata Encik Obama.Italy mengutuk tindakan tentera Syria dengan meminta Majlis Keselamatan PBB campur tangan. Jerman bersama sekutu Kesatuan Eropah (EU) pula mengancam akan mengenakan sekatan baru ke atas Damsyik.Perancis memberi amaran kepada pemimpin Syria bahawa mereka perlu 'dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka'. -- AFP, AP, Reuters.
http://cyberita.asia1.com.sg

Menyesal pukul kakak


KUALA TERENGGANU: Niat murni seorang anak membantu meleraikan pergaduhan antara ibu dan kakak bertukar sebaliknya, apabila dia dijatuhkan hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam disebabkan tindakan melulu memukul kakaknya itu dengan lesung batu.
Majistret Noradila Ab Latif menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Zuriati Mahmud, 24, yang mengaku bersalah di atas pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan kecederaan ke atas kakaknya, Norsabarita, 25.

Bagaimanapun, tertuduh dibebaskan hari ini apabila Noradila memerintahkan hukuman itu dijalankan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 19 Jun lalu.

Terdahulu, peguam tertuduh, Mohd Hayyatuddin Mohammad dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman memandangkan ia adalah kesalahan pertama, selain tidak mempunyai rekod jenayah.

Menurut Mohd Hayyatuddin, tertuduh mendakwa bertindak sedemikian kerana tidak tahan melihat ibu dipukul kakaknya sendiri.

“Tertuduh turut mengakui tindakannya itu bodoh tanpa berfikir panjang, selain menyesali perbuatan terhadap kakaknya sendiri.

“Saya berharap mahkamah dapat mengurangkan hukuman kerana tertuduh adalah ibu kepada dua anak yang masih kecil termasuk seorang masih menyusu badan,” katanyaMengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja memukul Norsabarita menggunakan lesung batu di depan sebuah rumah di Taman Semarak, Jalan Tengku Mizan, di sini pada jam 11 malam, 18 Jun lalu. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 KK yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau satu daripada dua seksaan itu.Mengikut fakta kes, mangsa pergi ke rumah ibunya di Taman Semarak untuk berjumpa tertuduh, bertujuan berbincang mengenai perkara kehilangan peti sejuk dan dokumen peribadi milik mangsa. Apabila sampai di rumah itu, ibu mangsa keluar untuk berjumpa mangsa dan berlaku pertengkaran antara kedua-dua mereka. Melihat pertengkaran itu, tertuduh keluar dari rumah dan berlaku pergelutan antara dua beradik itu sebelum mangsa dipukul menggunakan lesung batu.Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Manir sebelum tertuduh ditahan di rumahnya pada keesokan hari pada jam 4 petang.http://www.hmetro.com.my

25 mayat dalam bot


PETUGAS di Pelabuhan Lampedusa menyusun mayat yang ditemui dalam bot yang tiba di situ dari Libya, semalam.
PETUGAS di Pelabuhan Lampedusa menyusun mayat yang ditemui dalam bot yang tiba di situ dari Libya, semalam.


ROME: Dua puluh lima mayat ditemui dalam bot yang membawa 296 pendatang Afrika yang belayar dari Libya dan tiba di Pulau Lampedusa di Laut Sicily semalam.
Penumpang yang terselamat berkata, mangsa bersesak-sesak dalam bahagian kargo bot berkenaan dan mati akibat asap enjin, lapor agensi berita Ansa.

Pegawai pelabuhan bagaimanapun berkata, punca kematian belum dapat dipastikan dan ujian perubatan sudah dilakukan.

Bot itu yang membawa pendatang dari Sahara, Afrika, meninggalkan Libya tiga hari lalu.

Beribu-ribu orang yang melarikan diri dari negara utara Afrika yang dilanda kekacauan itu belayar ke Itali dengan menggunakan bot usang sejak beberapa bulan lalu.

Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, (UNHCR) berkata, satu daripada setiap 10 pendatang yang melarikan diri dari Libya menerusi jalan laut berdepan dengan kematian akibat lemas, kebuluran atau keletihan yang dialami ketika pelayaran itu. - Reuters
http://www.hmetro.com.my

Kepala pembonceng digilis kenderaan berulang kali


ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa di tempat kejadian, kelmarin.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa di tempat kejadian, kelmarin.


ROSAK...motosikal yang dibonceng mangsa.
ROSAK...motosikal yang dibonceng mangsa.

BUKIT BERUNTUNG: Seorang pembonceng motosikal wanita, Y Tilakavathi, 43, terbunuh dengan kepalanya hancur akibat digilis beberapa kenderaan selepas terbabit kemalangan di Kilometer 6, Jalan Sungai Choh-Bukit Beruntung, dekat sini, malam kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.10 malam apabila mangsa yang membonceng motosikal teman lelakinya berusia 33 tahun bergesel sebuah kenderaan lalu terbabas dan terjatuh.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata pasangan itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari Sungai Choh ke Bukit Beruntung.
Katanya, siasatan awal mendapati motosikal Modenas Kriss dinaiki mangsa dan teman lelakinya hilang kawalan ketika melalui selekoh tajam lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.

“Mangsa tercampak beberapa meter selepas bergesel sebuah Proton Iswara yang datang dari Bukit Beruntung.

“Mangsa dipercayai digilis beberapa kenderaan menyebabkan sebelah tangannya putus dan ditemui kira-kira 50 meter dari tempat kejadian,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat sementara penunggang yang parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk menerima rawatan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
http://www.hmetro.com.my

Mati akibat laman sosial


KULIM: Gara-gara mengutuk kenalan wanita dalam laman sosial facebook (FB), seorang lelaki mati selepas dua hari dimasukkan ke Hospital Kulim (HK) akibat koma kesan pendarahan dalam kepala akibat dihentak dengan topi keledar dalam satu pergaduhan di Taman Tiram, Lunas, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 8 malam, Mohd Amran Romli, 20, dikatakan diserang dua abang wanita itu di sebuah pasar raya di taman berkenaan.
Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke HK dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dua hari sebelum mangsa meninggal dunia kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 8 malam di belakang pasar raya di taman berkenaan.


Katanya, dua lelaki terbabit yang berusia 25 dan 26 tahuntidak puas hati selepas melihat mangsa mengutuk hal peribadi keluarga mereka.
http://www.hmetro.com.

Pinjaman kena samun

SHAH ALAM: Seorang juruteknik berputih mata pada hari pertama Ramadan apabila wang pinjaman bernilai RM25,000 disamun beberapa minit sejurus mengeluarkan wang itu dari sebuah bank di Setia Alam, di sini, semalam.
Mangsa, Kamarizal Kamarudin, 29, berkata dia mengeluarkan wang itu untuk membuka perniagaan kecil-kecilan sempena Ramadan.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, selepas mengeluarkan wang berkenaan dia memandu kereta Mazda melalui simpang berdekatan kawasan kejadian sebelum dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha menahannya.

Kamarizal berkata, dua suspek mengepung keretanya di simpang sempit di situ sebelum memecahkan cermin belakang keretanya menggunakan topi keledar.

“Saya panik dan mengundurkan kereta dengan harapan suspek berhenti memecahkan cermin kereta. Bagaimanapun, saya gagal menghalang mereka kerana ada kereta lain di belakang ketika itu.

“Sebaliknya, ketika mengundur, saya terlanggar kereta berkenaan menyebabkan kenderaan saya dan kereta itu remuk. Mujur pemandu kereta itu memaafkan saya,” katanya dihubungi.
Kamarizal berkata, kedua-dua suspek bagaimanapun melarikan beg berisi wang tunai yang diletakkan di bawah tempat duduk belakang keretanya selepas seorang daripada mereka masuk ke dalam kereta menerusi tingkap belakang yang pecah.Dia percaya kedua-dua suspek sudah biasa menyamun kerana tindakan mereka pantas.“Saya perasan ada orang memerhatikan kereta saya dan menunggu di luar bank, tetapi tidak menjangka menjadi sasaran,” katanya.Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Shah Alam, Deputi Superintendan Kamaruddin Ismail mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
http://www.hmetro.com.my

Peserta pesta mabuk mati dirodok lembu


VALENCIA (Sepanyol): Seorang lelaki dikatakan cuai kerana mengacukan payung merah jambu kepada seekor lembu sebelum haiwan itu menanduknya hingga mati.
Lelaki itu menyertai satu pesta diadakan di Sepanyol apabila haiwan berkenaan mengejarnya di laluan sempit.

Haiwan berkenaan menyondol bapa berusia 50 tahun itu hingga jatuh sambil disaksikan orang lain di lokasi kejadian.

Bapa kepada seorang anak itu dirodok di dada dan ketiaknya.

Mangsa dikenali sebagai Vicente H R dipercayai meminum arak sebelum itu dan tidak menghiraukan nasihat rakannya supaya tidak mengambil bahagian dalam larian bersama lembu itu.
http://www.hmetro.com.my

15 tahun span dalam tubuh


SYDNEY: Seorang wanita Australia yang hidup lebih 15 tahun dengan span sebesar saiz buah limau gedang yang dijahit di dalam tubuhnya selepas menjalani pembedahan di perut akan menyaman doktor terbabit atas kecuaian, lapor akhbar, semalam.
Helen O’Hagan mendakwa span itu ditinggalkan dalam perutnya oleh pakar bedah, Samuel Sakker ketika rawatan kolektomi pada 1992, menurut laporan Sydney Morning Herald.

Helen mengalami kekejangan, demam dan hilang kawalan perkumuhan tetapi menyangka ia disebabkan oleh masalah kesihatan apabila kerap dimasukkan ke hospital, dan tidak mengetahui mengenai kewujudan span itu hingga Oktober 2007 lalu selepas melakukan x-ray. Ketika itu, span berkenaan sudah diseliputi tisu dalam pundi cecair, lapor akhbar itu. Ia dibuang oleh pakar bedah lain pada hari sama ia ditemui.

Helen berhak menyaman Sakker atas kecuaiannya atau salah laku dalam menjalankan tugas ekoran insiden itu, walaupun pakar bedah itu kini sudah bersara dan meminta kes itu digugurkan kerana Helen mengambil masa yang lama untuk mengambil tindakan undang-undang.

Hakim Leonard Levy menerima keadaan tidak menentu kesihatan Helen yang dimasukkan ke hospital sebanyak 23 kali sejak 1970. Dia tidak menanyakan bagaimana span itu boleh berada dalam tubuhnya. Penangguhan itu disebabkan pakar bedah yang membuang span berkenaan dihantar ke tempat lain selama tiga tahun dan tidak memberitahu Helen span itu ditinggalkan Sakker hingga ia didedahkan pada Mei lalu.

Kes itu akan dibawa ke mahkamah minggu ini.
http://www.hmetro.

Polis Syria tembak mati 6 orang awam dekat Damsyik

AMMAN: Polis Syria membunuh sekurang-kurangnya enam orang awam awal hari ini dalam serangan di kawasan pinggiran timur Damsyik, Erbin, ketika pasukan Presiden Bashar al-Assad meningkatkan serangan terhadap pusat yang menentang pemerintahannya. 
“Orang ramai berarak selepas solah Tarawih. Kenderaan keselamatan dan pikap dengan mesingan memasuki Erbin pada tengah malam dan berkumpul di bulatan utama sebelum meronda jalan dan menembak.

"Berpuluh-puluh orang cedera dan enam disahkan mati," kata seorang penduduk menerusi telefon. - Reuters
http://www.bharian.com.my

Chavez kutuk pemberontak Libya

CARACAS: Presiden Venezuela, Hugo Chavez, mengutuk pemberontak Libya sebagai "pengganas" dan menggesa negara lain memutuskan hubungan dengan majlis pembangkang yang menentang Muammar Gaddafi.

“Bukan saja kami enggan mengiktiraf lakonan iaitu Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC)...kami mengatakan Eropah dan beberapa negara sudah mengiktiraf kumpulan pengganas...dan memberi mereka hak," katanya pada satu mesyuarat di sini.
Chavez berkata, pengikrafan seumpama itu "memusnahkan asas undang-undang antarabangsa" kerana ia akan menjurus kepada pelantikan kumpulan pembangkang.
“Ia amat merbahaya dan boleh berlaku kepada semua presiden. Esok mungkin seorang daripada kita...ini tidak boleh dibiarkan," katanya.

Chavez kemudian membaca surat yang dihantar Gaddafi yang mana pemimpin Libya itu memuji Venezuela kerana sokongannya dan berharap masyarakat antarabangsa akan menentang puak pemberontak.

Pada 15 Julai lalu, kuasa Barat dan rantau itu mengiktiraf NTC yang berpangkalan di Benghazi sebagai pemerintah negara itu yang sah dan bersetuju menyalurkan dana. - AFP
http://www.bharian.com.my

Kereta kebal Syria bedil Hama

DAMSYIK: Kereta kebal Syria membedil bandar Hama semalam, sehari selepas 100 orang terbunuh ketika Presiden Bashar al-Assad memuji pasukan tenteranya sebelum mesyuarat Majlis Keselamatan PBB.
Anggota Majlis Keselamatan berkumpul untuk rundingan berikutan desakan kuasa Eropah untuk mengutuk tindakan keras Assad terhadap protes pihak pembangkang.
Tentera Syria kelmarin membunuh kira-kira 140 orang di seluruh negara, termasuk lebih 100 di Hama, medan kebangkitan Islam pada 1982 yang dihancurkan dengan kira-kira 20,000 nyawa terkorban.
“Sepuluh kereta kebal menembak Dawar Bilal secara rambang,” kata seorang aktivis menerusi telefon. - AFP 
http://www.bharian.com.my

AS, Iraq bincang pembelian F-16

WASHINGTON: Delegasi Iraq akan melawat Amerika Syarikat bulan ini bagi merundingkan pembelian 18 pesawat pejuang, menurut jurucakap Pentagon.

“Iraq memohon mendapatkan 36 F-16 dan satu delegasi akan ke sini bulan ini bagi penghantaran 18 daripada pesawat berkenaan," kata Kolonel David Lapan kepada pemberita.
Bagaimanapun, katanya, kedua-dua pihak baru memasuki "peringkat awal" dan walaupun persetujuan dicapai, ia akan mengambil masa bertahun-tahun untuk menyediakan pesawat dan melatih juruterbang.
Kelmarin, Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki, berkata beliau sudah memulakan semula rundingan bagi membeli 36 pesawat F-16 itu yang membabitkan perbelanjaan berbilion dollar. - AFP
http://www.bharian.com.my

Meriah sekejap, merana seumur hidup



Foto
MOHD ASRIZAN menggunakan kaki palsu akibat terkena serpihan mercun tahun lalu di Kampung Makam Lama, Cabang Tiga, Kuala Terengganu.
Mangsa letupan ‘gudang’ mercun kesal, insafi kesilapan Ramadan lalu

KUALA TERENGGANU: “Sampai sekarang, saya menyesal dengan apa yang berlaku hingga saya cacat. Saya menasihatkan jangan sesekali terbabit dengan mercun, sebab meriahnya hanya sekejap tetapi lepas itu, kita boleh merana seumur hidup.
“Apapun, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana masih memberi peluang bernafas dan menginsafi kesilapan lalu. Saya tidak akan mengulanginya kerana sudah kesal dan insaf," kata Mohd Asrizan Muda, 24, yang hancur kaki kanan dalam letupan di rumah tinggal di Kampung Makam Lama, di sini, yang percayai dijadikan gudang menyimpan mercun dan bunga api, awal Ramadan tahun lalu.
Kejadian tragis itu bukan saja menyebabkan kaki kudung selain beberapa kecederaan di anggota badan, tetapi lebih menyayat hati, seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang juga anak rakannya, Khairul Arief Ayub, maut dan mayatnya melambung tersangkut setinggi 15 meter di atas pokok dengan kepalanya hancur. 

Tragedi berdarah pada 12 Ramadan tahun lalu turut mencederakan seorang lagi rakannya, Mazlan Abdullah, 30, yang cedera di mata, muka dan badan selepas stok mercun dan bunga api di rumah tinggal itu meletup sehingga dentumannya boleh didengari sejauh empat kilometer.

Mohd Asrizan yang lebih dikenali sebagai Botak di kalangan penduduk kampung berkata, Ramadan kali ini mengingatkannya dengan kejadian itu yang menyebabkannya koma tiga bulan dan terlantar di hospital, sehingga lehernya ditebuk untuk membolehkannya bernafas kerana keadaannya kritikal ketika itu.

"Selepas sedar daripada koma, saya sedih melihat kaki kanan kudung. Hanya Allah tahu pilunya perasaan saya melihat kaki kanan dipotong bermula dari bawah lutut, selain cedera teruk di kaki kiri. Saya kini, terpaksa menggunakan kaki palsu manakala kaki kiri pula sakit dan tidak boleh berdiri lama kerana buku lali beralih ke tapak kaki. 
"Saya bagaikan mati hidup semula. Walaupun kesal, ia tidak mampu mengubah masa lalu dan berharap, ia menjadi pengajaran kepada orang lain kerana selagi tidak kena, kita tidak serik. 

"Menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, pasti ramai menjual dan bermain mercun kononnya memeriahkan perayaan tetapi perlu beringat kerana menyesal kemudian tidak berguna," katanya ditemui di Kampung Seberang Baruh di sini.

Beliau kini banyak membantu ibunya menjahit di rumah sebagai punca pendapatan, selain berbasikal mengelilingi kampung untuk membiasakan pergerakan kakinya. 
http://www.bharian.com.my

Nilai tanah projek PKFZ ambil kira semua kos


LIONG Sik (kanan)  tiba di  Mahkamah  Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
LIONG Sik (kanan) tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam diberitahu, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) menaikkan penilaian sebidang tanah pajakan negeri di Lot 67894 di Pulau Indah, Klang bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) daripada RM18 bagi keluasan 30.48 sentimeter (sm) persegi kepada RM21 selepas mengambil kira penilaian dua syarikat swasta.

Bekas Ketua Pengarah Penilaian JPPH, Datuk Sahari Mahadi, 63, berkata, kenaikan itu juga dibuat selepas mengambil kira semua kos termasuk kos pembiayaan dan infrastruktur serta nilaian khas iaitu perbelanjaan yang ditanggung penjual tanah yang perlu diambil kira untuk menaikkan nilainya.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah pada sesi pemeriksaan utama berhubung penilaian keseluruhan tanah berkenaan, Sahari berkata, jika tanah itu dibeli dengan tunai ia dinilai dengan harga RM21, tetapi jika secara tunggakan, ia akan dinilai dengan harga RM25 x 30.48 sm persegi. Ditanya sama ada harga kedua-dua nilaian itu sudah dikira dengan kadar faedah, saksi itu menjawab, “Ya, ia sudah dikira sebanyak enam peratus”.

Bekas Penolong Pengarah Penilaian JPPH Selangor, Teo Lee Lee dalam keterangannya berkata tanah berkeluasan 404.4 hektar itu dimiliki oleh Koperasi Pembangunan Pulau Lumut dan Kuala Dimensi Sdn Bhd.

Lee Lee berkata, beliau membuat penilaian terhadap tanah itu sebanyak dua kali selepas KDSB mengemukakan laporan juru nilai swasta bagi penilaian semula, sehubungan itu ibu pejabat menghantar laporan penilaian itu ke pejabat JPPH negeri untuk mendapatkan komen dan pandangan.

“Dalam laporan itu menyatakan, syarikat Azmi & Co Sdn Bhd bertarikh 9 November 1998 menilai tanah itu dengan kadar nilaian sebanyak RM29 x 30.48 sm persegi bagi 404.4 hektar. Bagi penilaian kedua, saya memberikan komen dan berpendapat penilaian itu adalah terlalu tinggi, sehubungan itu saya mengekalkan penilaian sebelum ini iaitu RM13.50 x 30.48 sm persegi bagi tanah kosong dan RM17 bagi tanah yang mempunyai jalan masuk utama serta infrastruktur.
“Tanah dinilai kali kedua membabitkan kawasan sama, tetapi berkeluasan lebih besar, saya masih mengekalkan nilaian itu kerana saya tidak dapat mencari faktor sokongan yang boleh menaikkan penilaian tanah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbicaraan terhadap bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang menipu dengan memperdayakan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek PKFZ mengikut terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi bersambung hari ini.
http://www.bharian.com.my

Serik sertai kem ala banduan


SYED AMIRUL KHIR SYED KHAIDIR (kiri) menunjukkan kesan lebam 
di tengkuknya ketika menyertai kem motivasi  di Penjara Kluang kelmarin.
SYED AMIRUL KHIR SYED KHAIDIR (kiri) menunjukkan kesan lebam di tengkuknya ketika menyertai kem motivasi di Penjara Kluang kelmarin.


33 pelajar SMK Bandar Baru Uda dakwa didera wadar 

JOHOR BAHRU: Sekumpulan 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru UDA, mengharungi pengalaman mengerikan apabila mendakwa didera petugas program selepas menyertai kem motivasi ala banduan selama tiga hari dua malam di Penjara Kluang mulai petang Jumaat hingga kelmarin.
Mereka mendakwa bukan saja rambut digunting pendek ala banduan, malah turut ditempeleng, ditumbuk dan diperlakukan seperti penghuni penjara, apabila ada di antara pelajar turut digari hingga mereka trauma.
Lebih mengejutkan, pelajar mendakwa dua guru pengiring kumpulan pelajar yang dipilih atas alasan mempunyai masalah disiplin ponteng sekolah dan kelas, merokok serta terbabit dengan pergaduhan hanya mentertawakan tindakan wadar ke atas mereka. 

Sehubungan itu, 20 ibu bapa bersama anak mereka membuat pendedahan mengenai kem motivasi ala banduan itu di Dewan UMNO di Taman Skudai Kanan Bandar Baru UDA di sini, semalam. 

Pelajar, Mohd Rafsanjani Mohd Rafi, 16, mendakwa mereka hanya mengetahui dihantar ke penjara Jumaat lalu apabila bas Penjara Kluang menanti di pekarangan sekolah kerana sebelum itu diberitahu mengikuti kem motivasi anjuran syarikat perunding di Kluang. 

Katanya, sebaik sampai di penjara terbabit beliau bersama 32 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4, diarah menyerahkan semua barangan peribadi termasuk telefon bimbit serta pakaian sebelum rambut mereka digunting pendek dan diarah memakai baju lokap. 
“Pada malam itu, kami mengikuti kursus motivasi sebelum diberitahu akan melihat sendiri banduan dalam penjara pada pagi esoknya (Sabtu). Bagaimanapun, pada pagi Sabtu kami dibahagikan lima orang dalam satu kumpulan sebelum dimasukkan ke dalam bilik dan dipukul dengan cota, dicekik serta pelbagai lagi kekasaran dilakukan wadar yang menjalankan program ini,” katanya. 

Mohd Rafsanjani berkata, sepanjang malam, mereka hanya tidur tiga jam, selain diberikan makanan seperti banduan hingga menyebabkan ada pelajar menangis kerana tidak tahan dengan tindakan wadar penjara itu. 

‘Biar Tuhan balas dosa peragut’


MAIMUNAH menemani Maleha yang dirawat  di Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas terbabit kemalangan di Jalan Kamarudin,  ketika  mengejar peragut beg tangannya, kelmarin.
MAIMUNAH menemani Maleha yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas terbabit kemalangan di Jalan Kamarudin, ketika mengejar peragut beg tangannya, kelmarin.

KUALA TERENGGANU: Bagi Maimunah Salim, 47, dari Flet Seri Kolam di sini, sambutan Ramadan tahun ini suram kerana dua anak gadisnya cedera dengan seorang daripadanya koma selepas terbabit kemalangan di Jalan Kamarudin, dipercayai ketika mengejar peragut beg tangannya, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, dua beradik berkenaan, Maleha Malik, 25, dan adiknya Maizatul Akmal, 22, menunggang motosikal ke Kompleks Seri Iman di Jalan Sultan Muhammad mengambil wang dana bakti remaja. Sebaik tiba di persimpangan Jalan Kamarudin, seorang penunggang motosikal dikatakan meragut beg tangan Maleha dan mereka mengejar peragut itu tetapi terbabit kemalangan tidak jauh dari situ.
Maimunah berkata, anaknya kemudian dihantar orang ramai ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Sehubungan itu, Maimunah berkata, beliau berharap orang ramai yang melihat kejadian itu tampil membantu siasatan kerana mahu peragut anaknya diadili.

“Saya tak maafkan peragut itu, biar Tuhan membalas dosanya. Melihat keadaan kedua-dua anak, saya tidak yakin mereka dapat menyambut Aidilfitri tahun ini,” katanya.
http://www.bharian.com.my

8 pegawai imigresen bebas ISA


Tiga dibebas semalam, lima lagi dilepas secara berperingkat: Hishammuddin 


PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) membebaskan lapan pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 pada Oktober lalu secara berperingkat mulai hari ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata tiga daripada mereka ditahan antara 10 dan 12 Oktober lalu dibebaskan hari ini, manakala lima lagi dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata, pembebasan itu dilakukan selepas KDN mendapati mereka memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis, menunjukkan kesedaran dan keinsafan atas kesilapan yang dilakukan serta berjanji untuk tidak mengulanginya.

“Penahanan mereka sebelum ini mengikut ISA dibuat selaras dengan pendirian kerajaan untuk mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini sekali gus membolehkan siasatan lanjut dan menyeluruh dibuat khususnya terhadap kegiatan sindiket penyeludupan warga asing dan urusan keluar dan masuk dari negara ini. 

“Tindakan ini juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk membuktikan kepada masyarakat di negara ini dan antarabangsa bahawa Malaysia amat komited dalam memerangi aktiviti penyeludupan manusia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. 

Pada masa sama, Hishammuddin mengingatkan pegawai kerajaan yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan pintu masuk negara, agar melaksanakan tugas dan tanggungjawab penuh amanah. 
“Jangan sesekali bertindak mengkhianati negara ini semata-mata ingin mengejar kemewahan hidup. Tidak ada tolak-ansur ke atas mereka yang mengkhianati amanah negara,” katanya. 

Mengenai pengusiran dua pemimpin serta pengasas kumpulan pemisah Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan seorang anggota Jemaah Islamiah (JI) yang juga ditahan mengikut ISA, beliau berkata ia dilakukan selepas kerajaan berpuas hati dengan hasil siasatan polis. 

Hishammuddin berkata, kes pertama membabitkan rakyat Sri Lanka, M Thirugnanasampandar, 37, yang ditahan pada 12 Jun 2011 di Kuala Lumpur. 

Lelaki terbabit adalah militan LTTE dan paling dikehendaki serta menjadi buruan Kerajaan Sri Lanka. 

“Kes kedua pula membabitkan warga negara Indonesia, Agus Salim, 34, yang juga anggota kanan JI. Dia ditahan pada 6 Jun lalu kerana dipercayai membantu menyeludup keluar seorang pengganas yang amat dikehendaki oleh Kerajaan Singapura iaitu Mas Selamat Kastari yang ketika itu bersembunyi di Johor. 

”Gerak kerja untuk menyeludup keluar Mas Selamat adalah menerusi jalan haram yang didalangi oleh sindiket penyeludupan manusia,” katanya. 

Beliau berkata, Agus pernah ditangkap sebelum ini iaitu pada 1 Mac 2009 dan sudah pun diusir ke Indonesia pada 27 April 2009. 

Bagaimanapun, berdasarkan hasil siasatan dan pemantauan yang rapi oleh pihak berkuasa termasuk Jabatan Imigresen, Agus menyusup masuk semula ke negara ini pada hujung tahun lalu dengan menggunakan identiti yang baru. 

“Beliau menggunakan pasport Indonesia dengan nama Abdul Halim. Pihak berkuasa berjaya mengesan pergerakan Agus berdasarkan rekod biometrik yang sudah digunakan sepenuhnya,” katanya. 
http://www.bharian.com.m

Kutuk di Facebook undang padah

Lelaki maut dibelasah abang kenalan wanita 

KULIM: Akibat mengutuk hal peribadi keluarga kenalan wanitanya melalui laman sosial Facebook, seorang lelaki dibelasah hingga mati menggunakan topi keledar oleh dua lelaki yang dipercayai abang wanita itu.

Mangsa, Mohd Amran Romli, 20, dimasukkan ke Hospital Kulim selepas kejadian jam 8 malam, Jumaat lalu, di Taman Tiram, Lunas dekat sini, dan disahkan mati akibat pendarahan dalaman kepala, kelmarin.
Mohd Amran dikatakan diserang dua lelaki iaitu abang kepada kenalan wanitanya, masing-masing berusia 25 dan 26 tahun di belakang sebuah pasar raya di taman itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata dalam pergaduhan itu kepala mangsa dihentak dengan kuat menggunakan topi keledar oleh suspek, menyebabkannya pengsan dan dikejarkan ke Hospital Kulim.

“Mangsa mengenali wanita itu melalui Facebook, tetapi selepas berhubung melalui laman berkenaan beberapa lama, hubungan mereka mula menghadapi masalah.

“Sejak itu mangsa dikatakan sering mengganggu kenalan wanitanya melalui Facebook, selain turut mengutuk hal peribadi keluarganya. Wanita itu kemudian mengadu perbuatan mangsa kepada dua abangnya.
“Sebaik mengetahui hal itu, abang wanita terbabit merancang satu perjumpaan dengan mangsa di belakang sebuah pasar raya untuk menyelesaikan masalah itu.
Bagaimanapun, berlaku pertengkaran dan mangsa dihentak dengan topi keledar sebelum pengsan,” katanya ketika di hubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia petang kelmarin akibat perdarahan di kepala.

Kedua-dua suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
http://www.bharian.com.my

Mubarak, anak dibicara esok



Foto
PENUNJUK perasaan anti-Mubarak memegang sepanduk dalam bahasa Arab bermaksud ‘Awas, Revolusi Berpatah Balik’ ketika menyertai protes baru di Medan Tahrir menuntut Mubarak dan pegawai rejimnya segera dibicara.
Hukuman mati jika sabit dakwaan

KAHERAH: Bekas pemimpin Mesir yang dijatuhkan, Hosni Mubarak bakal dibicarakan mulai esok bersama dua anaknya, Gamal dan Alaa, selain ketua keselamatan, Habib Al Adly dan enam pegawai kanan polis dalam prosiding yang disiarkan secara langsung oleh televisyen.
Mubarak, Habib Al Adly dan enam pegawai polis itu boleh dihukum mati jika sabit kesalahan atas tuduhan mengarahkan kekerasan ke atas penunjuk perasaan yang memberontak selama 18 hari di Mesir.
Seramai 850 penunjuk perasaan dibunuh ketika mengambil bahagian dalam protes berkenaan. Gamal dan Alaa juga dibicarakan bersama bapa mereka dan seorang sekutu rapat atas tuduhan rasuah.

Jika Mubarak hadir, beliau akan berdepan 600 orang, termasuk sanak saudara mangsa yang maut dalam protes itu, Februari lalu.

Aktivis percaya, kesihatan Mubarak sengaja digunakan bagi menangguhkan prosiding dan mereka menuduh Majlis Tentera yang memerintah sengaja melambat-lambatkan pendakwaan ke atas bekas pemimpin itu dan tertuduh lain.

Pengerusi majlis yang juga seorang jeneral kanan adalah Menteri Pertahanan ketika pemerintahan Mubarak.
Bagi mengelak krisis baru meletus, Ketua Pendakwa Raya, Abdel-Meguid Mahmoud sudah memohon supaya pihak berkuasa membawa Mubarak ke muka pengadilan.

Menteri Dalam Negeri, Mansour el-Issawi menerima permintaan Ketua Pendakwa Raya memintanya memastikan bekas Presiden Hosni Mubarak dihadapkan ke mahkamah pada 3 Ogos, menurut kenyataan agensi berita kelmarin.

Selain itu, hakim yang akan mengendalikan prosiding juga berazam supaya proses perbicaraan diadakan dengan lancar dan pantas.

Hakim Ahmad Rifaat memberitahu sidang media, beliau akan membenarkan beratus-ratus orang menghadiri perbicaraan itu di akademi polis nasional negara itu di pinggir Kaherah.

“Perbicaraan itu yang diadakan di sebuah pusat konvensyen di tengah ibu kota ini dipindah ke akademi polis terbabit,” kata Ketua Mahkamah Rayuan Kaherah, Sabtu lalu.

Perubahan itu jelas dikaitkan dengan kebimbangan berhubung tahap keselamatan ketika perbicaraan pemimpin disingkir berkenaan supaya keadaan terkawal ketika perbicaraan.

Bantahan sekali lagi memuncak baru-baru ini selepas rakyat Mesir menuntut Majlis Tertinggi yang memerintah melakukan perubahan lebih pantas menerusi pendakwaan terhadap Mubarak dan bekas pegawai rejim.

Akademi polis itu terletak di Kaherah Baru, sebuah daerah di pinggir timur ibu kota ini yang kini tidak mempunyai penduduk padat seperti kawasan di sekitar pusat konvensyen.

Perubahan tempat itu diumumkan Hakim Al Sayed Abdul Aziz Omar sejajar dengan undang-undang yang memberikannya kuasa memutuskan lokasi perbicaraan. – AP
http://www.bharian.com.my

136 mati ditembak tentera Syria


IMEJ yang dimuat naik daripada Youtube menunjukkan rakyat Syria berlindung daripada tembakan meriam dan mesingan tentera negara itu di ibu kota Hama, awal hari ini. Lebih 140 orang awam terbunuh susulan serangan yang dilancarkan pihak tentera Syria. - FOTO AFP/ YOUTUBE


DAMSYIK: Tentera Syria membunuh 136 orang sejak kelmarin apabila askar menyerbu tempat bantahan utama di bandar Hama yang berterusan hingga hari pertama Ramadan dengan angka korban diramal meningkat. 
“Seratus orang awam terbunuh Ahad lalu apabila pasukan keselamatan yang bersama tentera melepaskan tembakan ketika menyerbu bandar itu,” dakwa Abdel Karim Rihawi, ketua Liga Syria untuk Pertahanan Hak Asasi Manusia.

Rihawi mendakwa, lima yang lain terbunuh di bandar tengah Homs dan tiga lagi di wilayah barat laut Idlib apabila pasukan keselamatan menembak penunjuk perasaan yang berhimpun.
Ketua Organisasi Nasional untuk Hak Asasi Manusia, Ammar Qorabi, pula meletakkan angka kematian di Hama kepada 95 orang dengan sekurang-kurangnya 47 orang terkorban di dalam dan sekitar bandar tengah itu.

“Bilangan yang cedera sangat ramai dan hospital tidak mampu menampung mereka terutama kerana kekurangan peralatan rawatan,” katanya sambil memetik sumber hospital di Hama.

Abdel Rahman berkata, tindakan keras ke atas Hama muncul apabila lebih 500,000 orang berhimpun di bandar itu Jumaat lalu selepas solat dengan seorang ulama memberitahu jemaah ‘rejim pemerintah perlu diusir.’

Aktivis melaporkan 19 lagi kematian di Deir Ezzor, hub utama pengeluaran gas dan minyak di timur, yang menjadi pusat perhimpunan untuk bantahan bersama Hama.
Selain Deir Ezzor, enam lagi maut di Herak di selatan dan seorang di Al-Bukamal di timur, kata Qorabi, menambah kebanyakan tembakan di Deir Ezzor “mengenai kepala dan leher” oleh penembak curi.

Sementara itu Abdel Rahman memberitahu, penunjuk perasaan membakar 24 kapal pengangkut tentera di rantau barat Masrib di Deir Ezzor.

“Mereka membaling bom api ke arah konvoi tentera dan membakar 24 pengangkut askar untuk menghalangnya mara ke Deir Ezzor,” katanya lagi.

Aktivis menyifatkan tindakan tentera sebagai satu hari paling dahsyat di Syria sejak penunjuk perasaan kali pertama mula berarak 15 Mac lalu bagi menuntut perubahan demokratik sebelum memarahi pemerintah dan menggesa penyingkirannya.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan pemimpin Eropah mengutuk tindakan keras itu ketika Jerman dan Itali menggesa satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Satu mesyuarat mungkin diadakan semalam. Namun tindakan itu kemungkinan membuka semula pengalaman pahit Majlis Keselamatan yang belum berupaya mencapai persetujuan walaupun dalam satu kenyataan berhubung tindakan keras Presiden Bashar al-Assad ke atas pembangkang.

“Ia adalah satu daripada hari paling dahsyat” sejak bantahan meletus, kata Rami Abdel Rahman, ketua Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berpusat di Britain. –AFP
http://www.bharian.com.my

Iran bakal hukum warga AS

TEHRAN: Mahkamah Iran akan mengumumkan hukuman ke atas dua rakyat Amerika Syarikat dalam tempoh seminggu selepas mereka dipenjarakan pihak berkuasa atas tuduhan melakukan perisikan sekali gus memusnahkan harapan untuk dibebaskan. 
Shane Bauer dan Josh Fattal, kedua-duanya 29 tahun, ditahan di penjara Evin di sini selepas mereka ditahan di sempadan dengan Iraq genap dua tahun lalu kelmarin.

Kes itu menambah ketegangan di antara Amerika Syarikat dan Iran yang sudah berada di kemuncak berhubung isu program nuklear Tehran.
Peguam rakyat Amerika itu, Masoud Shafiei, berharap sesi akhir mahkamah kelmarin akan memberi keputusan pembebasan segera mereka kerana ia bertepatan dengan ulang tahun kedua penahanan mereka dan hampir dengan permulaan bulan suci Ramadan, apabila pengampunan biasa diumumkan. 

Shafiei berkata, beliau dan dua rakyat Amerika itu membuat hujah penutup dalam pembelaan mereka dan mahkamah membuat pengumuman pada penghujung perbicaraan. 
“Hakim berkata mahkamah akan umumkan keputusan mengenai anak guam saya dalam tempoh seminggu,” kata Shafiei. 

Katanya beliau berharap, jika didapati bersalah, hukuman penjara yang dijalani diambil kira dan dua tertuduh dibebaskan. 
Tunang Bauer, Sarah Shourd, ditahan bersama mereka pada 31 Julai 2009, namun dibebaskan September tahun lalu dengan jaminan AS$500,000 (RM1.47 juta). Dia tidak kembali ke Iran untuk baki perbicaraan, namun Shafiei berkata beliau membentangkan pembelaan bagi pihaknya kelmarin. 

Rakyat Amerika itu menafikan tuduhan ke atas mereka dan berkata hanya mendaki sebuah kawasan dengan pemandangan cantik dan tenang di utara Iraq berhampiran sempadan Iran. 

Ketika kawasan lain Iraq terus bermasalah akibat keganasan, rantau autonomi Kurdis menarik pelancong sejak beberapa tahun lalu, termasuk pelancong asing ke pergunungan indahnya. 

Dalam satu temuramah telefon Sabtu lalu, Shafiei melahirkan harapan bahawa Bauer dan Fattal dapat dibebaskan segera. Satu tanda positif, katanya, ialah Shourd tidak dipanggil untuk hadir dalam sesi perbicaraan akhir seperti perbicaraan sebelumnya. – APhttp://www.bharian.com.my

Buta akibat bisul lambat dirawat



MATA kanan Nur Natashah buta akibat bisul.


GOMBAK – Seorang kanak-kanak, Putri Nur Natashah Mirsha Muhammad Amin, 6, yang pada mulanya hanya didakwa mengalami bengkak akibat gigitan nyamuk mengalami nasib malang apabila mata kanannya kini buta.
Ibu kanak-kanak itu, Nurul Huda Ahmad, 28, berkata, keadaan bengkak pada mata Nur Natashah pada mulanya dikesan ketika dia berusia dua tahun tiga bulan iaitu pada tahun 2008.
Selepas bengkak tersebut semakin membesar, anaknya dibawa ke Hospital Selayang pada 12 Mac 2008 untuk menjalani rawatan namun, Bahagian Kecemasan di hospital tersebut memberitahu, bengkak yang berlaku berpunca daripada kesan gigitan nyamuk.
“Mereka kata tiada apa yang harus dirisaukan walaupun ketika itu anak saya meronta-ronta kesakitan,” ujarnya kepada Kosmo! di rumahnya di Selayang Baru di sini semalam.
Bagaimanapun, pada petang hari yang sama, Nurul Huda datang semula ke Hospital Selayang membawa anaknya kesakitan tetapi dia masih dimaklumkan perkara yang sama.
“Tidak puas hati dengan alasan gigitan nyamuk yang diberi doktor di Hospital Selayang saya kemudian membawa anak saya ke sebuah klinik di Selayang dua hari kemudian dan doktor di klinik itu mengesahkan bahawa ia bisul dan memberi surat rujukan ke Hospital Selayang untuk membuat pembedahan membuang nanah,” ujarnya.
Menurut Nurul Huda, ketika itu, mata anaknya sudah tersembul keluar dan keadaan di sekeliling matanya juga membengkak.

15 penghuni banglo kena samun



inilah rumah banglo yang dipecah masuk enam lelaki berparang di Taman Bertam
Jaya, Melaka kelmarin.


MELAKA – Seramai 15 pekerja kontraktor besi termasuk majikan mereka yang menghuni sebuah banglo di Taman Bertam Jaya di sini berputih mata apabila disamun enam lelaki bersenjata parang kelmarin.
Dalam kejadian pukul 9 malam itu, keenam-enam suspek telah bertindak mengikat kesemua mangsa di dalam rumah tersebut sebelum menggeledah barang-barang berharga dan wang tunai.
Jurucakap polis memberitahu, kejadian bermula apabila salah seorang suspek menyamar dengan bertanyakan sesuatu kepada penghuni rumah berkenaan sebelum bertindak menyerbu masuk ke dalam rumah itu ketika pintu dibuka.
“Kesemua 15 mangsa yang berada di dalam rumah berkenaan terpaksa akur dengan arahan suspek supaya tidak melawan kerana telah diugut menggunakan parang.
“Ekoran situasi itu, suspek mengambil peluang melarikan wang tunai, barang kemas dan sebuah televisyen yang kesemuanya bernilai kira-kira RM30,000,” kata jurucakap polis itu semalam.
Lebih malang apabila suspek yang menaiki sebuah kereta turut melarikan kereta Toyota Camry milik majikan kepada mangsa itu.
“Kesemua mangsa membuka sendiri ikatan dan membuat laporan di Balai Polis Bertam Jaya di sini,” kata jurucakap polis itu lagi.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah yang mengesahkan kejadian itu memberitahu, pihaknya belum dapat mengenal pasti latar belakang suspek dan siasatan lanjut mengenai kejadian masih lagi dijalankan.

Rumah hangus sebelum buka puasa



SITI AZLINA sambil memeluk anaknya, Mohd. Amar hiba memandang sayu sebahagian daripada juadah berbuka puasa yang tidak terjejas setelah rumahnya hangus dalam satu kebakaran di Kampung Chica, Kubang Kerian, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Ketika umat Islam lain sedang menghitung waktu untuk menikmati juadah berbuka puasa pada hari pertama Ramadan, satu keluarga di Kampung Chicha di sini berduka selepas rumah mereka terbakar petang semalam.
Lebih menyedihkan dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, keluarga tersebut tinggal sehelai sepinggang apabila api marak dengan cepat menyebabkan mereka gagal menyelamatkan barangan yang ada di dalam rumah tersebut.
Mangsa, Siti Azlina Muhamed, 29, memberitahu sebelum kejadian dia sempat memasak lauk untuk dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa bersama keluarga.
"Hari ini saya masak dua jenis lauk iaitu ayam pedas dan singgang daging dan selepas siap menyediakan lauk itu, saya bersiap untuk ke tempat kerja.
"Saya keluar rumah kira-kira pukul 3 petang. Sejam kemudian suami saya Mohd. Nazir Abdullah, 34, datang ke tempat kerja dan membawa saya pulang tanpa sempat saya bertanya apa-apa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Tambahnya, sebaik sahaja sampai di rumah, dia terkejut apabila melihat rumah pusaka peninggalan orang tuanya yang didiaminya itu hangus terbakar.
Selain dia, rumah tersebut turut dihuni 13 ahli keluarga termasuk anak-anak serta adik beradiknya. Semasa kejadian, semua berada di rumah kecuali Siti Azlina dan seorang adiknya.
"Mereka hanya sempat menyelamatkan diri dan tidak sempat untuk menyelamatkan barang-barang yang ada di dalam rumah kerana api marak dengan cepat.
"Begitupun, saya bersyukur kerana tiada anggota keluarga kami yang cedera dan kami terima ini sebagai dugaan di bulan penuh berkat ini," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Pegawai Kanan Bomba II Yazulia Yahya ketika dihubungi berkata, api berjaya dikawal dalam tempoh 20 minit dan punca kejadian serta kerugian masih disiasat," katanya.