Pages

Sunday, June 17, 2012

Robot peneman sebelum ajal

Robot peneman sebelum ajal
Robot dicipta sebagai rakan sokongan yang boleh memberi kata-kata semangat sebelum pesakit menemui ajal.
RHODE ISLAND - Pesakit yang bakal menemui ajal atau sakit tanpa waris di sisi, kini tidak lagi keseorangan selepas sebuah robot dicipta sebagai rakan sokongan yang boleh memberi kata-kata
semangat.

Graduan dari Kolej Rekabentuk Rhode Island, Amerika Syarikat, Dan Chen berkata, rekaan ini dibuat bagi memberi motivasi kepada pesakit yang tidak mempunyai waris ketika berada di hospital.

“Rekaan ini juga boleh memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya mempunyai hubungan sosial dan keluarga ketika hidup,” katanya.

Menurutnya, selepas doktor meninggalkan pesakit yang tiada harapan secara berseorangan, peranti robot ini akan diaktifkan.

“Robot ini akan membelai lengan pesakit sambil mengeluarkan audio dengan kata-kata sokongan bagi memberi keselesaan di saat akhir kehidupan seseorang, “ katanya.

10,000 spesies bakteria dalam tubuh manusia sihat

Bakteria dalam mulut boleh membunuh
$entry.content.caption.value
WASHINGTON - Percaya atau tidak terdapat lebih 10,000 spesies bakteria hidup di dalam tubuh manusia sihat.

Seorang penyelidik dari Universiti Washington di St Louis, Amerika Syarikat, Dr Phillip Tarr membuktikan, bakteria itu hidup pada kulit, usus, hidung dan beberapa bahagian lain dalam anggota badan manusia.

"Saintis membuktikan badan sihat berupaya berkongsi hidup dengan berpuluh ribu bakteria dan kulat dalam satu masa.

"Kebanyakan organisma ini berfungsi sebagai mengekalkan kesihatan manusia bersama tindak balas positif daripada air di dalam badan manusia," katanya.

Kajian bernilai AS$173 juta(RM547 juta) ini telah dibiayai oleh Institut Kesihatan Amerika Syarikat dengan melibatkan lebih 200 orang pelbagai peringkat usia.

UNTUK MEMELIHARA AKIDAH

♥ UNTUK MEMELIHARA AKIDAH ♥

1. Menghadiri majlis ilmu.

2. Jauhi maksiat.

3. Melaksanakan suruhan Allah seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain.

4. Membaca dan memahami al-Quran.

5. Membaca buku-buku atau majalh-majalah yang menambah iman dan takwa.

6. Jangan berkawan dengan orang yang lalai dan sesat.

7. Menziarahi orang-orang soleh.

8. Melakukan solat-solat sunat yang disarankan oleh Nabi s.a.w.

9. Berthajjud.

10. Berfikir tentang ciptaan Allah, kebinasaan dunia dan hal-hal akhirat.

11. Mengujudkan suasana iman dan takwa dalam rumahtngga.

12. Mengamalkan doa pagi dan petang. Contohnya Ma'thurat.

13. Mengamalkan nasihat-menasihati kepada keimanan dan ketakwaan.malkan doa pagi dan pet

Dari Majalah Al-Ustaz Isu Perdana

http://msg-cyber.blogspot.com/2012/05/untuk-memelihara-akidah.html

Cinta Akhirat (Habbul Akhirat) vs Cinta Dunia (Hubbud Dunya)

Cinta Akhirat (Habbul Akhirat) vs Cinta Dunia (Hubbud Dunya)

Cinta Akhirat (Habbul Akhirat)

Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang menjadikan akhirat harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan dating kepadanya dalam keadaan menyerah diri. Tetapi siapa yang dunia menjadi harapanya, Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan dating kepadanya kecuali sekadar apa yang telah ditetapkan baginya.” (Riwayat al-Tirmizi).

Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya. Dan sesiapa yang menghendaki keuntungan di dunia kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” (Surah al-Syura 42: 20)

Mereka yang cinta akhirat diberi kemudahan menikmati dunia. Firman Allah yang bermaksud:

“Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu. Maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki-Nya. Dan Hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan. (Surah al-Mulk 67:15)

Untung Cinta Akhirat


1. Siapa yang beramal untuk akhiratnya, Allah akan mencukupkan dunianya.

2. Siapa yang memperbaiki hubungan antara dirinya dengan Allah, Allah akan memperbaiki hubungan dirinya dengan manusia yang lain.

3. Siapa yang memperbaiki keadaan batinnya Allah alkan memperbaiki keadaan zahirnya.

4. Siapa menjadikan aktivitinya untuk akhirat, maka tidak akan terlewat satu hari pun melainkan dia akan kembali.

Orang Yang Ingat Akhirat

· Tidak melihat urusan dunia kecuali dia akan mengaitkan dengan akhirat.

· Tidak berkumpul dengan keluarganya kecuali membayangkan akan berkumpul bersama penduduk syurga.

· Tidak mengenakan pakaian kecuali teringat akan pakai sutera milik penghuni syurga,

· Tidak menyeberangi sebuah jambatan kecuali teringat akan titian sirat di atas neraka.

· Tidak mendengar suara yang kuat melainkan mengingatkannya akan tiupan sangka kala.

· Tidak pernah berbicara tentang sesuatu perkara, melainkan ada kaitannya dengan akhirat.

Cinta Dunia (Hubbud Dunya)

Al-Imam Hasan al-Basri r.hm berkata: “Tidaklah aku berasa pelik terhadap sesuatu seperti yang kurasai ke atas orang yang tidak menganggap cinta dunia sebahagian daripada dosa besar. Demi Allah! Sungguh orang yang mencintainya benar-benar termasuk dosa yang terbesar. Dan tidaklah dosa-dosa menjadi bercabang-cabang melainkan cinta dunia. Bukankah punca menyembah patung serta menderhakai al-Rahman adalah kerana cinta dunia dan lebih mengutamakannya?” (Mawa’izh al-Imam Hasan al-Bashri, hal. 138)

Al-Imam Sufyan al-Tsauri r.hm. berkata: “Telah sampai kepadaku bahawasanya akan dating satu masa kepada umat manusia di mana pada masa itu semua hati-hati manusia dipenuhi pleh kecintaan terhadap dunia, sehingga hati-hati tersebut tidak dapat dimasuki rasa takut terhadap Allah s.w.t. Dan itu dapat engkau ketahui apabila engkau telah memenuhi sebuah bakul kulit dengan sesuatu hingga penuh, kemudian engkau cuba memasukkan barang lain kedalamnya namun engkau tidak mendapati ruang untuknya lagi.

Beliau berkata lagi: “Sesungguhnya aku benar-benar dapat mengenali kecintaan seseorang terhadap dunia berdasarkan cara penghormatannya terhadap ahli dunia.” (Mawa’izh al-Imam Sufyan al-Tsauri, hal. 120)

Sifat orang-orang Cinta Dunia.

1. Tamak terhadap sesuatu.
2. Tidak member peluang kepada orang lain.
3. Suka salahkan orang apabila gagal.
4. Menghalalkan segala cara dalam mencari rezeki.
5. Sibuk dengan urusan dunia hingga lupakan akhirat.
6. Tidak memiliki pendirian yang kuat dalam mencari kebenaran.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 18.

http://msg-cyber.blogspot.com/2011/07/cinta-akhirat-habbul-akhirat-vs-cinta.html

3 GOLONGAN MANUSIA

3 GOLONGAN MANUSIA 

Manusia terbahagi kepada tiga golongan iaitu:

✔ Hidup demi dunia semata-mata

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Dan tentu mereka akan mengatakan (pula): ‘Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia ini sahaja, dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan.’”
(Surah al-An’am 6: 29)

Golongan ini ialah golongan yang kufur dengan nikmat Allah dan mengingkari hari kebangkitan.

✔ Golongan yang percaya kewujudan akhirat namun…

Namun mereka tidak berusaha kea rah mencapai kebahagiaan “disana”. Mereka selamba bersuka ria dan berhibur di dunia tanpa berusaha gigih untuk menggapai kebahagiaan di akhirat.

✔ Golong yang menganggap dunia ini ladang akhirat.

Mereka menanam disini untuk menuai di akhirat kelak. 

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampong akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?”
(Surah al-An’am 6: 32)

DI MANA agaknya kita? 
Tepuk dada Tanya iman. 

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 33.

http://msg-cyber.blogspot.com/2011/07/3-golongan-manusia.html

ILMU lebih baik daripada HARTA

ILMU lebih baik daripada HARTA

✔ Ilmu diwariskan oleh para Nabi dan harta diwariskan oleh Qarun dan Firaun.

✔ Ilmu akan bertambah apabila digunakan manakala harta kekayaan akan makin berkurang apabila dibelanjakan, kecuali harta yang dimanfaatkan pada jalan Allah. 

✔ Ilmu akan melindungi pemiliknya manakala harta perlukan perlindungan pemiliknya. 

✔ Ilmu dan harta dimiliki oleh orang yang beriman dan orang yang tidak beriman, manakala ilmu yang membawa kepada kenal dan takut Allah hanya dimiliki oleh orang-orang yang beriman. 

✔ Ilmu dan amal akan membantu pemiliknya meniti sirat. 

✔ Manusia sentiasa memerlukan alim ulama yang boleh menunjukkan jalan yang lurus, manakala orang kaya tidak selalunya diperlukan oleh masyarat. 

✔ Ilmu yang dimanfaatkan (amal jariah) dapat menemani hingga ke liang lahad, harta pula akan segera berpisah daripada si empunya setelah roh terpisah dari badan.

Dari Majalah Solusi keluaran Isu 18.

http://msg-cyber.blogspot.com/2011/07/ilmu-lebih-baik-daripada-harta.html

KELEBIHAN SURAH AL-MULK

KELEBIHAN SURAH AL-MULK

Daripada Ibn Abbas, beliau berkata kepada seorang lelaki: 

Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith yang akan menggembirakan kamu? Lelaki itu menjawab: Bahkan. 

Katanya: Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi al-mulk (surah al-Mulk ) , dan ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini ...adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi, pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah supaya mneyelamatkan
pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya daripada azab kubur. 

Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka surah ini berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku..

FADHILAT & KHASIAT SURAH AL-WAQIAH

~~FADHILAT & KHASIAT SURAH AL-WAQIAH~~

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.


Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.

Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.

1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.

Rasulullah SAW bersabda:

Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.

“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

2. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Khasiat Surah Al-Waqiah
Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:

1. Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.

2. Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

3. Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.

4. Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

5. Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

6. Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:

•Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
•Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
•Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
•Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
•Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
•Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
7. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”

8. Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

~Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas~

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya; Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya.

1. Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).

2. Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.

3. Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.

Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.

Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.

SubhanAllah~

PERISTIWA SYAABAN

~PERISTIWA SYAABAN~~

Bulan Syaaban merupakan antara bulan-bulan yang istimewa bagi umat Islam. Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang mukminin serta mukhlisin. Begitu banyak hadis-hadis Rasulullah S.A.W yang menceritakan mengenai kelebihan bulan yang mulia ini. Antaranya sabda Rasulullah S.A.W yang masyur adalah

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya'aban. Sabda Nabi s.a.w “Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmini rohani).

Peristiwa Penting Di Bulan Syaaban

Antara peristiwa penting di dalam bulan Syaaban adalah

1) Malam Nisfu Syaaban

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !" Kata saya (Nabi Muhammad) :

"Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

2)Pertukaran Arah Kiblat

Allah swt telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara' bin Azib maksudnya: "Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmaqdis selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar.

Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah. Maksudnya: Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ''Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ''Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.

Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah swt untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah yang dikabulkan oleh Allah swt. Ini kerana Rasulullah sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.

3) Peperangan Zat Al-Riqa

Peristiwa peperangan Zat Al-Riqa tercetus akibat pengkhianatan di kalangan kabilah-kabilah Nadj terhadap kaum Muslimin. Tragedi ini telah mengorbankan sehingga 70 orang kaum muslimin.

Peperangan ini dinamakan Zat Al-Riqa (peperangan yang bertampung) oleh kerana tentera Islam pada ketika itu ramai yang telah pecah tapak kaki ketika dalam perjalanan.


Daripada Abi Musa Al-Asya'ari R.A katanya : "Kami telah keluar bersama-sama Rasulullah S.A.W di satu peperangan kami berenam orang bergilir-gilir menunggang seekor unta". Tambanya lagi "Kami berjalan hingga pecah tapak kaki kami. Tapakku sendiri pun pecah, kukuku luruh, kami membalut kaki kami dengan kain buruk. (Riwayat Bukhari dan Muslim)


4) Peperangan Bani Al-Mustaliq

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.

Fadhilat Bulan Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W di mana baginda akan lebih banyak berpuasa. Oleh itu, amatlah baik bagi kita sebagai umat Islam memperbanyakkan amalan, selain menjadi satu medan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan

Antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Sya'ban adalah :

1) Memperbanyakkan Puasa Sunat


Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina 'Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya'ban.

( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya )

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2) Bertaubat dan beristighfar

Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika.

3)Memperbanyakkan Zikir dan Berdoa

Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah dan membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya.

4)Memperbanyakkan amalan baik dan istiqomah melakukannya

Baginda S.A.W juga menggalakkan kita agar di dalam melakukan sesuatu yang baik terutama dalam ibadat khusus seperti solat sunat, puasa sunat dan sedekah maka ia mestilah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit. Ini kerana istiqomah dalam melakukan amalan kebaikan akan mendatangkan perasaan untuk menghisab dan menghitung diri sendiri secara berterusan akhirnya melahirkan individu yang sentiasa mengingati Allah


SubhanAllah~