Pages

Monday, June 4, 2012

Gempa bumi lemah di Kunak, Sabah

myMetro | Gempa bumi lemah di Kunak, Sabah: "KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 pada skala Richter berlaku di Kunak, Sabah pada jam 2.36 petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak di Km 22 selatan Kunak.
Gegaran turut dirasai di Semporna dan Tawau. - Bernama"

'via Blog this'

153 dikhuatiri terbunuh pesawat terhempas di Lagos

FotoFotoFotoBerita Harian Online | 153 dikhuatiri terbunuh pesawat terhempas di Lagos: "LAGOS: Sebuah pesawat membawa 153 penumpang terhempas di kawasan kediaman di Lagos, bandar terbesar Nigeria, awal pagi tadi, dengan semua penumpang di dalamnya dikhuatiri terbunuh.

Seorang anggota pasukan penyelamat berkata, beliau percaya sejumlah besar mayat yang dibawa keluar dan terbunuh adalah di kalangan mereka yang berada di lokasi kejadian berbanding penumpang pesawat itu.
Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan negara itu berkata, pesawat Boeing MD8 milik Dana Air terbabit melanggar dua bangunan iaitu sebuah gereja dan bangunan kediaman dua tingkat.
Foto“Pesawat itu sedang terbakar ketika ini dan asap kelihatan di sekitar kawasan kejadian,” katanya di sini, hari ini"

Foto'via Blog this'

Gempa bumi bermagnitud 6.6 gegar Panama

Berita Harian Online | Gempa bumi bermagnitud 6.6 gegar Panama: "PANAMA: Gempa bumi bermagnitud 6.6 menggegarkan pesisir pantai Pasifik Panama hari ini, tetapi tidak amaran ancaman tsunami dikeluarkan susulan kejadian itu.

Jabatan Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, ia yang berlaku jam 6.45 pagi dikesan pada pusat gempa 370 kilometer (km) selatan David, di sini dengan catatan kedalaman 10.5 km.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, susulan kejadian itu tiada ancaman tsunami dikeluarkan. - Reuters"

'via Blog this'

Penduduk Indonesia hisap 225 bilion rokok

Penduduk Indonesia hisap 225 bilion rokok - Global - Sinar Harian: "JAKARTA - Seramai 65 juta rakyat Indonesia menghabiskan 100 trilion Rupiah (RM33.22 bilion) sematamata untuk membeli 225 bilion batang rokok pada setiap tahun.

Menurut Persatuan Doktor Indonesia (IDI), jumlah perokok di negara itu meningkat 0.9 peratus setiap tahun bermula 2000 dan 2008. Difahamkan, jumlah perokok bawah umur yang berumur antara 15 dan 19 tahun turut menunjukkan peningkatan 19 peratus pada 2010 berbanding tujuh peratus pada 1995.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini melaporkan, jumlah perokok di Indonesia adalah paling ramai di dunia selepas China dan India."

'via Blog this'

Penduduk Indonesia hisap 225 bilion rokok

Penduduk Indonesia hisap 225 bilion rokok - Global - Sinar Harian: "JAKARTA - Seramai 65 juta rakyat Indonesia menghabiskan 100 trilion Rupiah (RM33.22 bilion) sematamata untuk membeli 225 bilion batang rokok pada setiap tahun.

Menurut Persatuan Doktor Indonesia (IDI), jumlah perokok di negara itu meningkat 0.9 peratus setiap tahun bermula 2000 dan 2008. Difahamkan, jumlah perokok bawah umur yang berumur antara 15 dan 19 tahun turut menunjukkan peningkatan 19 peratus pada 2010 berbanding tujuh peratus pada 1995.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini melaporkan, jumlah perokok di Indonesia adalah paling ramai di dunia selepas China dan India."

'via Blog this'

Jaringan keselamatan kewangan Palestin dilulus

Jaringan keselamatan kewangan Palestin dilulus - Global - Sinar Harian:

Ketua Perunding Palestin, Saeb Erakat
Ketua Perunding Palestin, Saeb Erakat
GENTING GAZA - Liga Arab, kelmarin bersetuju memberikan bantuan jaringan keselamatan kewangan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) jika Israel membekukan dana bulanan, kira-kira AS$100 juta (RM320 juta).

Ketua Perunding Palestin, Saeb Erakat berkata, beliau meminta bantuan itu semasa Mesyuarat Jawatankuasa Inisiatif Keamanan Liga Arab di Doha,Qatar.  "Saudara kami di rantau Arab bersetuju membantu Palestin dan saya berharap, ia akan diproses dalam masa terdekat dan mekanisme pelaksanaan ditubuhkan," katanya.

Difahamkan, di bawah perjanjian damai sementara, pihak berkuasa Israel mengenakan cukai dan duti kastam kononnya bagi pihak PA tetapi mereka didakwa mungkir janji dengan membekukan hasil wang yang sepatutnya  menjadi milik penduduk Palestin.

'via Blog this'

Ratusan ribu bantah ketidakadilan sosial, kos sara hidup

Ratusan ribu bantah ketidakadilan sosial, kos sara hidup - Global - Sinar Harian:

Ratusan ribu bantah ketidakadilan sosial, kos sara hidup
Protes di beberapa bandar Israel kelmarin, disertai kebanyakan gerakan kumpulan pemuda negara itu.
TEL AVIV - Israel di bawah pimpinan perdana menteri, Benjamin Netanyahu sejak kebelakangan ini, berhadapan pelbagai protes berikutan dasar pentadbirannya yang tidak disenangi oleh kebanyakan penduduk.

Kelmarin, ratusan ribu penunjuk perasaan sekali lagi melancarkan demonstrasi besar- besaran di tiga bandar utama sebagai protes terhadap ketidakadilan sosial dan kos sara hidup tinggi.

Segelintir daripada mereka turut mengutuk sikap perkauman diamalkan di negara itu, berikutan kemasukan puluhan ribu pendatang warga Afrika ke Israel. Kumpulan demonstrasi terdiri daripada pelbagai gerakan pemuda tersebut nekad berarak menuju ke kediaman Netanyahu, sambil melaungkan slogan 'Kami mahukan keadilan sosial dan bukan belas ihsan'.

Tujuan utama protes pada kali ini adalah untuk menggesa kerajaan memperbaiki perkhidmatan sosial dan kemudahan infrastruktur. Kebanyakan penduduk golongan kelas rendah dan pertengahan juga menuntut kos sara hidup  dikurangkan dan menaikkan bayaran cukai terhadap individu berpendapatan tinggi.

September lalu, kira-kira setengah juta penduduk Israel menggugat pentadbiran Netanyahu dengan mengadakan tunjuk perasaan terbesar dalam sejarah negara itu sebagai bantahan terhadap kos sewa tinggi dan ketidak adilan sosial.

'via Blog this'

2 anak Mubarak hadapi tuduhan baru

2 anak Mubarak hadapi tuduhan baru - Global - Sinar Harian:

2 anak Mubarak hadapi tuduhan baru
Gamal (kiri) berhadapan dengan tuduhan baru selepas bebas daripada tuduhan rasuah pada Sabtu lalu.
KAHERAH - Gamal dan Alaa, anak kepada bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak kini berhadapan dengan tuduhan baru yang mendakwa mereka terlibat dengan pengubahan wang haram, menurut pendakwa raya, kelmarin.

Sabtu lalu, mereka dibebaskan daripada tuduhan rasuah selepas mahkamah mendapati jenayah itu dilakukan lebih 10 tahun lalu tetapi masih berhadapan dengan perbicaraan berasingan berhubung dakwaan menjalankan perniagaan secara tidak sah.

Jurucakap pejabat pendakwa raya, Adel Saeed berkata, mereka tidak dapat memastikan sama ada tuduhan baru itu akan memberi kesan terhadap tempoh tahanan Gamal dan Alaa di penjara Torah, selatan Kaherah.

Sehingga kini, kebanyakan penduduk Mesir masih tidak berpuas hati kerana bekas presiden kuku besi tersebut didakwa tidak dikenakan hukuman setimpal dengan kekejamannya ke atas rakyat.

'via Blog this'

Selera terbuka tengok kaca

myMetro | Selera terbuka tengok kaca:

RATAH...Mohd Zamzuri mengunyah kaca setiap hari sejak berusia belasan tahun.
RATAH...Mohd Zamzuri mengunyah kaca setiap hari sejak berusia
belasan tahun.

ALOR GAJAH: Pelik apabila seorang lelaki di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, selamba mengunyah pinggan, gelas serta cawan kaca yang dijadikan ‘hidangan sampingan’ sejak usianya belasan tahun hingga kini.
Lebih mengejutkan, Mohd Zamzuri Bashar, 39, turut meminum racun rumpai selepas menikmati makanan, malah mendakwa tidak pernah menghadapi masalah kesihatan akibat semua tabiat anehnya itu.

Bertugas sebagai juruteknik di sebuah agensi kerajaan, Mohd Zamzuri berkata, semuanya bermula secara spontan ketika dia masih bersekolah dan berkenalan dengan seorang ustaz dan mendalami ilmu ‘jati diri’.
Katanya, mulanya terasa janggal hendak menggigit kaca, namun lama kelamaan perasaan itu dapat dikikis tanpa dorongan sesiapa.

“Semuanya bermula apabila saya didatangi seorang ustaz mencadangkan saya yakin pada diri sendiri dan sentiasa mengamalkan ayat suci al-Quran sebagai amalan harian.

“Nasihat ustaz terbabit amat menyentuh hati kerana setiap perbuatan yang kita lakukan mestilah dengan ikhlas dan sentiasa beramal dengan al-Quran supaya kita tidak sesat,” katanya.
Mohd Zamzuri berkata, selepas beberapa bulan mendalami ilmu ‘jati diri’, keinginannya hendak mengunyah sesuatu mula memuncak namun hanya berselera pada barangan berkaca.

“Pada satu pagi ketika bersiap ke sekolah, saya tergigit gelas dan pecah kemudian secara spontan saya kunyah serpihan gelas itu seperti mengunyah kacang goreng.
“Sejak kejadian itu, saya pantang melihat gelas kaca atau pinggan pasti ada yang pecah atau rosak dimakan oleh saya tapi masih mampu mengawal perasaan sehingga sekarang,” katanya.

Beliau yang kini mengamalkan perubatan dan rawatan Islam berkata, selepas beberapa tahun berlalu amalan berkenaan sudah sebati dalam dirinya dan berterusan sehinggalah sekarang.

“Dalam rawatan secara Islam amalan makan kaca dapat kurangkan kesan santau lebih-lebih lagi yang dibuat melalui cara halus seperti sihir atau ilmu hitam,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pegawai Syarak negeri Melaka, Datuk Abu Khir Jamaluddin ketika dihubungi berkata, perbuatan memakan kaca bergantung pada keadaan tubuh badan individu itu sendiri.

“Jika ia bersesuaian rasanya tidak salah asalkan kena dengan tekniknya dan mestilah yakin dalam mengamalkan ayat suci al-Quran sebagai amalan seharian supaya tidak jatuh khurafat.

“Makan kaca adalah amalan bagi menghindari santau dan dimakan secara suka-suka oleh individu tertentu asalkan tidak bertentangan dengan Islam,” katanya ketika dihubungi bagi mengulas isu berkenaan.

'via Blog this'

10 WASIAT IMAM AS-SYAHID HASSAN AL-BANNA


10 WASIAT IMAM AS-SYAHID HASSAN AL-BANNA

1.Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan
sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

3.Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

KELEBIHAN TAMAR ‘AJWAH




DISEDIAKAN OLEH : Abdul Adil B Abd Aziz

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini,masyarakat telah digemparkan dengan beberapa produk dan bahan yang di dakwa mempunyai pelbagai kesaktian dan kehebatan seperti kayu kokka dan gelang ajaib (sekadar menyebut beberapa contoh).

Tiada nas yang thabit yang membuktikan kebenaran dakwaan ini,ketaksuban sesetengah individu terhadap bahan-bahan di atas akhirnya membawa syirik kepada Allah,Na’uzubillahi min zalik.Di sini penulis ingin mengalih perhatian masyarakat islam di negara ini untuk mengenali kurma ‘ajwah penawar dari segala racun dan sihir.Sabda Rasul S.A.W:

أَخْبَرَنَا عَامِرُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ أَبِيهِ قَال
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَصَبَّحَ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعَ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً لَمْ يَضُرَّهُ فِي ذَلِكَ الْيَوْمِ سُمٌّ وَلَا سِحْرٌ

TERJEMAHAN: TELAH DIKHABARKAN KEPADA KAMI OLEH ‘AAMIR IBN SA’AD DARIPADA BAPANYA TELAH BERKATA, BAHAWA TELAH BERSABDA RASULULLAH S.A.W ”BARANGSIAPA YANG MEMULAKAN PAGINYA SETIAP HARI DENGAN TUJUH BIJI TAMAR ‘AJWAH,DIA TIDAK AKAN DI MUDHARATKAN PADA HARI TERSEBUT OLEH RACUN DAN SIHIR.

Jelas disini bahawa memakan kurma ‘ajwah pada waktu pagi (sebelum sarapan) adalah sunnah Rasul S.A.W,dan wajib bagi kita sebagai umatnya untuk meneruskan kelangsungan sunnah ini.

Apakah sebenarnya kurma ‘ajwah ini ? Menurut ibn al-atheer kurma ‘ajwah ialah sejenis kurma yang berwarna agak kehitam-hitaman,yang pada mulanya ditanam oleh Rasul S.A.W di madinah dengan tangannya sendiri.

Al khattaabi pula menegaskan kurma ‘ajwah berfungsi untuk melindungkan diri daripada racun dan sihir,kerana keberkatannya .Kelebihan ini hanya untuk kurma madinah ini dan bukan untuk jenis yang lain.

Untuk ia berkesan terhadap sihir dan racun,terdapat tiga syarat perlu di ikuti ;

1.Di makan pada waktu pagi,sebelum memakan makanan lain
2.Bilangannya ialah tujuh
3.Kurma jenis ‘ajwah bukan jenis yang lain
Selain dapat menahan dan merawat racun dan sihir,kurma ‘ajwah juga mempunyai pelbagai lagi kelebihan dan kegunaan.

Menerusi kajian saintifik dan perubatan, kalsium,potassium,
sulfur,fosforus,magnesium,zat besi,vitamin B-6,asid folic,protein,gula dan nutrisi serat adalah antara elemen-elemen yang terkandung dalam sebiji kurma ‘ajwah.

Komposisi bahan dalam kurma ‘ajwah ini mempunyai khasiat dan kelebihan tersendiri,contohnya kadar gula (glukos dan fruktos yang mengandungi nilai kalorific yang tinggi) yang tinggi dalam kurma (70%-80%) dapat membantu sistem pencernaan dan amat diperlukan oleh otak.

‘Ajwah boleh membantu tumbesaran dan menghilangkan kelesuan jika di ambil dengan susu sebelum tidur.Selain itu ia juga baik untuk penglihatan dan mencegah rabun malam.

Pakar pemakanan merumuskan kurma ialah diet yang terbaik bagi ibu yang menyusukan anak kerana bahan dalam kurma mempunyai keupayaan untuk mengurangkan kemurungan atau depression dan dapat memperkayakan susu ibu dengan nutrient yang diperlukan oleh anak untuk melawan penyakit dan kekal sihat.

Apakah sebenarnya rahsia dan hikmah anjuran Rasul S.A.W supaya memulakan hari kita dengan kurma ‘ajwah,menurut penemuan dari kajian yang di jalankan oleh sekumpulan saintis,pengambilan kurma pada waktu pagi boleh membunuh cacing dan parasit yang berbahaya di dalam tubuh kita.

Selain itu, rahsia dan kehebatan amalan dalam islam yang berkaitan dengan kurma juga telah disingkap melalui beberapa kajian saintifik yang telah dijalankan,sebagai contoh, nutrient dalam kurma berfungsi untuk menghilangkan rasa lapar,jadi tidak hairanlah mengapa kita di saran untuk memulakan ifthar (berbuka puasa) dengan kurma.

Satu kajian perubatan telah membuktikan bahawa benda manis yang di letakkan di dalam mulut bayi dapat mengurangkan kesakitan dan menormalkan kembali kadar denyutan jantungnya,amalan ini dipanggil sebagai tahnik di dalam islam dan sunat melakukannya dengan benda manis seperti kurma.

Kesimpulannya, telah terbukti bahawa kurma ‘ajwah ialah satu kurniaan Allah yang sangat bernilai dan bermanfaat,jadi sebagai hambaNya wajib bagi kita bersyukur atas kurniaan ini.Dan sebagai umat Muhammad telah menjadi kewajipan atas kita untuk terus melestarikan sunnah baginda ini (memulakan hari dengan memakan kurma ‘ajwah).

Akhir sekali, penulis ingin mengingatkan kepada saudara-saudara seagama agar betulkan i’tiqad dan tanamkan keyakinan dalam diri bahawa As-Syifa’ (Yang Maha Menyembuh) itu hanya Allah dan tiada lain selain Dia,kurma ‘ajwah dan penawar-penawar yang lain hanya musabbab semata-mata. WALLAHU ‘ALAM

10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN REPUT DI DALAM KUBUR.

10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN REPUT DI DALAM KUBUR.

Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.

Thaksin keruhkan krisis politik Thailand

Thaksin keruhkan krisis politik Thailand:

BANGKOK 3 Jun - Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra mengeruhkan lagi krisis politik di negara ini, apabila menggesa penyokongnya yang dikenali sebagai kumpulan Baju Merah supaya menentang segala usaha untuk menggulingkan kerajaan, lapor media hari ini.
Thaksin berkata, keputusan Mahkamah Perlembagaan untuk menangguhkan pembentangan rang undang-undang yang boleh memberi pengampunan kepada semua parti terlibat dalam keganasan dan kesalahan politik sejak akhir 2005 hingga pertengahan 2010 di Parlimen, merupakan cubaan menggulingkan kerajaan.
Beliau berkata, ia menandakan usaha baru untuk merampas kuasa daripada rakyat selepas rampasan kuasa 2006 yang menyaksikan kerajaan pimpinannya digulingkan
''Adakah anda akan membiarkan mereka merampas kuasa kita sekali lagi. Kita tidak boleh mempercayai situasi sekarang kerana mereka melanggar undang-undang.
''Sebelum ini saya rasa perdamaian boleh dicapai tetapi nampaknya ia tidak akan berlaku,'' katanya ketika berucap kepada berpuluh ribu penyokongnya melalui satu sidang video di Thunder Dome, Nonthaburi di sini semalam.
Kumpulan Baju Merah itu menghadiri majlis ulang tahun kelima program televisyen, Truth Today milik Barisan Demokrasi Terhadap Kepimpinan Diktator (UDD).
Pemimpin UDD turut mengkritik keputusan mahkamah itu dan penentang rang rang undang-undang tersebut yang diketuai Parti Demokrat dan anggota Pakatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD) yang dikenali sebagai kumpulan Baju Kuning.
Thaksin berkata, ada pihak cuba menggulingkan kerajaan pimpinan Parti Pheu Thai yang diketuai adiknya, Yingluck Shinawatra. - AGENSI

'via Blog this'

Khamenei kecam Israel

Khamenei kecam Israel: "TEHERAN 3 Jun - Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata, serangan Israel ke atas Iran hanya akan memberi tamparan hebat kepada rejim Zionis itu sendiri seperti 'kilat'.

Beliau berkata, dakwaan masyarakat antarabangsa bahawa Iran cuba membina senjata nuklear adalah berasaskan satu 'penipuan'.

''Jika Israel salah langkah atau mengambil tindakan silap, ia hanya akan memberi tamparan hebat seperti kilat kepada mereka,'' katanya hari ini ketika berucap sempena ulang tahun kematian pengasas republik Islam ini, Ayatollah Ruhollah Khomeini.

Beliau berkata, tuduhan bahawa Iran cuba membangunkan bom atom juga adalah palsu.

''Ahli politik dan media antarabangsa bercakap mengenai bahaya nuklear Iran, saya katakan mereka merupakan pembohong.

''Apa yang mereka takutkan dan perlu ditakuti bukanlah nuklear tetapi sebuah negara Islam.

''Mereka memperbesar-besarkan dan mengutarakan isu untuk propaganda mereka. Mereka bertujuan mengalih pemikiran rakyat daripada masalah ekonomi yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah,'' katanya. - AFP"

'via Blog this'

Tahanan Palestin ancam lancar mogok lapar semula

Tahanan Palestin ancam lancar mogok lapar semula: "RAMALLAH, Wilayah Palestin 4 Jun - Tahanan Palestin di Israel mengancam akan melancarkan semula mogok lapar, kata seorang pegawai semalam, sambil menyalahkan negara itu kerana memungkiri perjanjian yang mengakhiri mogok sebelum ini.

``Masih berlaku provokasi di penjara dan tahanan mengancam untuk meneruskan mogok itu sekiranya keadaan terus tidak berubah,’’ kata Menteri Tahanan Palestin, Issa Qaraqaa.

Kira-kira 1,550 tahanan Palestin menamatkan mogok lapar yang dilancarkan mereka pada 14 Mei sebagai pertukaran kepada pakej yang membenarkan lawatan daripada saudara-mara di Gaza, serta pemindahan tahanan daripada kurungan seorang diri. - AFP"

'via Blog this'

Israel pasang peluru berpandu nuklear pada kapal selam

Israel pasang peluru berpandu nuklear pada kapal selam: "BERLIN 4 Jun - Israel dikatakan sedang memasang peluru berpandu nuklear pada kapal selam buatan Jerman yang dibelinya, lapor majalah Der Spiegel, semalam.

Majalah itu bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang sumber untuk laporan tersebut namun menyifatkan ia dibuat berdasarkan penyelidikan terperinci.

Menteri Pertahanan Israel bagaimanapun enggan mengulas berhubung laporan itu dan akan menelitinya walaupun negara berkenaan tidak pernah menafi atau mengiakan mereka mempunyai senjata nuklear. - dpa"

'via Blog this'

Krisis Syria merebak ke Lebanon

Krisis Syria merebak ke Lebanon:

Tentera Lebanon menggunakan kenderaan perisai meronda di bab al-Tabbaneh, Tripoli yang didiami ramai penduduk Sunnah, semalam. - REUTERS
TRIPOLI, Lebanon 3 Jun - Keganasan di Syria semakin memuncak apabila ia merebak ke Lebanon dengan kejadian terbaru berlaku insiden tembak-menembak antara penyokong Presiden Syria, Bashar al-Assad dan pembangkang di Tripoli, mengakibatkan 13 orang terbunuh dan 42 yang lain cedera, menurut sumber keselamatan.
Serangan yang berlaku semalam itu mencatatkan jumlah kematian tinggi dalam tempoh sehari di bandar Tripoli dekat Beirut setakat ini, membangkitkan kebimbangan krisis di Syria bakal merebak ke beberapa negara jiran yang lain.
Sementara itu, di Syria, sekurang-kurangnya 89 orang terbunuh, termasuk 57 askar kerajaan dalam kejadian di beberapa bandar, hari ini, menjadikan ia jumlah kematian terbesar dalam satu kejadian sejak meletus kebangkitan rakyat di negara itu pada Mac tahun lalu.

'via Blog this'

Komik Tintin dilelong lebih 1.3 juta euro

Komik Tintin dilelong lebih 1.3 juta euro:

Komik Tintin dilelong lebih 1.3 juta euro

Koleksi muka depan komik Tintin yang dihasilkan oleh pelukis kartun tersohor Herge dipamerkan pada 30 Mei lalu di Paris, sebelum ia dilelong hujung minggu ini. Gambar menunjukkan bahagian yang paling istimewa dalam pameran itu yang digelar The Worlds of Tintin's Creator, selain gambar, mainan dan poskad. - AFP
PARIS 3 Jun - Satu daripada koleksi muka depan komik Tintin yang dihasilkan oleh pelukis kartun tersohor Herge pada 1932, berjaya dilelong pada harga melebihi 1.3 juta euro (RM4.8 juta), di Paris, semalam.
Menurut jurucakap Firma Lelong Artcurial, ilustrasi bertajuk Tintin in America itu menggambarkan mengenai seorang wartawan lelaki dibeli oleh seorang individu yang tidak mahu dikenali.
Pemiliknya, yang merupakan pengumpul koleksi Tintin, membelinya pada harga 764,218 euro (RM2.9 juta) pada 2008, menjadikan ia kekal sebagai koleksi yang paling mahal sehingga hari ini bagi kartun yang popular pada abad ke-20 itu.
"Kami sememangnya menjangkakan harganya mampu mencecah satu juta euro walaupun tidak meletakkan sebarang anggaran pada awalnya," kata jurucakap itu.
Herge menghasilkan lukisan tersebut menggunakan dakwat India dan teknik warna gouache bagi edisi pertama bukunya, yang mula dipasarkan pada 1934.
Satu daripada lima karyanya dalam bentuk lukisan muka depan, menggambarkan seorang remaja pengembara memakai pakaian seperti cowboy duduk di atas batu dengan anjingnya bernama Snowy berada di sebelahnya, manakala terdapat tiga lelaki dayak sedang mengacu kapak di belakangnya.
Acara lelong semalam merupakan sebahagian daripada jualan lelong terbesar bagi barangan koleksi yang mempunyai kaitan dengan Tintin.
Februari lalu, sebuah mahkamah di Belgium menolak untuk menyekat jualan lelongTintin in the Congo yang difailkan oleh seorang lelaki bangsa Congo, Bienvenu Mbutu Mondondo, yang mendakwa ia mengandungi unsur perkauman kerana mempersendakan bangsa Afrika.
Herge atau nama sebenarnya Georges Remi, dilahirkan pada 1907 dan meninggal dunia pada 1983, pernah menyatakan bahawa senario itu adalah gambaran sebenar mengenai keadaan ketika itu.
Tahun lalu, pengarah filem Steven Spielberg menghasilkan filem 3 dimensi (3D),Adventures of Tintin: Secret of the Unicorn dan bercadang untuk menghasilkan sambungan bagi filem tersebut. - AFP

'via Blog this'

30 nelayan hilang, ribut Mawar badai Filipina

30 nelayan hilang, ribut Mawar badai Filipina - Global - Sinar Harian:
MANILA - Seramai tiga puluh nelayan dilaporkan hilang manakala ratusan pelancong terkandas, selepas ribut tropika Mawar yang membawa angin kencang pada kelajuan 119 hingga 153 kilometer sejam membadai Filipina, kelmarin.

Biro Meteorologi melaporkan, ribut disusuli hujan lebat secara berterusan itu melanda sebahagian besar pulau di wilayah tengah selatan Luzon dan Visayas.

Ketua Pejabat Pertahanan Awam Manila, Benito Ramos berkata, lebih 500 orang terkandas di pelabuhan selepas pengawal pantai menghentikan operasi feri penumpang dan membatalkan dua penerbangan domestik.

Lebih 20 ribut tropika membadai negara tersebut pada setiap tahun sehingga menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda teruk.
'via Blog this'

150 maut, pesawat Nigeria terhempas di kawasan kediaman

150 maut, pesawat Nigeria terhempas di kawasan kediaman - Global - Sinar Harian:

150 maut, pesawat Nigeria terhempas di kawasan kediaman
Anggota bomba memadamkan kebakaran ekoran nahas udara di kawasan padat
penduduk di Lagos semalam. - Foto ihsan The Star-Ledge
LAGOS - Sebuah pesawat Nigeria yang membawa 150 penumpang terhempas di kawasan kediaman di bandar Lagos semalam.

Kesemua penumpang pesawat itu, milik Dana Air disahkan terbunuh.

Pesawat itu dalam perjalanan dari Abuja ke Lagos. Lagos bandar terbesar di Nigeria.
Selain kesemua penumpang disahkan terbunuh, beberapa orang awam juga dilaporkan meninggal dunia dalam tragedi itu.
Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nigeria, Harold Demuren berkata, kesemua penumpang dalam pesawat Dana Air terbunuh.
Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi angka tepat mereka yang menaiki pesawat itu.
Difahamkan 153 orang menaiki pesawat itu yang dalam perjalanan dari Abuja ke Lagos. Dana Air mula beroperasi sejak November 2008.
Jurucakap Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan, Yushau Shuaib berkata, kemungkinan lebih ramai terbunuh dalam kejadian itu, jika diambil kira penduduk di kawasan kejadian, tetapi belum ada maklumat tepat.
Pengarah agensi itu, Mohammed Sani Sidi menyifatkan kejadian itu sebagai "tragedi" yang membawa kepada kerosakan besar,
Katanya, bangunan yang dirempuh pesawat itu rosak teruk selain menjejaskan struktur bangunan-bangunan lain. Tiga buah rumah terbakar.
"Kerja-kerja mencari dan menyelamat diteruskan," kata Mohammed merujuk kepada tragedi yang berlaku sekitar jam 9.30 malam waktu tempatan (awal pagi waktu Malaysia).
Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan mengisytiharkan perkabungan selama tiga hari sambil mengarahkan siasatan terperinci.
Satu kenyataan dari pejabatnya menyebut bahawa pesawat itu terhempas pada hari yang sama negara itu menyaksikan dua letupan bom di gereja di utara Nigeria, membunuh 15 orang dan mencederakan 38 yang lain.
Nahas udara bukan perkara luar biasa di Nigeria.
Nahas udara paling buruk berlaku pada Julai 1991, menyebabkan kesemua 261 terbunuh selepas gear mendarat pesawat Nigerian Airways terbakar ketika dalam perjalanan dari Arab Saudi ke Nigeria.
Sementara itu, seramai 225 terbunuh dalam dua nahas dalam tempoh dua bulan penghujung 2005.
Kelmarin, pesawat kargo milik Allied Air, yang dalam perjalanan dari Lagos ke Accra, Ghana, terbabas dan merempuh sebuah bas menyebabkan kesemua 10 penumpang kenderaan itu maut.

'via Blog this'

Mesir kembali bergolak

Berita Harian Online | Mesir kembali bergolak:
Hukuman dikenakan terhadap Mubarak dianggap terlalu ringan

Foto
DUA penunjuk perasaan berbaring bersebelahan kubur
olok-olok yang dibuat bagi memperingati mereka yang
terbunuh ketika kebangkitan rakyat di Medan Tahrir, Kaherah semalam.
KAHERAH: Beratus-ratus penunjuk perasaan memenuhi Medan Tahrir semalam bagi membantah hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhkan kepada bekas pemerintah kuku besi Mesir, Hosni Mubarak, dan ketua keselamatannya yang diumumkan kelmarin, yang dianggapkan terlalu ringan.
Sebahagian penunjuk perasaan tidur di dalam khemah atau di tempat terbuka tengah malam kelmarin di dataran bersejarah itu, pusat kebangkitan rakyat yang menyingkirkan pemerintahan Mubarak pada tahun 2011 selepas tiga dekad memerintah secara zalim.
Foto
PENUNJUK perasaan memegang kasut sambil melaungkan
slogan anti Hosni Mubarak ketika membuat bantahan di Medan
 Tahrir, beberapa jam selepas hakim menjatuhkan hukuman
penjara seumur hidup ke atas bekas diktator itu, semalam.
Ramai orang berasa kami kembali berada dalam pemerintahan rejim lama ketika mendengar keputusan itu. - Feda Essam, Penunjuk perasaan di Dataran Tahrir
“Kami berhasrat berada di sini hari dan kemungkinan esok. Kami menjangkakan ramai lagi yang akan datang,” kata salah seorang penunjuk perasaan, Omar Abdelkader.

Kira-kira 20,000 orang berkumpul kelmarin selepas hakim menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Mubarak, 84, dan Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly, kerana peranan mereka dalam kematian lebih 800 penunjuk perasaan ketika pemberontakan tahun lalu tetapi membebaskan enam ketua keselamatannya atas dakwaan sama.

Dakwaan rasuah terhadap anak lelaki Mubarak, Alaa dan Gamal, digugurkan kerana status had yang sudah berakhir dan pemimpin yang ditumbangkan itu juga dibebaskan dalam satu daripada kes rasuah.

Salah seorang anggota pasukan pembela Mubarak memberitahu AFP, bekas presiden itu akan membuat rayuan. 
Mubarak, satu-satunya pemimpin kuku besi yang tumbang dalam pemberontakan dan dibicarakan di negaranya sendiri, berdepan hukuman gantung seperti yang diminta pendakwa.

Pasukan pembela diktator itu dan peguam mangsanya berkata, rayuan mudah dibuat mengenai keputusan itu.

Keputusan menimbulkan kemarahan orang ramai di dalam dan di luar kamar mahkamah, dengan penunjuk perasaan mengadakan perhimpunan di Kaherah, Iskandariah dan beberapa bandar raya lain.

“Ramai orang berasa kami kembali berada dalam pemerintahan rejim lama ketika mendengar keputusan itu,” kata penunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Feda Essam. – AFP
'via Blog this'

Bashar nafi kerajaan terbabit tragedi Houla

Berita Harian Online | Bashar nafi kerajaan terbabit tragedi Houla:
BEIRUT: Presiden Syria, Bashar Assad, semalam menafikan kerajaannya terbabit dengan pembunuhan beramai-ramai di Houla minggu lalu dan berkata manusia paling kejam sekalipun tidak akan melakukan jenayah keji itu. 

Dalam ucapan di Parlimen yang disiarkan menerusi televisyen, Assad berkata negaranya berdepan perang sebenar dan menyalahkan pengganas disokong negara luar dan pelampau di atas pertumpahan darah itu. Beliau juga berikrar untuk meneruskan tindakan keras tentera.
Kenyataan pertama presiden mengenai tragedi itu menjelaskan pembunuhan ngeri membabitkan kematian lebih 100 penduduk, hampir separuh daripadanya kanak-kanak. Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) berkata, ada wasangka kuat penyerang prokerajaan melakukan pembunuhan itu, tetapi Assad menafikan.
“Jika kita tidak berasakan kesakitan seperti yang saya rasakan, mengenai kejadian kejam itu, terutama kanak-kanak, kita bukanlah manusia,” katanya. Ucapan terakhirnya dilakukan Januari lalu. 

Kenyataan Assad menunjukkan beliau masih tegas dengan pendirian, di sebalik kecaman antarabangsa berhubung tindakan keras ke atas pembangkang. Walaupun banyak mengulangi kenyataan sama dalam ucapan terdahulu, ulasannya mengenai Houla amat dinantikan. 

“Manusia paling kejam pun tidak akan melakukan jenayah yang kita saksikan, terutama pembunuhan beramai-ramai Houla. Tiada kata-kata untuk menggambarkannya,” kata Assad. 

Bagaimanapun, pembangkang Syria segera menyifatkan kenyataan itu sebagai pembohongan. 
“Ia adalah ucapan terdesak dan bodoh. Beliau tidak menawarkan apa-apa kepada rakyat Syria dalam masa 70 minit berucap,” kata anggota kumpulan pembangkang utama, Majlis Kebangsaan Syria, Adib Shishakly. – AP
'via Blog this'

Datuk minta anak lelaki dera cucu dihukum mati

Berita Harian Online | Datuk minta anak lelaki dera cucu dihukum mati:
DUBAI: Seorang datuk yang cucu perempuannya berusia lapan tahun didera sampai mati oleh anak lelakinya sendiri di Dubai menuntut supaya anaknya dihukum mati kerana tidak layak menerima pengampunan berikutan kekejamannya.

Lelaki itu berkata beliau dan seluruh keluarganya tidak mengaku Hamad Soud, 27, sebagai anak mereka kerana membunuh cucu perempuannya dengan bantuan teman wanita ketika mabuk dan di bawah pengaruh dadah sebelum mencukur kepala mangsa dan menanamnya di gurun.
“Ini adalah pembunuhan kejam. Mereka mendera cucu saya dengan besi panas dan memaksa beliau makan najis dan air kencingnya.
Ini adalah pembunuhan kejam. Mereka mendera cucu saya dengan besi panas dan memaksa beliau makan najis dan air kencingnya. - Datuk mangsa
“Mereka juga sering memukulnya sebelum mati. Kami tidak boleh memaafkannya dan mahukan beliau dan teman wanitanya dihukum bunuh kerana membantu dalam jenayah terkutuk ini,” katanya memberitahu akhbar berbahasa Arab beribu pejabat di Dubai, Emirat Alyoum. 

Komander polis Dubai, Leftenan Jeneral Dahi Khalfan Tamim berkata tertuduh ditahan oleh polis Dubai dalam tempoh 48 jam selepas beliau membunuh anaknya dan menanamnya di kawasan gurun Alfaya. 

Akhbar itu berkata adik mangsa yang berusia tujuh tahun turut dipukul dan didera dan berada dalam keadaan parah ketika ditemui bersendirian di rumah oleh abang tertuduh. 

Difahamkan lelaki itu meminta abangnya menjenguknya di rumah dan teman wanita memberitahu beliau tiada di rumah manakala dua anak perempuannya berada di rumah ibu mereka. 
“Saya tidak mempercayai kata-kata wanita itu dan memberitahu saya dalam perjalanan dari Abu Dhabi untuk menemui mereka. Sebaik tiba, saya mendengar anak saudara saya menangis kerana tinggal bersendirian dan pintu berkunci. 

“Sebaik berjaya membuka pintu, saya terkejut melihat keadaan anak saudara saya yang teruk dan penuh luka di badan dan pangsapuri itu berbau busuk,” katanya. – Agensi.
'via Blog this'

Kisah Ulama Alim Mati Dalam Kekafiran

 

Atik Atikah

Menurut riwayat, Barsisoh mempunyai 4000 santrinya sudah bisa dzikir diawang-awang. Jin adalah anak buah syetan, syetan anak buah iblis, iblis di usir dari surga didasar bumi ke tujuh bisa tembus kelangit ke tujuh. Pada waktu itu Allah Subhanahu Wa Ta'ala merintahkan malaikat untuk menulis di Laihil mahfuth bahwa ki Barsisoh adalah ahli neraka, maka para malaikat menangis sedangkan jin, syetan dan iblis ketawa.

Malaikatpun bertanya : ya robbi, Barsisoh kan ahli ibadah, kenapa masuk neraka ?

Allah menjawab : itu urusanku, karena Barsisoh ibadahnya sombong.

Syetan turun dari langit kedunia, Barsisoh sedang dzikir maka syetan mengucap salam barsisoh tidak menjawab. Setelah 4x mengucapkan salam tetapi tidak dijawab juga sedangkan hukum menjawab ucapan salam adalah wajib, dzikir adalah sunah. Ketika kelima kalinya syetan mengucapkan salam, Barsisoh menjawab bukan dengan salam tapi memaki dengan kalimat “goblog kamu mengganggu orang yang sedang ibadah” itulah kesombongan Barsisoh dalam ibadahnya. 

Akhirnya syetan berubah wujud menyerupai ulama. Syetan yang menyerupai ulama duduk berendeng dengan Barsisoh sama-sama dzikir namun Barsisoh manusia biasa kena lapar dan ngantuk, Barsisoh makan dan tidur sedangkan syetan luar biasa tidak kena lapar tidak kena ngantuk, maka Barsisoh bertanya? bangsa apa kamu, ibadahnya melebihi aku? Syetan menjawab : kamu tidak bisa ibadah seperti aku kalau belum banyak dosa atau ahli maksiat sedangkan Barsisoh belum pernah maksiat. 

Akhirnya Barsisoh bertanya maksiat mana yang bisa menguatkan ibadah? Syetan menjawab : minum arak, berzina dan membunuh. Lalu Barsisoh berkata dimana? Syetan menjawab : istilah jaman sekarang diwarjok atau warung remang-remang, Kemudian Barsisoh berangkat minum sampai mabuk setelah Barsisoh mabuk lalu menjima’ pelayan warung minuman, sedang melalukan jima’ tiba-tiba datang laki-laki yang mau minum. Barsisoh menyangka itu adalah suaminya akhirnya laki-laki tersebut dibunuh oleh Barsisoh, maka cukup tiga dosa besar dilalui oleh Barsisoh.

Hukum Islam menjawab harus diranjam, itulah kejadian Barsisoh. Setelah Barsisoh lelah datang syetan yang berbentuk ulama tadi, Barsisoh bertanya wahai ulama aku begini karena engkau, lalu bagaimana? Syetan menjawab: dimana aku ngedip engkau manggut begitu terjadi Barsisoh meninggal itulah mati
su’ul khatimah.
______________________________________________
Na'udzubillahi mindzalik ...

SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH

 Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, “Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya.” Demikian angkuhnya Amar. 
Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah s.a.w. , menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.

Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan. 

“Untuk apa ikut ke mari ya Amar?” Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, “Aku sudah beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah s.w.t. akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi.” Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasulullah s.a.w. , maka Baginda s.a.w. pun bersabda,: “Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya.” Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Rasulullah s.a.w. berkata kaum Muslimin, “Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah s.w.t..”

“Jika kamu tidak tahu orangnya.” Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, “Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit.” Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Rasulullah s.a.w.. Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah s.w.t. di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.

Kisah pemalas dan Abu Hanifah (Imam Hanafi)

 Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."
Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik saja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis, " Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."
Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, "Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin,sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku."
Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik saja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.
Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, "Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian �malas� namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."
Sebaik saja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha.
Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu.
Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan.

Rakyat kita ditahan pemberontak Mesir

myMetro | Rakyat kita ditahan pemberontak Mesir:

KUALA LUMPUR: Percutian bagi meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10 bersama suami tercinta di Selatan Mesir, membawa malang kepada seorang rakyat Malaysia berusia 33 tahun selepas mereka ditahan kumpulan pemberontak di negara itu, semalam.
Mangsa, Norbazrina Yazid, 33, berasal dari Shah Alam, Selangor mengembara bersama suaminya, warga Australia ditahan bersama pelancong lain dalam satu sekatan jalan oleh kumpulan pemberontak berkenaan. 
Sumber berkata, kumpulan itu bertindak demikian berikutan tindakan pihak berkuasa negara berkenaan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas presiden negara terbabit, Hosni Mubarak, dua hari lalu.

Adik mangsa, Norzalekha Yazid, 30, 0berkata dia hanya mendapat tahu mengenai perkara itu melalui statusnya di laman sosial, Facebook yang dia dan sekumpulan pelancong lain dijadikan tebusan di kawasan Abu Simbel dekat Aswan di selatan Mesir, petang semalam.

Menurutnya, kakaknya hanya memaklumkan kejadian itu secara ringkas dan tidak menyatakan sebarang perkembangan terkini mengenai keadaan mereka.

“Dia menyatakan ditahan sekumpulan peladang dalam sekatan jalan sebelum dijadikan tebusan bagaimanapun ketika menghubungi Wisma Putra untuk mendapatkan maklumat lanjut, mereka memaklumkan semua tahanan sudah dibebaskan,” katanya.

Norzalekha berkata, keluarganya berasa lega selepas mendapat panggilan telefon daripada pegawai di Kedutaan Malaysia memberitahu semua tahanan sudah dibebaskan.

“Namun, sehingga kini (lewat malam tadi) Rina dan suaminya gagal dihubungi dan kami belum menerima maklumat terkini mengenai keadaan mereka,” katanya.

Menurutnya, mangsa, siswazah komunikasi massa dari Universiti Teknologi Mara, berlepas ke Mesir Rabu lalu dengan menaiki pesawat Singapore Airlines.

Jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi malam tadi, mengesahkan kejadian berkenaan namun menafikan maklumat mangsa dan pelancong lain dijadikan tebusan oleh kumpulan pemberontak.

Menurutnya, mereka hanya terkandas di Abu Simbel selepas tidak dibenarkan meneruskan perjalanan akibat tindakan kumpulan peladang yang membantah hukuman ke atas Hosni.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Norbazrina melalui Facebooknya menulis bahawa sekumpulan pelancong "ditahan sebagai tebusan oleh petani Mesir sejak empat jam lepas" dan "tentera sedang berunding dengan mereka".

"Kami okay, hanya panas dan runsing," tulis beliau.

Rina kemudian mengemas kini catatannya dengan berkata "kami cuba melarikan diri tetapi polis memberitahu kami supaya tidak berbuat demikian" dan "dua kumpulan dapat melarikan diri sebelum kami namun kami telah ditahan".

Beliau turut berkata, kumpulannya mengandungi 11 orang dan mereka berusaha untuk mendapatkan makanan.

"Tiada senjata api tetapi petani ini nampaknya tidak gembira tentang sesuatu dan kami pula kebetulannya berada di sini," tulis beliau.

'via Blog this'