Pages

Thursday, September 8, 2016

Pengawal Paling Cantik Jadi Perhatian


Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 10:58 AM

BEIJING: Seorang askar wanita yang bertugas berkawal di Sidang Kemuncak G20 di China baru-baru ini, disebut-sebut sebagai "pengawal paling cantik".

Ketika pemimpin dunia mengadakan pertemuan untuk membincangkan isu penting di Hangzhou, pengguna media sosial di China lebih memberi tumpuan terhadap kecantikan seorang askar wanita yang menarik perhatian ramai pihak.

Menurut portal People's Daily Online, wanita itu dikenali sebagai Su Xhin berasal dari bandar Guiyang, selatan China, tetapi usianya tidak dapat dipastikan.



Nama Shu mula menjadi terkenal apabila gambar dia sedang bertugas dengan memakai kot, disiarkan oleh agensi berita Xinhua dalam artikel bertajuk 'Siapa pengawal paling berkuasa pada Sidang Kemuncak G20'.

Dalam gambar tersebut, Shu dipercayai sedang berkawal di luar kereta yang digunakan oleh Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi.

Pada 2013, wanita itu tersenarai sebagai 10 anggota paling cantik dalam Tentera Pembebasan Rakyat.

Menurut media China, Shu gemar menyanyi dan menari pada waktu lapang selain pernah memenangi tempat kedua dalam pertandingan nyanyia di Yancheng.

'Lagi gemuk, lagi seksi'





RILEY memberi Monica minum minuman campuran menggunakan corong. - Barcroft

Agensi
Austin (Amerika Syarikat): Majoriti wanita mengimpikan tubuh badan yang kurus dan langsing tetapi lain pula cerita seorang wanita di sini yang berazam menjadi perempuan paling gemuk di dunia.

Berat badan Monica Riley, 27, mencecah 315 kilogram (kg) tetapi wanita yang berasal dari Fort Worth, Texas itu berusaha menaikkan berat badannya sehingga mencecah 450kg.

Bagi mencapai impiannya, Monica dibantu teman lelakinya, Sid Riley, 25, yang memasak dan menyediakan makanan untuknya.

Riley juga menyediakan satu jag minuman campuran yang mempunyai kira-kira 3,500 kalori dan diminum Monica menerusi corong.

Monica yang juga model bertubuh gemuk untuk laman web merancang menggemukkan badannya sehingga tidak mampu berdiri lagi.

“Saya merancang menaikkan berat badan saya mencecah 450kg dan sehingga tidak mampu bergerak lagi.

“Apabila cita-cita itu tercapai saya bakal menjadi permaisuri kerana semua kehidupan saya diuruskan teman lelaki saya,” katanya.

Menurutnya, dia bertemu Riley empat bulan lalu dan ketika itu berat badannya hanya mencecah 290kg.

“Riley memberi saya makanan sepanjang masa dan saya tidak perlu melakukan apa-apa.

“Dia memberitahu semakin gemuk, saya kelihatan semakin seksi,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 7:45 AM

Lelaki Indonesia berumur 145 tahun, Mbah Gotho dianggap manusia tertua di dunia







MBAH Gotho berehat di kediaman cucunya di Sragen, Jawa Tengah baru-baru ini. - Agensi

JAKARTA – Seorang lelaki Indonesia mendakwa dirinya lelaki tertua di dunia pada umur 145 tahun, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Menurut dokumen pengenalan yang diiktiraf oleh pemerintah Indonesia, lelaki itu, Mbah Gotho berumur 145 tahun dan dilahirkan pada 31 Disember 1870.

Dia hidup lebih lama daripada semua 10 adik-beradik dan empat isterinya. Isteri terakhir Mbah Gotho meninggal dunia pada 1988.

Semua anak lelaki Mbah Gotho juga sudah mati dan yang tinggal sekarang ialah cucu, cicit serta piutnya.

Jika usianya sahih, Mbah Gotho adalah jauh lebih tua daripada manusia tertua di dunia, gelaran milik wanita Perancis, Jeanne Calment yang hidup selama 122 tahun.

Warga adi emas dari Sragen, Jawa Tengah itu diwawancara oleh program berita televisyen, Liputan 6.

Mbah Gotho berkata, dia sudah menempuh segalanya dan bersedia untuk ajalnya.

“Saya mahu pergi menemui ajal. Cucu-cucu saya semuanya dapat hidup sendiri,” katanya kepada Liputan 6 kelmarin.

“Mbah Gotho makan apa sahaja dan tidak pernah jatuh sakit,” kata seorang ahli keluarganya.

Cucu lelakinya, Suryanto berkata, Mbah Gotho membuat persediaan untuk kematiannya sejak berusia 122 tahun tetapi datuknya itu masih hidup hingga sekarang.

“Batu nisannya siap pada 1992 iaitu 24 tahun lalu,” kata Suryanto.

Ketika ditanya tentang rahsia dia berumur panjang, Mbah Gotho berkata: “Resipinya cuma sabar.” – Agensi



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0908&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4JcOE8MMx
Hakcipta terpelihara