Pages

Saturday, February 9, 2013

Budak 12 tahun lahirkan kembar



Buenos Aires: Seorang murid perempuan yang hamil pada usia 11 tahun kini menjadi ibu selepas melahirkan bayi kembar lelaki.

Kanak-kanak itu melahirkan anak hanya sebulan selepas menyambut hari jadinya yang ke-12.


Berita kelahiran itu tersiar sehari selepas kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di Mexico melahirkan anak perempuan pada 27 Januari lalu, hari sama kembar lelaki itu dilahirkan di Argentina.

Seorang guru di sekolah tempat kanak-kanak itu bersekolah adalah individu pertama yang menyedari bahawa dia sedang hamil sebelum mengambil keputusan untuk memaklumkan kepada ibu kanak-kanak terbabit mengenai kecurigaannya.


Polis di bandar Chilecito, 650 batu di barat laut Buenos Aires berkata, mereka menganggap kes itu sebagai penderaan kanak-kanak dan menyoal siasat dua remaja berusia 16 dan 20 tahun. Bayi kembar itu dilahirkan lima minggu lebih awal melalui pembedahan Caesarean dan masing-masing berat 1.6 kilogram.


Pihak berkuasa berkata, kakak kanak-kanak itu yang berusia 14 tahun turut melahirkan anak tiga bulan lalu. Penduduk tempatan juga mengadakan kutipan dana khas untuk membantu bapa kepada dua kanak-kanak itu bagi membantunya untuk membesarkan bayi terbabit.

Sementara itu, di Mexico polis memburu remaja berusia 17 tahun yang menjadi bapa kepada seorang bayi perempuan selepas dia meninggalkan rumah untuk mencari kerja.


Maklumat lanjut mengenai kehidupan ibu baru itu didedahkan, kelmarin apabila ibu dan anaknya dibenarkan meninggalkan hospital di Jalisco. Kanak-kanak yang dikenali sebagai Dafne itu baru berusia lapan tahun ketika dia hamil. - Agensi

Budak 9 Tahun Dimandulkan

Budak 9 Tahun DimandulkanMexico – Budak perempuan berusia sembilan tahun yang mengejutkan dunia apabila menjadi ibu termuda dengan melahirkan bayi bulan lepas, dilaporkan telah menjalani kaedah pemandulan oleh doktor yang menyambut kelahiran bayi itu tanpa pengetahuan ibunya.
Kanak-kanak itu, Dafne tidak akan dapat mempunyai anak lagi selepas ini.
Susulan itu, ibunya telah melaporkan kejadian itu kepada suruhan jaya hak asasi manusia, dan kini hospital terbabit iaitu Hospital Zoquipan di Guadalajara akan disiasat.
Selain isu tersebut, pihak berkuasa juga kini sedang menjalankan siasatan selepas tarikh pendaftaran kelahiran Dafne meragukan kerana pendaftaran itu hanya dilakukan pada 2011.
Ini kerana berdasarkan susuk badannya, dia tidak kelihatan seperti budak berusia sembilan tahun tetapi lebih kepada remaja berusia 15 tahun.
Dia melahirkan bayi perempuan seberat 2.7 kilogram pada 27 Januari lalu melalui kaedah pembedahan di Hospital Zoquipan.
Dafne tidak mengetahui dia mengandung sehinggalah kandungannya berusia tujuh bulan.
Dalam pada itu, satu ujian DNA juga akan dilakukan bagi menentukan bapa kepada bayi berkenaan.
Polis sebelum ini mengesyaki remaja berusia 17 tahun sebagai bapa bayi tersebut namun kini terdapat dakwaan bahawa bapa tiri Dafne berkemungkinan besar merupakan bapa kepada bayi itu.
Ia susulan dakwaan bahawa lelaki itu sering mendera Dafne dan jiran juga pernah menyaksikan mereka mandi bersama-sama.
Manakala media tempatan pula melaporkan ibu Dafne berkerja sebagai pelacur dan cuba melatih anak perempuannya untuk terlibat dengan industri seks berkenaan.
Malah ibunya itu dikatakan menghidap AIDS dan telah menjangkiti Dafne, sekali gus menyebabkan bayi itu juga berkemungkinan dijangkiti penyakit berkenaan.
Iklan Teks: 

Budak Tertelan Chopstick Di China

ChopstickShanghai – Pakar-pakar perubatan di Shanghai mengeluarkan amaran kepada ibu bapa supaya berhati-hati dengan kemalangan yang tidak diduga yang mungkin menimpa anak-anak mereka ketika kanak-kanak kini sedang bercuti sempena musim sejuk.
Ia susulan kes seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang tertelan chopstick.
Kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu bermain dengan rakan-rakannya.
Walaupun chopstick itu berjaya dikeluarkan namun ia telah menyebabkan kecederaan serius kepada budak tersebut.
Organ dalamannya telah rosak dan mengalami jangkita.
Lehernya pula membengkak dan ketika dibawa ke hospital, lehernya sudah bengkak.
Budak itu bagaimanapun berjaya diselamatkan melalui pembedahan dan dirawat di unit rawatan rapi.
Iklan Teks: 

Budak Buta Sebelah Mata Akibat Dipukul Guru

Budak Buta Sebelah MataIndia – Jaideep baru berusia lapan tahun namun dia tidak akan melupakan pelajaran seumur hidup yang diterima daripada guru besarnya.
Apa tidaknya, kerana gagal membayar yuran pengajiannya di A S Memorial Public College, di Bulandshahar, dia hilang sebelah mata akibat dipukul oleh guru besarnya.
Dia kini terbaring di katil dan masih terpaksa menerima hakikat buta penglihatan.
Semuanya kerana bapanya menghadapi masalah kewangan dan tidak mampu membayar wang untuk yuran pengajian.
Bapanya, Upendra Singh telah meminta guru besar kolej itu memberinya masa untuk mengumpul wang, namun minggu lepas, guru besar tersebut telah bertindak kasar terhadap pelajar itu.
“Matanya mula bengkak dan kami membawanya ke hospital. Doktor memberitahu kami, Jaideep hilang sebelah penglihatan akibat dipukul dengan benda keras di kepala.
“Saya tidak mampu membayar yuran selama enam bulan dan hanya meminta guru besar member masa selama dua minggu namun dia memukul anak saya dengan teruk,’’ kata bapanya.
Keluarga Jaideep bagaimanapun mendakwa polis tidak bertindak terhadap aduan mereka.
“Saya ke balai polis untuk membuat aduan namun mereka menghalau kami pulang. Semuanya kerana pengaruh daripada pengetua itu,’’ katanya.
Namun pengurusan sekolah mempunyai teori yang berbeza.
Jaideep dikatakan bergaduh dengan pelajar lain ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah.
Kejadian itu bagaimanapun memberikan kesan mendalam kepada Jaideep, kerana dia kini berasa trauma untuk ke sekolah lagi.
Iklan Teks: 

Gempar jumpa ikan 100kg

Garut: Orang ramai gempar apabila satu bangkai ikan besar ditemui tersadai berhampiran Sungai Cimanuk di Sukamentri, Garut, semalam.

Menurut penduduk, ikan dipercayai jenis kancra hitam itu berukuran 170 sentimeter panjang mempunyai berat 100 kilogram (kg).


Media melaporkan, penduduk tempatan bernama Wahidin orang pertama melihat ikan itu di sungai berkenaan, kelmarin.

Bagaimanapun, kata Wahidin, disebabkan saiznya yang besar, dia tidak berani menangkapnya sendirian.


“Saya memberitahu penduduk kampung dan kami sama-sama mencarinya, tetapi ikan itu gagal dikesan,” katanya. Semalam, kata Wahidin, dia dan penduduk kampung sekali lagi mencari ikan berkenaan di Sungai Cimanuk.


Bagaimanapun, katanya, mereka terkejut menemui bangkai ikan itu di tepi sungai. Sementara itu, penduduk kampung percaya ikan berkenaan mati kerana air sungai dicemar sisa industri kraftangan berasaskan kulit di kawasan berhampiran. - Antara News

Kren angkut kuda, lembu




AP
BEBERAPA ekor kuda diangkat dengan kren di sebuah 
pelabuhan di Surabaya, Jakarta semalam.



AP
DUA ekor lembu diletakkan di atas lori dengan menggunakan kren.


SURABAYA - Sebuah kren digunakan untuk mengangkut sejumlah ekor kuda dan lembu dari kapal kargo untuk diletakkan di atas lori di sebuah pelabuhan di sini semalam.
Ratusan ekor kuda dan lembu tiba di pelabuhan tersebut untuk dihantar ke beberapa buah bandar utama di Pulau Jawa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0209&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2KM0jnkYH 
Hakcipta terpelihara 

Banduan telan telefon bimbit




GAMBAR X-ray menunjukkan telefon bimbit (dalam bulatan) yang berada di dalam perut seorang banduan di Colombo. - AFP


COLOMBO - Seorang banduan Sri Lanka menelan sebuah telefon bimbit bagi mengelak beberapa pengawal penjara menemuinya semasa operasi mencari gajet itu dilakukan di dalam biliknya, kata seorang pegawai hospital semalam.
Bagaimanapun, beberapa pengawal berkenaan mendengar bunyi telefon tersebut dari dalam perut banduan itu menyebabkannya dihantar ke sebuah hospital di sini.
Beberapa doktor kemudian berjaya mengeluarkan telefon tersebut.
Pegawai tersebut menyatakan, banduan yang berusia 58 tahun itu dirawat di hospital selama dua hari.
Banduan tersebut menjalani hukuman penjara selama 10 tahun kerana mencuri.
Dia menjalani hukuman itu di sebuah penjara di Welikada di sini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0209&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2KLzeTxbR 
Hakcipta terpelihara 

Sotong Neon boleh terbang lebih 30 meter



GAMBAR yang dirakam seorang penyelidik, Kaouta Muramatsu dari Universiti Hokkaido menunjukkan sotong Neon terbang dari permukaan Lautan Pasifik, 600 kilometer ke timur Tokyo pada 25 Julai 2011. - AFP


TOKYO - Satu spesies sotong laut boleh terbang lebih 30 meter (m) melalui permukaan air dengan kelajuan lebih pantas daripada pelari pecut, Usain Bolt (gambar kecil) jika ia mahu mengelak ditangkap haiwan lain, kata seorang penyelidik Jepun semalam.
Menurut seorang penyelidik dari Universiti Hokkaido, Jun Yamamoto, sotong spesies Neon itu boleh bergerak keluar dari permukaan laut dengan menggunakan tembakan air pada tekanan tinggi.


Ia boleh bergerak pada kelajuan sehingga 11.2m setiap saat.
Bolt dari Jamaica memenangi pingat emas acara 100m pada Sukan Olimpik London pada tahun lalu dengan kelajuan purata 10.31m untuk satu saat. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0209&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2KLxXKnBY 
Hakcipta terpelihara 

Gempa bumi kuat landa kepulauan Santa Cruz

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Santa Cruz pada 2.59 pagi tadi.
 
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata gempa itu berpusat di 33 kilometer selatan Lata, Kepulauan Solomon dan 5,507 kilometer tenggara Semporna, Sabah.
 
Tiada ancaman tsunami dikeluarkan dan jabatan berkenaan sedang memantau perkembangan terkini kejadian itu. - Bernama

Selepas Bush, Presiden Iran jadi mangsa dilempar kasut




8 Februari 2013
Mahmoud Ahmadinejad
Mahmoud Ahmadinejad
KAHERAH – Lawatan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad ke Mesir tercemar apabila berlaku insiden memalukan apabila seorang lelaki melemparkan kasut ke arah presiden itu ketika mengadakan lawatan ke negara itu, Selasa lalu.

Sebuah video yang disiarkanolehagensi berita Anadolumenunjukkan beliau tersenyum bersalaman dengan orang ramaidi Kaherah dan secara tiba-tiba seorang lelakimelemparkankasutke arahnya.

Menurut jurucakap pejabatpendakwa rayaMesir, video tersebut memaparkan kehadiran Mahmoud disambut olehsekumpulan lelaki. Tidak lama kemudian, lelaki-lelaki lainyang mengerumuni beliau turut jugamelemparkankasutke arah pemimpin itu.

"Anda membunuh saudara-saudara kita!" salah seorang penyerang berteriak, lapor Anadolu. Agensi itu berkata,bagaimanapun kasut lelaki berkenaan gagal mengenai Mahmoud, sebaliknya pengawal keselamatannya.

Kejadian itu merupakan satu penghinaan besar dalam dunia Islam selepas insiden sama berlaku ke atas  bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa beliau membuat lawatan perpisahan ke Iraq pada 2008.

Dalam kejadian itu, seorang wartawan Arab,  Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang media bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya berteriak dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya.

Empat orang termasuk seorang warga Syria ditahan dalam kejadian di Kaherah ini.

Presiden Iran mengadakan lawatan bersejarah ke Mesir dan yang pertama dalam tempoh empat dekad ini.

Bayi digigit hidung meninggal dunia



Santosh
Santosh memangku Radha yang kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sawai Man Singh di Jaipur.
JAIPUR - Bayi malang digigit hidung dan bibir hingga putus oleh bapanya dua minggu lalu meninggal dunia selepas menjalani pembedahan di hospital Sawai Man Singh di Jaipur, India.

Jurucakap hospital berkata,  Radha, 5, gagal menunjukkan reaksi positif selepas pembedahan itu.

“Mangsa meninggal ketika sedang disusukan oleh ibunya. Beberapa organ dalamannya juga gagal berfungsi termasuk paru-parunya," katanya.

Sementara itu, media tempatan melaporkan, bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh di Siyana daerah Bikaner, Rajasthan kini ditahan atas tuduhan membunuh.

Jika bersabit kesalahan, Bhadar Singh, 36, berhadapan hukuman penjara 10 tahun atau penjara seumur hidup kerana melakukan penderaan hingga menyebabkan kematian.

Dua minggu lalu, mangsa dikejarkan ke hospital selepas bapanya, bertindak ganas menggigit hidung dan bibirnya hingga putus kerana tidak sering menangis. - AFP

Bangunan tentera Syria dibom




8 Februari 2013
Bangunan tentera Syria dibom
Struktur bangunan perisikan ketenteraan selepas diserang FSA.
DAMSYIK - Sekurang-kurangnya 19 anggota keselamatan Syria terbunuh dalam insiden letupan berkembar yang menyasarkan ibu pejabat perisik ketenteraan di selatan tengah bandar Palmyra, kelmarin.

Jurucakap pemerhati hak asasi manusia berkata, serangan itu dilancarkan di cawangan perisikan dan bangunan keselamatan di kawasan diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh pihak Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Katanya, selain serangan di Palmyra, kumpulan Tentera Pembebasan Syria (FSA) turut mengebom tengah bandar Homs dan telah meragut nyawa lapan orang awam.

"Pertempuran ganas antara tentera rejim Presiden Bashar al-Assad dan FSA dilaporkan berterusan sekitar ibu negara," katanya.

Pihak berkuasa Damsyik terpaksa menutup Dataran Abbasid dan jalan raya Fares Al-Khuory selepas FSA menyerang satu sekatan jalan dengan mortar.  - Al-Jazeera