Pages

Saturday, October 26, 2013

Tak potong rambut 16 tahun


Beijing: Seorang wanita menghabiskan masa dua jam setiap hari mencuci dan mengeringkan rambutnya, selain terpaksa menyanggulnya kerana bimbang menghalang laluan.

Ni Linmei, 57, mendakwa dia tidak memotong rambutnya selama 16 tahun dan kini ia sepanjang 2.9 meter. Namun, dia kini menimbangkan untuk mengeratnya kerana keadaan rambut itu yang nampak tidak terurus.
Mendengar berita itu, jiran tetangga di bandar kelahirannya Taiyuan di wilayah Shanxi sibuk bergambar dengan rambutnya sebelum ia dipotong.

Baru-baru ini, Ni dilihat bergambar bersama empat wanita dalam barisan yang memegang rambutnya.


Walaupun rambutnya nampak mengagumkan, Ni masih tidak dapat menandingi wanita senegaranya Xie Qiuping.


Buat masa ini, Xie adalah pemegang rekod Dunia Guinness, wanita dengan rambut terpanjang iaitu 5.6 meter yang dicatat pada Mei 2004. - AFP

Bunga terbesar ditemui di Deli Serdang


RIA Handayani bergambar bersama bunga Titan Arum atau bunga mayat yang berkembang mekar di tepi air terjun Tarunggang, Sumatera Barat, baru-baru ini. - AGENSI
MEDAN - Sekumpulan Ahli Komuniti Medan Petualang, baru-baru ini berpeluang melihat keajaiban bunga paling besar di dunia, Titan Arum atau Amorphophallus Titanum yang berkembang mekar dekat air terjun Deli Serdang, Sumatera Utara.
Titan Arum atau dikenali sebagai bunga mayat merupakan tumbuhan istimewa kerana hanya berkembang untuk tempoh 72 jam dan mengeluarkan bau busuk serta warna bunga menyerupai corak daging yang sering menarik perhatian agen pendebungaan seperti lalat dan kumbang.
Seorang daripada anggota komuniti tersebut, Ria Handayani berkata, ini merupakan kali pertama dia melihat bunga gergasi itu mekar dan berasa sangat kagum dengan saiz tumbuhan itu.
"Saya dan rakan yang lain tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan bunga mayat itu, walaupun terpaksa menuruni tebing curam di tepi sungai," katanya kepada solopos.com.
Kumpulan tersebut bernasib baik dapat melihat fenomena itu ketika berkunjung ke air terjun Tarunggang untuk aktiviti riadah.
Bunga tersebut yang berasal dari Sumatera ditemukan buat pertama kali pada 1878 oleh pakar botani dari Itali, Odoardo Baccari dan rakannya, Profesor Giovanni dari Turki.
Tumbuhan gergasi itu mampu membesar sehingga mencapai ketinggian 3.17 meter dan hanya tumbuh di kawasan rendah yang beriklim tropika dan subtropika seperti di Afrika Barat dan Kepulauan Pasifik termasuk Indonesia. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131026/lu_09/Bunga-terbesar-ditemui-di-Deli-Serdang#ixzz2ioxem7OT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita jual dara 12 anak

Bogota: Seorang wanita Colombia ditahan kerana menjual dara 12 anak perempuannya, masing-masing dengan harga £125 (RM632).
Margarita de Jesus Zapata Moreno, 45, ditahan di Bogota awal minggu ini selepas seorang daripada anak perempuanya itu yang kini berusia 16 tahun hamil, kata polis.
Remaja itu berang selepas ibunya mengarahkan dia menggugurkan kandungannya.
Seorang lelaki dikenali sebagai Tito Cornelio Daza, 51, yang dilaporkan bapa kepada bayi dalam kandungan remaja terbabit turut ditahan.
Foto
MARGARITA (dua dari kanan) dan Daza (dua dari kiri) diiringi anggota polis untuk dibawa ke penjara.
Rangkaian televisyen Univision melaporkan Margarita yang mempunyai 14 anak semuanya akan menjual dara mereka sebaik masing-masing mencecah usia 12 tahun.
Dia kemudian memaksa anak-anaknya melacur diri bagi membayar bil kemudahan awam di kediamana mereka.

“Ia sungguh menyedihkan apabila seorang ibu sanggup melakukan demikian,” kata ketua polis Carlos Melendez yang menyiasat kejadian itu kepada wartawan.

“Si ibu mempunyai hubungan dengan pegawai tinggi, tetapi dia memperdaya lelaki lain agar berasmara dengan anaknya apabila mereka berusia 12 tahun,” katanya.

Margarita yang menafikan dakwaan terhadapnya berdepan hukuman penjara 10 tahun jika disabitkan bersalah.

Dia kini ditahan di penjara El Buen Pastro, manakala Daza ditahan di penjara Modelo.

Kedua-duanya dituduh mendera kanak-kanak bawah 14 tahun, selain turut memaksa mereka melacur.

Dua lagi anaknya iaitu kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan budak perempuan berusia sembilan tahun, bagaimanapun tidak menjadi pekerja seks dan kini di bawah jagaan petugas khidmat sosial.

Anak perempuannya yang membuat laporan terhadap ibunya kini menerima bantuan psikologi dari Institut Kebajikan Keluarga Colombia. - Agensi

Mumia 1,000 tahun ditemui di Peru



TAPAK makam kaum Wari yang ditemui di Lima, Peru kelmarin.


LIMA - Ahli-ahli arkeologi menemui dua mumia kaum Wari yang berusia lebih 1,000 tahun di sebuah tapak perkuburan kuno di pinggir bandar raya ini kelmarin.
Seorang ahli arkeologi, Gladys Paz berkata, dua mumia tersebut merupakan penemuan paling penting sejak tiga dekad lalu.
"Kedua-dua mumia itu masih berada dalam keadaan baik," katanya kepada agensi berita AFP di makam Huaca Pucllana, dekat daerah Miraflores di sini.
Makam purba tersebut ditemui lima hari lalu tetapi proses mengeluarkan mumia manusia dewasa dan kanak-kanak itu mengambil masa beberapa hari.
Menurutnya, penemuan mumia tersebut adalah yang ketiga daripada 70 buah makam purba yang digali di Peru sejak tahun 1981.
Pada tahun 2010, seorang ahli arkeologi menemui makam seorang wanita yang dikebumikan bersama empat orang anaknya.
Sementara itu, pada tahun 2008, mereka menemui mumia seorang gadis yang berusia 13 tahun.
Kedua-dua mumia yang baru ditemui itu akan dibawa ke makmal untuk ujian selama empat hingga enam bulan bagi menentukan umur dan jantina mereka. - AFP

Lakaran gergasi seluas 4.45 hektar



SATU lakaran wajah seorang kanak-kanak misteri mengejutkan masyarakat Belfast, Ireland Utara semalam.


BELFAST, Ireland Utara - Seorang artis seni telah menggemparkan penduduk di sini dengan menghasilkan lakaran gergasi wajah seorang kanak-kanak di atas sebidang tanah sempena Festival Belfast baru-baru ini.
Artis seni itu, Jorge Rodriguez-Gerada yang berketurunan Amerika Syarikat-Cuba mengilham lakaran wajah kanak-kanak perempuan berusia enam tahun tersebut di atas tanah seluas 4.45 hektar.
Lakaran seni yang diberi nama WISH itu merupakan projek seni awam terkini dilakukan Rodriguez-Gerada di kawasan yang menjadi tumpuan umum.
Imej yang digambarkan Gerada itu bersaiz amat besar dan hanya boleh dilihat dari tempat tinggi atau dari kapal terbang.
Karya itu menggunakan 2,000 tan pasir, 2,000 tan tanah dan kira-kira 30,000 pancang kayu serta dibantu oleh sejumlah sukarelawan.
Selain itu, ia juga dipercayai akan kekal untuk tontonan umum sehingga bulan Disember 2013. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2ilpBdthO 
Hakcipta terpelihara