Pages

Friday, September 30, 2016

Lelong dara bermula RM690,000




Lolita, 21, dan Ariana, 20, (kanan) dari Russia. - Foto Daily Mail

Daily Mail
London: Seorang pelajar perempuan dari Russia yang mendakwa tidak pernah mengadakan hubungan seks menawarkan daranya dengan harga permulaan €150,000 (kira-kira RM690,000) bagi menampung keperluannya melanjutkan pelajaran di luar negara.

Ariana, 20, mengiklankan lelongan daranya melalui satu laman web teman sosial dan mereka yang berminat juga boleh memilih rakan baiknya yang turut membuat tawaran sama dengan harga sama, sama berasingan atau kedua-dua ‘anak dara’ itu untuk sesi yang sama.

Menurut Ariana, ramai pelajar menghadapi masalah kewangan dan dia membuat keputusan itu kerana tidak mahu menghadapi masalah berkenaan ketika belajar nanti.

“Saya mahu belajar perubatan di negara luar dan kosnya mahal, termasuk kos sara hidup, jadi saya tidak mahu diganggu masalah kewangan bagi membolehkan tumpuan kepada pelajaran,” katanya

Dia tidak menganggap keputusannya itu salah dari segi etika sebaliknya berpendapat cara paling mudah mendapatkan wang dalam masa singkat.

“Percayalah, saya sudah lama menimbangkannya sebelum membuat keputusan dan selama ini pun tidak menemui cinta.

“Jadi kenapa saya perlu menunggu lagi? Kenapa saya perlu hilang dara kepada seseorang yang kemudian menyebabkan saya patah hati?” katanya.

Menurutnya, ibu bapanya tidak tahu mengenai keputusannya namun jika mereka tahu, dia akan memberi penjelasan sewajarnya.

Rakannya, yang menggunakan nama Lolita, 21, juga mengiklankan daranya melalui laman web berkenaan.

Bagaimanapun, Lolita tidak menyatakan di laman web berkenaan tujuannya melelong daranya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 September 2016 @ 6:23 PM

Gaun pengantin RM1.3 juta


30 September 2016 12:27 AM

MONTE CARLO 29 Sept. – Sehelai gaun pengantin berharga 242,000 pound (RM1.3 juta) yang dipakai oleh anak pe­rempuan hartawan minyak Chechnya, Elina Bazhaeva menjadi tumpuan para tetamu pada majlis perkahwinannya di Monaco baru-baru ini.

ELINA BAZHAEVA memakai gaun pengantin bernilai RM1.3 juta semasa majlis perkahwinannya di Monte Carlo, Monaco, baru-baru ini. AGENSI
Gaun tersebut yang direka oleh pereka fesyen Lebanon, Zuhair Murad dikatakan dihiasi dengan berjuta-juta batu kristal, manik dan renda.
Zuhair merupakan pereka fesyen yang turut digemari dalam kalangan selebriti seperti Jennifer Lopez. Taylor Swift, Beyonce dan Eva Longoria.
Elina, 21, yang masih menuntut, berkahwin dengan usahawan, Bek Ali Khan Mamakaev, 25, yang juga pemilik empayar Alikhan Mamakaev, syarikat induk kumpulan Kewangan Dorchester dan Alima Cosme­tics serta memiliki bersama beberapa syarikat bapanya.
Pasangan itu bertemu pada Februari lalu dan dua bulan kemudian, Bek Ali Khan telah melamar Elina. Bek Ali Khan yang berkelulusan dari sebuah universiti di London fasih bertutur dalam enam bahasa.
Elina pula merupakan anak hartawan minyak, Musa Baz­haeva, 49, iaitu Presiden Kumpulan OJSC Alliance.
Majlis perkahwinan yang dihadiri oleh 100 tetamu itu diadakan di restoran Le Louis XV di Monte Carlo, Monaco. – AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gaun-pengantin-rm1-3-juta-1.388787#sthash.XAtQYd0J.dpuf

Bayi lelaki ‘berusia’ 80 tahun


30 September 2016 12:27 AM
SEORANG bayi di Magura, Bangladesh menghidap penyakit progeria

SEORANG bayi di Magura, Bangladesh menghidap penyakit progeria yang menampakkan kesan-kesan penuaan sejak lahir. AGENSI
DHAKA 29 Sept. – Seorang bayi lelaki dilahirkan dengan keadaan yang jarang berlaku, menjadikannya kelihatan seperti berusia 80 tahun.
Laporan Mirror.co.uk menyebut, bayi tersebut seakan-akan menyerupai jalan cerita dalam filem The Curious Case of Benjamin Button yang dibintangi aktor terkenal, Brad Pitt.
Kelahiran bayi pada Ahad lalu itu mengejutkan doktor di sebuah hospital di daerah Magura, Bangladesh dan mengatakan bayi tersebut mengalami sejenis penyakit dikenali sebagai pro­geria.
Sindrom itu menyebabkan kedutan di muka, badan yang kecil dan mata berongga menampak­kan ciri-ciri seorang lelaki tua.
“Bayi itu tidak kelihatan seperti bayi yang baru lahir sama sekali kerana mempunyai tanda-tanda penuaan di seluruh badannya,” kata salah seorang doktor yang merawat bayi berkenaan.
Walaupun menerima anak yang kurang normal, namun ibu bapa kepada bayi tersebut tetap dikatakan gembira dengan kelahiran itu selain menganggapnya sebagai ‘keajaiban’.
Biswajt Patro, yang merupakan seorang petani tidak dapat menyembunyikan perasaan saat menerima kelahiran bayinya.
“Kami hanya boleh berterima kasih kepada tuhan. Kami akan menerima dia seadanya dan amat gembira mempunyai seorang bayi lelaki di dalam rumah ini,” katanya.
Dalam pada itu, para doktor juga memberitahu bahawa keada­an bayi itu sihat namun mereka masih tidak mengetahui cara sebenar untuk merawat masalah penyakit berkenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bayi-lelaki-8216-berusia-8217-80-tahun-1.388785#sthash.ds7zRcX9.dpuf