Pages

Sunday, April 3, 2011

Lima penagih siber merana




DIBELASAH PENAGIH INTERNET: Deng Senshang, remaja China yang menghadiri Kem Penagih Internet dipukul hingga mati oleh penagih Internet lain. - Foto GIZMO






KERANA pulut, santan binasa. Kerana mulut, badan binasa. Kerana Internet, lima penagih siber ini merana sehingga membinasakan nyawa mereka dan orang-orang tersayang.
1: Penagih FarmvilleAlexandra V. Tobias, 22 tahun, meradang apabila bayi lelakinya yang berusia tiga bulan melalak tatkala dia sedang bermain permainan kebun siber, Farmville di Internet. Tangannya langsung menggoncang si bayi hingga mati dan tidak bersuara lagi.2: Peserta Kem Penagih InternetDeng Senshang, 15 tahun, dipukul sampai mati oleh penagih-penagih Internet lain, hanya selepas beberapa jam mengikuti program pemulihan di sebuah Kem Penagih Internet di China.3: Penagih Cinta InternetBelia Amerika, Amy Lynn Boyer, 20 tahun, ditembak mati oleh bekas teman sekolahnya, Liam Youens, 21 tahun, yang 'mengekorinya' dalam talian selama beberapa tahun lamanya. Youens kemudian menembak dirinya sendiri selepas kejadian itu. Selama ini, dia meluahkan cintanya di dua laman blog, mengharapkan kasih Boyer yang tidak kunjung tiba.4: Pasangan Lebihkan Anak SiberLebih 12 jam lamanya pasangan suami isteri Korea, Encik Kim Yoo-chul, 41 tahun, dan Cik Choi Mi-sun, 25 tahun, khusyuk menghabiskan masa mereka di kafeteria siber menjaga dan membesarkan 'anak siber' dalam satu permainan dalam talian. Dalam tempoh tersebut, bayi tiga bulan mereka terbiar kelaparan sehingga meninggal dunia.5: Hantu Worlds of WarcraftSeorang gadis China yang bergelar Snowly di alam siber terlalu gilakan permainan Worlds of Warcraft. Dia bermain tanpa henti, mengabaikan masa rehatnya. Akhirnya, dia terkulai layu di medan kehidupan selepas puas bertarung di alam siber.Cyberita Online Istimewa

10 pemberontak maut dalam serangan tentera bersekutu




KORBAN SERANGAN UDARA:Para pemberontak berdoa di kubur 10 rakan mereka yang terkorban ekoran serangan udara tentera bersekutu di bandar Brega, kelmarin. - Foto REUTERS




BREGA (LIBYA): Sekurang-kurangnya 10 pemberontak terkorban ekoran serangan udara tentera bersekutu kelmarin, sedang pertempuran dengan tentera Muammar Gaddafi di bandar Brega, yang kaya dengan sumber minyak semakin sengit.
Serangan udara itu turut menyebabkan tiga orang awam terkorban, termasuk seorang pemandu ambulans dan tiga pelajar perubatan.'Beberapa anggota pasukan Gaddafi telah menyeludup masuk di kalangan para pemberontak dan melepaskan tembakan antipesawat ke udara.'Selepas itu, pasukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) tiba dan mengebom mereka,' kata seorang pemberontak, Mustafa Ali Omar.Di sebalik korban jiwa itu, jurucakap pemberontak, Mustafa Gheriani, berkata pihaknya masih memerlukan sokongan serangan udara pasukan bersekutu.'Anda harus lihat dari sudut yang lebih luas. Kesilapan boleh berlaku. Kita sedang cuba mengguling Gaddafi dan kematian akan berlaku, walaupun perkara itu menyedihkan,' katanya.Sementara itu, di Brussels, jurucakap Nato, Cik Oana Lungescu, berkata pihaknya sedang meneliti laporan yang diterima mengenai kejadian itu.'Nato sentiasa prihatin tentang laporan mengenai kematian orang awam. Misi Nato ialah untuk melindungi orang awam dan kawasan orang awam daripada diserang,' kata Cik Lungescu.Awal dari itu, rejim Presiden Muammar Gaddafi menuduh pasukan tentera antarabangsa melakukan 'jenayah kemanusiaan' berikutan tindakan berterusan pengeboman yang turut mengorbankan orang awam.Jurucakap pemerintah, Encik Mussa Ibrahim, berkata tindakan tentera bersekutu yang melakukan serangan udara dan laut dengan mensasarkan rakyat Libya sebenarnya 'penjenayah' dan 'golongan tidak bermoral' hingga sanggup melakukan jenayah kemanusiaan.Encik Ibrahim berkata, enam orang awam terbunuh semalam selepas serangan di perkampungan Bouargoub, berdekatan bandar minyak Brega di timur Tripoli.Beliau juga menolak tawaran perjanjian damai dan gencatan senjata yang dibuat oleh kumpulan pemberontak.Sebelum ini, seorang pemimpin pemberontak di bandar Benghazi, Mustafa Abdul Jalil, berkata kumpulan pemberontak bersedia berdamai jika pasukan tentera Encik Gaddafi menghentikan serangan ke atas bandar yang kini dikawal oleh pemberontak.'Para pemberontak tidak pernah menawarkan kedamaian. Mereka bukan menawarkan kedamaian. Mereka sebalik membuat tuntutan yang mustahil.'Kami tidak akan berundur daripada bandar-bandar kami. Kami adalah pemerintah, bukan mereka,' kata Encik Ibrahim, yang menyifatkan tawaran perjanjian damai itu hanya satu 'muslihat'. -- Agensi.Cyberita Online Luar Negara

Jambatan gantung hampir siap runtuh


GUA MUSANG – Sebuah jambatan gantung yang hampir siap dibina merentangi Sungai Galas di Kampung Pulai di sini runtuh malam tadi dipercayai akibat hujan lebat.

Jambatan sepanjang 130 meter bernilai RM220,000 itu dipercayai runtuh pada awal tengah malam tadi tetapi hanya disedari penduduk kampung kira-kira jam 7 pagi ini.
Pengerusi MCA bahagian Gua Musang Chee Sien Chen berkata kebanyakan penduduk yang menunggu pembinaan jambatan itu siap, terkejut apabila melihat ia telah runtuh.
"Mujur jambatan itu belum digunakan penduduk, jika tidak mungkin ada yang cedera.
"Kejadian itu dipercayai berpunca daripada stuktur pembinaannya yang tidak kuat dan pernah menjadi pertikaian penduduk akhir Februari tahun lepas kerana bimbang akan runtuh, “ katanya kepada pemberita yang melawat jambatan itu hari ini.
Turut melawat jambatan itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusoff.
Pengerusi Tokong Pulai, Lew Kew Bee pula berkata, pihaknya mempertikai pembinaan jambatan gantung berkenaan yang bukan sahaja terlalu mahal tetapi dibuat secara mudah hingga terdedah kepada kejadian runtuh itu.
"Penduduk pernah mengadakan perjumpaan dengan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mohd Arshad Ismail bagi membincangkan perkara itu, tetapi dimaklumkan pembinaannya mengikut prosedur.
"Kita diberitahu struktur pembinaan ikut pakar yang pernah berbuat demikian dan dunia juga ikut cara berkenaan. Kini apa telah jadi apabila runtuh sebelum siap,” katanya. - Bernama
Kosmo! Online - Terkini

Murid kena pukul meninggal, penyelia asrama ditahan

ALOR SETAR: Murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis, sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini. 
Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada 8.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lalu.
Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang ini.

Dalam kejadian 7 malam itu, seorang guru lelaki berumur 26 tahun dikatakan memukul murid terbabit selama hampir dua jam sehingga pengsan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya, berkata suspek yang juga penyelia asrama sekolah berkenaan ditahan pada jam 10 malam tadi.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin, 38, berkata sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, anak angkatnya yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada jam 1.40 pagi kelmarin.
"Saya dapat panggilan daripada seorang ustaz. Dia tanya sama ada Saiful ada penyakit tarik (sawan). Saya kata tak ada. Lepas itu dia kata dia nak datang ambil saya ke hospital sebab Saiful masuk hospital dan kena pindah ke hospital di Alor Setar," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah.

Hazirah berkata, dia dapat melihat kesan melecet pada pergelangan tangan mangsa selain kesan lebam di bahagian matanya.

"Saya diberitahu Saiful alami pendarahan di bahagian kepala. Pada mulanya doktor kata dia stabil tapi semalam (Sabtu) doktor beritahu dia sudah tak ada harapan untuk hidup.

"Ketika mula-mula masuk asrama, arwah gembira sangat-sangat. Dia kerap balik sebab sekolah tak sampai satu kilometer dari rumah kami," katanya.

Bapa kandung mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata anaknya dipelihara oleh keluarga angkat selepas isterinya meninggal dunia ketika Saiful Syazani baru berusia tiga tahun.

"Kali terakhir saya bertemu anak saya setahun lalu, sebab saya tinggal di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu," katanya.

Saiful Sopfidee berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada jam 8 pagi kelmarin.

Selepas melihat keadaan anaknya akibat dipukul, Saiful Sopfidee membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada petang kelmarin. - BERNAMA
Berita Harian Online | Murid kena pukul meninggal, penyelia asrama ditahan

Dua pekerja loji Fukushima maut akibat tsunami


TOKYO: Tsunami besar yang melumpurkan loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi turut membunuh dua pekerja di situ, kata pengendalinya, sekali gus mengesahkan kematian di kompleks berkenaan.

Dua pekerja terbabit yang berusia 21 dan 24 tahun, hilang sejak gempa bumi dan tsunami pada 1 mac lalu.

“Ia sungguh menyedihkan kerana kedua-dua pekerja muda ini cuba melindungi loji tenaga ini ketika gempa bumi dan tsunami,' kata Pengerusi Tokyo Electric Power Co, Tsunehisa Katsumata, dalam satu kenyataan.
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan luaran dan dipercayai meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah.

Mayat mereka terpaksa dinyah radiasi berikutan pendedahan sejak tiga minggu lalu. - AP"

Banjir kilat tenggelami Medan



Beribu-ribu rumah, sekolah, masjid dinaiki air kerana sungai melimpah
Foto
PENDUDUK meredah banjir yang melanda selepas hujan lebat.

MEDAN: Beribu-ribu buah rumah, sekolah dan pusat kesihatan masyarakat dan masjid di sembilan kawasan di Medan, Sumatera Utara ditenggelami air selepas dilanda banjir kilat semalam.Paras air yang naik secara mendadak menyebabkan ratusan ribu penduduk yang tidak bersedia terpaksa melarikan diri ke tempat lebih tinggi, pusat perlindungan sementara dan kawasan tidak terjejas banjir, sebilangan besar mereka hanya sehelai sepinggang. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Gabenor Sumatera Utara, Gatot Pujonugroho yang dipetik laman web Seputar Indonesia, berkata, kawasan yang ditenggelami air termasuk Medan Tuntungan, Selayang, Medan Polonia, Baru, Medan Petisah, Medan Johor, Medan Barat, Medan Helvetia dan Medan Maimun.

“Banjir kilat kali ini adalah yang paling buruk pernah berlaku berbanding banjir kilat pada 2001 dan 2006. Beberapa batang jalan utama di kota Medan termasuk Jalan Diponegoro, Jalan Sudirman dan Jalan Wali Kota masih ditenggelami air hingga ke paras pinggang,” katanya yang menambah, kediaman rasmi dan pejabat Gabenor Sumatera Utara turut ditenggelami air.

Gatot berkata, banjir berpunca daripada air di dua sungai utama di Medan Sungai Babura dan Sungai Deli melimpahi tebing berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
“Medan juga mengalami perubahan cuaca mendadak apabila pusaran angin berkumpul di wilayah Sumatera Utara, menyebabkan hujan lebat dan banjir yang diramal berterusan hingga Mei,” katanya.

Beliau, bagaimanapun berkata, operasi di lapangan terbang utama di Medan tidak terjejas dan masih berfungsi seperti biasa.

Ketua Jabatan Meteorologi, Iklim dan Geofizik Indonesia Albertus Kusbagio berkata pihaknya meramalkan keadaan cuaca tidak menentu di wilayah Sumatera Utara dan kemungkinan banjir berulang semula dalam tempoh terdekat.

“Pusaran angin yang berhimpun di Sumatera Utara, mendorong pembentukan awan tebal yang membawa hujan lebat. Pada masa sama sungai di sekitar Medan tidak mampu menampung jumlah air yang terlalu banyak ketika hujan lebat, juga menjadi punca banjir kilat,” katanya.

Sementara itu, di Papua, banjir kilat yang melanda wilayah Paniai, Ekadiede dan Agadide Paniai di timur, menyebabkan sekurang-kurangnya 13 orang terkorban, manakala lebih 100,000 penduduk terpaksa dipindahkan. – Agensi
Berita Harian Online | Banjir kilat tenggelami Medan

Seludup RM10b


Pasangan kastam dikesan hantar wang haram ke luar negara


PUTRAJAYA: Siasatan awal pasukan khas diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melakukan operasi terhadap pasangan suami isteri pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di Pahang, mendapati wujudnya transaksi lebih RM10 bilion dalam bentuk penghantaran wang dan penyeludupan wang ke luar negara secara haram.
Serbuan yang dilakukan terhadap 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis KDRM seluruh negara, selain beberapa syarikat penggurup wang sejak Isnin lalu, dipercayai akan membongkar lebih banyak penyelewengan apabila siasatan lanjut dijalankan.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata 62 pegawai KDRM, termasuk sembilan perempuan, merangkumi pelbagai pangkat ditahan sejak operasi itu bermula dan 17 daripada mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

“Siasatan berikutan serbuan serentak di Pulau Pinang, Pahang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur itu turut membongkar kesalahan membabitkan RM1.2 bilion mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001, selain membekukan akaun berjumlah RM602 juta, menyita RM382 juta, manakala RM31.2 juta lagi dilucut hak harta.

“Dalam serbuan kelmarin saja kita dapati ada pegawai kastam yang memiliki RM850,000 dalam akaun, ada yang memiliki setengah juta dalam akaun selain amanah saham dan kereta mewah, manakala di sebuah rumah pegawai KDRM kita temui RM625,250 dalam tiga beg dan seorang lagi memiliki lima jongkong emas bernilai sekitar RM50,000.

“Operasi kita kali ini bertumpu di Pelabuhan Klang (Selangor), Pelabuhan Kuantan (Pahang), Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas serta Pelabuhan Pasir Gudang di Johor. Tangkapan terbesar 46 kakitangan KDRM di lakukan di Pelabuhan Klang,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Jelas beliau, maklumat siasatan menunjukkan pegawai KDRM di pelabuhan seluruh Malaysia meminta dan menerima wang rasuah daripada syarikat ejen penghantar dan ejen untuk mengurangkan duti kastam bagi mempercepatkan pemerosesan Borang K1 (borang pengisytiharan cukai) dari 2008 hingga 2011.

Mustafar juga memaklumkan bahawa 17 masih ditahan reman, termasuk pegawai kanan KDRM yang disambung reman empat hari lagi mulai semalam, manakala isterinya sudah dibebaskan. Sebahagian besar akaun yang dibekukan juga sudah dilepaskan selepas siasatan awal.

Umumnya secara keseluruhan, kata beliau, bagi setiap kes yang dibongkar ada 10 lagi yang terlepas dan amalan rasuah itu menyebabkan kerugian sekitar RM108 bilion setiap tahun kepada kerajaan dari segi kutipan cukai dan duti kastam, pendapatan tidak dilapor yang dihantar keluar negara tanpa kelulusan dan pengisytiharan tidak betul barangan import.

“Pegawai KDRM yang disoal siasat mengakui menerima suapan antara RM100 hingga RM500 bagi setiap borang K1 sejak lima bulan lalu, membabitkan lebih 100 syarikat dan kita membekukan lebih 150 akaun bagi membantu siasatan.

“Ada pegawai KDRM yang menerima sampai RM10,000 sebulan menerusi tujuh transaksi akaun dan ada pula ditemui memiliki RM11,891 serta 600 Riyal, menyimpan belasan ribu ringgit di rumah, memiliki simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sehingga RM200,000, selain memiliki jam tangan berjenama mewah yang diperbuat daripada emas.

“Selain penemuan 200 kotak mercun pelbagai jenis dan 20 kotak mengandungi rokok seludup dianggar bernilai puluhan ribu ringgit yang ditemui di rumah pegawai kanan KDRM Pahang Jumaat lalu, semalam kita menemui seorang pegawai KDRM memiliki dua pucuk pistol tiruan dan 241 butir peluru,” katanya.

Jelas beliau, operasi membabitkan KDRM, Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Peguam Negara (JPN) serta agensi lain yang berkaitan dengan diketuai oleh SPRM itu dinamakan Ops 3b kerana disasarkan dapat mendapatkan kembali RM3 bilion yang diseleweng.
Berita Harian Online | Seludup RM10b

Usaha tampal keretakan loji nuklear Jepun gagal

TOKYO: Jurutera gagal menampal keretakan di loji nuklear Fukushima Daiichi di mana air dengan radioaktif tinggi meresap ke Lautan Pasifik selepas lumpuh akibat gempa bumi kuat yang disusuli tsunami besar bulan lalu.

Bagaimanapun, mereka menyatakan pemeriksaan terhadap kompleks berkenaan tidak menemui kebocoran lain.

Tsunami itu dipercayai meragut kira-kira 25,000 nyawa.
Radiasi dibebaskan ke udara, tanah dan air dari loji berkenaan sejak beberapa minggu lalu.

Semalam, pihak berkuasa menemui retakan di mana air dengan radioaktif tinggi meresap ke Lautan Pasifik. - AP"

Banjir di Perlis: 3,620 masih di pusat pemindahan


KANGAR 3 April – Seramai 3,620 mangsa banjir masih lagi berada di pusat-pusat pemindahan di Perlis pagi ini, berkurangan sebanyak 145 orang berbanding malam tadi.

Jurucakap bilik gerakan banjir Perlis berkata, mereka ditempatkan di 19 pusat pemindahan di kawasan Kangar, enam di Arau dan satu di Padang Besar.
Jumlah mangsa banjir dijangka terus berkurangan lewat petang ini berikutan kebanyakan kawasan yang dilanda banjir terutama di utara Perlis mulai surut.
Cuaca di negeri ini cerah pagi ini. - Bernama

Bapa rayu bantuan orang ramai kesan anak gadis hilang



FAUZI Ya'acob bersama isterinya, Zaiton Mat Noor menunjukkan gambar anak perempuan mereka, Surita Asyikin yang hilang sejak 28 Mac lalu di rumahnya di Kampung Pengkalan Depu, Tok Uban, Pasir Mas, kelmarin.


PASIR MAS 2 April - Seorang bapa dari Kampung Pengkalan Depu, dekat sini memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan anak gadisnya, Surita Asyikin, 21, yang hilang sejak lima hari lalu.
Fauzi Ya'acob, 58, berkata, anak perempuannya itu yang mengalami masalah lembam, telah keluar rumah pada Isnin lalu secara bersendirian kerana hendak ke Klinik Kesihatan Tok Uban, tidak jauh dari rumah mereka, bagi mendapat rawatan sakit gigi.
Menurutnya, anak keempat daripada 13 beradik itu, jarang keluar rumah dan kebiasaannya menghabiskan masa bersama keluarga disebabkan masalah mental.
Katanya, seorang penduduk ada memaklumkan ternampak Surita Asyikin berjalan seorang diri dan kemudian menaiki kenderaan sapu menghala ke Pasir Mas, bagaimanapun bukannya ke klinik berkenaan.
"Selepas beberapa jam tidak pulang, saya mengambil keputusan untuk ke klinik tersebut namun, dia tidak ada sana dan kira-kira pukul 3 petang, adiknya sekali lagi ke klinik tersebut tetapi turut gagal menemuinya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Fauzi memberitahu, dia telah beberapa kali menghubungi telefon bimbit anak perempuannya itu tetapi ia telah dimatikan dan sehingga kini mereka sekeluarga masih gagal berhubung dengan Surita Asyikin.
Berikutan itu, dia telah membuat laporan polis kira-kira pukul 8 pagi Selasa lalu.
"Surita Asyikin memakai baju T berwarna merah, berseluar jeans hitam dan bertudung hitam semasa keluar rumah Isnin lalu.
"Saya merayu sesiapa yang terlihat Surita Asyikin supaya dapat menghubungi saya di talian 013-968 3166 atau 019-908 7297 atau menghantarnya ke balai polis berhampiran," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan tersebut dan pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengesan gadis tersebut.
Utusan Malaysia Online - Timur

Serangan jet pejuang NATO, 13 terbunuh

AJDABIYAH, Libya 3 April – Serangan daripada jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) lewat petang semalam menyebabkan 13 terkorban dan empat daripadanya adalah orang awam, di 15 kilometer timur medan pertempuran minyak Libya di Brega.

Empat orang awam tersebut terdiri daripada seorang pemandu ambulans dan tiga pelajar jurusan perubatan dari bandar kedua Benghazi yang menyertai konvoi pemberontakan dengan menaiki lima atau enam kenderaan, kata Issa Khamis, pegawai perhubungan bagi kerajaan peralihan di bandar Ajdabiyah, timur Brega.

Serangan itu berlaku selepas pemberontak melepaskan tembakan ke udara bagi meraikan kejayaan memasuki Brega. – AFP"
Utusan Malaysia Online - Terkini: "

Reaktor Nombor 2 punca radioaktif bocor



TOKYO 2 April - Pengurusan loji tenaga nuklear Fukushima menyatakan kebocoran radioaktif berpunca dari keretakan lubang konkrit reaktor Nombor Dua ketika Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan hari ini buat pertama kali melawat wilayah paling teruk dilanda tsunami di negara ini.
Timbalan Ketua Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri, Hidehiko Nishiyama berkata, penemuan keretakan itu dapat membantu menjelaskan mengapa usaha untuk menangani krisis nuklear itu tidak berjaya.
''Dengan peringkat radiasi meningkat di kawasan laut berdekatan loji berkenaan, kami sedang mengesahkan puncanya dan dalam konteks ini, ia mungkin satu daripada puncanya.
''Kita perlu mengkaji semua keputusan terlebih dahulu sebelum mengesahkannya,'' katanya.
Tokyo Electric Power Co. (TEPCO) berkata, radiasi di lubang berkenaan diukur sebanyak 1,000 milisievert sejam.
''TEPCO kini bersedia untuk menuang konkrit ke dalam lubang itu untuk menghentikan kebocoran berkenaan,'' ujar Nishiyama.
Dalam pada itu, Kan bertemu mangsa-mangsa tsunami yang tinggal di khemah-khemah di perkampungan nelayan di Rikuzentakata, yang musnah dilanda tsunami pada 11 Mac lalu ekoran gempa bumi kuat.
''Ia akan memakan masa yang panjang untuk memulihkan keadaan tetapi kerajaan akan bekerjasama dengan anda sehingga ia selesai. Saya mahu semua melakukan yang terbaik,'' katanya kepada seorang mangsa di sebuah sekolah yang kini menjadi pusat pemindahan sementara. - Reuters
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

62 pegawai JKDM ditahan - SPRM


PUTRAJAYA 2 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seramai 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram serta pelbagai kesalahan lain dalam 'Operasi 3b' yang diadakan sepanjang minggu ini.

Mereka terdiri daripada 53 lelaki dan sembilan perempuan berusia antara 24 hingga 53 tahun.

Daripada jumlah itu, seramai 17 pegawai termasuk seorang yang berpangkat pengarah masih direman manakala selebihnya dibebaskan atas jaminan.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, penahanan itu membolehkan pihaknya membongkar pelbagai aktiviti mencurigakan membabitkan pegawai pasukan penguat kuasa itu.

Menurut beliau, antara pembongkaran yang ditemui adalah terdapat pegawai yang memiliki kereta mewah, jam tangan buatan emas, jongkong emas serta menyimpan wang tunai yang banyak.

Beliau mendedahkan, seorang pegawai kanan berpangkat pengarah memiliki wang tunai RM65,000 yang ditemui berselerakan dalam rumahnya dan memiliki RM2.1 juta dan RM500,000 dalam dua akaun berasingan.

"Selain itu, kami turut menemui berkotak-kotak bunga api dan mercun serta rokok-rokok kretek di rumah pengarah tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Operasi 3B tersebut diadakan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membongkar aktiviti pegawai kastam di pelabuhan yang meminta dan menerima wang rasuah daripada ejen penghantaran.

Mustafar berkata, terdapat juga pegawai mengaku menerima RM100 untuk setiap borang pengisytiharan duti K1 yang diproses dalam tempoh lima bulan yang lalu.

Beliau berkata, SPRM turut menemui wang simpanan sebanyak RM850,000 dalam sebuah akaun serta simpanan Amanah Saham Bumiputera bernilai RM200,000.

"Selain pegawai yang menerima RM10,000 setiap bulan, kami turut mendapati ada pegawai yang memakai kenderaan mewah Toyota Estima walaupun gaji mereka tidak tinggi.

"Turut dijumpai dalam operasi adalah lima ketul jongkong emas bernilai RM50,000, jam tangan mewah yang dibuat daripada emas, dua pucuk pistol tiruan dan 241 butir peluru," katanya.

Mustafar berkata, operasi telah dilakukan di lima pelabuhan utama iaitu di Pelabuhan Klang, Kuantan, Pulau Pinang, Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang. Tangkapan paling banyak berlaku di Pelabuhan Klang.

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

RM108 bilion lesap setiap tahun





PUTRAJAYA 2 April - Dianggarkan RM108 bilion yang sepatutnya menjadi pendapatan negara setiap tahun lesap manakala lebih RM10 bilion lagi dipindahkan secara haram ke luar negara.
Kerugian itu dikesan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di seluruh negara.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, angka kerugian itu dianggarkan akibat aktiviti pemindahan wang secara haram melalui beberapa cara termasuk taksiran kurang, transaksi tanpa rekod serta penyeludupan wang.
"Akibat tindakan 'tangan-tangan kotor' ini, negara mengalami kerugian apabila hasil pendapatan lesap manakala wang rasuah yang diperolehi mereka dipindahkan secara haram ke luar negara.
"Berikutan itu, SPRM mengadakan 'Operasi 3b' iaitu sasaran kita mengembalikan semula RM3 bilion hasil pendapatan negara yang lesap," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mustafar berkata, hasil operasi itu, sebanyak 62 orang pegawai JKDM telah ditahan dan sejumlah RM602 juta wang dibekukan, selain RM382 juta disita manakala RM31.2 juta dilucut hak harta.
"Kita siasat semua kes dan tangkapan ini di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 2001 dan kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah melibatkan wang berjumlah RM1.2 bilion," katanya.

21 maut protes bakar Al-Quran di Afghanistan




PENDUDUK mengangkat seorang lelaki yang cedera dalam serangan ke atas pejabat PBB semasa tunjuk perasaan membantah tindakan seorang paderi Amerika Syarikat yang membakar Al-Quran, di Mazar-i- Sharif, utara Kabul, Afghanistan, kelmarin. - AP


MAZAR-I-SHARIF 2 April - Kira-kira 21 orang terbunuh di beberapa bandar di Afghanistan ketika demonstrasi bantahan semakin memuncak terhadap insiden pembakaran Al-Quran oleh seorang paderi Kristian di Amerika Syarikat (AS) sejak semalam.
Sembilan penunjuk perasaan maut dan 32 lagi cedera ketika kira-kira 2,000 penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di Kandahar.
Pada 21 Mac lalu, paderi Wayne Sapp dan paderi kontroversi Terry Jones membakar Al-Quran sebagai 'hukuman' apabila kitab suci itu 'disabit kesalahan' atas pertuduhan jenayah selepas satu 'perbicaraan' diadakan di sebuah gereja di Gainesville, Florida.
Seorang wartawan AFP berkata, demonstrasi itu kini merebak ke beberapa lokasi di bandar berkenaan selain bunyi tembakan dapat didengari.
Terdahulu, sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh apabila sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata menyerbu kawasan milik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Afghanistan ekoran bantahan pembakaran Al-Quran di Amerika Syarikat (AS) semalam.
Pegawai PBB di New York berkata, pada awalnya sekurang-kurangnya 20 kakitangan badan dunia itu dilaporkan terbunuh.
Bagaimanapun, ketua pengaman PBB, Alan Le Roy berkata, hanya tujuh kakitangan mereka terbunuh.
Pegawai PBB berkata, jumlah awal tersebut termasuk penunjuk perasaan Afghanistan yang membantah pembakaran Al-Quran.
Empat pengawal warga Nepal di kawasan PBB di bandar Mazar-i-Sharif berkenaan terbunuh ketika cuba mempertahankan tiga kakitangan daripada penunjuk perasaan.
Misi pengaman PBB Norway dalam laman Twitter berkata, Leftenan Kolonel Siri Skare, 53, dari negara itu merupakan antara yang terbunuh.
Kumpulan militan, Taliban mendakwa bertanggungjawab di atas kejadian itu yang menyaksikan sebahagian daripada bangunan di kawasan berkenaan musnah dalam kebakaran.
Le Roy berkata, badan dunia itu kini mengundurkan kakitangan mereka dari Mazar-i-Sharif buat sementara dan menilai situasi keselamatan di Afghanistan. - AFP/Reuters
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Anjing terapung 3 minggu



GAMBAR yang disediakan oleh Jiji Press menunjukkan Pengawal Pantai Jepun menyelamatkan seekor anjing yang terapung sejak gempa bumi dan tsunami melanda tiga minggu lalu di perairan Kesennuma di Miyagi, Jepun, kelmarin. - AFP


TOKYO 2 April - Seekor anjing ditemui selamat dan sihat hari ini selepas tiga minggu berada di dalam rumah yang terapung di tengah lautan akibat tsunami yang melanda Jepun.
Ahli Pengawal Pantai Jepun menemui anjing kecil itu ketika menjalankan pencarian dari udara di kawasan tersebut.
Anjing itu berjaya meneruskan hidup di dalam rumah yang separuh daripadanya telah musnah dihanyutkan oleh air laut.
Televisyen tempatan menyiarkan video anjing itu berlari melompat-lompat di atas bumbung rumah itu sebelum ia menghilangkan diri ke dalam rumah melalui lubang di bumbung itu.
Anggota penyelamat berharap menemui ramai lagi mangsa tsunami yang terselamat di dalam rumah itu tetapi mereka gagal menemui sesiapa selepas membuka bumbung itu melainkan anjing tersebut.
Walaupun berada tiga minggu di lautan, anjing berwarna coklat yang bersaiz sederhana itu dilihat berada di dalam keadaan yang baik dan sihat.
Penemuan tersebut merupakan harapan sedikit yang jarang berlaku di Jepun di mana beribu-ribu orang dipercayai terkorban akibat bencana itu.
Jepun kini dicengkam dengan ancaman nuklear akibat ketidakstabilan loji nuklear di Fukushima dan pekerja loji terus berusaha untuk memulihkan sistem penyejukan yang rosak akibat gempa bumi. - AGENSI
-Utusan

Tiga nyaris rentung


RENTUNG...  Proton Wira yang terbakar selepas terbabit kemalangan pagi semalam.
RENTUNG... Proton Wira yang terbakar selepas terbabit kemalangan pagi semalam.


ALOR GAJAH: Tiga sekawan nyaris rentung apabila kereta Proton Wira dinaiki mereka terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 205.4 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), di sini, pagi semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi selepas tiga lelaki berusia 20-an itu diselamatkan orang ramai yang menyedari kejadian sebelum kenderaan mereka terbakar.

Proton Wira itu mulanya terbabit kemalangan dengan Toyota Camry dan pada masa sama, Proton Saga tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan berkenaan.

Difahamkan, Toyota Camry dinaiki empat individu masing-masing dua lelaki dan dua perempuan manakala Proton Saga dinaiki sepasang suami isteri.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Pegawai Bomba Kanan II, Ho Yew Men berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu jam 6.15 pagi.


“Sepasukan anggota bersama jentera tiba di lokasi 17 minit kemudian untuk memadam kebakaran. Kita mengambil masa 10 minit untuk mengawal api dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.
myMetroTiga nyaris rentung

Pelajar dipukul hampir dua jam



  PARAH... keadaan Saiful Syazani yang parah akibat dipukul gurunya, Khamis lalu.
PARAH... keadaan Saiful Syazani yang parah akibat dipukul gurunya, Khamis lalu.


ARAU: Guru syaitan! Demikian gelaran yang patut diberi kepada seorang guru lelaki sebuah sekolah agama, di sini, yang sanggup membelasah seorang murid lelaki berusia tujuh tahun sehingga koma, Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, guru berusia 26 tahun itu juga dikatakan bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya.
Difahamkan, guru terbabit tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan menangis supaya perbuatan itu dihentikan.

Sumber polis berkata, mangsa yang diikat dan dipukul hampir dua jam itu bagaimanapun pengsan selepas mengalami kecederaan dalaman di kepala dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh guru terbabit.


Katanya, guru terbabit berang dengan mangsa yang enggan mengaku terbabit dalam beberapa kejadian kecurian di asrama sekolah berkenaan sebelum itu.


Difahamkan, sebelum itu mangsa pernah dua kali dipukul suspek akibat enggan mengaku mencuri barangan milik pelajar lain di asrama sekolah.

“Selepas mangsa pengsan, guru terbabit panik dan memanggil guru lain sebelum membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kira-kira jam 3 pagi kelmarin dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 8 malam kelmarin melalui ibunya ketika anak tunggalnya dipindahkan ke HSB.

“Saya bergegas ke HSB dan sebak melihat keadaan anak saya kini terlantar koma dengan mukanya bengkak selain lebam di mata dan pipi kiri.

“Malah, ada kesan melecet di tangannya kesan akibat diikat dan kini terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan,” katanya ketika ditemui di HSB, Alor Setar, semalam.

Saiful Sopfidee yang juga pemandu pelancong di Jitra berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya terbabit dalam kecurian kerana dia bukan nakal dan lebih banyak mendiamkan diri.

Katanya, anaknya tinggal bersama keluarga angkatnya di Kangar sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006 dan kali terakhir dia berjumpa Saiful Syazani setahun lalu.

“Muka anak saya betul-betul seiras arwah isteri saya. Doktor kini memaklumkan keadaan anak saya semakin kritikal,” katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, malam kelmarin.

Katanya, dia mahu individu yang terbabit dalam kejadian itu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal dengan apa dilakukan terhadap anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungi berkata, mangsa dipercayai dipukul kerana disyaki sering mencuri duit seorang pelajar sebelum aktivitinya dilaporkan kepada seorang warden di situ yang juga suspek utama kes ini.

“Suspek yang juga guru sekolah itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, petang kelmarin,” katanya.

Mohd Nadzri berkata, suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan polis kini menyiasat secara menyeluruh mengenai motif dan punca kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.
myMetroPelajar dipukul hampir dua jam

SPRM tahan 62 pegawai kastam


MUSTAFAR... usaha dapat semula wang kerajaan
MUSTAFAR... usaha dapat semula wang kerajaan


PUTRAJAYA: Seramai 62 pegawai kastam pelbagai pangkat berusia antara 24 hingga 56 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak operasi besar- besaran bersepadu dikenali Ops 3b di lima pelabuhan seluruh negara, Isnin lalu.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, daripada jumlah itu 53 adalah lelaki manakala sembilan lagi wanita.

Beliau berkata, sehingga semalam, 17 masih direman manakala yang lain dibebaskan dengan jaminan. Pegawai kastam dari Pelabuhan Klang, Selangor paling ramai ditahan iaitu 48 orang.

“Hasil siasatan mendapati, ada pegawai mengaku menerima suapan antara RM100 hingga RM500 untuk setiap borang K1 iaitu borang pengisytiharan kastam sejak lima bulan lalu, malah ada yang mengaku pihak tertentu memasukkan RM10,000 setiap bulan ke dalam akaun dan kita mengesan tujuh transaksi dijalankan.

“Malah, kami turut menemui wang yang banyak dalam akaun pegawai, pelaburan amanah saham bernilai RM200,000 termasuk jam tangan emas,” katanya pada sidang media di sini, semalam.


Mustafar berkata, kelmarin SPRM turut menahan beberapa lagi pegawai dan menemui tiga beg wang tunai berjumlah RM625,250, selain lima jongkong emas bernilai kira-kira RM50,000 serta dua pistol tiruan dan 241 peluru.

Katanya, di rumah pengarah kastam yang masih ditahan reman, pihaknya menemui wang tunai bernilai RM65,000, mercun dan bunga api serta rokok kretek.

“Kita masih menyiasat harta dimiliki pengarah berkenaan kerana dalam beberapa akaun miliknya mempunyai ribuan malahan jutaan ringgi, ada yang berjumlah sehingga RM2.1 juta manakala satu akaun lagi RM500,000, semua itu masih dalam siasatan,” katanya.

Mustafar berkata, hasil operasi itu juga, SPRM mengesan lebih RM10 bilion diseludup dan dihantar ke luar negara secara haram.

Beliau berkata, fokus utama pelaksanaan operasi itu bagi mendapatkan kembali hasil pendapatan kerajaan serta membersihkan amalan rasuah di kalangan pegawai dan kakitangan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).


Ia berikutan ada maklumat menyatakan pegawai kastam di pelabuhan seluruh negara meminta dan menerima rasuah daripada ejen penghantaran untuk mengurangkan duti kastam serta mempercepatkan proses Borang K1.


Operasi dilaksanakan di Pelabuhan Klang, Selangor; Pelabuhan Kuantan, Pahang; Pelabuhan Pulau Pinang; Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang, Johor.


“Usaha kita adalah mendapatkan kembali pendapatan kerajaan yang boleh diberikan semula kepada masyarakat. Kerajaan kehilangan berbilion ringgit disebabkan amalan ‘tangan kotor’ yang dilakukan pihak tertentu,” katanya.
myMetroSPRM tahan 62 pegawai kastam

Korban banjir selatan Thailand meningkat 35 orang

 "BANGKOK: Banjir di kawasan selatan Thailand mengorbankan sekurang-kurangnya 35 orang setakat ini, kata pegawai kerajaan semalam.

Menurut pegawai itu, mangsa terbunuh akibat dihanyutkan arus deras atau tertimbus di bawah runtuhan tanah dan lumpur.
Mac dan April sepatutnya menjadi antara bulan paling panas di Thailand.

Jumlah korban tertinggi dicatatkan di di Nakhon Si Thammarat dengan 15 orang. - AFP"
myMetroKorban banjir selatan Thailand meningkat 35 orang:

Pemberontak berjaya rampas semula Brega

BREGA: Pejuang pemberontak mendakwa mereka berjaya menawan semula Brega daripada tentera Libya selepas bertempur sengit bagi mendapatkan kawalan ke atas bandar strategik itu, semalam.

Walaupun tiada pengesahan sehingga petang semalam, wakil media mendakwa melihat tujuh mayat tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi terdampar di kawasan berkenaan.


Katanya, sekurang-kurangnya 10 trak pikap tentera turut terbakar di sepanjang jalan ke bandar itu.

Sebuah kawah seluas kira-kira lima meter dan sedalam dua meter turut dilihat di itu.


“Ia mungkin kesan serangan tentera Nato pada malam sebelumnya,” katanya.


Pada pagi semalam, pertempuran mula berkurangan.

Hanya bunyi jet pejuang Nato kedengaran terbang di ruang udara sekitar bandar itu mengawasi keadaan.


Saksi berkata, pemberontak memang berjaya menawan Brega dan kini berusaha keras menjejak penembak curi yang masih bersembunyi di itu.


Terletak 800 kilometer di timur Tripoli, Brega menjadi lokasi pertempuran sengit di antara pemberontak dan tentera Gaddafi sejak beberapa hari lalu kerana kedudukannya yang strategik dalam industri pengeluaran petroleum. Bagaimanapun, tidak jelas siapa sebenarnya menguasai Brega kerana pejuang pemberontak berkumpul semula di Ajdabiya, 80 kilometer dari situ. - AFP"
myMetroPemberontak berjaya rampas semula Brega

3 jet Sweden berlepas bantu Nato kawal Libya

myMetro3 jet Sweden berlepas bantu Nato kawal Libya: "STOCKHOLM: Tiga jet pejuang meninggalkan Sweden, semalam untuk menyertai misi menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya.

Jurucakap tentera udara negara itu, Rickard Wissman, berkata pesawat JAS 39 Gripen meninggalkan pangkalan Blekinge di utara Sweden kira-kira jam 4 petang (waktu Malaysia).


Katanya, jet itu dijangka tiba di pangkalan tentera udara di Sardinia empat jam kemudian.

“Empat lagi jet dijadual berlepas untuk menyertai misi berkenaan esok (hari ini),” katanya.


Wissman berkata, sebaik mendarat, tiga jet pertama itu bersedia menjalankan tugas membantu Nato mengawasi ruang udara Libya.


Kelmarin, ahli parlimen Sweden meluluskan usul menghantar sehingga lapan jet pejuang dan satu pesawat pengangkut menyetai misi diketuai Nato.

Bagaimanapun, jet itu dilarang mengebom tentera darat Libya, kecuali diserang. - AP"

Saif al-Islam belot?


TERUS LAWAN...pemberontak melepaskan tembakan ke arah kawasan dikuasai tentera setia kepada Gaddafi berhampiran bandar Brega, semalam.
TERUS LAWAN...pemberontak melepaskan tembakan ke arah kawasan dikuasai tentera setia kepada Gaddafi berhampiran bandar Brega, semalam.


LONDON: Anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif al-Islam, didakwa mencuba beberapa kali menghubungi perisik Britain dan Itali, dipercayai dalam usahanya berpaling tadah daripada rejim pemimpin Libya itu.
Menurut sumber perisikan Britain, agensi rahsia MI6 berhubung dengan tokoh yang berpengaruh dalam kerajaan Gaddafi itu beberapa kali sejak tiga minggu lalu.

Katanya, ada tanda-tanda menunjukkan Saif al-Islam, 38, bersama ahli keluarganya akan bertindak mengkhianati Gaddafi.

“Bagaimanapun, kami menegaskan Saif al-Islam tidak boleh memainkan peranan bagi Libya pada masa depan,” katanya.

Pada masa sama, sumber itu berkata, pegawai perisikan mungkin dibenarkan masuk ke Britain jika dia benar-benar mahu berpaling tadah seperti dilakukan Menteri Luar Libya, Musa Kusa, yang menaiki pesawat peribadi dari Tunisia ke Farnborough Khamis lalu.


Sementara itu, pegawai kanan Libya mendakwa, hubungan Saif dengan pegawai negara luar adalah sebahagian daripada usaha tokoh yang rapat dengan Gaddafi mencari jalan selamat meninggalkan negara itu.

Bekas Perdana Menteri Libya, Abdul Ati al-Obeidi, berkata mereka menghubungi pegawai Britain, Perancis dan AS supaya berhenti membunuh warga Libya.

“Kami cuba mencari persefahaman dengan mereka,” katanya.

Sumber lain berkata, Saif al-Islam yang mempunyai hubungan rapat dengan Britain mencari jalan mendapatkan persetujuan Barat mengenai rancangannya melarikan diri dari Libya.

“Kami menegaskan, selain Saif al-Islam, bapanya juga mesti berundur,” katanya.


Sumber kerajaan pula mengesahkan pegawai Kementerian Luar Britain mengadakan perbincangan lebih 30 minit dengan orang kepercayaan Saif al-Islam, Mohammed Ismail, di London awal minggu ini. - DM
myMetroSaif al-Islam belot?

Reaktor bocor air radioaktif

TOKYO: Air mengandungi tahap radioaktif tinggi bocor di reaktor ke-2 loji nuklear Fukushima semalam dan dikesan mengalir ke Lautan Pasifik.

Jurucakap agensi keselamatan nuklear Hidehiko Nishiyama berkata tahap radiasi di reaktor nombor dua loji nombor dua kini ialah 1,000 millisievert sejam.

Seseorang menghadapi risiko lebih tinggi menghidap barah jika terdedah dalam tempoh singkat kepada radioaktif pada paras 500 millisievert.
“Kami mendapati paras radiasi dalam air laut berhampiran loji itu semakin meningkat dan kebocoran itu mungkin satu daripada sebabnya. Bagaimanapun kami tidak dapat mengesahkannya sehingga mengkaji keputusan ujian,” katanya.

Beliau berkata, pekerja Tokyo Electric Power (TEPCO) yang mengendalikan loji itu sedang bersiap sedia untuk menimbus lubang terbabit dengan konkrit bagi menghentikan kebocoran. – AP"

5 maut bantah al-Quran dibakar


Tujuh kakitangan asing PBB turut terbunuh diserang penunjuk perasaan


KANDAHAR: Lima orang terbunuh dalam tunjuk perasaan ganas di sini semalam membantah tindakan membakar naskhah al-Quran oleh seorang paderi Amerika Syarikat, sehari selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengalami serangan terburuk terhadap kehadirannya di Afghanistan yang membunuh tujuh kakitangan asingnya.
Taliban semalam menegaskan kumpulan itu tidak terbabit dalam serangan terhadap pejabat PBB di bandar utara Mazar-i-Sharif itu kelmarin.
“Kumpulan kami tidak terbabit dalam serangan ini tetapi ia adalah tindakan oleh orang Islam yang bertanggung jawab,” kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid yang bercakap menerusi telefon dari lokasi yang tidak didedahkan.

“Orang asing membawa padah ini terhadap diri mereka kerana membakar naskhah al-Quran.”

Beribu-ribu penunjuk perasaan membanjiri jalan raya di Mazar-i-Sharif, utara Afghanistan selepas solat Jumaat kelmarin dan berarak ke pejabat PBB.
Mereka membakar sebahagian daripada bangunan pejabat itu dan memanjat temboknya untuk merobohkan menara pengawal.
Leher mangsa asing yang maut dikelar, kata PBB dalam satu kenyataan.
Empat pengawal dari Nepal maut ketika cuba menghalang penunjuk perasaan menyerang pejabat PBB itu, manakala seorang masing-masing warga Norway, Sweden dan Romania juga terbunuh.

Seramai lima penunjuk perasaan turut terbunuh, manakala ramai lagi cedera ketika cuba merampas senjata daripada pengawal PBB.

“Adalah menjadi hak kami untuk membuat demonstrasi kerana mereka membakar al-Quran tetapi saya tidak hadir untuk membunuh orang,” kata seorang penunjuk perasaan Habeebullah, 20 yang cedera di kaki.

Penunjuk perasaan itu meletus berikutan tindakan seorang paderi membakar beberapa naskhah al-Quran di sebuah gereja di Florida.

Sementara itu di Kandahar, lima orang terbunuh semalam dalam demonstrasi berterusan membantah pembakaran al-Quran.

Tunjuk perasaan itu bermula di tengah-tengah bandar selatan ini sebelum merebak ke lokasi lain dengan berlaku pertempuran dengan pasukan polis.

Selain yang maut 45 orang turut cedera apabila penunjuk perasaan dari pinggir bandar memasuki pusat bandar. – AFP
Berita Harian Online | 5 maut bantah al-Quran dibakar

Banjir kilat tenggelami Medan


Beribu-ribu rumah, sekolah, masjid dinaiki air kerana sungai melimpah

MEDAN: Beribu-ribu buah rumah, sekolah dan pusat kesihatan masyarakat dan masjid di sembilan kawasan di Medan, Sumatera Utara ditenggelami air selepas dilanda banjir kilat semalam.Paras air yang naik secara mendadak menyebabkan ratusan ribu penduduk yang tidak bersedia terpaksa melarikan diri ke tempat lebih tinggi, pusat perlindungan sementara dan kawasan tidak terjejas banjir, sebilangan besar mereka hanya sehelai sepinggang. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Gabenor Sumatera Utara, Gatot Pujonugroho yang dipetik laman web Seputar Indonesia, berkata, kawasan yang ditenggelami air termasuk Medan Tuntungan, Selayang, Medan Polonia, Baru, Medan Petisah, Medan Johor, Medan Barat, Medan Helvetia dan Medan Maimun.

“Banjir kilat kali ini adalah yang paling buruk pernah berlaku berbanding banjir kilat pada 2001 dan 2006. Beberapa batang jalan utama di kota Medan termasuk Jalan Diponegoro, Jalan Sudirman dan Jalan Wali Kota masih ditenggelami air hingga ke paras pinggang,” katanya yang menambah, kediaman rasmi dan pejabat Gabenor Sumatera Utara turut ditenggelami air.

Gatot berkata, banjir berpunca daripada air di dua sungai utama di Medan Sungai Babura dan Sungai Deli melimpahi tebing berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
“Medan juga mengalami perubahan cuaca mendadak apabila pusaran angin berkumpul di wilayah Sumatera Utara, menyebabkan hujan lebat dan banjir yang diramal berterusan hingga Mei,” katanya.

Beliau, bagaimanapun berkata, operasi di lapangan terbang utama di Medan tidak terjejas dan masih berfungsi seperti biasa.

Ketua Jabatan Meteorologi, Iklim dan Geofizik Indonesia Albertus Kusbagio berkata pihaknya meramalkan keadaan cuaca tidak menentu di wilayah Sumatera Utara dan kemungkinan banjir berulang semula dalam tempoh terdekat.

“Pusaran angin yang berhimpun di Sumatera Utara, mendorong pembentukan awan tebal yang membawa hujan lebat. Pada masa sama sungai di sekitar Medan tidak mampu menampung jumlah air yang terlalu banyak ketika hujan lebat, juga menjadi punca banjir kilat,” katanya.

Sementara itu, di Papua, banjir kilat yang melanda wilayah Paniai, Ekadiede dan Agadide Paniai di timur, menyebabkan sekurang-kurangnya 13 orang terkorban, manakala lebih 100,000 penduduk terpaksa dipindahkan. – Agensi
Berita Harian Online | Banjir kilat tenggelami Medan

Duit kerajaan RM108b lesap


GAMBAR barangan rampasan seperti rokok kretek dan mercun yang ditemui dalam rumah salah seorang suspek di Pahang baru-baru ini.


PUTRAJAYA – Seramai 62 orang kakitangan termasuk pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) setakat ini sudah ditahan dalam operasi sejak Isnin lalu bagi membanteras `tangan-tangan kotor’ yang menjadi punca kerajaan kehilangan hasil kira-kira RM108 bilion setahun akibat rasuah dan pengubahan wang haram.
Mereka yang ditahan membabitkan 53 lelaki dan sembilan wanita berusia 24 hingga 56 tahun dengan 80 peratus berkhidmat di lima pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.
Gerakan di bawah Ops 3b itu mendapati Pelabuhan Klang menjadi tumpuan utama jenayah apabila 48 suspek ditahan di situ.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali pada sidang akhbarnya di sini semalam memberitahu, daripada jumlah itu, sebanyak 17 orang termasuk seorang berpangkat Pengarah dan isterinya juga pegawai kanan Kastam ditahan reman manakala bakinya telah dibebaskan setelah disoal siasat.
“Kami percaya mereka mengambil suapan secara individu dan bukannya didalangi sindiket tertentu.
“Sejak siasatan kami bermula pada 2008, kami menjangkakan lebih RM10 bilion telah diseludup keluar dari negara ini,’’ katanya.
Kosmo! Online - Negara

Gambar erotik Elizabeth Taylor didedahkan




ELIZABETH TAYLOR berusia 24 tahun dalam gambar ini yang diberikan kepada tunangnya, Michael Todd.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Selama ini, sudah banyak gambar Elizabeth Taylor terpampang di dada media tetapi tiada satu pun yang lebih sensasi daripada sekeping gambar bogelnya yang dimiliki seorang pengumpul memorabilia, Jim Shaudis, lapor sebuah akhbar semalam.
Kini, selepas kematiannya, gambar bogel Taylor itu buat pertama kalinya didedahkan untuk tontonan umum.
Gambar itu yang dirakam ketika Taylor berusia 24 tahun oleh rakan karibnya, Roddy McDowall, merupakan hadiah pertunangan pelakon bermata ungu lembayung itu kepada penerbit Hollywood, Michael Todd.
Todd, seorang penerbit Hollywood yang popular menerusi filem klasik Around the World in Eighty Days, meninggal dunia dalam satu nahas udara di New Mexico, AS pada tahun 1958, selepas 13 bulan mereka berkahwin.
Selepas kematian suaminya, Taylor memberikan gambar itu kepada jurusoleknya, Penny Taylor sebagai hadiah kenang-kenangan.
Ia kemudian dibeli oleh Shaudis pada tahun 1980 dan sejak itu, gambar tersebut dipercayai telah hilang.
Namun, selepas kematian Taylor pada usia 79 tahun akibat kegagalan jantung minggu lalu, Shaudis memutuskan untuk mendedahkan imej erotik itu untuk tontonan para peminat aktres berkenaan.
Sepanjang hidupnya, Taylor membintangi lebih 50 buah filem dan telah dua kali memenangi anugerah Oscar iaitu menerusi filem Butterfield 8 pada 1960 dan filem Who's Afraid of Virginia Woolf?, enam tahun kemudian. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia