Pages

Monday, March 1, 2010

Amitabh pelakon lelaki terbaik Bollywood




Amitabh Bachchan bergambar bersama isterinya Jaya, menantu Aishwarya Rai dan anak lelakinya Abhishek pada tayangan perdana filem Paa di Mumbai baru-baru ini. - AFP



MUMBAI 28 Feb. - Lagenda filem Bollywood, Amitabh Bachchan diumumkan sebagai pelakon lelaki terbaik pada anugerah utama Bollywood, namun memulaukan majlis itu kerana pertikaian dengan sebuah akhbar tabloid tempatan.
Bintang handalan India berusia 66 tahun itu memenangi anugerah berkenaan melalui lakonannya sebagai seorang kanak-kanak yang cepat membesar dalam filem Paa yang turut menampilkan anaknya, Abhishek.
Bachchan dan Abhishek tidak menghadiri majlis anugerah Filmfare kali ke-55 itu yang juga dianggap sebagai Oskar Industri Filem Berbahasa Hindi India.
Mereka memulaukan anugerah itu ekoran satu laporan di dalam akhbar Mumbai Mirror mendakwa isteri Abhishek yang juga bekas Ratu Cantik Dunia, Aishwarya Rai tidak mampu memiliki anak.
Keluarganya menggesa akhbar itu memohon maaf secara terbuka.
Ia masih tidak dapat dipastikan sama ada Bachchan akan menerima anugerah berkenaan.
Paa memenangi dua anugerah pada majlis itu dengan Vidya Balan meraih anugerah sebagai pelakon wanita terbaik.
Namun, 3 Idiots lakonan Amir Khan hampir menguasai semua anugerah dipertandingkan apabila diumumkan sebagai pemenang filem terbaik, pengarah terbaik, pelakon lelaki tambahan terbaik, cerita terbaik, lakon layar terbaik dan dialog terbaik.
Filem berkenaan yang memaparkan tiga pelajar berjuang untuk mengendalikan kehidupan di sekolah perniagaan utama adalah filem paling mendapat sambutan.
Pemenang lain termasuk A.R. Rahman yang sebelum ini memenangi dua anugerah Oskar untuk arahannya bagi flem Slumdog Millionaire, yang dinobatkan sebagai penerima muzik terbaik melalui filem Delhi 6.
Ranbir Kapoor yang dikatakan bakal menjadi bintang handalan Bollywood pada masa depan, memenangi anugerah pengkritik untuk pelakon lelaki terbaik bagi lakonannya dalam filem Wake Up Sid, Ajab Prem Ki Ghazab Kahani dan Rocket Singh-Salesman of the Year. - AFP

No comments: