Pages

Saturday, June 25, 2011

NASA leraikan kapal Discovery

KAPAL angkasa Discovery berlepas untuk melakukan misi angkasanya.


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengadakan operasi menanggalkan peralatan dalam kapal angkasa tertua miliknya, Discovery baru-baru ini.

Gambar-gambar operasi itu menunjukkan semua peralatan elektrik dan mekanikal Discovery termasuk enjin kapal angkasa berkenaan yang ditanggalkan sebelum ia disimpan di Muzium Udara dan Angkasa Lepas Nasional di sini.

Discovery mendarat buat kali terakhir pada 9 Mac lalu selepas melakukan perjalanan sejauh 236.8 juta kilometer dengan membuat 5,830 pusingan orbit dan menghabiskan masa 365 hari di orbit.

Misi terakhir kapal angkasa Shuttle NASA dijadualkan berlepas pada 8 Julai depan yang menandakan tamatnya misi kapal angkasa berkenaan sejak 30 tahun lalu.


ENJIN kapal angkasa Discovery yang ditanggalkan.


NASA menamatkan perkhidmatan semua tiga kapal angkasa miliknya kerana kos operasi yang tinggi.

Ia mengupah dua syarikat komersial, Space Exploration Technologies dan Orbital Sciences Corp untuk menghantar kargo ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dengan penghantaran angkasawan ke stesen berkenaan akan dibuat dalam masa lima tahun lagi.

Buat masa ini, AS akan membayar Rusia untuk membawa angkasawannya ke ISS dengan kos melebihi AS$50 juta (RM152 juta) bagi setiap angkasawan. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

No comments: