Pages

Saturday, June 25, 2011

Komander AS tidak puas hati cadangan Obama

WASHINGTON 24 Jun - Beberapa komander tentera Amerika Syarikat (AS) menyatakan rasa tidak puas hati terhadap cadangan Presiden Barack Obama untuk memanggil pulang tentera negara ini dari Afghanistan dan memberi amaran tindakan itu hanya membuka peluang untuk berperang.

Jeneral David Petraeus (gambar) dan Ketua Turus tentera AS, Laksamana Mike Mullen berkata, cadangan Obama untuk memanggil pulang seramai 33,000 anggota tentera dari Afghanistan pada September tahun depan merupakan tindakan agresif yang pernah dicadangkan.

"Saya tidak fikir cadangan itu merupakan satu idea yang bagus melainkan anda berada dalam keadaan terdesak.

"Ia merupakan keputusan yang penting dan merupakan satu pendekatan agresif," kata Petraeus.

Mullen pula berkata, cadangan Obama dianggap berbahaya dan boleh mewujudkan pelbagai risiko daripada apa yang difikirkannya.

Setiausaha Pertahanan, Robert Gates dalam temubual bersama AFP mengesahkan cadangan tersebut dan mengakui usaha untuk mendapatkan sokongan politik merupakan faktor penting dalam membuat keputusan itu.

"Beberapa perkara baik dan buruk telah dibahaskan dalam tiga mesyuarat oleh White House bukan sahaja mengenai situasi di Afghanistan, tetapi juga keadaan politik di sini (AS)," katanya.

Sementara itu, rakyat AS semakin bosan dengan perang yang berlaku hampir sedekad dan menerusi undian oleh Pusat Kajian Pew, sebanyak 56 peratus koresponden menyatakan tentera AS perlu dibawa pulang secepat mungkin. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments: