Pages

Saturday, June 25, 2011

Lelaki 99 tahun berkahwin kali pertama


GILBERT HERRICK dan Virginia Hartman.


ROCHESTER, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki berusia 99 tahun, Gilbert Herrick berkahwin buat kali pertama semasa dia berumur 99 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Herrick yang pernah menjadi askar semasa Perang Dunia Kedua melangsungkan perkahwinan dengan seorang balu berusia 86 tahun, Virginia Hartman dalam satu majlis perkahwinan di Hospital Komuniti Monroe di sini baru-baru ini.
"Saya tidak pernah menemui seorang wanita yang sesuai sehinggalah saya menemui Virginia," kata Herrick.
Ketika ditanya sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung jika dia mempunyai nasihat mengenai hubungan romantik, Herrik berkata: "Cinta akan mencari anda."
Pasangan itu melangsungkan perkahwinan dalam majlis yang dihadiri anggota keluarga dan rakan-rakan pada 4 Jun lalu.
Pasangan itu berkenalan pada tahun lalu apabila mereka bertembung di satu laluan di hospital berkenaan.
Mereka kemudian menjadi rakan dengan Virginia suka melukis sama seperti Herrick.
Majlis perkahwinan mereka diatur oleh lima orang anak Virginia, cucu dan cicitnya yang turut menghadiri majlis tersebut. Pasangan itu akan berkongsi sebuah bilik di hospital itu selepas mereka menjadi suami isteri. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

No comments: