Pages

Saturday, June 25, 2011

Penjara 55 tahun tipu pampasan tanah



ABDUL RAHMAN dibawa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Melaka semalam.


MELAKA - Seorang bekas pembantu tadbir di Pejabat Tanah dan Galian Jasin dijatuhi hukuman penjara selama 55 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana menipu bayaran pampasan tanah berjumlah RM878,661.

Tertuduh, Abdul Rahman Kadir, 52, bagaimanapun hanya perlu menjalani hukuman penjara selama lima tahun selepas Hakim Zaharah Hussain memerintahkan kesemua hukuman bagi 11 pertuduhan berjalan serentak.

Dia dituduh memperdaya dua pegawai kewangan kerajaan negeri dengan menyerahkan borang mengandungi penama palsu termasuk adik lelaki, adik ipar dan isterinya bagi menuntut pampasan pengambilan tanah oleh kerajaan negeri untuk projek Perumahan Awam Pulai II dan Pembesaran Jalan Parit Sidang Seman di sini.

Hasil penipuan itu, cek-cek telah dikeluarkan atas nama individu terbabit yang kemudian ditunaikan sebelum dimasukkan ke dalam akaun tertuduh dengan nilai terendah sebanyak RM51,040 dan tertinggi RM127,000.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Kewangan Seri Negeri, Ayer Keroh di antara 23 Jun 2004 hingga 6 Ogos 2007.

Kosmo! Online - Negara

No comments: