Pages

Saturday, June 25, 2011

Gaddafi pertimbang tinggalkan Tripoli

WASHINGTON: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mempertimbangkan secara serius untuk keluar dari ibu negara Libya, Tripoli selepas siri serangan udara NATO, lapor Wall Street Journal yang memetik pegawai rasmi Amerika Syarikat.

Perisikan AS mendapati yang orang kuat Libya tidak berasa selamat lagi di ibu negara di mana beliau memerintah lebih empat dekad, kata akhbar itu memetik pegawai kanan keselamatan sebagai berkata.
Bagaimanapun, pegawai rasmi itu memberitahu Wall Street Jurnal yang mereka tidak melihat langkah itu sebagai pasti dan tidak percaya yang Gaddafi akan meninggalkan negara itu, permintaan utama pihak pemberontak yang bertarung dengan pasukannya sejak berminggu.
Gaddafi dipercayai mempunyai banyak kediaman selamat dan kemudahan lain dalam negara dan di luar untuknya bersembunyi.

Berita itu keluar semasa Presiden Amerika Barack Obama berhadapan dengan kritikan daripada rakan Demokrat dan pesaing Republikan dalam Kongres berikutan keengganannya meminta kebenaran kongres untuk operasi tentera selama tiga bulan.

Pentadbiran Obama berkata kelulusan di bawah Resolusi Kuasa Perang 1973 tidak memerlukan penyertaan AS dalam perang yang diketuai NATO tidak mencapai ke peringkat permusuhan, pandangan yang ditolak pengkritik.

Sementara itu, komander kanan AS berkata NATO dan sekutu Afrika Libya tidak mempunyai rancangan secukupnya untuk memaksa kejatuhan Gaddafi.
“Kita, komuniti antarabangsa perlu berada dalam pasca konflik Libya esok dan kita tidak mempunyai perancangan jika ia berlaku dan ketiadaan perancangan bukanlah langkah yang wajar,” kata komander kanan Amerika di Afrika Jeneral Carter Ham.

Beliau menjangkakan Gaddafi akan jatuh dalam masa terdekat dan berkata mungkin memerlukan angkatan tentera yang besar untuk memastikan kestabilan negara itu. – AFP
Berita Harian Online | Gaddafi pertimbang tinggalkan Tripoli

No comments: