Menurut anak kedua mangsa, Nur Ilyani Zakaria, 29, ketika itu ibunya, Leila Zurina Ahmad Nordin, 50, hanya terpaku dan tergamam serta tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya berserah kepada tuhan.
"Ketika itu, mak bagai sudah merasakan yang ayah sudah tidak dapat diselamatkan apabila pasukan keselamatan yang bergegas ke tempat kejadian mendapati pesawat itu berkecai teruk," katanya ketika ditemui di rumah mereka di Bandar Tasik Puteri di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan, Zakaria, 57, maut selepas pesawat jenis Cristian Eagle yang dipandunya dalam latihan untuk pertunjukan aerobatik di Minang Aerosport 2011 terhempas di kawasan tanah lapang Kompleks Perundam III Tunggul Hitam, Padang petang kelmarin
Kosmo! Online - Negara
No comments:
Post a Comment