Pages

Saturday, June 25, 2011

Askar Syria serbu zon sempadan


TEGANG Di SEMPADAN: Askar Syria memantau keadaan dari atas sebuah bukit berdekatan sempadan negara itu dengan Turkey, kelmarin. -- Foto AP

Ratusan pelarian yang berkumpul larikan diri ke Turkey


GUVECCI (Turkey): Askar Syria yang diiringi kereta kebal memasuki zon sempadan dan menyebabkan ratusan penduduk melarikan diri ke Turkey, kelmarin.
Ini mendorong Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Cik Hillary Clinton, mengeluarkan amaran bahawa konflik di negara itu mungkin akan bertambah runcing.Menurut Cik Clinton, kehadiran askar itu 'membimbangkan' kerana ia menambah risiko berlakunya pertempuran di kawasan sempadan.Ini akan memburukkan lagi keadaan penduduk Syria yang telah berkumpul di situ melarikan diri daripada tunjuk perasaan yang telah memasuki hari ke-101 semalam, kata Cik Clinton.Beribu-ribu rakyat Syria telah berkumpul di kawasan sempadan tetapi masih teragak-agak untuk memasuki Turkey kerana bimbang meninggalkan harta benda mereka bagi tempoh yang lama, selain dan keberatan tinggal di khemah pelarian.Menurut saksi, askar Syria telah menyerbu kampung Khirbet al-Joz, yang terletak berdekatan dengan sempadan Turkey, kelmarin.Ekoran serbuan itu, sekitar 600 penduduk Syria memotong pagar dawai untuk melarikan diri ke Turkey.Pihak berkuasa Turkey kemudian menghantar bas mini membawa pelarian ini ke khemah-khemah yang disediakan oleh Bulan Sabit Merah Turkey di wilayah Hatay.Para saksi berkata kereta kebal Syria kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di kampung Khirbet al-Joz.'Kami sangat prihatin dengan laporan bahawa tentera Syria telah mengepung dan menyasarkan kampung Khirbet al-Joz, yang terletak sekitar 500 meter dari sempadan Turkey.'Jika perkara ini benar, tindakan agresif ini hanya akan memburukkan lagi keadaan pelarian di Syria. Apa yang jelas sekarang ialah kecuali pasukan keselamatan Syria segera menghentikan serangan dan provokasi yang bukan saja menjejas rakyat mereka sendiri malah mungkin mencetuskan pertempuran di sempadan, kami akan melihat konflik di kawasan itu bertambah runcing,' kata Cik Clinton kepada wartawan di Washington.Cik Clinton berkata apa yang berlaku ialah satu 'perkembangan yang sangat membimbangkan.'Sejak bantahan tercetus ke atas pemerintahan Presiden Bashar al-Assad pada 15 Mac lalu, lebih 1,300 orang awam telah terkorban dan 10,000 lagi ditahan pihak berkuasa.Ketua Bulan Sabit Merah Turkey, Encik Tekin Kucukali, berkata buat masa ini, sekitar 12,000 rakyat Syria yang telah melarikan diri ke Turkey.Menteri Luar Turkey, Encik Ahmet Davutoglu, dilaporkan telah berbincang dengan rakan sejawatannya dari Syria, Encik Walid Muallem, berkaitan keadaan di sempadan. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

No comments: