Pages

Saturday, June 25, 2011

Tidak sempat jumpa tabib



KENDERAAN yang dipandu Tong Hing remuk selepas terbabas dan menghentam tiang jejantas dalam kemalangan di Kilometer 46.7, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Simpang Renggam, Johor semalam.


KULAIJAYA – Hasrat satu keluarga untuk berjumpa tabib di Melaka tidak kesampaian apabila empat daripadanya maut dan dua lagi parah selepas kenderaan yang dinaiki terbabas lantas merempuh tiang jejantas di Kilometer 46.7, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Simpang Renggam di sini semalam.
Mereka yang maut ialah pemandu, Wong Tong Hing, 66, isterinya yang duduk di bahagian depan penumpang, Fong Kum Ngoh, 60, adik ipar, Fong Kum Kai, 59, dan cucu lelaki, Wong Jing Xuan, 18 bulan.
Anaknya, Wong Ai Ling, 35, dan menantu, Ng Chai Yuin, 21, yang mengandung sebulan cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dipandu Tong Hing dari rumah mereka di Bandar Putra di sini dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam longkang di sebelah kiri jalan dan kemudian melanggar tiang jejantas Felda Sungai Nyamok, Simpang Renggam.
Akibat kemalangan itu, semua mangsa tersepit dalam kenderaan terbabit.
Jiran mangsa, Kam Tee Chin, 52, berkata, Tong Hing yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah negara Arab pulang ke tanah air Rabu lalu dan merancang untuk ke Melaka bagi menemui pakar perubatan tradisional bagi mengubati isterinya yang mengalami penyakit hati.
Kosmo! Online - Negara

No comments: