Pages

Saturday, June 25, 2011

Jet pejuang Greece diapungkan

JET Mirage milik tentera Greece berada di dalam dasar Laut Aegean dekat Pulau Samos pada 9 Jun lepas.


ATHENS - Sebuah jet pejuang tentera Greece, Mirage 2000 diapungkan selepas ia tenggelam kerana terhempas ke dalam Laut Aegean, dekat Pulau Samos pada 9 Jun lalu.

Kerja-kerja untuk menaikkan semula jet tersebut yang berada di dalam dasar laut itu dilakukan oleh sebuah pasukan penyelamat pada Selasa lalu.

Juruterbang dan pembantu juruterbang jet itu selamat selepas mereka keluar dengan menggunakan kerusi anjal.

Jet itu terhempas sehari selepas sebuah jet pejuang F-16 milik tentera Greece terbakar selepas berlepas dari sebuah pangkalan tentera di Saoda. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

No comments: