Pages

Saturday, June 25, 2011

Gaddafi bakal lari

ROME: Bekas Menteri Luar Libya yang berpaling tadah menyokong pemberontak, Abdurrahaman Shalgam, menjangkakan Muammar Gaddafi akan mengalah dan bakal meninggalkan negara itu beberapa minggu lagi.

Kata Abdurrahaman, lambat-laun Gaddafi akan sedar dia tidak lagi mampu terus memimpin Libya.


Bercakap kepada stesen televisyen Corriere della Sera semalam, Abdurrahaman berkata, dia yakin Gaddafi kini berunding dengan negara lain di Afrika atau Belarus bagi mendapatkan perlindungan.

“Ketika ini Gaddafi sedang memastikan tiga perkara - meninggalkan Libya, memiliki wang dan terhindar daripada tindakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa,” katanya.


Abdurrahaman pernah berkhidmat sebagai menteri dan dianggap seorang daripada pegawai kanan Libya yang berpaling tadah.


Ketika ini Abdurrahaman masih bertindak sebagai Duta Libya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kata Abdurrahaman, Gaddafi mungkin memilih negara di Afrika atau Belarus kerana pemimpin di negara terbabit adalah rakannya.


“Saya yakin paling lewat dua atau tiga minggu lagi Gaddafi akan meninggalkan Libya,” katanya. - Reuters

myMetro | Gaddafi bakal lari

No comments: