Pages

Saturday, June 25, 2011

Amerika sekat operasi Iran Air

WASHINGTON: Amerika Syarikat semalam mengenakan sekatan ke atas syarikat penerbangan antarabangsa milik Iran, Iran Air, daripada mengadakan sebarang urusan dengan negara itu.

Kenyataan Jabatan Perbendaharaan AS berkata, syarikat penerbangan itu digunakan pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran untuk mengangkut peralatan berkaitan tentera sejak 2006.


“Roket atau misil dibawa menggunakan pesawat penumpang Iran Air, manakala pegawai Pengawal Revolusi kadang-kadang mengambil alih penerbangan syarikat itu bagi mengangkut kargo mereka,” kata kenyataan itu.

Tidak cukup dengan itu, AS juga percaya penerbangan Iran Air juga digunakan mengangkut misil atau komponen roket ke Syria.


Ketika ini Iran Air menawarkan perkhidmatan penerbangan ke 35 destinasi antarabangsa di Asia dan Eropah. - AFP

myMetro | Amerika sekat operasi Iran Air

No comments: