Pages

Saturday, June 25, 2011

‘Serah RM3,000 jika mahu anak’

Suami isteri telefon tuntut bayaran

BUTTERWORTH: Pasangan suami isteri yang dipercayai melarikan seorang bayi berusia tiga bulan di Taman Prai Jaya di sini, awal bulan ini, didakwa menuntut bayaran RM3,000 daripada seorang wanita jika mahu anaknya dikembalikan.

Ibu kepada Mohammad Fahrin Danial Abdullah yang dikenali sebagai Esah, 26, berkata dia menerima panggilan telefon daripada pasangan suami isteri berkenaan, kelmarin, selepas akhbar ini melaporkan mengenai kes berkenaan.
“Lelaki itu memarahi saya kerana membuat laporan polis dan memberitahu media. Dia cakap dia tidak takut berdepan dengan semua itu kerana dirinya adalah bekas banduan.
“Mereka juga mengugut supaya saya membayar RM3,000 sekiranya mahu Mohammad Fahrin Danial kembali ke pangkuan saya. Saya buntu kerana tidak mempunyai wang sebanyak itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan mengenai kehilangan Mohammad Fahrin Danial yang dipercayai dibawa lari sepasang suami isteri berusia 25 dan 26 tahun yang juga rakan serumah Esah.

Esah berkata, dia kini hanya mengharapkan bantuan pihak polis untuk mendapatkan semula anaknya kerana tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk membayar pampasan yang diminta pasangan terbabit.

“Saya tidak mempunyai pekerjaan tetap. Saya kini hanya membantu rakan menjual pakaian terpakai bagi menampung perbelanjaan seharian,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), Superintendan Baharudin Mustapha, berkata pihaknya masih menjalankan siasatan kes berkenaan.
Berita Harian Online | ‘Serah RM3,000 jika mahu anak’

No comments: