Pages

Thursday, November 10, 2011

PM Itali mahu letak jawatan



BERLUSCONI


ROM - Perdana Menteri Itali Silvio Berlusconi mengesahkan beliau tidak akan bertanding dan menyatakan calon pilihannya Angelino Alfano akan mewakili partinya apabila Itali mengadakan pilihan raya baharu.
Berlusconi, 75, kelmarin berjanji akan meletak jawatan sebaik sahaja Parlimen meluluskan rang undang-undang reformasi ekonomi yang dituntut oleh Kesatuan Eropah (EU) bagi menghalang Itali daripada terjerumus lebih jauh ke dalam kancah hutang Eropah.
Kedua-dua dewan rendah dan dewan tinggi Itali dijangka mengambil masa beberapa minggu untuk meluluskan rang udang-undang berkenaan.
Sebaik sahaja Berlusconi berundur, Presiden Giorgio Napolitano perlu membuat konsultasi bagi membentuk sebuah pentadbiran baharu.
Berlusconi mahu pilihan raya diadakan pada awal tahun depan.
"Saya tidak akan menjadi calon, sebenarnya saya kini berasa bebas. Kini tiba giliran Alfano untuk menggalas cabaran tersebut," katanya.
Berlusconi memilih Alfano, 41, yang merupakan bekas menteri kehakimannya untuk memimpin Parti Kebebasan Rakyat (PLP) beberapa bulan lalu.
Sementara itu, pengunduran Berlusconi berlaku selepas beliau memerintah Itali selama 17 tahun.
Pemimpin tersebut sebelum ini terselamat daripada beberapa skandal seks dan perbicaraan rasuah melibatkan dirinya.
Namun, Berlusconi yang juga pemilik kelab bola sepak Itali, AC Milan terpaksa akur terhadap tekanan ekonomi yang kini melanda Itali.
Negara Eropah itu kini memiliki hutang luar negara mencecah AS$2.6 trilion (RM8.1 trilion). - Agensi

No comments: