Pages

Thursday, November 10, 2011

Pembangkang Thailand persoal bajet banjir




YINGLUCK membantu mengagihkan makanan kepada mangsa banjir di Bangkok.


BANGKOK - Parti pembangkang Thailand semalam mempersoal pelan kewangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra untuk mengendalikan masalah banjir, sambil menyatakan ekonomi negara berkenaan kini terancam.
Ketua Parti Demokrat, Abhisit Vejjajiva menggesa Yingluck supaya melupakan polisi-polisi yang bersifat populis seperti bantuan kepada pembeli rumah dan kereta pertama, sebaliknya menyalurkan wang tersebut kepada mangsa banjir.
"Kerajaan tidak menilai dan memberi penekanan terhadap ekonomi. Maka, ia boleh menjejaskan pengurusan ekonomi untuk fasa akan datang," kata Abhisit.
Abhisit menyatakan pandangannya itu dalam satu perdebatan parlimen berkaitan bajet 2012 yang memperuntukkan perbelanjaan sebanyak AS$78 bilion (RM2.4 trilion), AS$13 bilion (RM40 bilion) kurang daripada jangkaan asal.
Pelan Yingluck untuk menaikkan bantuan banjir meminta setiap kementerian memperuntukkan sepuluh peratus bajet mereka adalah tidak realistik, jelas Abhisit. - AFP

No comments: