Pages

Sunday, March 7, 2010

Agama Yahudi

Teras kepercayaan penganut agama Yahudi ialah wujudnya Yahwe yang Esa, pencipta dunia yang menyelamatkan bani Israel dari penindasan di Mesir, menurunkan undang-undang Yahwe (Torah) kepada mereka dan memilih mereka sebagai cahaya kepada manusia sejagat.

Penganut Yahudi percaya Yahwe telah membuat perjanjian dengan Nabi Ibrahim bahawa beliau dan cucu-cicitnya akan diberi berkat sekiranya mereka kekal beriman kepada Yahwe. Perjanjian ini kemudiannya diulangi oleh nabi-nabi Ishak dan Yakub. Oleh sebab nabi-nabi Ishak dan Yakub ialah dari bangsa Yahudi, mereka percaya merekalah bangsa pilihan (Chosen One). Penganut Yahudi dipilih untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab khas, seperti mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama dan berkhidmat kepada Tuhan. Sebagai balasan mereka akan menerima kecintaan serta perlindungan Yahwe. Yahwe kemudiannya menganugerahkan mereka sepuluh perintah yang sekarang dikenali sebagai Sepuluh Perintah Yahwe (Ten Commandments) melalui ketua mereka Nabi Musa, yang mereka anggap sebagai seorang Putera.

"Sinagog" merupakan pusat masyarakat serta keagamaan yang utama dalam agama Yahudi, manakala Rabbi ialah mereka yang pakar dalam hal-hal keagamaan.

Keluarga merupakan unit yang utama dalam agama ini dan penganutnya yang setia akan melakukan sembahyang setiap hari dan hari Sabtu merupakan hari utama yang dipanggil hari Sabbat . Antara waktu senja Jumaat sehingga senja hari Sabtu mereka akan menyalakan lilin dan memakan wain serta roti (yang tidak beragi - unlaven) yang telah diberkati. Selain hari Sabtu, hari keraian lain termasuk Rosh Hashanah (Tahun Baru) dan Yom Kippur (Hari Penerimaan Taubat).perayaan-perayaan lain dalam agama yahudi ialah pesach-passover(perayaan musim panas), sabauth (hati turun kitab taurat). perayaan kecil seperti hanukkah dan purim iaitu hari memperingati pahlawan-pahlawan yahudi.
[sunting] Kitab dan teks utama

Kitab Hebrew dipanggil Tanakh terdiri dari 24 buku yang dihimpun kepada 3 kumpulan:

* Torah atau Taurat (Undang-undang)
* Nevi’im (Para Nabi)
* Ketubim (Tulisan)

Selain itu terdapat juga Talmud yang merupakan terjemahan serta komentar mengenai Torah dari para rabbi dan cendikiawan undang-undang Ini termasuklah Mishnah dan Halakah (kod undang-undang masyarakat utama penganut agama Yahudi), Gemara, Midrash dan Aggadah (legenda dan kisah2 lama).

Kabbalah pula ialah teks lama yang berunsur mistik. Menceritakan zat-zat Tuhan Yahwe.
[sunting] Adat-adat dan undang-undang penganut Yahudi

Kebanyakan penganut Yahudi mengikuti undang-undang pemakanan yang termaktub di dalam Torah yang melarang campuran susu dengan daging. Daging babi juga adalah terlarang dalam agama Yahudi. Makanan yang disediakan menurut undang-undang tersebut serta daging yang disembelih oleh pihak Rabbi dipanggil Kosher. Budak-budak lelaki juga disunat (biasanya sewaktu bayi lagi) selaras dengan perjanjian Nabi Ibrahim dengan Yahwe mereka. Dan apabila seorang budak lelaki mencapai kematangan dia akan diraikan kerana menjadi ahli masyarakat Yahudi dalam upacara dipanggil Bar Mitzvah. Selepas kematian, mereka akan berkabung selama seminggu di mana mereka akan membacakan Kaddish. Agama dan perkauman saling kait mengait dalam masyarakat Yahudi. Misalnya pengambilan riba adalah berdosa sesama kaum Yahudi tetapi adalah dibenarkan dengan mereka yang bukan Yahudi.

No comments: