Diana Nyad |
Menurut laman Twitter perenang itu, dia ditarik keluar dari laut awal kelmarin selepas berenang selama 29 jam iaitu hampir separuh daripada masa 60 jam yang perlukan untuk menamatkan cabaran tersebut.
Seorang perenang maraton lain yang berada di atas bot yang mengiringi Nyad, Elaine Lafferty, menyatakan di Twitter: "Ia sudah berakhir. Terlalu banyak faktor yang menyebabkan percubaan ini tidak selamat untuk diteruskan."
Perenang berusia 62 tahun itu dilaporkan membuat keputusan untuk menamatkan renangan tersebut ekoran faktor angin kuat dan arus laut yang deras.
Nyad cuba melakukan percubaan yang gagal dilakukannya ketika dia berusia 28 tahun pada tahun 1978 iaitu berenang selama 60 jam meliputi 165 kilometer dari Havana ke Key West.
Kali ini, dia melakukan renangan itu tanpa menggunakan sangkar jerung. Nyad sebaliknya bergantung kepada medan elektrik daripada peralatan yang ditarik oleh beberapa pendayung kayak untuk menghalau ikan pemangsa itu.
Pada percubaan pertamanya, dia berhenti selepas berada di dalam air selama 41 jam dan 49 minit akibat arus kuat dan cuaca buruk. - AP, kosmo
No comments:
Post a Comment