Pages

Monday, September 13, 2010

Wanita al-Khurma tidak hirau larangan memandu di Arab Saudi

AL-KHURMA (Arab Saudi): Walaupun kerajaan Arab Saudi melarang wanita memandu di negara itu, Noura Hamdan, 55, tidak menghadapi masalah mengendalikan kenderaannya sejak berusia 17 tahun.
Ketika belasan tahun, dia biasa memandu lori tangki air untuk mengedarkan bahan itu ke kampung.
Apabila dia semakin dewasa, Noura semakin dikenali di kalangan penduduk kawasan padang pasir di pedalaman kerana kerjanya itu.

Walaupun tahu wanita dilarang memandu, dia dan wanita lain yang boleh memandu di situ tidak pernah mengendahkannya, sebaliknya terus memandu lori berkenaan.

Mereka juga tidak pernah menghadapi masalah dengan sesiapa.

“Ia berlaku kerana kerjasama dan sikap saling menghormati di kalangan masyarakat setempat.

“Tiada sesiapa di sini pelik melihat wanita memandu kenderaan kerana ia memang satu keperluan di kawasan terpencil ini,” katanya.

Dulu, katanya, ramai wanita menggunakan unta sebagai alat pengangkutan.

“Kini keadaan sangat berbeza.

Bagi Sharira, 45, dia terpaksa belajar memandu kerana keadaan memerlukannya begitu.

Katanya, suaminya meninggal 10 tahun lalu dan terpaksa membesarkan dua anak perempuan.
“Saya terpaksa belajar memandu dan apabila mahir, membeli lori pikap untuk berulang-alik dari rumah ke sekolah serta ke kedai,” katanya. - Agensi

No comments: