Pages

Monday, September 13, 2010

Bangkai bom kereta jadi pameran



SEORANG wanita melihat bangkai kereta yang musnah akibat letupan bom yang dipamerkan di Muzium Perang Imperial di London pada Jumaat lalu


LONDON - Sebuah bangkai kereta yang musnah disebabkan letupan bom telah dipamerkan di Muzium Perang Imperial di London.
Bangkai itu diselamatkan oleh pemenang Hadiah Turner, Jeremy Deller yang mahu menunjukkan kemusnahan dalam kehidupan seharian akibat peperangan.
Kereta tersebut musnah selepas bom yang terdapat di dalam kenderaan itu diletupkan di jalan Al-Mutanabbi, Baghdad dengan menyebabkan 38 orang terbunuh pada 5 Mac 2007.
Deller berkata: "Adalah sesuatu yang luar biasa untuk melihat sesuatu dalam konflik kehidupan di Iraq menyebabkan saya berminat untuk menunjukkan kereta ini kepada orang awam."
Bangkai kereta itu pada mulanya dipamerkan di New Museum, New York sebelum dipamerkan di Muzium Perang Imperial.
Sesi jurugambar merakamkan bangkai kereta itu telah diadakan pada Jumaat lalu. - Agensi

No comments: