Pages

Monday, September 13, 2010

Iran tuntut ikat jamin RM1.6 juta


TEHERAN 12 Sept. - Seorang pendakwa raya kanan hari ini menyatakan yang Iran bersedia membebaskan Sarah Shourd, seorang daripada tiga pendaki Amerika Syarikat(AS) yang ditahan lebih setahun dan dituduh melakukan pengintipan dengan ikat jamin kira-kira AS$ 500,000 dolar (RM1.6juta).
"Bagi defendan wanita (Shourd), ikat jamin telah ditetapkan lima bilion rial Iran (kira-kira AS$500,000 dolar).
"Dia boleh dibebaskan dengan bayaran ikat jamin. Peguamnya telah dimaklumkan tentang perkara tersebut," agensi berita rasmi IRNA memetik pendakwa raya Tehran, Abbas Jafari Dolatabadi sebagai berkata kepada pemberita.
Shourd ditahan dengan dua pendaki lain yang lain iaitu Shane Bauer dan Josh Fattal pada 31 Julai 2009 selepas sesat ketika menyeberangi sempadan dari negara berhampiran, Iraq.
Dolatabadi berkata, keputusan untuk membebaskan Shourd dengan ikat jamin dibuat setelah "hakim mengesahkan penyakit yang dihidapi Shourd".
Ibu Shourd, Nora memberitahu AFP bulan lalu bahawa anaknya ditahan di dalam penjara walaupun menderita peringkat awal kanser serviks, ketulan dalam payudara dan kemurungan.
Pihak berkuasa Iran menuduh tiga warga AS itu memasuki republik Islam ini secara tidak sah dan melakukan pengintipan. Namun ketiga-tiga mereka menegaskan tersilap memasuki Iran selepas tersesat ketika melalui kawasan Kurdistan di Iraq.
Dolatabadi berkata terdapat sebab yang 'cukup untuk menuduh ketiga-tiga mereka mengintip'.
"Kes itu hampir selesai dan hakim telah mengeluarkan surat pendakwaan untuk tiga warga AS yang dituduh melakukan perisikan," katanya dengan menambah Bauer dan Fattal telah direman. - AFP

No comments: