Pages

Monday, September 13, 2010

Diplomat lawan Ahmadinejad




2010/09/12

PARIS: Seorang diplomat kanan kedutaan Iran di Finland meletak jawatan kelmarin untuk menyertai pergerakan pembangkang politik menentang Presiden Mahmoud Ahmadinejad. 

Hossein Alizadeh, yang berkata beliau orang nombor dua di kedutaan Iran di Helsinki, menjadi diplomat Iran kedua di Eropah menyertai pergerakan pembangkang tahun ini selepas pertikaian keputusan pilihan raya presiden pada 2009.“Saya sudah letak jawatan. Saya bukan lagi diplomat Iran,” kata Alizadeh menerusi telefon dari Finland. Peletakan jawatan Hossein diumumkan Jumaat lalu oleh ‘Green Wave’ yang diasaskan warga Iran dalam buangan berpusat di Paris, Amir Hossein Jahanchahi.
Pengumuman Alizadeh berlaku selepas peletakan jawatan Mohammed Reza Heydari Jumaat lalu, seorang pegawai konsular Iran di Norway, yang memohon perlindungan suaka. – REUTERS 

No comments: