Pages

Monday, September 13, 2010

Coleen sedia terima semula Rooney



COLEEN, WAYNE ROONEY


LONDON – Selebriti televisyen, Coleen Rooney memberitahu rakan-rakan dan keluarganya mengenai rancangannya untuk menerima semula bintang England, Wayne Rooney sebagai suaminya, lapor sebuah akhbar semalam.
Pengumuman itu dibuat selepas lebih seminggu Coleen mengetahui mengenai kecurangan suaminya dengan dua pelacur.
Sebelum ini pihak media membongkar kecurangan Rooney yang melanggan seorang pelacur sebelum seorang lagi pelacur membuat pengakuan pernah menjalin hubungan seks dengannya.
Kenyataan tersebut juga dibuat setelah Coleen dan Rooney bertemui buat pertama kali selepas media membongkarkan mengenai kecurangan bintang England itu.
Pada malam kelmarin, kedua-dua mereka mengadakan pertemuan untuk menyelesaikan isu kecurangan tersebut.
“Amat sukar, Coleen menjerit manakala Rooney mendengus,” kata satu sumber rapat yang mendedahkan pertemuan itu.
Walaupun, Coleen marah mengenai kecurangan Rooney, dia mengakui mempunyai rancangan untuk memaafkan suaminya.
Satu sumber memberitahu akhbar News Of The World: “Dia (Coleen) berkahwin dengan Rooney kerana cinta. Coleen menyatakan dia berasa benci ketika ini tetapi dalam lubuk hatinya, dia menyintai Rooney dan dia ialah lelaki yang sepatutnya berada bersamanya.” – Agensi

No comments: