Pages

Monday, September 13, 2010

Misteri Kehilangan Sosilawati: Penduduk gempar estet dikerumuni pasukan polis




2010/09/13

BANTING: Penduduk sekitar Telok Gadong di sini, kebanyakannya pekerja estet sawit gempar apabila berita pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga rakannya di ladang berdekatan tersebar sejak malam kelmarin. 

Mohan Munusamy, 53, Pengerusi Kuil Mariamanarayanan Ladang Gadong, berkata kebanyakan penduduk dikejutkan dengan kehadiran banyak kenderaan polis dengan siren seawal jam 2 pagi.“Sejak itu, penduduk mula berkumpul berdekatan tempat kejadian. Kami terkejut apabila dimaklumkan empat yang hilang selama dua minggu dibunuh berdekatan tempat tinggal kami,” katanya mengesahkan pusat ternakan itu milik se peguam bergelar Datuk.
“Susah nak perasan bila Sosilawati dan rakannya serta suspek memasuki kawasan itu kerana ramai pelancong menggunakan jalan sama untuk ke kebun buah longan berdekatan,” katanya. 

M Sinnamah, 52, berkata Telok Gadong dan kawasan sekitarnya aman dan sebelum ini tidak pernah berlaku sebarang kes jenayah seperti ini. 

“Saya tinggal berdekatan Ladang Gadong lebih 40 tahun dan kawasan ini aman, tidak pernah ada kes curi, bunuh atau rompak. Saya simpati dengan keluarga mangsa bunuh dan ia tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi di kawasan ladang ini,” katanya. 

Sinnamah berkata, berikutan kejadian keluarganya dan komuniti yang tinggal berdekatan ladang itu ketakutan serta bimbang mengenai keselamatan mereka kerana ia sudah menjadi tempat pembunuhan kejam. 

No comments: