Pages

Tuesday, November 1, 2011

Liga Arab kemuka pelan tamatkan krisis Syria



PENUNJUK perasaan menyatakan sokongan terhadap Bashar al-Assad di luar kedutaan Syria di Beirut, Lebanon, kelmarin. – AFP


DOHA 31 Okt. – Liga Arab semalam mengemukakan pelan yang meliputi ‘langkah-langkah konkrit’ bagi menamatkan pertumpahan darah di Syria dan menjangka Presiden Bashar al-Assad memberikan jawapan hari ini.

Assad sementara itu memberitahu televisyen Rusia semalam, beliau bersedia bekerjasama dengan pembangkang.

Menteri Luar Qatar, Sheikh Hamad bin Jassem al-Thani memberitahu wartawan selepas mesyuarat di sini semalam, sebuah jawatankuasa menteri-menteri Liga Arab ‘mempersetujui cadangan serius untuk menghentikan pembunuhan dan segala bentuk keganasan di Syria’.

Jawatankuasa tersebut mengemukakan pelan itu kepada Menteri Luar Syria, Walid Muallem dan penasihat politik, Assad, Bouthaina Shaaban.

“Delegasi Syria berkata, mereka akan memberikan jawapan esok,” katanya.

Mengenai amaran Assad bahawa sebarang campur tangan Barat di Syria akan mencetuskan ‘gempa bumi’ di seluruh rantau ini, Sheikh Hamad berkata, risiko itu timbul jika Damsyik gagal mengambil ‘langkah konkrit’ untuk menghentikan keganasan.

“Seluruh rantau ini menghadapi risiko dilanda ribut kencang,” katanya selepas rundingan lebih tiga jam antara sekumpulan Menteri-Menteri Luar Arab dengan Muallem.

Syria perlu mengambil langkah-langkah konkrit bagi mengelakkan nasib yang menimpa negara-negara lain, kata Sheikh Hamad, yang dipercayai merujuk kepada konflik di Libya dan campur tangan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat di Doha tidak memberikan butir lanjut mengenai pelan Liga Arab itu tetapi berkata, ‘para pemimpin perlu mengetahui cara untuk bertindak, bukan dengan berlengah-lengah dan melakukan tipu daya’. – AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: