Pages

Tuesday, November 1, 2011

3 keluarga hilang tempat tinggal dalam kebakaran


DUNGUN 31 Okt. - Tiga sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka di Kampung Alur Tembesu dekat sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Ketua Balai Bomba daerah, Nor Azizi Che Noh memberitahu, dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, api yang marak dengan pantas turut memusnahkan sebuah motosikal.

"Setibanya bomba di tempat kejadian api telah marak dan merebak ke ketiga-tiga rumah terbabit. Pihak kami mengawal api daripada merebak ke sebuah lagi rumah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, dua buah jentera bersama 10 anggota mengambil masa selama 30 minit untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran.

"Kita terpaksa mengambil masa lama untuk mengawal kebakaran kerana terdapat masalah air. Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Mangsa, Rosli Yusof, 44, berkata, ketika kejadian dia sekeluarga membeli barangan untuk perniagaan isterinya di sebuah pasar raya di bandar ini.

"Isteri saya menerima panggilan daripada seorang jiran memaklumkan rumah kami terbakar. Sebaik sahaja sampai, api telah marak membakar ketiga-tiga buah rumah saya dan jiran," katanya.

Utusan Malaysia Online - Timur:

'via Blog this'

No comments: