Pages

Tuesday, November 1, 2011

Libya lantik ketua kerajaan, NATO henti kempen udara

TRIPOLI: Pemerintah sementara Libya melantik kalangan teknokrat dan ahli perniagaan menganggotai kerajaan peralihan ketika NATO menamatkan kempen udara yang memainkan peranan penting dalam menggulingkan Muammar Gaddafi.

Abdel Rahim al-Keib, anak jati Tripoli, dilantik sebagai Perdana Menteri dalam undian awam oleh anggota Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC).
Keib adalah ahli akademik dalam pengkhususan kejuruteraan elektrikal. Beliau mengenepikan empat calon lain untuk menang 26 daripada 51 undi.
“Ini membuktikan rakyat Libya mampu membina masa depan mereka," kata Pengerusi NTC, Mustafa Abdel Jalil, selepas pengundian itu.

Keib yang juga ahli perniagaan berjaya, tinggal di luar negara sebagai penentang Gaddafi selama beberapa berdekad sebelum menyertai revolusi bagi menggulingkan bekas pemimpin itu.

Beliau juga banyak membiayai NTC. - AFPBerita Harian Online | Libya lantik ketua kerajaan, NATO henti kempen udara:

'via Blog this'

No comments: