ZAINUL (depan) dan pegawainya menunjukkan sebahagian daripada 1,139 gading gajah yang dirampas pada sidang akhbar di Klang semalam. |
PELABUHAN KLANG - Rahsia satu sindiket yang menjalankan kegiatan haram menyeludup 1,139 gading gajah bernilai RM5.3 juta dari Tanzania, Afrika ke China terbongkar apabila Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor dan Pulau Pinang menyerbu dua pelabuhan baru-baru ini.
Serbuan itu dilakukan selepas pihak berkuasa itu menerima maklumat mengenai kegiatan sindiket tersebut yang mengisytiharkan empat kontena masing-masing dua di Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Barat di sini sebagai barangan kitar semula.
No comments:
Post a Comment